Monday, June 23, 2014

melayu musuh melayu

Ada beberapa perkara yg kaum melayu tidak boleh sangkal:
1. kerajaan telah berusaha menjalankan tanggungjawabnya utk membangunkan melayu, walaupun perlaksanaannya tidak sempurna
2. kegagalan utk menguasai ekonomi sungguhpun berbagai dasar digubal dan keistimewaan diberi khas utk orang melayu selama 5 dekad
3. kaum melayu tidak menggunakan segala keistimewaan yg diberi dengan sebaik-baiknya malah menjadi leka
4. orang melayu sendiri banyak yg sabotaj dasar dan hijack projek bumiputra
5. hampir sejuta graduan profesional dan berkemahiran dihasilkan dengan hasrat menjadikan mereka bakal usahawan yang akan memperkasakan ekonomi kaum melayu tetapi setakat ini ekuiti melayu hanya 19% jauh dari sasaran 30%
6. projek orang melayu banyak di"sub" kepada orang bukan melayu untuk diusahakan ala konsep alibaba sebab mudah tidak perlu usaha tapi dapat berkongsi keuntungan
7. orang melayu tak mau orang melayu maju sebab tamak dan hasad dengki sesama sendiri
8. orang melayu gagal mengkaji dan mengaku faktor kegagalan diri sendiri untuk bangkit, sebaliknya suka menuding jari menyalahkan orang lain dan kerajaan

Orang Melayu adalah musuh kaum Melayu sendiri.
‪#‎AkuAdalahAku‬

No comments:

Post a Comment