Saturday, February 9, 2013

kerja pas

ARKIB : 08/02/2013

Pas benarkan tarian lucah, ABIM hina isteri Rasulullah?

MINGGU ini dihebohkan dengan isu kehadiran penyanyi terkenal dunia, PSY dari Korea Selatan yang bakal memeriahkan majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang.
Kehadiran penyanyi dan penari Gangnam Style itu bukan sahaja menimbulkan kemarahan kalangan ahli Pas malahan DAP turut sama melemparkan pelbagai tohmahan terhadap BN berhubung kehadiran penyanyi itu.
Paling menarik apabila kehadiran PSY itu turut mendapat maklum balas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila Mursyidul Am Pas itu menggesa agar PSY menutup aurat ketika membuat persembahan di negara ini.
Blog Jering Daily (jeringdaily.com) yakin kenyataan Menteri Besar Kelantan itu dibuat berdasarkan nasihat para pegawai di sekeliling beliau.
“Oleh kerana Nik Aziz tidak berminat dengan dunia hiburan dan kurang peduli pasal dunia luar, maka maklumat salah telah disampaikan oleh penasihatnya itu bertujuan untuk memalukan Nik Aziz apabila ditemu bual wartawan.
“Kalau benar pun Nik Aziz tidak berminat dengan dunia hiburan, setidak-tidaknya beliau perlu mengambil tahu serba sedikit perkembangan semasa yang berlaku di dalam dan di luar negara termasuk juga dunia hiburan," katanya.
Bagaimanapun, di sebalik bantahan para penyokong pembangkang terhadap kehadiran PSY ke majlis anjuran BN itu, Pas Kedah pula merestui tarian separuh bogel yang dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam satu majlis di Kulim baru-baru ini.
Blog Politik Harian (brojinggo.blogspot. com) mendakwa Exco Kerajaan Negeri Kedah, Abdul Ghani Ahmad merestui tarian separuh bogel itu apabila membuat kenyataan bahawa majlis tersebut tidak menyalahi mana- mana undang-undang di negeri itu memandangkan ia tidak melibatkan orang Islam.
“Sepatutnya kerajaan negeri boleh nasihatkan PKR supaya kurangkan seksi semasa persembahan... Marilah kita ucapkan tahniah kepada kerajaan Pas Kedah yang menghalalkan tarian separa bogel anjuran PKR," katanya.
Blog Kedah Ke KL (kedahkekl.blogspot. com) pula berkata, percambahan pusat-pusat hiburan di negeri Kedah ternyata kerana mendapat kebenaran kerajaan Pas negeri itu.
“Memang la tak salah kalau dikira undang- undang perlembagaan. Tapi itu dah kira kurang sopan. Naik terbeliak biji mata pak-pak haji Pas tengok nanti.
“Punggah dah puak Pas ni demi politik dan undi, bogel pun bogellah!"
Blog House PK (parpukari.blogspot.com) pula dengan sinis memuji kerajaan Pas Kedah yang semakin hebat termasuk membenarkan para penari seksi beraksi di atas pentas.
Katanya, ketika Nik Aziz meminta PSY (penyanyi lelaki) menutup aurat tetapi pada masa yang sama kerajaan Pas Kedah membenarkan tarian separuh bogel.
“Apa punya Nik Aziz, yang jantan disuruh tutup aurat, yang betina tergedik-gedik dihalalkan pula!" bidasnya.
ABIM HINA ISTERI RASULULLAH?
TIDAK cukup dengan Pas yang menghina sahabat Rasulullah apabila mengangkat Lim Guan Eng, seorang kafir sebagai Khalifah Umar Al-Aziz, kini Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pula menghina isteri baginda dengan memberi Anugerah Saidatina Khadijah kepada Datin Seri Wan Azizah Ismail.
Blog Malaysia News Network (malaysianewsnet.com) berkata, pertubuhan itu jelas mempersenda Saidatina Khadijah kerana mengangkat seorang isteri pemimpin yang terpalit dengan isu moral setanding dengan isteri Rasulullah itu.
Katanya, adalah tidak munasabah jika ABIM tidak mengetahui sejarah Saiyiditina Khadijah yang sudah pasti sangat berbeza dengan Wan Azizah.
“Saidatina Khadijah adalah simbol Wanita Pertama. Baginda merupakan wanita yang mempunyai watak terpuji dan tidak bergantung kepada status suami atau keluarganya... Kesimpulannya, Saiyiditina Khadijah adalah simbol wanita Muslim sejati," katanya.
Sedangkan Wan Azizah pula, katanya, seorang yang hebat mempertahankan peliwat, sanggup menjatuhkan kerajaan yang dipimpin seorang Islam untuk digantikan dengan seorang penyokong liberalisme dan bersekongkol dengan musuh.
“Wan Azizah bukan wanita Muslim sejati, bukan juga seorang pejuang Islam tetapi dia adalah pejuang liberalisme, pluralisme dan LGBT seiring dengan perjuangan suaminya.
“ABIM seharusnya menarik balik anugerah itu kerana jelas Wan Azizah memilih untuk mempertahankan suaminya berbanding agamanya," kata blog ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130208/re_06/Pas-benarkan-tarian-lucah-ABIM-hina-isteri-Rasulullah#ixzz2KNsomH6R
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment