Berfikir terlalu jauh penyebab gila
13 Julai 2012
Pensyarah Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebang-saan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Khaizir Ismail berkata, individu seumpama itu sering kali berhalusinasi kerana mempunyai banyak persoalan dalam fikirannya sehingga sering kali berfikir di luar kewarasan manusia normal.
"Mereka sering kali percaya kononnya bisikan-bisikan didengar itu adalah satu arahan sehingga menggerakkannya bertindak di luar jangkaan.
“Individu seperti ini berada di dalam pencarian dan suka mencipta kepercayaannya sendiri yang melebihi norma-norma kehidupan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan Khalil Afandi Abd Hamid bersama rakanya Muhdalina Ahmad yang mencetuskan kekecohan di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Selasa lalu.
Khaizir berpendapat, Khalil bukan dikategori sebagai pesakit mental kerana individu yang mengalami sakit mental mempunyai sejarah lampau.
Mengulas mengenai kandungan blog jayanegara1234 yang dipercayai milik Khalil itu, Khaizir menyifatkannya sebagai individu yang tersesat daripada ajaran Islam sebenar.
“Pencariannya yang terlalu jauh itu menyebabkan dia sering berhalusinasi sehingga mengatakan yang dia bertemu dengan Rasulullah, sedangkan perkara itu di luar jangkauan manusia normal.
“Bagaimanapun, Khalil juga dilihat individu yang mampu meyakinkan orang, dia tahu segala hal,” katanya.
Menurutnya, individu seperti Khalil juga boleh dikategorikan sebagai paranoid yang mana percaya bahawa orang lain sentiasa mengancamnya dan menganggap dirinya berkedudukan penting sedangkan hakikatnya tidak.
No comments:
Post a Comment