Saturday, June 22, 2013

melayu kena belajar bahasa cina

Belajarlah bahasa Cina agar orang Melayu tidak mudah dipermainkan


SAYA tertarik dengan analisis Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia 9 Jun di bawah tajuk Melayu Tertipu.
Saya amat bersetuju dengan Awang, juga pensyarah dan keluarganya yang fasih berbahasa Cina, yang mempromosikan usaha menggalakkan orang Melayu belajar bahasa Cina.
Usaha ini boleh dimulakan di sekolah. Perkenalkan subjek bahasa Cina di semua sekolah kebangsaan sehinggalah ke peringkat menengah.
Subjek ini boleh dijadikan subjek pilihan dengan Bahasa Arab yang diwajibkan untuk semua pelajar Islam dan boleh dipermudahkan dengan tidak menekankan aspek permarkahan dalam peperiksaan. Ia hanya subjek sampingan yang cuma perlu ada ujian untuk mengukur tahap penguasaan mereka serta tidak memerlukan silibus yang tinggi. Cukup sekadar memastikan anak-anak Melayu kita dapat menguasai bahasa Cina dengan baik.
Bukan untuk menidakkan kepentingan bahasa Arab, tetapi ia sebagai melengkapkan anak-anak kita supaya boleh berbahasa Cina dari kecil supaya apabila dewasa mereka dapat menguasai bahasa kaum tersebut.
Pastinya nanti bangsa Melayu tidak mudah dipermainkan ataudiperkotak-katikkan hanya kerana tidak faham bahasa mereka sehinggakan mereka boleh memaki hamun bangsa Melayu dengan pura-pura bermuka manis sebab kita tidak faham sepatah habuk pun apa yang mereka cakap.
Kita mahu agar tidaklah jadi seperti pengalaman pensyarah yang terpaksa menanggung malu ketika menghadiri ceramah pakatan pembangkang. Ketika penceramah Cina berjanji kepada pengundi Cina akan membina lebih banyak kandang babi jika menang, mendapat sorakan gegak gempita dari kaum Melayu. Mereka hanya membabi buta menyokong kerana tidak faham bahasa Cina.

No comments:

Post a Comment