ARKIB : 03/06/2013
Malangnya, mereka yang berniaga di dalam kawasan rumah sendiri dikenakan tindakan. Ada peniaga yang hanya berniaga dalam kawasan rumah tanpa meja di luar rumah atau di atas jalan. Pembeli sama ada akan membeli makanan untuk dibungkus atau makan di kawasan rumah bagaikan seorang tetamu. Sudah menjadi kebiasaan bagi mana-mana kawasan perumahan, akan ada penduduk yang berniaga secara kecil-kecilan di dalam atau di halaman rumah sebagai salah satu sumber pendapatan. Ada yang jual air tebu, minuman, kuih muih, nasi lemak dan macam-macam lagi. Tidak kurang juga yang menjual barangan runcit yang hanya melibatkan keperluan asas seperti beras, tepung, gula, garam, telur dan minyak masak. Tidak ada barangan basah seperti sayur-sayuran, ikan dan ayam. Pengalaman penulis semasa tinggal di satu kawasan perumahan baru yang tidak mempunyai kedai atau jika ada, jauh di luar kawasan perumahan, perniagaan jiran ini amat membantu. Sekurang-kurangnya dalam keadaan terdesak, bolehlah menyuruh anak-anak untuk mendapatkan sekilogram beras, teh/kopi atau gula yang tiba-tiba kehabisan. Begitu jugalah dengan kedai makanan atau minuman di rumah jiran. Bagi yang bujang tidak perlu keluar lebih jauh untuk mendapatkan sarapan pagi, makan tengah hari atau minum petang terutama pada hari tidak bekerja . Kalau sekadar mahu minum teh tarik atau roti canai, cukup berjalan kaki, tidak perlu habiskan minyak motosikal untuk keluar ke restoran yang terletak lebih jauh. Inilah konsep orang yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di kawasan taman perumahan tanpa mengganggu ketenteraman penduduk. Tujuan pertama mereka adalah untuk mencari pendapatan sama ada sebagai pendapatan tetap yang sekadar cukup makan atau pendapatan tambahan bagi menampung keperluan keluarga. Keduanya, mereka ini akan membantu memudahkan penduduk setempat untuk mendapatkan bekalan makanan atau keperluan harian lain.
Apabila mereka ini diberi surat saman dan minta dijelaskan denda, adakah kita terfikir kemampuan mereka untuk membayar saman ratusan ringgit itu? Bagaimana jika mereka akan terus berniaga di situ dengan dua matlamat di atas bukan mahu menjadi kaya seperti peniaga-peniaga lain. Seperkara lagi, ada cadangan supaya mereka berniaga di gerai-gerai yang disediakan oleh pelbagai pihak termasuk PBT. Sekali lagi cadangan ini tidak masuk akal bagi kumpulan peniaga seperti ini. Maksudnya, mereka bukanlah mahu berniaga untuk mencari keuntungan berlipat ganda seperti penyewa gerai atau restoran yang turut mengambil tenaga kerja tambahan. Adakah mereka ini mampu membayar sewa hasil perniagaan secara kecil-kecilan ini? Sebenarnya bukan mudah untuk menjalankan perniagaan di gerai tetap yang sudah tentu ada pesaing yang ramai. Timbul juga masalah apabila kedudukan gerai jauh daripada rumah mereka sedangkan pada masa yang sama, mereka juga perlu memberi perhatian terhadap urusan rumah tangga. Tidak semua gerai juga berada di kawasan strategik. Banyak pusat penjaja terpaksa ditutup dan peniaga gulung tikar kerana tidak mendapat sambutan orang ramai. PBT mungkin boleh mencadangkan kepada peniaga-peniaga terutama di sepanjang jalan dalam bandar sama ada mereka bersedia ditempatkan di satu kawasan, di luar kawasan tradisi perniagaan mereka. Cuba gunakan alasan bahawa mereka mengganggu lalu lintas. Tentunya mereka enggan kerana beberapa masalah terutama jaminan untuk mendapatkan pelanggan.
Justeru, setiap PBT perlu bertimbang rasa untuk memberi peluang kepada mereka yang ingin mendapatkan pendapatan sekadar cukup makan, lebih-lebih lagi yang melibatkan ibu tunggal, warga emas (mereka yang sudah pencen) serta suri rumah. Peraturan, prosedur dan undang-undang adalah ciptaan manusia yang boleh diubah suai dari semasa ke semasa. Contohnya kerajaan telah menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kita sudah lihat kesannya. Begitu juga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesak menggunakan dakwat kekal semasa pengundian dan kita sudah lihat kesannya. Kadang-kadang kita bertindak tidak kena tempat dan masa. Misalnya kita masih berlembut soal perhimpunan haram yang memudaratkan dan pihak yang menghina pemimpin termasuk institusi raja.
Adalah lebih baik bagi PBT ini menyelesaikan terlebih dahulu perniagaan yang berselerak di tengah-tengah bandar. Begitu juga di celah bangunan dan kaki lima kedai yang mengganggu laluan orang ramai. Lihat juga pendatang asing yang berani berniaga secara terbuka atau yang mendapat lesen ali baba untuk berniaga. PBT sepatutnya membantu usaha kerajaan untuk melihat lebih ramai peniaga kecil-kecilan ini berniaga bermula dari rumah. Langkah ini juga salah satu usaha untuk mewujudkan negeri berkebajikan.
TERIMA KASIH
SAYA ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua terutama saudara mara dan sahabat handai yang menziarahi jenazah ayahanda saya, Allahyarham Mohammed Noor Mohamad, 79 pada Sabtu, 25 Mei 2013 di Kampung Setol, Kepala Batas, Seberang Perai Utara. Begitu juga mereka yang mengirimkan ucapan takziah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130603/re_06/Usah-diganggu-ibu-tunggal-suri-rumah-mencari-rezeki#ixzz2VIgwPsCs
© Utusan Melayu (M) Bhd
Usah diganggu ibu tunggal, suri rumah mencari rezeki
BARU-BARU ini, sekumpulan peniaga di Batu Kawan, Pulau Pinang menerima surat saman kerana menjalankan perniagaan di- kediaman mereka. Khabarnya ada yang didenda sehingga RM300. Mungkin pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sudah lama menanti untuk mengambil tindakan. Mereka yang disaman terkejut dan perniagaan mereka terganggu. Bukan mudah untuk mencari hasil titik peluh sendiri. Walaupun peniaga memberi pelbagai alasan, PBT tidak dapat menerimanya. Lebih lucu lagi khabarnya tindakan itu dikatakan diambil berdasarkan peruntukan yang telah lama diwujudkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Jika betul adakah kerajaan DAP tidak mempunyai kuasa ke atas PBT? Jika tidak, adakah dalam kalangan ahli majlis mempunyai wakil parti politik dari BN? Jika ada kuasa, adakah peraturan yang ditetapkan tidak boleh dilonggarkan untuk kebajikan rakyat? Jika benar DAP mahu memperjuangkan hak rakyat, maka berilah kebebasan asalkan perniagaan mereka tidak mengganggu lalu lintas, tidak mengganggu ketenteraman jiran, tidak mengotorkan kawasan dan sebagainya. Sebenarnya masih banyak premis perniagaan yang berlesen menjalankan perniagaan sesuka hati sehingga mengganggu lalu lintas, laluan pejalan kaki serta meninggalkan kekotoran. Begitu juga peniaga kecil yang menjadikan jalan raya sebagai tempat berniaga. Apakah tindakan yang diambil oleh PBT?Malangnya, mereka yang berniaga di dalam kawasan rumah sendiri dikenakan tindakan. Ada peniaga yang hanya berniaga dalam kawasan rumah tanpa meja di luar rumah atau di atas jalan. Pembeli sama ada akan membeli makanan untuk dibungkus atau makan di kawasan rumah bagaikan seorang tetamu. Sudah menjadi kebiasaan bagi mana-mana kawasan perumahan, akan ada penduduk yang berniaga secara kecil-kecilan di dalam atau di halaman rumah sebagai salah satu sumber pendapatan. Ada yang jual air tebu, minuman, kuih muih, nasi lemak dan macam-macam lagi. Tidak kurang juga yang menjual barangan runcit yang hanya melibatkan keperluan asas seperti beras, tepung, gula, garam, telur dan minyak masak. Tidak ada barangan basah seperti sayur-sayuran, ikan dan ayam. Pengalaman penulis semasa tinggal di satu kawasan perumahan baru yang tidak mempunyai kedai atau jika ada, jauh di luar kawasan perumahan, perniagaan jiran ini amat membantu. Sekurang-kurangnya dalam keadaan terdesak, bolehlah menyuruh anak-anak untuk mendapatkan sekilogram beras, teh/kopi atau gula yang tiba-tiba kehabisan. Begitu jugalah dengan kedai makanan atau minuman di rumah jiran. Bagi yang bujang tidak perlu keluar lebih jauh untuk mendapatkan sarapan pagi, makan tengah hari atau minum petang terutama pada hari tidak bekerja . Kalau sekadar mahu minum teh tarik atau roti canai, cukup berjalan kaki, tidak perlu habiskan minyak motosikal untuk keluar ke restoran yang terletak lebih jauh. Inilah konsep orang yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di kawasan taman perumahan tanpa mengganggu ketenteraman penduduk. Tujuan pertama mereka adalah untuk mencari pendapatan sama ada sebagai pendapatan tetap yang sekadar cukup makan atau pendapatan tambahan bagi menampung keperluan keluarga. Keduanya, mereka ini akan membantu memudahkan penduduk setempat untuk mendapatkan bekalan makanan atau keperluan harian lain.
Apabila mereka ini diberi surat saman dan minta dijelaskan denda, adakah kita terfikir kemampuan mereka untuk membayar saman ratusan ringgit itu? Bagaimana jika mereka akan terus berniaga di situ dengan dua matlamat di atas bukan mahu menjadi kaya seperti peniaga-peniaga lain. Seperkara lagi, ada cadangan supaya mereka berniaga di gerai-gerai yang disediakan oleh pelbagai pihak termasuk PBT. Sekali lagi cadangan ini tidak masuk akal bagi kumpulan peniaga seperti ini. Maksudnya, mereka bukanlah mahu berniaga untuk mencari keuntungan berlipat ganda seperti penyewa gerai atau restoran yang turut mengambil tenaga kerja tambahan. Adakah mereka ini mampu membayar sewa hasil perniagaan secara kecil-kecilan ini? Sebenarnya bukan mudah untuk menjalankan perniagaan di gerai tetap yang sudah tentu ada pesaing yang ramai. Timbul juga masalah apabila kedudukan gerai jauh daripada rumah mereka sedangkan pada masa yang sama, mereka juga perlu memberi perhatian terhadap urusan rumah tangga. Tidak semua gerai juga berada di kawasan strategik. Banyak pusat penjaja terpaksa ditutup dan peniaga gulung tikar kerana tidak mendapat sambutan orang ramai. PBT mungkin boleh mencadangkan kepada peniaga-peniaga terutama di sepanjang jalan dalam bandar sama ada mereka bersedia ditempatkan di satu kawasan, di luar kawasan tradisi perniagaan mereka. Cuba gunakan alasan bahawa mereka mengganggu lalu lintas. Tentunya mereka enggan kerana beberapa masalah terutama jaminan untuk mendapatkan pelanggan.
Justeru, setiap PBT perlu bertimbang rasa untuk memberi peluang kepada mereka yang ingin mendapatkan pendapatan sekadar cukup makan, lebih-lebih lagi yang melibatkan ibu tunggal, warga emas (mereka yang sudah pencen) serta suri rumah. Peraturan, prosedur dan undang-undang adalah ciptaan manusia yang boleh diubah suai dari semasa ke semasa. Contohnya kerajaan telah menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kita sudah lihat kesannya. Begitu juga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesak menggunakan dakwat kekal semasa pengundian dan kita sudah lihat kesannya. Kadang-kadang kita bertindak tidak kena tempat dan masa. Misalnya kita masih berlembut soal perhimpunan haram yang memudaratkan dan pihak yang menghina pemimpin termasuk institusi raja.
Adalah lebih baik bagi PBT ini menyelesaikan terlebih dahulu perniagaan yang berselerak di tengah-tengah bandar. Begitu juga di celah bangunan dan kaki lima kedai yang mengganggu laluan orang ramai. Lihat juga pendatang asing yang berani berniaga secara terbuka atau yang mendapat lesen ali baba untuk berniaga. PBT sepatutnya membantu usaha kerajaan untuk melihat lebih ramai peniaga kecil-kecilan ini berniaga bermula dari rumah. Langkah ini juga salah satu usaha untuk mewujudkan negeri berkebajikan.
TERIMA KASIH
SAYA ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua terutama saudara mara dan sahabat handai yang menziarahi jenazah ayahanda saya, Allahyarham Mohammed Noor Mohamad, 79 pada Sabtu, 25 Mei 2013 di Kampung Setol, Kepala Batas, Seberang Perai Utara. Begitu juga mereka yang mengirimkan ucapan takziah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130603/re_06/Usah-diganggu-ibu-tunggal-suri-rumah-mencari-rezeki#ixzz2VIgwPsCs
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment