Wednesday, July 4, 2012

aswara

ARKIB : 27/06/2012
Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 1
Kecewa PTPTN tidak beri pinjaman kepada pelajar Aswara
BAPA PELAJAR ASWARA
Kota Bharu, Kelantan

ANAK saya melanjutkan pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) pada sesi pengajian 2011/2012. Setelah mendaftar dan membayar yuran semester pertama, anak saya ingin memohon pinjaman PTPTN untuk membiayai yuran pengajian bagi semester selanjutnya. Tetapi rupanya PTPTN tidak lagi memberi pinjaman kepada pelajar Aswara.

Perkara ini memberi tekanan dan masalah kepada anak saya dan saya sendiri. Saya terpaksa menambah pembelanjaan bulanan kerana menanggung yuran pengajian, yuran penginapan, perbelanjaan harian dan perbelanjaan keperluan pembelajaran anak yang bukan sedikit jumlahnya.

Malah, akibat tidak disediakan pinjaman pengajian menyebabkan sebilangan pelajar Aswara telah berhenti, sama ada memasuki kolej atau universiti yang menawar pinjaman PTPTN mahupun terpaksa berhenti terus daripada belajar.

Khabarnya, pihak PTPTN pernah memberi pinjaman pembelajaran kepada pelajar Aswara dahulu sewaktu dikenali sebagai Akademi Seni Kebangsaan (ASK). Namun pemberian pinjaman itu ditarik balik setelah ASK berubah ke taraf universiti sekarang.

Saya berusaha untuk mendapatkan pinjaman daripada yayasan kerajaan negeri. Malangnya, yayasan kerajaan negeri juga tidak menyediakan pinjaman kepada pelajar Aswara.

Saya fikir, pelajar Aswara tidak wajar dianaktirikan, kerana Aswara adalah IPTA kepunyaan kerajaan. Jika pelajar di kolej dan universiti swasta diberikan pinjaman, mengapa kemudahan yang sama tidak diberikan kepada pelajar Aswara?

Mungkin masalah pelajar ini terlepas pandang oleh pihak Aswara atau kementerian berkenaan. Jika benar mahu memajukan Aswara, pihak Aswara dan kementerian berkenaan perlu bertindak aktif. Jika tidak, ramai pelajar Aswara akan mengikuti jejak rakan mereka berpindah pusat pengajian.

Saya sebagai bapa kepada pelajar Aswara memohon kepada pihak PTPTN, yayasan kerajaan negeri mahupun sesiapa sahaja yang menyediakan kemudahan tersebut agar menyediakan pinjaman kepada pelajar Aswara.

Jika pinjaman kepada pelajar Unisel dan KUIS ditarik balik tetapi kemudian diberikan semula, mengapakah pinjaman kepada pelajar Aswara tidak disediakan sedangkan Aswara kepunyaan kerajaan?

No comments:

Post a Comment