ARKIB : 10/02/2013
NORDIN: Sememangnya saya melihat perlu lebih banyak pembangunan dilakukan di Kelantan berbanding sekarang kerana kita sedia maklum tidak banyak yang dilakukan oleh Pas sejak memerintah negeri itu pada 1990. Hakikatnya orang Kelantan terdiri daripada masyarakat yang rajin tetapi kebanyakan mereka berjaya di luar Kelantan. Bukan semua mereka yang berjaya sama ada dalam perniagaan ataupun karier serta mereka yang lebih berpelajaran berminat dalam politik.
Hendak berpolitik di Kelantan bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana mereka perlu mengenali hati budi serta budaya masyarakat di sini dahulu barulah mempunyai peluang yang cerah dalam politik. Di Kelantan, orang politik perlu tahu dan kenal siapa pengundi mereka. Kita sedia maklum bahawa Kelantan agak ketinggalan pembangunannya berbanding negeri-negeri lain tetapi hakikatnya negeri ini pernah menjadi pusat pendidikan Islam yang utama di negara ini. Orang Brunei, Indonesia, orang Perak, Kedah semua datang menuntut ilmu agama di sini yang mengamalkan sistem pondok. Begitu juga dalam sistem pendidikan sekular, negeri ini antara yang terawal mempunyai sekolah swasta yang kebanyakan pelajarnya berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Namun sekarang oleh kerana negeri agak kurang maju berikutan kegagalan pemerintah membangunkan negeri termasuklah kegagalan menyediakan kemudahan, infrastruktur dan sebagainya maka mereka semakin ketinggalan. Maka rakyatnya ramai yang terpaksa berhijrah kerana mencari kehidupan dan pekerjaan yang lebih baik.
Saya nak bagi tahu orang Kelantan ini bukanlah pemalas namun mereka rajin berusaha dan bekerja. Dahulu sekitar 1940-an dan 1950-an, orang Kelantan akan ke Kedah untuk bekerja membanting padi. Kalau yang ada kemahiran mereka akan bekerja di Singapura untuk menjadi buruh. Begitu juga dalam bidang perniagaan yang berniaga di pasar ialah orang Melayu. Kalau di negeri lain kebanyakan isteri hanya tinggal di rumah menguruskan rumahtangga tetapi berbeza di Kelantan suami dan isteri saling membantu. Kalau suami contohnya seorang nelayan, isteri akan membantu menjual atau memasarkan hasil tangkapan. Orang Kelantan tidak ada masalah untuk membuat apa sahaja pekerjaan tetapi kerana kurang pekerjaan di negeri sendiri maka mereka terpaksa berhijrah.
Bagaimana Datuk melihat senario politik negeri Kelantan sejak Pas memerintah pada 1990 sehingga sekarang?
NORDIN: Saya melihat apa yang berlaku di Kelantan di bawah pemerintahan Pas bukan sahaja memecahbelahkan rakyat tetapi turut mengheret ahli keluarga. Macam keluarga saya, terdapat ahli yang menyokong UMNO dan juga Pas. Tetapi disebabkan pelbagai fatwa yang dikeluarkan oleh kepimpinan Pas seperti Amanat Haji Hadi dan banyak lagi, telah mengakibatkan mereka tidak bercampur gaul, mengkafirkan mereka yang bukan ahli Pas, sembahyang dua imam dan pelbagai lagi. Akhirnya sesama ahli keluarga bergaduh dan tidak bertegur sapa kerana fatwa sebegini. Malah sepupu saya sendiri setelah orang tuanya meninggal baru nak balik dan sebelum itu langsung tidak tunjuk muka kerana perbezaan politik. Ini yang saya katakan tadi kerana ketaksuban dan terpengaruh dengan arahan dan fatwa yang tidak betul telah mengakibatkan bukan sahaja masyarakat berpecah belah malah sesama adik beradik dan ahli keluarga juga bergaduh kerana perbezaan politik. Hanyalah apabila sudah tua sekarang barulah mereka hendak berbaik-baik dengan keluarga saya.
Kerajaan negeri juga dilihat gagal mentadbir dengan baik terutama dalam menjana pendapatan dan terperangkap dalam isu tidak sepatutnya seperti isu balak dan air. Kenapa ini berlaku?
