Tuesday, June 17, 2014

malaysia bukan negara sekular

Gobind Singh Deo Pertikaikan Penjelasan Jamil Khir
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, ketika menjawab soalan yang dikemukakan ahli parlimen Sibu Oscar Ling Chai Yew memberitahu bahawa Malaysia bukan negara sekular. Ini kerana berdasarkan fakta sejarah yang menunjukkan bahawa Malaysia telah ditubuhkan berasaskan Kerajaan Islam Kesultanan Melayu dan Raja-Raja Melayu merupakan ketua agama Islam bagi negeri masing-masing. “Hal ini diperkukuhkan dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan agama Islam adalah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan,” ujar Jamil Khir.

No comments:

Post a Comment