Sudin Sahak with Laksamana Bentandua and 48 others
Antara Francis Yeoh dan Syed Mokhtar AlBukhari
Kita sedia maklum bahawa dalam 10 senarai orang terkaya di Malaysia, hanya 3 daripadanya orang Melayu. Kita juga sedia maklum bahawa kesemua yang kaya itu pasti sedikit sebanyak mendapat projek dari kerajaan. Pun begitu, kita sering mendengar rungutan, kritikan dan kecaman dari berbagai pihak bahawa kerajaan Malaysia hanya memberi peluang perniagaan kepada orang-orang Melayu.

Malah, Francis Yeoh pemilik syarikat YTL yang telah mendapat projek
kerajaan sejak zaman berzaman, turut mengecam kerajaan baru-baru ini
kononnya mendiskriminasi kaum minoriti sepertinya, dan hanya memberi
peluang kepada kroni bumiputera.
Dalam satu majlis makan malam di Pulau Pinang semalam, Anwar Ibrahim pula mengulangi serangan ke atas usahawan Melayu, Syed Mokhtar AlBukhary yang menduduki tangga ke 6 orang terkaya di Malaysia sebagai kroni UMNO yang mengumpul kekayaan dengan menindas orang Melayu.
Anwar, bagaimanapun, tidak pula menuduh 5 orang terkaya dari bangsa lain sebagai menindas orang Melayu.
Kita tidak tahu Francis dan Anwar ingin menipu siapa, mungkin diri sendiri dan golongan Melayu liberal yang bodoh seperti Dyana Sofea, Wardina atau Marina Mahathir dan yang seangkatan dengan mereka. Hakikatnya kenyataan mereka adalah tidak berasas dan dapat dipatahkan dengan mudah tanpa perlu melihat angka tetapi dengan hanya merujuk kepada senarai 10 orang terkaya di Malaysia itu.
Entah kenapa hanya Syed Mokhtar yang menjadi masalah bagi Anwar Ibrahim tetapi kelima-lima konglomerat yang terkaya di Malaysia yang terdiri dari bangsa lain tidak pula mengganggu fikirannya. Jika Syed Mokhtar dijadikan contoh ‘kroni kerajaan’, maka apakah kurangnya lain?
Sejarah perniagaan Robert Kuok bermula dengan gula, beras dan tepung pada tahun 1949. Bapanya, Kuok Keng Kang, seorang pendatang dari wilayah Fujian, China, membentuk Tong Seng & Company di Johor selepas memperolehi lesennya dari Sultan Johor. Beliau telah menguruskan Tong Seng sebagai syarikat yang masyhur dalam bidang pengedaran beras, gula dan tepung di samping dagangan am dan barangan sejuk. Kemudian beliau diberi kontrak membekal bahan mentah untuk kira-kira 50,000 tahanan perang Jepun di Johor ketika perang tamat.
Ini hanya ‘sekelumit’ dari projek atau peluang yang diberikan oleh kepimpinan Melayu kepada keluarga Robert Kuok kerana hakikatnya, banyak lagi peluang lain yang diberi secara langsung dan tidak langsung oleh kerajaan Malaysia kepadanya sepanjang beberapa dekad.
Orang kedua terkaya, iaitu Ananda Krishnan diberi peluang oleh kerajaan untuk memonopoli stesyen TV berbayar di Malaysia. Orang ketiga iaitu Tan Sri The Hong Piow diberi peluang oleh kerajaan menubuhkan Bank sendiri iaitu Public Bank begitu juga dengan yang keempat iaitu Tan Sri Quek Leng Chan yang menubuhkan Hong Leong Bank.
Hampir kesemua senarai terkaya ini mempunyai sejarah perniagaan keluarga dari zaman penjajah di mana orang-orang Melayu telah sedia ketinggalan jauh dan tidak berpeluang langsung untuk bersaing dengan mereka.
Kekayaan mereka tidak mungkin meningkat sekiranya kerajaan benar-benar mendiskriminasi dan menindas kaum minoriti. Sebaliknya, kerajaan mengiktiraf kebolehan mereka serta membuka ruang seluas-luasnya untuk mereka memajukan perniagaan sehingga menjadi orang terkaya di Malaysia. Lebih dari itu, majoriti pengguna yang menyumbang kepada dayabeli dalam negara sehingga membolehkan perniagaan konglomerat ini maju, adalah juga orang-orang Melayu.
Jelas, orang-orang Melayu dan juga kerajaan Melayu UMNO bukan sahaja tidak pernah meminggirkan kaum minoriti tetapi membiarkan mereka memonopoli bidang-bidang tertentu atas sebab kelayakan syarikat dan kewangan masing-masing.
Bagi mengimbangi ekonomi Melayu yang ketinggalan, kerajaan berusaha untuk mencipta kek ekonomi yang lebih besar. Beberapa program dan bantuan untuk membantu peniaga Melayu dilancarkan. Malangnya, kaum bumiputera masih belum mampu menukar sikap santai yang diwarisi sejak turun temurun sehingga menyukarkan usaha kerajaan tersebut. Lebih malang lagi, kaum minoriti pula tidak jemu-jemu berusaha untuk menggagalkan peningkatan ekonomi bumiputera.
Pada hari ini, walaupun tidak mampu menyediakan bukti, tetapi sudah menjadi pengetahuan umum bagaimana Hong Leong dan Public Bank milik konglomerat terkaya di Malaysia itu mendiskriminasi dan menindas pekerja Melayu mahupun peniaga Melayu yang ingin meminjam.
Malah, usaha beberapa pihak pesaing dari kaum minoriti untuk ‘membunuh’ Syed Mokhtar juga bukanlah rahsia lagi. Beberapa kali produk keluaran syarikat Syed Mokhtar difitnah. Setiap projek yang berjaya diperolehi oleh Syed Mokhtar akan dikecam sebagai tidak telus, korup, kroni dan berbagai-bagai tuduhan lagi.
Apa yang menarik ialah, Syed Mokhtar yang dituduh mereka sebagai kroni kerajaan dan menerima kontrak secara tidak telus itu, merupakan seorang usahawan yang bermula dari bawah bukannya seperti Francis Yeoh yang mewarisi kejayaan bapa sejak di zaman British di mana persaingan hampir tiada.
Syed Mokhtar telah melalui jatuh bangun sebagai peniaga di mana persaingan amat sengit dan hari ini beliau menyumbang begitu banyak kepada negara dan bangsanya dengan memberi peluang pekerjaan dan pendidikan kepada mereka yang kurang bernasib baik.
Perkara yang sama dilakukan oleh para konglomerat Cina iaitu membantu anak bangsa mereka melalui berbagai yayasan dan tabung pendidikan serta perniagaan. Semua ini tidak mungkin akan dapat dilakukan jika kerajaan benar-benar mendiskriminasi mereka.
Bezanya antara Syed Mokhtar dan peniaga-peniaga Cina ialah beliau tidak cuba ‘membunuh’ mereka mahupun mengecam monopoli mereka atau menuduh mereka memperolehi kontrak kerajaan secara tidak telus. Sebaliknya, itulah yang dilakukan oleh peniaga-peniaga Cina ini terhadapnya dengan menggunakan Melayu-melayu haprak seperti Anwar Ibrahim sebagai alat mengecam.
Realiti hidup di Malaysia hari ini ialah graduan dan pekerja bumiputera didiskriminasi di sektor swasta, peniaga bumiputera ditekan habis-habisan agar tidak mampu bersaing di pusat-pusat membeli belah dan usahawan bumiputera ditindas oleh pemborong dan pengilang.
Realitinya, yang ditindas di sini bukanlah kaum minoriti manakala yang menindas pula bukanlah kerajaan UMNO mahupun orang-orang Melayu, tetapi kaum minoriti seperti Francis Yeoh yang takut untuk bersaing secara adil dengan peniaga-peniaga Melayu. Segala laungan ‘meritokrasi’ hanyalah hipokrasi semata-mata. Bagi manusia seperti Francis Yeoh, perniagaan menghalalkan segala cara, asalkan ia dikuasai oleh kaum Cina.

No comments:
Post a Comment