NORDIN: Saya melihat ia berlaku kerana kerajaan Pas tidak memiliki kemampuan untuk mentadbir Kelantan dengan baik dan bersikap menuding jari menyalahkan pihak lain berhubung isu yang masih membebani rakyat negeri ini.
Kelantan sebenarnya mempunyai hasil yang pelbagai seperti balak yang boleh digunakan untuk membangunkan negeri ini dengan pesat. Malangnya pembangunan di Kelantan sangat terhad kerana kegagalan mencari pelabur baru untuk meningkatkan aktiviti ekonomi di samping taraf ekonomi rakyat tergugat akibat kekurangan peluang pekerjaan. Sepatutnya negeri ini kaya-raya, tetapi negeri ini masih ke belakang kerana pembangunan yang terbatas dan tidak mampu membela nasib rakyat. Mungkin kerana mereka lebih pentingkan soal politik dan ceramah mengakibatkan kegiatan ekonomi negeri gagal diurus dengan baik.
Dalam isu air misalnya, Kerajaan Pusat telah memberi peruntukan yang besar untuk menangani masalah itu jadi masalah dana bukan isunya tetapi apa yang berlaku adalah disebabkan ketidakmampuan kerajaan negeri mentadbir Kelantan. Begitu juga dalam isu balak yang membuka mata banyak pihak termasuk di luar Kelantan apabila terdapat pemimpin parti pembangkang menerima hak pajakan tanah yang luas di Gua Musang. Sedangkan kita sering mendengar rungutan penduduk di Kelantan kehilangan tanah yang mereka terokai biarpun selama berpuluh tahun atas nama pembangunan ladang secara komersial. Jadi apakah kerajaan negeri gagal melihat dari aspek moral kerana masih ramai rakyat negeri ini yang hidup dalam kemiskinan walaupun mereka adalah peneroka sebenar tetapi terdapat pihak lain yang kaya-raya dalam tempoh singkat.
Dalam isu balak ini ternyata hanya itu sahaja cara yang sering digunakan untuk menjana kewangan negeri. Tetapi hasilnya tidak sampai kepada rakyat terutama golongan peneroka tanah?
NORDIN: Saya hendak menjelaskan di sini bahawa undang-undang tanah di Kelantan ini adalah lain daripada yang lain. Ini kerana semua tanah di negeri itu adalah milik rezab Melayu sejak sebelum merdeka lagi. Di negeri lain, semua tanah adalah milik kerajaan kecuali yang direzabkan dan kalau tanah rezab ini diambil ia perlu diganti, ini mengikut perundangan. Berbeza di Kelantan, semua tanah adalah rezab Melayu kecuali yang telah dikeluarkan. Inilah yang berlaku seperti saya katakan tadi apabila ada pihak bukan Melayu yang mendapat tanah untuk pembalakan. Maka adalah tidak adil kenapa mereka yang bukan orang Kelantan mendapat tanah ini sedangkan ramai lagi orang Melayu di Kelantan hidup susah. Malah orang Melayu yang bukan anak Kelantan juga tidak dibenarkan memiliki tanah kerana status rezab Melayu kecuali jika mereka mendapat kelulusan exco. Maka saya melihat tindakan kerajaan negeri memberi tanah kepada orang asing adalah satu pengkhianatan kepada rakyat Kelantan sendiri dan ini adalah sesuatu yang sepatutnya tidak berlaku. Kalau betul hendak dibangunkan kenapa tidak diberi sahaja kepada orang tempatan ataupun rakyat Kelantan yang berjaya di luar Kelantan.
Terdapat pihak yang melihat kedudukan Pas sukar digugat atas faktor Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Bagaimana Datuk melihat perkara ini?
NORDIN: Terus terang saya katakan saya melihat Nik Aziz ini tidaklah terlalu hebat seperti yang diperkatakan. Ini kerana konsep tok guru di Kelantan adalah sangat dihormati sejak zaman berzaman. Mereka melihat tok guru ini sebagai ketua yang boleh dipercayai, apa sahaja yang dikatakannya akan diikuti oleh masyarakat. Begitu juga Nik Aziz sebelum menjadi Menteri Besar lagi orang ramai dah datang minta air penawar dan sebagainya. Namun apabila beliau menjadi Menteri Besar, keadaan menyebabkannya terlibat antara politik dan agama. Maka banyak kenyataannya itu semakin hari semakin bercanggah dan mengelirukan.
Apakah punca rakyat Kelantan ini masih percaya dengan pemerintahan Pas?
NORDIN: Secara umumnya rakyat Kelantan ini sejak dahulu lagi lebih mendekati soal keagamaan. Mereka memang dekat dengan agama serta menghormati tokoh-tokoh agama. Jadi dalam soal ini, saya boleh katakan taktik inilah yang dipergunakan oleh Pas dalam menarik pengundi di Kelantan menyokong mereka. Sebagai contoh menyokong Pas akan dijanjikan syurga. Kalau begitu habuannya siapa yang tak nak menyokong Pas. Jadi kalau habuan yang dijanjikan itu begitu menarik maka si pencuri, mereka yang terlibat melaga ayam, berjudi pun akan menyokong mereka kerana seolah-olah ada jaminan mereka akan masuk syurga kerana menyokong Pas. Kalau sudah begitu jaminannya siapa yang tidak berani menyokong. Itulah politik (topeng) Islam yang diajarkan mereka yang akhirnya mengajar penyokongnya menjadi taksub. Saya pernah melihat sendiri ketaksuban mereka apabila terdapat bendera Pas jatuh di atas tanah, mereka ambil kayu dan alihkannya dengan berhemah tetapi apabila bendera UMNO atau BN mereka akan pijak dan menyumpah seranah. Satu lagi sebab kenapa rakyat Kelantan ini masih tebal sifat taksub terhadap Pas adalah kerana anak-anak mereka telah ditanam dan diajar dengan sikap taksub kepada Pas sejak kecil. Itu sebabnya mereka ini apabila dewasa tidak akan menerima pendapat atau penerangan orang lain kerana telah sebati sejak kecil. Apa sahaja yang diperkatakan oleh Nik Aziz dan kepimpinannya akan dianggap betul walaupun sudah terang, banyak yang mengarut.
Bagaimana Datuk melihat kerjasama antara pembangkang seperti PKR dan DAP sedangkan jelas DAP terlalu berbeza pendirian dengan Pas dalam segenap hal?
NORDIN: Saya hendak ceritakan pengalaman saya ketika negara dilanda peristiwa 13 Mei dahulu. Hari saya mendaftar ketika nak masuk belajar di Universiti Malaya adalah sama tarikhnya dengan kejadian 13 Mei. Sehari sebelum mendaftar, saya yang baru sampai dari Kelantan menginap di sebuah hotel di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Dalam pukul 11 malam saya dengar bunyi bising di depan hotel. Apabila saya perhatikan terdapat orang Cina dan India yang membuat bising dan berarak di jalanan. Macam-macam kata cercaan yang dilemparkan terhadap orang Melayu antaranya, halau Melayu, Melayu bodoh, kami sudah berkuasa, Melayu boleh keluar dan macam-macam lagi. Antara yang saya lihat ialah V. David, Lim Kit Siang dan ramai lagi. Saya terkurung selama beberapa hari di situ bersama rakan-rakan malah pada satu malam bilik kami diketuk berulang kali dan terdengar suara mengancam mencari orang Melayu.
Setelah keadaan aman barulah saya dan rakan-rakan boleh keluar dan kami menuju ke Universiti Malaya untuk mendaftar. Namun dalam kalangan rakan saya, ada yang trauma dengan peristiwa itu dan terpaksa pulang ke kampung tanpa dapat meneruskan pengajian.
Melalui kisah ini, apa yang saya nak bangkitkan bagaimana pihak seperti Pas mahu bekerjasama dengan DAP yang pernah begitu cauvinis terhadap orang Melayu? DAP tidak pernah ikhlas dan jujur terhadap orang Melayu malah sebelum ini begitu mencerca Pas dalam isu negara Islam dan pelbagai lagi. Saya tidak nampak apa peranan Pas dalam pakatan pembangkang malah saya lihat mereka semakin tunduk kepada DAP dalam segala hal termasuklah perkara-perkara yang pernah menjadi prinsip perjuangan Pas. Kerjasama mereka ini hanyalah kerjasama yang tidak jelas dan umpama retak menanti belah.
Apa harapan Datuk kepada rakyat Kelantan, atau mungkin Datuk mempunyai penyelesaian sendiri dalam hal ini?
NORDIN: Sememangnya Kelantan telah tertinggal jauh namun bagi saya, politik ini hanya berlaku lima tahun sekali. Tetapi kita perlu memahami pola politik dan pengundi di Kelantan.
Majoriti mereka di Kelantan adalah terdiri daripada yang telah berusia dan masa mereka banyak dihabiskan di masjid dan surau untuk beribadat. Mereka ini tidak mahu kaya pun cukuplah sekadar cukup makan dan minum. Dalam soal perbelanjaan, kebanyakan mereka dibantu oleh anak-anak yang menetap di luar Kelantan jadi tidak timbul masalah untuk meneruskan hidup.
Bagi saya sudah lebih 20 tahun Pas memerintah Kelantan, apa salahnya rakyat negeri itu memberi peluang kepada UMNO dan Barisan Nasional memerintah pula. Kita tengok pula apa yang boleh dilakukan oleh UMNO dan BN dalam memerintah Kelantan. Adakah lebih baik pencapaiannya terutama dalam soal pentadbiran, pembangunan ekonomi, infrastruktur dan sebagainya? Jika mereka gagal, tidak tunai janji apa susahnya undilah balik pada Pas. Kita bukan bercakap kalau UMNO/BN menang mereka akan memerintah selama 100 tahun, hanya lima tahun sahaja dan bila sampai pilihan raya akan datang buatlah keputusan bersandarkan penilaian dan pengamatan sendiri.
Saya bercakap bukan kerana ada masalah dengan orang Pas atau sebagainya malah saya mempunyai ramai kawan dan rakan daripada parti pembangkang. Tetapi saya melihat sudah sampai masanya Kelantan diurus tadbir dengan lebih baik untuk kebaikan rakyat sendiri.
Mungkin satu ketika dahulu UMNO/BN di negeri ini sudah agak selesa dengan kedudukan mereka mengakibatkan mereka ditolak rakyat. Namun saya percaya mereka telah belajar daripada pengalaman dan sudah tentu akan berbuat dengan lebih baik lagi.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130210/re_03/Berubah-untuk-Kelantan#ixzz2KjN1O6D3
© Utusan Melayu (M) Bhd
Berubah untuk Kelantan
SUDAH agak lama beliau menyepi daripada
menjadi tumpuan media dan masyarakat. Malah mungkin bagi generasi
sekarang, nama DATUK DR. NOORDIN ABDUL RAZAK, bekas Ketua Pengarah Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) begitu asing sekali.
Namun ketika di kemuncak kerjayanya, beliau ialah seorang yang
disegani manakala kata-kata dan tindakannya sering menjadi perhatian.
Sepanjang menjadi Ketua Pengarah DBKL dari 1985 hingga 2000, wajah ibukota berubah menjadi sebuah bandar raya moden yang dibanggakan semua warganya dan masyarakat Malaysia.
Noordin cukup dikenali dengan komitmen tinggi terhadap tugas malah sanggup meronda bersama penguat kuasa DBKL di tengah malam dan balik waktu dinihari.
Kini pada usia 68 tahun, beliau lebih gemar meluangkan masa bersama keluarga. Noordin bagaimanapun tetap berminat dan bersemangat apabila berbicara mengenai isu-isu yang berlaku di negeri kelahirannya, Kelantan.
Sebagai Pengerusi Persatuan Anak-Anak Kelantan Darul Naim Malaysia (PAKATAN), beliau terkilan kerana masih banyak yang belum dibangunkan di negeri itu berikutan kegagalan kerajaan negeri mentadbir dengan baik.
Katanya, akibat terlalu berpolitik dan berceramah, negeri bukan sahaja tidak maju malah porak-peranda kerana ketaksuban.
Saya melihat apa yang berlaku di Kelantan di bawah pemerintahan Pas bukan sahaja memecahbelahkan rakyat tetapi turut mengheret ahli keluarga berpecah-belah.
Kepada wartawan Mingguan Malaysia MARHAINI KAMARUDDIN dan HAFIZAHRIL HAMID beliau mengupas mengenai masalah politik serta kepimpinan di Kelantan.
MINGGUAN: Bagaimana Datuk melihat kedudukan Kelantan sekarang, apakah masih jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain?Sepanjang menjadi Ketua Pengarah DBKL dari 1985 hingga 2000, wajah ibukota berubah menjadi sebuah bandar raya moden yang dibanggakan semua warganya dan masyarakat Malaysia.

No comments:
Post a Comment