Wednesday, June 18, 2014

dap zalim

MUSNAHNYA IMPIAN AISHAH

Hasrat seorang wanita ingin mencari sumber pendapatan dengan mengusahakan perniagaan inap desa di kawasan Batu Feringghi musnah apabila struktur yang baru dibinanya dihancurkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang, pagi tadi.

Sekitar jam 11 pagi, sepasukan penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang, MPPP, bertindak merobohkan inap desa yang mempunyai 12 bilik, diusahakan oleh Aishah Bee Ismail, 58 tahun,  tanpa diberikan sebarang notis terlebih dahulu.

"Perniagaan ini baru sahaja hendak dimulakan tetapi terpaksa pula menghadapi dugaan seperti ini. Saya berasa amat kecewa kerana telah melaburkan kira-kira RM300,000 untuk membangunkan struktur dimusnahkan oleh MPPP sekelip mata sahaja. Sedih dengan tindakan zalim kerajaan negeri, " katanya.

Aishah menambah,  tindakan MPPP seolah-olah menabur pasir ke dalam periuk nasinya dan perbuatan itu jelas seperti tidak mahu melihat perniagaan orang Melayu berjaya.

"Apa salahnya kalau perkara ini dibawa berunding terlebih dahulu dan kalau saya melakukan kesalahan, MPPP perlu memberikan teguran dan penjelasan bukannya terus bertindak. Saya pun tidak tahu mengapakah MPPP lebih berminat memusnahkan perniagaan orang Melayu sedangkan di tempat lain, peniaga bukan Melayu bebas berniaga walaupun jelas mereka menjalankan perniagaan di tempat yang salah, " katanya.

No comments:

Post a Comment