Tuesday, August 16, 2011

nik aziz jangan guna pembesar suara

Nik Aziz dicabar jangan guna pembesar suara

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dicabar tidak lagi berceramah menggunakan pembesar suara selepas ini, kerana kata-katanya sejak kebelakangan ini banyak menyakitkan hati dan perasaan orang lain.

Cabaran tersebut dibuat bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip, rentetan tindakan Menteri Besar Kelantan itu menyokong keputusan larangan penggunaan pembesar suara ketika membaca al-Quran di Pulau Pinang.

Menurut Mohd. Zahid, tindakan Nik Abdul Aziz menyokong keputusan kerajaan DAP Pulau Pinang walaupun ia mengguris hati umat Islam lain dibuat berdasarkan kepentingan politik semata-mata, bukan soal menegakkan ajaran Islam yang menekankan kesederhanaan.

"Kalau benar mahu menunjukkan kesederhanaan, Nik Abdul Aziz sendiri jangan guna pembesar suara semasa berceramah. Kenapa selama ini dia guna pembesar suara? Kenapa kalau dia setuju dengan keputusan DAP Pulau Pinang, larangan yang sama tidak dibuat di Kelantan.

"Kalau soal menyakitkan hati orang lain menjadi alasan tidak boleh menggunakan pembesar suara ketika mengaji al-Quran semasa waktu Subuh, ceramah politik Nik Abdul Aziz juga menyakiti hati orang lain. Orang Pas mungkin suka mendengar cacian beliau, tetapi orang lain tidak.

"Saya minta kepada Nik Abdul Aziz, berhentilah daripada menjadi pencacai DAP sehingga segala keputusan parti itu dipersetujui bulat-bulat tanpa mengambil kira soal perasaan umat Islam yang lain," katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, Mursyidul Am Pas itu berkata, beliau setuju dengan larangan menggunakan pembesar suara bagi tujuan membaca al-Quran dan melaungkan iqamat sekiranya mendapat sungutan daripada orang sakit, budak kecil atau orang bukan Islam.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment