Saturday, August 6, 2011

sedih politik masuk u

Sedih polemik Universiti Selangor

SAYA amat sedih dengan campur tangan politik dalam urusan pentadbiran Universiti Selangor (Unisel) kerana ia bakal membawa kehancuran kepada universiti itu yang majoriti pelajarnya adalah Melayu.

Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi (IPT), Unisel sepatutnya memiliki autonomi sendiri dan bebas daripada unsur-unsur politik kepartian.

Saya juga mengucapkan tahniah kepada Naib Canselor Unisel, Datuk Dr. Rosti Saruwono kerana bersedia meletak jawatan bagi mempertahankan integriti dalam pentadbiran universiti berkenaan.

Sebagai rakyat Selangor, saya cukup sedih dengan laporan bahawa di Unisel sendiri sudah ada kelompok-kelompok Team A dan B. Ini sangat tidak sihat kerana IPT adalah tempat untuk menimba ilmu dan bukannya berpolitik.

ANTI PUTAR ALAM

Shah Alam

No comments:

Post a Comment