Thursday, September 30, 2010

Akhbar Cina

Hantu-hantu perkauman

Isu perkauman yang masih menghantui masyarakat ketika ini menjadi topik utama artikel bertajuk ‘Pandang jelas, tetapkan pendirian’ tulisan editor eksekutif Sin Chew Jit Poh, Lin Ming Hua. Artikel itu tersiar di ruangan pendapat akhbar tersebut terbitan 28 September lalu.

Tulis Ming Hua, isu perkauman telah menyakitkan dan menyusahkan pemikiran orang ramai. Hantu-hantu perkauman sebaliknya menganggap ia sesuatu yang hebat kerana berjaya mencipta pelbagai isu. Semuanya akan terpisah melalui rasis dengan fakta-fakta yang tiada penghujungnya.

Sesuatu isu yang tidak dapat dihuraikan untuk menutup kebenaran, menjadi semakin pudar kerana salah tafsiran. Inilah yang menjadi adat dan resam dalam masyarakat sekarang.

Ming Hua menulis lagi, dalam masyarakat hari ini, ada pihak yang takut dan risaukan keamanan. Mereka lebih suka suasana yang tidak tenteram.

Hari ini mereka menuding jari mengatakan anda penumpang, esok mereka menyuruh pula anda supaya balik ke negeri asal.

Cuba fikirkan konsep rasis mereka. Dalam masa yang sama, mereka kata anda pula tidak tahu berterima kasih, tidak tahu kontrak sosial dan telah lupa siapa sebenarnya diri anda.

Tidak boleh dinafikan, baik konsep 1Malaysia atau Malaysian Malaysia, hakikatnya kita masih tidak dapat keluar daripada isu perkauman. Sedangkan Malaysia mempunyai tarikan yang begitu kuat kerana kita mempunyai pelbagai kaum.

Bukankah kekuatan negara kita bergantung kepada kepelbagaian kaum yang boleh menjana satu inovasi tinggi dalam pergaulan sesama kita?

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah pernah berkata, tidak kira bumiputera atau bukan bumiputera, semuanya suka memainkan isu perkauman. Kita tidak dapat menafikannya kerana ia adalah kenyataan.

Kita cuba mengelak daripada menuduh orang lain sebagai perkauman bagi membersihkan diri daripada dianggap fanatik. Pada masa sama, kita perlu lebih berhati- hati untuk ‘memuaskan hati tiang-tiang politik di belakang tirai’.

Sebenarnya bukan penjajah British sahaja yang mengamalkan dasar pecah dan perintah. ‘‘Saya setuju dengan kata-kata seorang penyelidik dari Southern College Johor, Dr. Tan Chong Ho yang berkata, hari ini kumpulan kaum di Malaysia masih terasa diancam dan masih berasa syak wasangka antara kaum dalam fikiran mereka. Perasaan diancam itu adalah racun daripada politik ‘pecah dan perintah’,” tulis Ming Hua.

Tulisnya lagi, disebabkan kurangnya keyakinan dan kefahaman, kaum-kaum tertentu akan berdepan dengan kaum lain secara menunjukkan ego mereka. Ini disebabkan mereka berasa tersisih dan rendah diri. Sikap seperti ini boleh menjurus kepada perbuatan fanatik.

Walaupun hari ini kita berusaha untuk meningkatkan perpaduan dan saling menerima dan memahami antara satu sama lain, halangan dalam masyarakat tetap timbul. Jika ini memang caranya untuk kita meneruskan hidup, maka kita mesti mempertahankannya secara berterusan dan jangan sesekali mengabaikannya.

Pembangkang tawan Putrajaya?

Survival pakatan pembangkang dalam menerajui negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang dibincangkan oleh seorang penulis, Cheng Yi Hui menerusi artikelnya yang bertajuk ‘Bolehkah menawan Putrajaya pada pilihan raya akan datang?’

Artikel itu tersiar di dalam akhbar China Press terbitan 27 September lalu menerusi ruangan perbincangan umum.

Menurut Yu Hui, pakatan pembangkang ketika ini masih berseronok selepas pilihan raya umum lalu dan berhasrat lebih jauh untuk menawan Putrajaya pada pilihan raya akan datang.

Bagi rakyat yang sudah matang dengan fenomena politik di rantau ini, mereka yakin sasaran pakatan pembangkang itu masih boleh dipertikaikan.

Sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim masih boleh menjadi pemimpin pembangkang, ia adalah sesuatu yang tidak boleh dijangkakan.

Sekiranya beliau dipenjara kerana kes liwat yang dihadapi ketika ini, pemimpin berwibawa mana pula yang akan menggantikan beliau menerajui pakatan pembangkang dan mengimbangi ketiga-tiga parti itu?

Tiga parti dalam pakatan pembangkang ketika ini mempunyai perselisihan besar yang masih terpendam. Pemilihan kepimpinan PKR dicemari kekecohan dan sudah timbul puak-puak serta perasaan syak-wasangka.

Dalam DAP pula, ada isu surat sokongan yang tidak dapat diperjelaskan. Pemimpin-pemimpin DAP yang selalunya membasmi gejala rasuah, tidak dapat menutup kecacatan mereka. Rakyat berasa hampa dan kecewa kerana parti itu tidak menunjukkan sikap lebih telus dan terbuka.

Pas pula kerana isu kerjasama dengan UMNO menyebabkan parti itu terjerumus ke jurang persengketaan. Rakyat dapat melihat perbalahan antara pemimpin Pas dan bagi orang bukan Islam, mereka kurang senang dan berasa curiga tentang masa depan serta hala tuju Pas.

Tulis Yi Hui, melihat kepada keadaan itu hasrat pakatan pembangkang untuk menawan Kerajaan Pusat agak tidak memberangsangkan.

‘‘Tetapi usah risau kerana jika kita ikhlas dan terus memperbaiki kelemahan yang ada, harapan itu sentiasa ada. Apa yang lebih penting ketika ini, kepimpinan ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang di empat buah negeri perlu bersungguh-sungguh. Benar-benar berkhidmat untuk rakyat, mempercepat agenda membasmi gejala rasuah dan tidak menyorok penjenayah rasuah kerana mata rakyat lebih halus dan melihatnya dengan jelas.

‘‘50 tahun tiada perubahan ditukar kepada lima tahun yang boleh berubah, bukankah itu adalah pilihan yang tidak menyusahkan,” tulis Yi Hui.

Jangan Salahkan Orang Lain Wahai PKR

PAS minta PKR henti salahkan UMNO, BN


2010/09/30

KUALA TERENGGANU: PAS meminta Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya merawat masalah dalaman parti itu dengan bijaksana dan berhenti mendakwa kemelut dalamannya disebabkan dalang dari luar, termasuk UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib, berkata tiada sebab BN bersusah payah untuk mengkucar-kacirkan PKR, melainkan masalah itu berpunca daripada parti itu sendiri yang disifatkannya tidak tahu menjaga diri.

"Saya tidak suka menyalahkan orang lain. Saya tidak setuju orang kata ini (kekecohan dalam pemilihan cabang PKR) didalangi UMNO. Memang mereka (BN) lawan kita, tetapi PKR sendiri hendaklah gunakan kebijaksanaan untuk merawat penyakit sendiri.

Kami tidak mahu campur tangan dalam rumah tangga PKR, tetapi sebagai rakan seperjuangan dalam gabungan pembangkang, PAS berharap parti itu kembali stabil selepas pemilihan nanti," katanya selepas majlis rumah terbuka Aidilfitri PAS di sini, semalam.

Beliau mengulas dakwaan PKR bahawa kekecohan dan insiden pergaduhan dalam pemilihan di beberapa cabang, khususnya di Selangor adalah perbuatan orang luar.

Malah, beberapa cabang di di Terengganu, termasuk Kuala Terengganu, Besut, Dungun dan Marang tidak dapat mengadakan pemilihan dan mesyuarat agung berikutan pendaftarannya dibatalkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) selepas gagal mengemukakan laporan mesyuarat tahunan dan penyata kewangan.

Sementara itu, mengulas mengenai nama besar dalam PKR yang tumbang pada pemilihan cabang, Harun berkata, ia adalah kehendak ahli di peringkat akar umbi yang mempunyai hak memilih pemimpin yang mereka mahu.
"Dalam pemilihan, tidak kira nama besar atau nama kecil, kedua-duanya boleh tumbang. Penyingkiran mereka adalah kehendak ahli akar umbi. Jadi, sebagai parti yang berasaskan demokrasi, dia (pemimpin yang tidak terpilih) perlu akur dan terima kehendak ahli," katanya.

Lelaki Luar Biasa

Saya orang ke-13


2010/09/25

BUAT Dang Setia, inilah kisah hidup percintaan saya. Saya berumur 19 tahun dan sedang bekerja sambil menanti permohonan untuk menyambung pelajaran. Kisah cinta saya bermula ketika di bangku sekolah. Saya mengenali A menerusi seorang kawan yang memberi saya nombor telefon A.

Menerusi perbualan telefon dan berutus mesej, saya mula menyintai A dan menjadi kekasih A. Saya sangat percayai A. Dua tahun kami berkenalan tetapi baru sekali berjumpa kerana A bukan boleh selalu keluar rumah. Selepas tamat persekolahan saya mula bekerja dan setelah empat bulan bekerja, muncul lagi seseorang dalam hidup saya iaitu B. B adalah seorang yang comel dan kecil molek berumur 18 tahun. B mula merapati saya. Baru seminggu saya dan B berkenalan, B menyampaikan hasratnya untuk menjadi kekasih saya. Pada mulanya saya menolak tetapi B mengatakan dia sanggup menjadi orang kedua dalam hidup saya lalu saya menerimanya. Selang beberapa ketika, B mula tidak tahan menjadi orang kedua dan menyatakan dia sanggup melakukan perbuatan terkutuk bersama saya untuk saya memutuskan A. Saya cuba menolak beberapa kali kerana saya sayangkan A tetapi tatkala syaitan lebih kuat hasutannya, saya dan B terlanjur. Saya memberitahu A bahawa saya mempunyai orang lain selain A dan A memberitahu yang dia tidak sanggup berkongsi lalu A pun mengundurkan diri dengan rela tetapi pahit untuk ditelan. Selepas itu saya dan B sering bergaduh kerana B masih mencemburui A.

Ketika bergaduh menerusi mesej, B sering menceritakan mengenai kisah silamnya. Barulah saya tahu yang saya adalah orang yang ke-13 dalam hidupnya, agak pahit untuk saya menerimanya. B juga mengatakan yang dia mempunyai orang lain selain saya iaitu J. Terkedu juga saya mendengarnya. Saya dan B sering bergaduh walaupun untuk hal kecil. Saya melarang B berhubung dengan J kerana merasakan yang saya dipermainkan. Melalui perbalahan dengan B yang kerap, saya mengetahui semua sejarah hitam dalam hidup B. Barulah saya tahu B bukanlah seorang dara ketika terlanjur dengan saya. Alangkah terkejut, pilu, resah, sedih dan bagai gila saya dibuatnya. Tetapi setelah mendengar kisah hidup B, saya kasihan terhadapnya dan saya rela menerimanya. Agak sukar untuk B menceritakan kepada saya, katanya dia pernah ditipu dan dipermainkan beberapa lelaki sebelum ini. Kisah hitam B bermula ketika dia di tingkatan dua, B bekerja part-time di 7-eleven berdekatan rumahnya. Dia berkenalan dengan seorang lelaki di sana. Satu hari lelaki itu mengajak B ke rumahnya, katanya mahu berehat sebelum masuk kerja, B yang tidak mengesyaki apa-apa terus mengikutnya. Di rumah lelaki itu, dia diperkosa secara paksa. Selepas itu baru B mengetahui yang lelaki itu beragama Kristian. Kemudian B berkenalan dengan seorang lelaki dari flet tempat tinggal B dan menceritakan kisah malangnya. Katanya dia ingin menyelamatkan B daripada lelaki berkenaan, namun dasar lelaki memang sukar dipercayai dia juga melakukan perkara sama terhadap B. B pasrah dengan kejadian yang menimpa dirinya lalu dia putus asa terhadap lelaki dan membiarkan lelaki mempermainkan dirinya. Selain daripada dua orang ini, ada lagi tiga lelaki yang melakukan dirinya seperti itu, seorang dari Negeri Sembilan manakala lagi dua, B tidak ingat nama mereka.


B juga menceritakan bahawa dia pernah terfikir untuk membunuh diri atau menjadi pelacur. Dunia saya berputar kelam mendengar kisah B dan air mata kami bercucuran. Tidak pernah saya sangka B hadir dalam hidup saya membawa kisah duka. Berat bagi saya tetapi lebih berat bagi B kerana dia yang melaluinya. Rupa B yang cantik sebaliknya menyimpan kisah duka dan pilu. Sebenarnya B tidak mahu menceritakannya kerana dia tahu saya tidak mungkin dapat menerima keadaan sebenar dia. B terpaksa menceritakan kepada saya kerana seminggu sebelum raya 2010 ini, J menghantar mesej kepada B dan mengugut B sekiranya B tidak melakukan perbuatan terkutuk itu dengannya, dia akan menceritakan kisah B kepada ibu bapa B. B takut dan baru B menceritakan kepada saya. Saya pun tidak tahu apa yang patut dibuat dan mengajak B untuk menukar kad sim telefon yang baru dan berserah atas ketentuan Allah. Tiga hari sebelum raya tahun ini, J menghantar mesej kepada kad sim telefon B yang lama dan J mengatakan yang emaknya meninggal dunia dan J sendiri tidak dapat balik kampung untuk melihat jenazah ibunya.


Dia kesal dan meminta B untuk memaafkannya. Memang jahat untuk saya mengatakannya tetapi memang padan dengan muka J. Itu baru balasan yang menimpa J, yang lain saya sering berdoa supaya mereka mendapat balasan lebih teruk lagi. Saya harap saya dapat menjaga B walau apa pun yang sudah B lalui saya rela menerimanya. Pernah saya katakan pada B biarlah perkara ini saya orang terakhir yang mengetahuinya. Walaupun saya bersama B, namun dalam ruang hati saya masih ada A. Saya masih sayangkan A tetapi saya kasihankan B dan cuba menyayangi B. Apa pendapat Dang Setia?

AWAN BIRU
Kuala Kangsar

SAYU hati Dang Setia mendengar kisah sedih B yang dinodai 13 lelaki sejak berusia 14 tahun.


Niat saudara untuk menjaga B cukup murni, tapi Dang Setia harap biarlah mengikut ajaran agama dan adat Melayu. Jangan sesekali saudara juga mengambil kesempatan terhadap B seperti beberapa lelaki lain.


Ini kerana saudara sendiri pernah menyatakan pernah terlanjur dengan B sebelum mengetahui kisah silamnya sebelum ini.


Hormatilah dirinya sebagai seorang wanita Islam. Cara terbaik mungkin saudara boleh bayangkan B sebagai adik atau kakak saudara, sudah pasti saudara akan berusaha sedaya upaya untuk menjaga maruah mereka.


Dalam keadaan sekarang, B memerlukan sokongan moral daripada orang terdekat yang disayanginya. Jiwanya lemah kerana sudah acap kali dipermainkan lelaki.


Cuma Dang Setia kurang pasti maksud menjaga yang disebutkan saudara. Adakah saudara mahu menjaganya sebagai kawan, kekasih atau berniat memperisterikan B.


Tanya diri saudara siapakah B di sisi saudara. Jika saudara sudah pasti, perjelaskan keadaan sebenar kepada B supaya dia tidak menaruh harapan dan membenci saudara pada masa depan, sedangkan saudara mempunyai niat baik membantunya.


Saudara juga seharusnya tahu mengenai apa yang dimahukan dalam kehidupan peribadi saudara. Siapakah yang sebenarnya bertakhta di hati, adakah A atau B.


Kalau A, adakah dia juga masih menyayangi saudara, jangan pula saudara bertepuk sebelah tangan. Dang Setia juga khuatir jika saudara menyayangi B atas dasar kasihan. Takut ia tidak berkekalan dan B sekali lagi menjadi mangsa keadaan.


Cinta bukan boleh dipaksa, ia satu perkongsian perasaan di antara dua insan. Dalam satu perhubungan, cinta itu seelok-eloknya seimbang dan tidak berat sebelah.


Perasaan sayang yang berat sebelah sukar untuk menjanjikan kebahagiaan berkekalan, itu lumrah dunia.


Apapun perasaan sebenar saudara terhadap B, Dang Setia harap saudara dapat membimbingnya ke jalan benar. Berilah dia semangat dan sokongan terutama daripada aspek agama supaya dia dapat menginsafi kesilapan lampaunya.


B perlu lebih berusaha untuk mengubah dirinya. Jadi, saudara boleh menasihatkannya supaya menambah ilmu agama dengan menghadiri ceramah, belajar mengaji al-Quran dan menyertai mana-mana pertubuhan berteraskan agama. Hanya dengan ilmu, amal ibadat kita menjadi bermakna dan hanya dengan amal ibadat iman kita menjadi lebih teguh. Iman yang teguh pula amat perlu untuk menjadi benteng kepada seseorang bagi mengelak godaan nafsu. Dang Setia pasti masih ada sinar di hujung terowong buat B asalkan dia benar-benar bertaubat dan mahu berubah.

Semoga Di Jauhi

ARKIB : 18/08/2010

Benar, 'perang besar' boleh berlaku di Malaysia

Oleh ZAINI HASSAN
GAGASAN 1Malaysia cukup menarik. Ia dapat mengelakkan 'perang besar' sebagaimana kebimbangan Mufti Perak, Tuan Guru Harrussani Zakaria walaupun malam tadi beliau tiba-tiba menukar perkataan perang kepada perkataan 'heboh', saya merasakan magnitudenya adalah sama.

'Perang besar' boleh berlaku di Malaysia jika kerajaan gagal menangani isu perkauman yang bebas diperdebatkan secara terbuka sekarang.

Kita tidak perlu bercakap mengenai tragedi 13 Mei 1969, kerana itu hanyalah konflik melibatkan kegelisahan kaum atau social unrest yang kecil sahaja. Kini kita bercakap mengenai 'perang besar' yang boleh meletus, jika keadaan gagal dikawal (oleh kerajaan).

Pelbagai pihak kini sedang membakar semangat antara satu kaum dengan kaum yang lain. Ia termasuklah cubaan untuk menukar Perlembagaan Malaysia sekarang kepada satu Perlembagaan yang baru.

Apakah cubaan itu dilakukan kerana pihak-pihak tertentu itu merasakan mereka sudah cukup besar kepala? Apakah cubaan itu dilakukan kerana mereka merasakan kerajaan yang ada sekarang akan tumbang dua tahun lagi?

Jika benar wujudnya dokumen seperti itu, maka benarkan andaian itu. Ini kerana mereka terlalu yakin mereka boleh memerintah kerana pegangan politik Melayu yang dibela oleh Perlembagaan lama, semakin luntur dan mulai terhakis.

Satu lakaran baru Perlembagaan Malaysia perlu ditulis cepat bagi menggantikan Perlembagaan lama yang mereka anggap lapuk sebagai persiapan seandainya mereka memerintah kelak. Mereka mahu melukis semula Perlembagaan atas nama sama-rata dan mengeluarkan istilah kontrak sosial, agama Islam - dan mungkin kedudukan raja-raja Melayu - yang bunyinya bagi mereka terlalu kolot?

Harussani yang mendedahkan kewujudan Perlembagan baru itu menjelaskan: ''Perlembagan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang."

Orang yang mempunyai idea ini cukup berbahaya. Kerajaan harus menanganinya, jika ia terbukti benar, bagi mengelakkan tercetusnya 'perang besar'. Saya, kita dan semua rakyat Malaysia terlalu takut untuk menghadapi situasi 'perang besar' itu. Tiada tempat yang boleh saya lari jika tercetusnya 'perang besar' itu. Bolehkah saya lari ke Singapura, Australia atau New Zealand? Saya tiada sesiapa di situ, apatah lagi tanah sekangkang kera.

Jika ia berlaku, maka ia akan tetap berlaku. Hanya Tuhan Yang Maha Esa sahaja yang akan menentukan nasib negara ini. Jika itu yang Dia mahukan, maka jadilah 'perang besar'.

Tapi, siapa yang akan untung jika berlaku 'perang besar' itu. Orang Melayu, Cina, India atau Pribumi lain? Sekali lagi hanya Dia sahaja Yang Maha Mengetahuinya.

Malaysia sebenarnya dibentuk oleh satu denominasi yang berbeza. Bukan satu, tapi membabitkan pelbagai kaum dan warna kulit serta anutan kepercayaan yang berlainan.

Sukar untuk membentuknya untuk menjadi satu denominasi yang unggul. Usaha ke arah itu sedang dilakukan melalui gagasan 1Malaysia. Mungkin akan tercapai 50 ke 100 tahun lagi, bukan semalaman sebagaimana kepercayaan kebanyakan orang sekarang?

Bangsa Amerika mengambil masa selama 250 tahun untuk melantik seorang yang berkulit hitam sebagai Presiden mereka. Tapi ada syaratnya juga. Orang berkulit hitam itu haruslah seorang yang beragama sama dengan kaum dominan kulit putih. Bolehkah Presiden Amerika seorang yang beragama Islam, misalnya? Mungkin boleh, tapi ia memerlukan 250 tahun lagi?

Kaum Arab, walau macam mana sekali pun mereka berperang mereka masih Arab - satu bahasa, satu agama mungkin sedikit berbeza dari segi aliran mazhab. Begitu juga dengan bangsa Jepun, China dan India. Walaupun mereka bergaduh sekalipun mereka masih merupakan satu denominasi yang unggul, sama warna kulit dan yang penting sama agama.

Tapi, di Malaysia ia berbeza. Melayu, Cina dan India dengan majoritinya (setakat ini masih) Melayu hidup dalam satu negara. Jika kerajaan yang dipimpin oleh majoriti itu kuat, ia hanya boleh mengharmonikan keadaan sahaja. Itu pun jika majoriti itu dapat diterima oleh sesama majoritinya yang lain.

Selama beberapa dekad ini Malaysia cukup harmoni. Melayu, Cina dan India serta Pribumi lain hidup dengan harmoni kerana majoriti yang memimpin mereka itu kuat. Namun, sejak kebelakangan ini situasinya sudah berbeza. Ada golongan mahu menangguk di air keruh setelah melihat sistem pertahanan golongan majoriti itu mulai melayu.

Masing-masing mula mahu menegakkan hak masing-masing. Mereka mahu lebih. Masing-masing mahu kelihatan mereka itu dominan. Kaum Y berkompromi dengan Kaum Z untuk menjatuhkan Kaum X bagi membolehkan, mungkin, Kaum Y menguasai negara ini. Jika Kaum Y tidak berkuasa pun mereka mahu diberi peranan yang lebih lagi.

Maka itu, pelbagai taktik halus yang cukup strategik sedang dirangka secara teliti untuk membolehkan cita-cita itu dicapai. Rakyat harus dikelirukan. Kaum X,Y dan Z harus dikelirukan. Golongan majoriti yang terkeliru itu kini tercari-cari ranting untuk berpaut. Jika mereka merasakan Kaum Y itu kuat maka majoriti yang sudah minoriti itu akan menyambarnya.

Amat malang sekali kaum majoriti yang kuat satu ketika dulu kerana keupayaannya dapat mengharmonikan X,Y,Z tadi tiba-tiba menjadi minoriti. Mereka sudah berpecah-pecah. Malah ada yang sudah berani dan terbuka mempersendakan dasar DEB yang dibuat khusus untuk kaum majoriti itu dulu!

Tapi persoalan besarnya sekarang, apakah kaum yang dikalahkan tadi akan berdiam diri? Apakah pada ketika itu situasi yang kita semua tidak mahu ia berlaku, akan berlaku?

Benar, 'perang besar' boleh berlaku di Malaysia, nauzubillah...

Wednesday, September 29, 2010

Rakyat

1,000 sertai ladang rakyat

KUANTAN 28 Sept. – Kerajaan negeri yakin matlamat sifar miskin tegar menjelang akhir tahun ini berjaya dicapai apabila hampir 1,000 penduduk negeri ini yang tergolong dalam kategori itu berjaya dikeluarkan daripada kelompok tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda negeri, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak berkata, penduduk terbabit berjaya dikeluarkan daripada kategori itu apabila mereka menyertai ladang rakyat dengan pendapatan lebih RM500 sebulan.

‘‘Kerajaan negeri sentiasa berusaha meningkatkan pendapatan isi rumah dalam usaha mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan.

‘‘Oleh itu, pada bulan lalu, kerajaan telah memasukkan nama mereka yang berada dalam kategori miskin tegar untuk menyertai projek ladang rakyat dan memperoleh saham masing-masing.

‘‘Dari segi ilmiah, Pahang telah selesai dan berjaya mencapai sifar bagi kategori miskin tegar,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-37 Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (Pasfa) di Hotel MS Garden di sini semalam.

Menurut Tan Mohd. Aminuddin, kerajaan negeri sentiasa memberi keutamaan kepada golongan tersebut terutama peserta Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk menyertai tanaman berkelompok, ladang kontrak dan ladang rakyat.

‘‘Semua usaha tersebut dilakukan dengan kerjasama pelbagai agensi seperti Pasfa, RISDA, Felcra dan Felda supaya mereka memperoleh saham bagi menambah pendapatan mereka.

‘‘Pendapatan bagi kategori miskin tegar di luar bandar adalah sebanyak RM411, maka melalui saham tersebut, mereka mendapat lebih daripada itu dan tidak lagi berada dalam kategori miskin tegar,” jelasnya.

Sehingga kini tambahnya, terdapat kira-kira 1,000 penduduk yang berada dalam kategori miskin.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan ada nama penduduk miskin tegar yang tercicir daripada menerima bantuan kerajaan.

‘‘Justeru, ketua kampung digesa peka terhadap perkara tersebut dan sentiasa mengemas kini bilangan penduduk bagi setiap kategori,” jelasnya.

Kerana Kita Orang Kampung

Malang nasib pekebun di Bagan Datoh...

PADA tahun 70-an, kerajaan negeri Perak mengurniakan tanah kepada penduduk terpilih dalam mukim Rungkup, Bagan Datoh, meliputi kawasan dikenali Rungkup 1. Tanah seluas hampir dua hektar ini menjadi sumber harapan khususnya kepada mereka yang tidak bertanah.

Kawasan tanah yang diberi asalnya adalah laut yang dipenuhi dengan hutan kayu bakau. Benteng dibina bagi menahan kemasukan air laut ke kawasan berkenaan. Setelah mencabut undi bagi menentukan lot tanah masing-masing, penerima menebang pokok-pokok bakau, membuat perparitan dan menanam pokok kelapa.

Setelah berapa tahun dan dengan penjagaan rapi, pokok kelapa membesar dan mengeluarkan hasil. Untuk beberapa tahun, para pekebun menikmati pendapatan daripada kebun ini.

Namun kegembiraan ini hanya untuk beberapa tahun. Benteng penahan air laut yang dibina tidak bertahan lama. Sedikit demi sedikit air laut menyusup memasuki kawasan kebun kelapa ini menyebabkan kebun tenggelam dan pokok-pokok kelapa mati.

Akhirnya benteng ini pecah sama sekali dan air laut menenggelami berpuluh-puluh hektar kawasan kebun kelapa ini. Pokok kelapa terkulai mati ditenggelami air masin. Kawasan kebun kelapa kini bertukar kembali kepada asal menjadi laut.

Perkara ini sudah bertahun-tahun berlalu dan sejak itu pekebun hilang punca pendapatan. Kebun mereka menjadi laut yang tidak ada sempadan.

Namun apa yang dimusykilkan ialah dalam keadaan begini, para pekebun tetap terpaksa membayar cukai tanah kepada kerajaan. Sudahlah hasil tiada, cukai kena bayar. Ada pemilik yang tidak membayar diberi surat peringatan kebun mereka akan dilelong.

Justeru, saya memohon kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Dr. Zahid Hamidi agar meneliti masalah yang dihadapi pekebun ini dan memberi jalan penyelesaian untuk membantu mereka.

Sehingga ini belum ada apa-apa tindakan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) berhubung perkara ini, seolah-olah membiarkan sahaja masalah itu berlarutan. PBT tidak pernah menyatakan apakah yang akan mereka buat ke atas tanah yang menjadi laut itu. Mungkinkah akan dilaksanakan sesuatu projek tertentu sebagai menggantikan kehilangan pendapatan pekebun? Atau adakah pekebun akan diberi sagu hati sebagai pampasan?

Saya memohon agar kerajaan negeri memberi perhatian serius terhadap perkara ini kerana ia sudah telalu lama berlarutan tanpa sebarang tindakan. Pekebun ingin tahu apakah sebenarnya nasib mereka dan 'tanah laut' mereka.

ORANG KAMPUNG

Bagan Datoh, Perak.

Sekolah Vokasional

Cemerlang melalui vokasional

SAYA menyokong penuh cadangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan pendidikan vokasional dimulakan dari awal. Ini kerana pelajar yang diberi pengajaran di sekolah mempunyai tahap penerimaan pembelajaran yang berbeza. Ada pelajar yang boleh mengikuti akademik dengan cemerlang dan ada pelajar yang tidak dapat mengikutinya.

Pelajar yang tidak dapat mengikuti pelajaran ini akan merasa tersisih dan merasakan diri mereka tidak diperlukan walaupun dalam diri pelajar-pelajar ini ada kebolehan lain yang perlu digilap dan disemai. Mereka mempunyai kemahiran tangan pemberian Allah yang amat berguna.

Kerana itulah saya amat menyokong saranan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran agar pendidikan vokasional dimulakan selepas sahaja pelajar tamat peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Ini kerana pihak guru sudah tentu dapat melihat pencapaian pelajar mereka selama enam tahun di sekolah rendah, dan tahap pencapaian pelajar yang memerlukan mereka kepada pendidikan vokasional sudah dikenalpasti. Pelajar yang lemah dalam akademik perlu disarankan mengikuti pelajaran vokasional.

Minat pelajar ini akan bertambah kerana mereka tahu sekalipun tidak dapat mengikuti pelajaran akademik, tangan mereka boleh membuat sesuatu yang baik untuk masa depan masing-masing.

Pendidikan vokasional ini akan menjadikan pelajar yang tidak cemerlang akademik menumpukan kepada apa yang mereka minati. Memupuk minat pelajar seawal ini akan banyak memberi kesan positif, antaranya:

* Mengurangkan masalah disiplin pelajar yang tidak berminat dengan akademik.

* Membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan pengalaman pada usia muda.

* Membolehkan pelajar merekacipta benda baru.

* Menambahkan bilangan tenaga mahir negara yang berkualiti dan sesuai dengan perkembangan industri.

* Membantu menjadikan Malaysia negara maju dan produktif.

* Mengurangkan pergantungan kepada tenaga kerja dari negara luar.

Saya ingin mencadangkan kelas pendidikan vokasional dilaksanakan dalam tiga kategori, iaitu Kelas Vokasional Junior, Kelas Vokasional Senior dan Kelas Vokasional Lanjutan.

Kelas Vokasional Junior adalah untuk pendidikan yang diberi di awal tingkatan satu hingga ke tingkatan tiga dalam bentuk vokasional umum. Semua pelajar akan belajar semua bidang vokasional iaitu elektrik, mekanikal dan awam.

Pada peringkat ini, pelajar sudah dapat menilai minat sebenar mereka dalam bidang apa. Pelajar-pelajar ini juga perlu kerap dibawa melawat ke industri supaya mereka tahu hala tuju minat mereka.

Jadi apabila mereka berada di tingkatan empat, mereka telah mempunyai pelbagai kemahiran asas yang diperoleh dari tingkatan satu, dua dan tiga. Setelah mereka faham dengan diberi penerangan yang jelas oleh guru, apabila di tingkatan empat pelajar ini sudah boleh membuat pengkhususan bidang apa yang akan diceburi untuk masa depan. Di sini akan berlaku peningkatan pengetahuan dan kemahiran vokasional yang ketara apabila mereka membuat pengkhususan dalam tingkatan empat dan lima.

Kelas Vokasional Senior pula untuk pelajar tingkatan empat dan lima mengikuti pengkhususan yang mereka minat dengan penekanan 70 peratus secara praktikal dan 30 peratus teori berhubung kursus yang diikuti.

Kelas Vokasional Lanjutan pula untuk memberikan pendidikan lanjutan selama setahun kepada pelajar untuk menyediakan mereka memasuki alam pekerjaan. Apabila pelajar ini keluar dari sekolah vokasional, mereka perlu diberi pengiktirafan yang tinggi dengan sijil atau sijil lanjutan yang setaraf sijil politeknik atau diploma.

Saya melihat anak-anak saya yang belajar di sekolah menengah vokasional kini berjaya dalam bidang masing-masing. Ini kerana semasa di sekolah mereka mendapat pengetahuan dan kemahiran yang sebenar. Anak-anak saya juga dibawa melawat ke industri berkaitan semasa mereka berada di sekolah vokasional.

Oleh itu saya ingin mencadangkan agar ada industri atau syarikat-syarikat besar menjadikan sekolah-sekolah vokasional sebagai anak angkat dalam hubungan ‘menang-menang’. Ini membolehkan industri mengambil pelajar lepasan sekolah vokasional dan sekolah pula mendapat pengetahuan baru seiring dengan perubahan teknologi.

Saya berharap saranan Timbalan Perdana Menteri itu akan segera diambil perhatian sekali gus dipraktik oleh Kementerian Pelajaran agar kita menjadi negara maju dengan tenaga pakar yang dikeluarkan oleh sekolah vokasional kita sendiri.

Saya yakin kita boleh melakukannya kerana sekolah vokasional dengan guru-gurunya yang mempunyai pelbagai kemahiran banyak mengeluarkan modal insan yang pada mulanya tidak diperlukan di sekolah akademik/harian biasa. Keluaran sekolah vokasional inilah sekarang yang banyak membantu membangunkan negara.

AYAH VOKASIONAL

Mata Ayer, Perlis.

Tuesday, September 28, 2010

Buah Yang Tak Gugur-Gugur

Menanti pencen bulanan zaman darurat

SAYA merupakan salah seorang anggota polis yang berkhidmat dalam Unit A.S.U pada zaman darurat iaitu pada tahun 1948 sehingga 1961.

Ketika itu saya ditugaskan untuk memburu pengganas komunis di kawasan hitam tanpa mengira waktu siang atau malam.

Pada waktu itu ramai antara rakan seperjuangan yang terkorban dan ada juga yang cacat akibat terkena jerangkap samar dan tembakan pengganas.

Persoalan sekarang, bantuan pencen yang diuar-uarkan melalui Persatuan Bekas-bekas Polis Malaysia (PBBPM) sehingga kini masih belum kami peroleh.

Berita mengenai bantuan pencen itu sudah mula diketahui sejak Januari tahun lalu tetapi hingga hari ini kami yang berkhidmat pada zaman darurat masih belum memperoleh sebarang bantuan yang dijanjikan.

Kami dijangka menerima bantuan pencen bulanan sekurang-kurangnya RM360 sebulan.

Dengan adanya bantuan seperti itu, ia secara tidak langsung dapat mengurangkan bebanan yang kami tanggung selama ini.

Semasa zaman darurat dulu kami merupakan 'wira bangsa' yang berjuang mempertahankan kemerdekaan negara tetapi kini kami hanyalah warga emas yang sedang meniti hari-hari akhir dalam kehidupan.

Semoga cetusan rasa ini mendapat perhatian semua pihak yang berkaitan.

M.G Ali

Perumahan Awam Fasa III,

Renggam, Johor.

Pukau Nak Berbini

Pelajar dakwa dirogol, dipukau jadi isteri bekas majikan

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Seorang pelajar di sebuah institusi pengajian mendakwa dirogol bekas majikannya yang juga pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di ibu negara.

Mangsa yang ingin dikenali sebagai Angah, 20, mendakwa kejadian itu berlaku kira-kira dua tahun lalu ketika dia bekerja sebagai pembantu lelaki itu.

Mangsa juga mendakwa dia dibawa ke selatan Thailand atas alasan urusan kerja namun dipukau dan dinikahkan dengan pensyarah itu.

"Saya masih tidak mengetahui status saya kerana semasa nikah dijalankan saya dalam keadaan tidak sedar. Apabila diminta mengemukakan bukti surat nikah, pensyarah itu enggan memberikannya," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Ekoran kejadian itu, mangsa mengalami tekanan perasaan akibat dituntut menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri tanpa kerelaan.

Angah berkata, dia merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan ibu bapanya kerana bimbang dengan ugutan dan tekanan diberikan oleh pensyarah tersebut.

"Ibu bapa saya tidak mengetahui peristiwa yang saya alami, namun, oleh kerana tidak tahan dengan tekanan yang dihadapi, saya akhirnya memberitahu mereka," ujarnya.

Berikutan itu, katanya, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 20 September lalu tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil setakat ini.

Tambahnya, dia juga telah berhenti bekerja dengan pensyarah terbabit, namun lelaki itu terus mengekori dan memberi tekanan kepadanya.

Tolonglah

Miang Bangla kalahkan rebung!

SAYA amat tertarik dengan artikel mengenai warga asing memenuhi koc wanita dengan selambanya, tanpa menghiraukan ketidaksenangan penumpang-penumpang wanita dengan kehadiran mereka. Warga asing ini sudah tentunya warga Bangladesh dan Nepal (sedikit) kerana mengikut pengalaman saya, kebanyakan warga asing yang miang mengalahkan rebung buluh, hanyalah warga asing dari Bangladesh!

Ini berlainan sekali dengan warga asing dari negara lain kerana mereka lebih suka mengganggu atau mencari pasangan dari negara mereka sendiri terutamanya warga Filipina, Indonesia dan Myanmar.

Warga Bangladesh ini, menurut ibu saya, jika mereka terlihat wanita tua sekalipun terutamanya yang tinggal di bandar-bandar kecil, mereka akan cuba menakut-takutkan mereka beramai-ramai, menegur dan ada yang bersikap kurang ajar dengan menggaru-garu seluar mereka di depan wanita-wanita ini tadi termasuklah di depan ibu saya!

Malangnya maki-hamun wanita-wanita ini, dibalas dengan gelak ketawa gaya ala-ala hero cerita Tamil di India! Memang kurang ajar sikap warga Bangladesh ini. Yang baik boleh dikira dengan jari, dan 95 peratus atau lebih adalah dari kategori yang saya tuliskan tadi.

Ramai dari mereka cedera teruk gara-gara dibelasah warga tempatan kerana mengganggu wanita-wanita tempatan, namun ini tidak mematahkan 'hasrat' teman-teman mereka yang lain kerana itulah sikap mereka di Bangladesh sendiri! Mereka sanggup bertikam dengan rakan mereka sendiri sekiranya wanita idaman mereka terlepas dari genggaman.

Pada pandangan peribadi saya dan juga teman-teman yang pernah tinggal di Bangladesh untuk beberapa tahun yang lalu, warga Bangla di Bangladesh mempunyai beberapa sikap yang lain dari yang lain iaitu miang, kurang ajar baik dari segi percakapan dan perbuatan, panas baran, suka cari pasal dan suka bergaduh.

Golongan berada, tidak bersikap begini kerana mereka menjaga status dan akan mencari wanita yang sama taraf sahaja dan begitu juga dengan golongan kelas pertengahan namun mereka masih mempunyai sikap-sikap yang saya sebutkan di atas. Berlainan sekali dengan golongan kelas bawahan, mereka ini tidak mengira tempat dan waktu akan mengganggu wanita-wanita yang lalu lalang.

Dengan hanya memakai kain pelikat yang lusuh kebanyakan dari mereka ini suka berkumpul dan dengan sengaja mereka akan meramas kemaluan mereka sendiri jika terangsang kerana melihat wanita-wanita muda mereka yang lalu-lalang untuk ke sekolah, ke pasar atau yang berjalan pulang dari bekerja di kilang-kilang berhampiran.

Namun mereka agak takut jika wanita itu dari kelas atasan dan wanita warga asing seperti saya dan teman-teman dari Eropah kerana takut menerima gertakan secara percuma baik dari kami dan pemandu peribadi kami sendiri.

Ketika di Dhaka, teman saya dan saya pernah dengan beraninya menghayunkan payung dan menggertak tiga lelaki warga Bangla kerana mengganggu kami sewaktu ke pasar. Memang mereka benar-benar takut kerana mereka akhirnya dikejar oleh segerombolan warga mereka sendiri kerana perbuatan mereka itu boleh membuatkan mereka yang berjualan di pasar kehilangan pelanggan.

Warga Bangla juga terkenal dengan sikap mereka yang memang suka berpegangan tangan sesama lelaki dan suka meraba dan menggaru kemaluan mereka sendiri terutamanya di tempat-tempat awam. Di dalam bas pula, ini dari pengalaman seorang wanita teman Bangla saya yang belajar di salah sebuah universiti. Penumpang lelaki akan mengasak penumpang wanita dengan sengaja dan akan meramas punggung dan buah dada tanpa segan silu.

Oleh itu ramai penumpang wanita memang gerun untuk menaiki kenderaan awam yang sudah sememangnya serupa tin remuk! Memang kita di Malaysia akan naik angin jika ada lelaki berbuat demikian sebab itulah apabila saya memberitahu ibu dan kakak saya di Malaysia, mereka hanya menggelengkan kepala tanda mengakui betapa teruknya sikap warga Bangla.

Bagaimana perangai mereka di Bangladesh, begitulah perangai mereka di negara kita. Nasihat saya kepada penumpang bas, sistem aliran ringan, monorail dan koc wanita, jangan lupa membawa payung dan kalau hendak menggertak, gertak beramai-ramai dan suruh mereka keluar dari koc wanita sebaik melihat kelibat mereka!

ANTI WARGA MIANG

Kuala Lumpur

Bangla Oh Bangla

Miang Bangla kalahkan rebung!

SAYA amat tertarik dengan artikel mengenai warga asing memenuhi koc wanita dengan selambanya, tanpa menghiraukan ketidaksenangan penumpang-penumpang wanita dengan kehadiran mereka. Warga asing ini sudah tentunya warga Bangladesh dan Nepal (sedikit) kerana mengikut pengalaman saya, kebanyakan warga asing yang miang mengalahkan rebung buluh, hanyalah warga asing dari Bangladesh!

Ini berlainan sekali dengan warga asing dari negara lain kerana mereka lebih suka mengganggu atau mencari pasangan dari negara mereka sendiri terutamanya warga Filipina, Indonesia dan Myanmar.

Warga Bangladesh ini, menurut ibu saya, jika mereka terlihat wanita tua sekalipun terutamanya yang tinggal di bandar-bandar kecil, mereka akan cuba menakut-takutkan mereka beramai-ramai, menegur dan ada yang bersikap kurang ajar dengan menggaru-garu seluar mereka di depan wanita-wanita ini tadi termasuklah di depan ibu saya!

Malangnya maki-hamun wanita-wanita ini, dibalas dengan gelak ketawa gaya ala-ala hero cerita Tamil di India! Memang kurang ajar sikap warga Bangladesh ini. Yang baik boleh dikira dengan jari, dan 95 peratus atau lebih adalah dari kategori yang saya tuliskan tadi.

Ramai dari mereka cedera teruk gara-gara dibelasah warga tempatan kerana mengganggu wanita-wanita tempatan, namun ini tidak mematahkan 'hasrat' teman-teman mereka yang lain kerana itulah sikap mereka di Bangladesh sendiri! Mereka sanggup bertikam dengan rakan mereka sendiri sekiranya wanita idaman mereka terlepas dari genggaman.

Pada pandangan peribadi saya dan juga teman-teman yang pernah tinggal di Bangladesh untuk beberapa tahun yang lalu, warga Bangla di Bangladesh mempunyai beberapa sikap yang lain dari yang lain iaitu miang, kurang ajar baik dari segi percakapan dan perbuatan, panas baran, suka cari pasal dan suka bergaduh.

Golongan berada, tidak bersikap begini kerana mereka menjaga status dan akan mencari wanita yang sama taraf sahaja dan begitu juga dengan golongan kelas pertengahan namun mereka masih mempunyai sikap-sikap yang saya sebutkan di atas. Berlainan sekali dengan golongan kelas bawahan, mereka ini tidak mengira tempat dan waktu akan mengganggu wanita-wanita yang lalu lalang.

Dengan hanya memakai kain pelikat yang lusuh kebanyakan dari mereka ini suka berkumpul dan dengan sengaja mereka akan meramas kemaluan mereka sendiri jika terangsang kerana melihat wanita-wanita muda mereka yang lalu-lalang untuk ke sekolah, ke pasar atau yang berjalan pulang dari bekerja di kilang-kilang berhampiran.

Namun mereka agak takut jika wanita itu dari kelas atasan dan wanita warga asing seperti saya dan teman-teman dari Eropah kerana takut menerima gertakan secara percuma baik dari kami dan pemandu peribadi kami sendiri.

Ketika di Dhaka, teman saya dan saya pernah dengan beraninya menghayunkan payung dan menggertak tiga lelaki warga Bangla kerana mengganggu kami sewaktu ke pasar. Memang mereka benar-benar takut kerana mereka akhirnya dikejar oleh segerombolan warga mereka sendiri kerana perbuatan mereka itu boleh membuatkan mereka yang berjualan di pasar kehilangan pelanggan.

Warga Bangla juga terkenal dengan sikap mereka yang memang suka berpegangan tangan sesama lelaki dan suka meraba dan menggaru kemaluan mereka sendiri terutamanya di tempat-tempat awam. Di dalam bas pula, ini dari pengalaman seorang wanita teman Bangla saya yang belajar di salah sebuah universiti. Penumpang lelaki akan mengasak penumpang wanita dengan sengaja dan akan meramas punggung dan buah dada tanpa segan silu.

Oleh itu ramai penumpang wanita memang gerun untuk menaiki kenderaan awam yang sudah sememangnya serupa tin remuk! Memang kita di Malaysia akan naik angin jika ada lelaki berbuat demikian sebab itulah apabila saya memberitahu ibu dan kakak saya di Malaysia, mereka hanya menggelengkan kepala tanda mengakui betapa teruknya sikap warga Bangla.

Bagaimana perangai mereka di Bangladesh, begitulah perangai mereka di negara kita. Nasihat saya kepada penumpang bas, sistem aliran ringan, monorail dan koc wanita, jangan lupa membawa payung dan kalau hendak menggertak, gertak beramai-ramai dan suruh mereka keluar dari koc wanita sebaik melihat kelibat mereka!

ANTI WARGA MIANG

Kuala Lumpur

Wednesday, September 22, 2010

Semporna Tidak Sempurna

Pengalaman perit berhari raya di Semporna, Sabah

SAYA baru menghabiskan cuti raya selama dua minggu di rumah mertua saya di Semporna, Sabah bersama suami dan seorang anak kecil.

Ini kali pertama saya beraya di Semporna, Sabah dan tentunya saya menggambarkan keindahan beraya di perantauan.

Sayang seribu kali sayang, realiti kehidupan di Semporna tidaklah sesempurna namanya. kemudahan paling asas, iaitu bekalan air bersih amat-amat kritikal. walaupun dikelilingi laut, hakikatnya Semporna amat-amat dahagakan bekalan air bersih.

Sepanjang berada di sana, hanya dua kali bekalan air dapat digunakan. saya difahamkan, bekalan air ini dicatu di kampung-kampung, tetapi tiada masalah di taman-taman perumahan dan kuarters kerajaan.

Pihak berkenaan menggunakan alasan bahawa penduduk kampung mempunyai air perigi untuk digunakan. sekiranya aduan dibuat, maka bekalan air akan ditutup lebih lama sehingga dua ke tiga minggu lamanya.

Disebabkan kekurangan bekalan air bersih, penduduk terpaksa mengharapkan air hujan untuk digunakan. ini disebabkan bukan semua rumah yang mempunyai perigi sebagai bekalan air.

Begitu juga saya yang terpaksa berjimat-jimat dan menggunakan air hujan untuk mandi, membasuh baju dan memasak.

Apa yang lebih memeritkan, anak kecil saya dijangkiti kudis seluruh badan sehingga terpaksa ke klinik sebanyak dua kali disebabkan menggunakan bekalan air yang tidak bersih.

Saya juga terpaksa ke klinik kerana cirit birit selama dua hari, juga disebabkan bekalan air yang tidak bersih.

Setahu saya, setiap tahun kerajaan memperuntukkan sejumlah bajet yang tinggi bagi Sabah dan Sarawak, tetapi kedaifan di Semporna menggambarkan seolah-olah sabah tiada pembangunan.

Tiada lampu jalan, jalan yang kebanyakannya rosak, tiada pengangkutan awam, kawasan pasar yang lecak dan kotor dan kawasan hospital yang tidak dapat dilindungi daripada anjing-anjing liar.

Saya ingin menarik perhatian Menteri Kemajuan Luar Bandar dan wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkaitan masalah ini, apakah peruntukan tinggi yang disediakan oleh kerajaan pusat saban tahun tidak dapat disalurkan kepada kawasan-kawasan kampung dan pedalaman yang lainnya?

Tidak dinafikan bahawa kerajaan ada menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan modal untuk mereka berniaga kecil-kecilan, tetapi semua itu tidak berbaloi jika kemudahan asas yang penting masih lagi tidak dapat dibekalkan dan diatasi.

Saya sendiri tidak tahan dengan keadaan serba kekurangan ini selama dua minggu berada di sana, apatah lagi penduduk Semporna yang memang hidup serba kekurangan tetapi tidak tahu apa tindakan yang patut mereka lakukan demi memastikan generasi akan datang dapat menikmati taraf hidup yang lebih baik.

MENANTU TERKILAN

Putrajaya

Buli Pemandu Berhemah

Trauma memandu di lebuh raya

SAYA seorang pengguna lebuh raya dan apabila mengguna lebuh raya, saya terasa agak trauma dengan ragam pemandu.

Saya menggunakan kereta yang berkuasa rendah dan sering dibuli oleh kereta yang berkuasa tinggi.

Had laju 110 kilometer sejam saya patuhi semasa memotong dan tidak memotong.

Tetapi bagi kereta yang berkuasa tinggi sering memandu laju lebih dari had laju.

Mereka sering memberi lampu meminta lalu semasa mengekori kita memotong. Mereka marah kepada pemandu yang memandu dengan kelajuan yang ditetapkan supaya ketepi dari lorong memotong agar mereka saja yang boleh memotong.

Ada kalanya kereta-kereta yang laju ini membunyikan hon tanda marah mereka. Saya mewakili kenderaan yang biasa mengalami keadaan ini ingin meminta pemandu-pemandu yang sedemikian supaya mengubah sikap mereka agar mematuhi had laju di lebuh raya.

Kami pun bayar tol di lebuh raya dan kami bukan nak mati di lebuh raya dengan tindakan salah undang-undang orang lain di lebuh raya.

Kami tahu golongan ini banyak wang, boleh bayar saman walaupun beberapa kali kena saman had laju. Tapi fikirlah siapa nak bela dan memberi nafkah kepada anak-anak kami jika ibu bapa mereka maut di lebuh raya.

Saya juga berharap pihak berkuasa perlu melihat sikap angkuh pemandu-pemandu sedemikian kerana mereka ini adalah golongan pemandu yang penyebab dan menyumbang kemalangan maut di lebuh raya.

Tidak guna kalau kita lancar pelbagai kempen keselamatan jalan raya jika sikap angkuh menebal dalam diri mereka.

Tepuk dada tanya diri sendiri, adakah kita di dalam golongan ini. Di mana sivik kita dan di mana budi bahasa kita.

MAT GURUN

Kedah

Sunday, September 19, 2010

Mahathir Mantan PM Malaysia

ARKIB : 17/09/2010

Mahathir permata yang bersinar

Di hari kita menyambut Hari Malaysia tanggal 16 September, terkejut saya apabila membaca satu artikel yang disiarkan di dalam ruangan Akhbar Cina yang diterjemahkan oleh Utusan Malaysia.

Artikel ini sememangnya menjurus kepada penghinaan kepada seorang mantan Perdana Menteri yang telah memimpin negara kita selama 22 tahun.

Seorang pemimpin yang telah membawa kemajuan kepada Malaysia dan selama beliau memimpin kita, sudah banyak perubahan dan sudah terbukti cemerlang Malaysia di mata dunia.

Saya nak ingatkan kepada penulis (Meng Lun Yong), ramai lagi pemimpin yang seusia Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bergiat aktif dalam memberi nasihat kepada negara mereka. Saya percaya permata ini bukanlah seorang nyanyuk seperti yang digambarkan oleh kamu.

Sememangnya kamu seorang yang mentah lagi budak sekiranya nak dibandingkan dengan apa yang telah dilakukan dan dicurahkan oleh seorang negarawan iaitu Dr. Mahathir. Kamu sememangnya tidak layak untuk mengkritik seorang negarawan kerana kamu sendiri agak hodoh dan dungu apabila menulis tentang konsep 1Malaysia, dan bahasa kasarnya, "Kamu seorang yang kurang ajar".

Dr. Mahathir merupakan mutiara dunia yang mana sehingga hari ini dunia menagih pendapat dan pandangan beliau, bukan hanya di Malaysia tetapi dunia mengiktiraf beliau.

Dr. Mahathir memang ahli UMNO dan apabila beliau berkata begitu, sememangnya kita mempunyai agenda UMNO yang memastikan orang Melayu tidak dipinggirkan, seperti juga MCA dan MIC, mempunyai agenda kaum masing-masing untuk diperjuangkan. Melalui BN kita merungkai persamaan dan bersama kita memacu negara ini mengikut acuan kita sendiri tanpa menindas kaum yang lain.

Saya percaya kamu seorang yang penakut untuk menerima hakikat yang Malaysia ini sebuah negara yang mempunyai Rukun Negara dan mempunyai Perlembagaan yang mesti diikut dan dipatuhi.

Apabila kita faham dan sedar serta terima rukun dan perlembagaan Malaysia, saya percaya kamu akan sedar dan insaf yang bumi dipijak ini adalah untuk dikongsi bersama-sama kaum lain tetapi kena sedar yang kaum Melayu adalah pribumi Malaysia.

Kek ekonomi yang hari ini dimonopoli oleh orang Cina membuktikan yang kaum ini diberi layanan yang teristimewa dibandingkan dengan kaum lain. Kaum Cina mendapat keistimewaan melalui pembangunan tanah-tanah kerajaan melalui syarikat gergasi mereka, berniaga di sektor swasta. Ini semua keistimewaan yang kita beri kepada orang Cina agar bangsa mereka tidak dipinggir di dalam Malaysia.

Sekiranya kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) mahu meminggirkan bangsa tertentu sudah tentu orang Melayu sudah lebih maju dibandingkan dengan orang Cina melalui pemberian kontrak dan tanah-tanah kepada hanya syarikat Melayu. Sekiranya Dr. Mahathir seorang rasis semasa mentadbir, sudah tentu orang Melayu memonopoli ekonomi negara.

Sememangnya kita khuatir dengan situasi apabila ramai rakyat yang menggunakan konsep 1Malaysia untuk menagih hak sama rata. Saya nak ingatkan kepada penulis sekali lagi, kenapa ada pihak yang tidak mahu menghapuskan sekolah jenis kebangsaan? Kenapa kita tidak mahu menerima konsep sekolah kebangsaan yang menghimpunkan semua kaum di bawah satu bumbung?

Hak keadilan yang diberikan adalah perjanjian di antara pemimpin terdahulu untuk memberikan kelebihan kepada penduduk pribumi bagi mengimbangi pembangunan negara. Ini semua telah dimeterai semasa Tanah Melayu menuntut kemerdekaan dan memberikan peruntukan satu juta kewarganegaraan kepada kaum bukan pribumi.

Di Malaysia, kepada sesiapa yang belajar pandai dan bekerja rajin, sudah pastinya golongan ini akan dapat imbuhan daripada apa yang diusahakan oleh mereka.

Berkat daripada kepimpinan Perdana Menteri-Perdana Menteri yang lepas, semua rakyat di Malaysia hidup aman dan damai. Sudah tentu Malaysia akan lebih cepat maju sekiranya kita tidak mempunyai rakyat yang berpandangan seperti Meng Lun Yong. Beliau seorang yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih kepada pemimpin yang lepas.

Adalah amat bahaya beliau menggunakan pena penulisan untuk mengajar rakyat tidak berterima kasih terhadap apa yang diusahakan oleh pemimpin terdahulu.

Mohd. Razlan Muhammad Rafii

Puchong, Selangor

Azan Di Singapura

ARKIB : 18/09/2010

CERMIN DIRI SENDIRI

NAMPAKNYA orang itu semakin nyanyuk. Mungkin juga tertekan kerana terpaksa menjaga isteri yang sakit. Kedua-dua faktor nyanyuk dan tertekan membuatkan Lee Kuan Yew (LKY) bercakap semberono, tidak berasaskan fakta dan sejarah, dan lebih teruk mencampuri urusan dan hal ehwal negara jiran, Malaysia. Siapa LKY yang layak bercakap begitu. Cermin dulu diri sendiri, baru sibuk pasal orang lain.

Di mana kebebasan yang dibanggakan sangat olehnya. Saya yang mempunyai saudara di Singapura yang menetap di rumah pangsa diberitahu bahawa suara azan tidak boleh kuat kedengaran. Yang kaum Cina pula, tak boleh pasang colok di rumah pangsa. Kalau pasang juga sebab nak sembahyang, akan kena tindakan tegas. Tetapi di Malaysia, orang Cina bebas melakukan adat dan budaya mereka.

Pasang mercun berdentum-dentum pada malam Tahun Baru sehingga menganggu ketenteraman awam, pasang colok bersaiz gergasi di halaman rumah dan di tepi-tepi jalan yang asapnya menyesakkan hidung, pelihara anjing yang kuat menyalak – semuanya boleh dilakukan dengan bebas dan selamat di Malaysia.

Tetapi jangan harap, semua itu dapat dilakukan di Singapura. Jadi, apa kebebasan yang dibanggakan itu? Saya masih hairan sehingga hari ini, dan memerlukan LKY menjawap semua persoalan tersebut.

SHAM

Ayer Keroh, Melaka

Kalau Orang Melayu

ARKIB : 18/09/2010

KAWAL GENGSTER INDIA

SAYA mengikuti kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dengan penuh minat sejak kes itu mula tersebar. Isu perkauman dikaitkan dengan pembunuhan itu dan mula merimaskan banyak pihak.

Namun apa yang menghairankan saya, tidak pula ada pihak tampil membela keadilan bagi keluarga arwah dan tiga mangsa lain.

Sedangkan, ketika seorang suspek lelaki India mati di dalam lokap, mereka terus memberi tekanan kepada kerajaan. Banyak pihak yang tampil khususnya dari kaum India termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama Hindraf. Malah, mereka mengadakan siri demonstrasi walaupun siasatan belum dilakukan.

Anehnya juga, apabila kumpulan gengster India membunuh empat orang Melayu termasuk Sosilawati, masyarakat Melayu bersikap tenang dan rasional. Kenapa sikap itu tidak ada pada kaum India di negara ini?

Ia jelas menunjukkan selama ini, masyarakat Melayu begitu menjaga keharmonian dan tidak bertindak emosional.

Saya berharap pemimpin, tokoh masyarakat India dan NGO kaum itu dapat menangani isu- isu gengsterisme melibatkan kaum India dengan lebih berkesan.

PEGUAM RAKYAT

Pantai Dalam

Lee Kun Yu

ARKIB : 18/09/2010

LEE KUAN YEW MEMBOHONGI SEJARAH

MENTERI Mentor Singapura tidak perlu pura-pura berasa sedih kononnya Singapura dipaksa keluar dari Malaysia. Janganlah membohongi sejarah. Soalnya, apakah negara itu akan menikmati kemerdekaan tanpa menyertai Malaysia pada 1963?

Kalaulah Tunku Abdul Rahman menolak permintaan Singapura untuk keluar dari Malaysia, hingga sekarang beliau tidak merasa jadi Perdana Menteri.

Jadi, eloklah beliau tidak campur tangan dalam urusan Malaysia. Kami rakyat Malaysia hidup aman dan sejahtera kecuali bagi mereka yang sama fikiran dengan Lee Kuan Yew dan suka mengadu-domba rakyat semata-mata kemaruk kuasa.

Mereka ini seperti Lee Kuan Yew yang suka mengapi-apikan perkauman dan sering menganggap golongan minoriti disisihkan. Lee Kuan Yew tidak layak mempersoalkan hak istimewa orang Melayu seperti yang terkandung dalam Perlembagaan dan kontrak sosial negara ini.

Ini kerana keadaan di Malaysia jauh lebih baik daripada negara itu. Lihat apa yang berlaku di Singapura. Apakah mereka cukup adil kepada rakyat yang berbagai kaum itu? Apakah Singapura sebuah negara demokratik memberi kebebasan bersuara seperti di Malaysia? Tanyalah media massa di sana. Apakah ada ‘press freedom’ seperti media massa di Malaysia?

Sebenarnya, kita di Malaysia tidak berminat untuk bercakap negatif tentang Singapura kerana menghormatinya sebagai jiran. Tetapi sebaliknya Singapura tak habis-habis cemburu dan menuduh itu dan ini kepada Malaysia.

Kita pun faham inilah sifat ‘infiority complex’ orang yang berasa menjadi hero tetapi tiada siapa mahu mengiktirafnya. Singapura mahu menjadi hero kepada Asia Tenggara. Soalnya, bolehkah Singapura hidup tanpa jirannya, terutama Malaysia dan Indonesia?

Lee Kuan Yew jangan bermimpi mahu menjadikan Malaysia seperti Singapura yang tidak demokratik itu. Apa lagi dasar Malaysian Malaysia yang diwariskannya kepada DAP di Malaysia mahu disemarakkan kembali dengan membangkitkan isu perkauman.

Itulah yang mungkin melukakan hati Lee Kuan Yew apabila berpisah dari Malaysia. Beliau sedang bermimpi untuk suatu ketika Singapura kembali bersatu bersama Malaysia sebagai suatu cara menghidupkan semboyan Malaysian Malaysianya. Tidak mustahil DAP juga menunggu saat itu.

Kalau saya meminta rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu supaya sedar akan hal ini, tentu akan ada orang menuduh saya bersikap perkauman.

Maka sudah sewajarnya sempena Hari Malaysia bagi rakyat yang tahu menghargai hati dan budi, waras pemikiran serta tahu menilai realiti dan kebenaran menolak permainan pelampau politik yang mahu merosakkan perpaduan rakyat dan keamanan negara.

Biarkan pelampau politik yang hanya mengutamakan kepentingan peribadi itu menjadi luncai yang terjun dengan labu-labunya. Apakah kita sanggup mengorbankan segala kenikmatan yang dikecapi selama 53 tahun merdeka ini?

Tepuk dada cari jawapannya. Jangan biarkan para pendusta berjiwa rakus itu menjahanamkan masa depan agama, bangsa dan negara.

M. HANAFIAH A. SAMAD

Pekan Baru, Parit Yusof, Muar, Johor

Saturday, September 11, 2010

Alahai Mercun

ARKIB : 10/09/2010

Pantau jualan mercun


Walaupun pihak berkuasa giat merampas mercun, peniaga masih juga terus menjualnya di pasar-pasar terbuka. - Gambar Hiasan

Saudara Pengarang,

MESKIPUN banyak rampasan mercun dan bunga api dilakukan pihak berkuasa, namun penjualan bahan larangan itu dilihat masih berleluasa di pekan-pekan sehari, pasar malam dan bazar Ramadan di sekitar daerah Temerloh.

Peniaga mercun dan bunga api dilihat bebas menjual bahan larangan itu tanpa rasa bimbang atau takut dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Dengan keadaan itu, kanak-kanak begitu mudah terpengaruh untuk membeli mercun apabila berkunjung ke kawasan berkenaan bersama ibu dan bapa mereka.

Ibu bapa yang berkunjung ke kawasan terbabit pula terpaksa melayan kerenah anak-anak masing-masing untuk mendapatkan mercun dan bunga api.

Sehubungan itu, pihak berkuasa perlu lebih kerap menjalankan pemantauan supaya penjualan mercun dan bunga api tidak dijual secara berleluasa sekali gus mempengaruhi kanak-kanak untuk mendapatkannya.

Mercun dan bunga api boleh menimbulkan pelbagai masalah kepada masyarakat seperti berlaku kebakaran atau kecederaan seperti putus jari dan buta mata.

Sepatutnya mercun dan bunga api tidak sewajarnya dijual secara terbuka kerana ia memudahkan kanak-kanak atau remaja untuk mendapatkannya. Penjualan mercun dan bunga api juga dikatakan merebak ke tanah-tanah rancangan oleh segelintir peneroka yang tidak bertanggungjawab.

Saya pernah bertanya kepada seorang kanak-kanak yang bermain mercun di sebuah tanah rancangan di daerah Temerloh.

Kanak-kanak terbabit mendakwa dia mendapatkan bekalan mercun dan bunga api daripada seorang peneroka berdekatan rumahnya.

Menurut kanak-kanak itu, dia mendapatkan mercun bola dengan harga RM1 untuk empat biji manakala RM1 untuk dua biji mercun ketupat. Dakwaan kanak-kanak itu membuktikan bekalan mercun amat mudah diperoleh dan penjual terbabit dikatakan hanya menjualnya kepada kanak-kanak di tanah rancangan itu.

Ini kerana penjual terbabit bimbang kegiatannya dihidu pihak berkuasa.

Masyarakat juga perlu dipersalahkan kerana secara tidak langsung melindungi penjual terbabit.

Bagi mereka, kemeriahan raya tidak akan dirasai selagi tiada bunyi mercun dan permainan bunga api.

ZAINOR

Temerloh

Kuasa

ARKIB : 10/09/2010

Pengerusi Felcra cabar Nik Aziz

Oleh AINSAFRE BIDIN
utusanperak@utusan.com.my
PASIR SALAK 9 Sept. - Pengerusi Felcra Bhd. (Felcra), Datuk Tajuddin Abdul Rahman mencabar Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya membuktikan bahawa tanah ladang kelapa sawit seluas 3,237.4 hektar yang diserahkan kepada kerajaan negeri telah dimanfaatkan untuk rakyat negeri itu.

Tajuddin berkata, tanah bernilai bernilai RM240 juta itu telah diserahkan oleh Felcra kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk kebajikan rakyat negeri itu pada awal tahun ini tetapi beliau difahamkan, tiada seorang individu pun dicalonkan sebagai peserta ladang berkenaan sehingga kini.

Tambah beliau, selain mengembalikan tanah tersebut, Felcra turut memenuhi tuntutan bayaran tambahan RM10 juta yang diminta oleh kerajaan Kelantan.

"Adakah tanah itu dijadikan ladang rakyat oleh kerajaan Kelantan dan adakah rakyat mendapat hasil dari keuntungan ladang tersebut atau wang tersebut masuk ke tabung khas kerajaan negeri atau parti politik?

"Ladang tersebut boleh menghasilkan keuntungan bersih tidak kurang dari RM10 juta setahun jika mengambil kira harga pasaran semasa kelapa sawit,'' katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan zakat Felcra Bhd. kepada golongan kurang bernasib di Masjid Bandar Seberang Perak, di sini, kelmarin.

Pada majlis tersebut, seramai 409 penerima yang terdiri daripada 181 anak-anak yatim, 72 orang kurang upaya (OKU), 112 warga emas, 22 fakir miskin dan 11 mangsa ribut menerima wang zakat.

Hadir sama, Pengurus Besar Wilayah Felcra Bhd. Perak, Mat Roni Zakaria dan Pengurus Felcra Seberang Perak, Muthalib Tais.

Menurut Tajuddin, sekiranya tiada peserta di ladang kelapa sawit itu, ia sangat mendukacitakan kerana ia boleh membantu mengeluarkan rakyat dari kemiskinan.

"Apa sudah jadi dengan tanah ladang kelapa sawit yang diserahkan kepada Kerajaan Kelantan? Mana pesertanya? Ini jelas bertentangan dengan matlamat asal Felcra yang mahu melihat peserta mendapat keuntungan daripadanya," ujar beliau.

Friday, September 10, 2010

Angkuhnya Indon

Indonesia yakin tak rugi Malaysia tarik pelaburan

JAKARTA 9 Sept. - Indonesia tidak akan mengalami kerugian jika Malaysia menarik balik semua pelaburan mereka di negara ini, kata seorang ahli Parlimen republik itu, semalam.

Anggota Jawatankuasa VI Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dari Parti Amanat National (PAN), Nasril Bahar berkata, Malaysia sebaliknya yang akan mengalami kerugian kerana pelaburan Indonesia di negara itu tidaklah sebesar berbanding pelaburan negara itu di sini.

Menurutnya, krisis yang berlaku antara kedua-dua negara ini secara langsung akan menganggu perjalanan perusahaan Malaysia di Indonesia.

"Dalam jangka pendek, pelaburan negara itu di sini pasti terganggu tetapi kita tidak perlu takut jika Malaysia menghentikan pelaburan mereka di negara ini," kata Nasril kepada akhbar Seputar Indonesia.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan akan ada perusahaan Malaysia yang dihentikan di Indonesia jika krisis politik itu tidak dapat diselesaikan.

Namun tegasnya, perselisihan antara kedua-dua negara perlu diselesaikan dengan mengutamakan kehormatan kemanusiaan dan toleransi.

"Begitu juga di sektor industri, pelaburan Malaysia di negara ini harus menguntungkan kedua-dua pihak dan berpandukan asas toleransi bernegara," tambah Nasril.

Wakil Ketua Jawatankuasa VI DPR dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP), Aria Bima bersependapat dengan Nasril bahawa kerajaan dan pelabur Malaysia perlu berkelakuan baik dan jangan melukai hati rakyat Indonesia.

Menurut Aria, di sektor perniagaan, ia haruslah saling menguntungkan kedua pihak, bukan mematikan.

Sementara itu, pakar ekonomi Universiti Gadjah Mada, Sri Adiningsih berkata, dalam tempoh tiga tahun terakhir, Malaysia banyak membuat pelaburan di Indonesia terutamanya dalam sektor minyak sawit, perbankan dan automotif.

"Mereka mengaut keuntungan dari negara ini, oleh sebab itu mereka perlu bertoleransi dan turut serta membangunkan Indonesia," ujarnya.

Ketua Subdirektorat Piawaian dan Teknologi Kementerian Perindustrian, Hasbi Assiddiq pula menganggap mana-mana negara yang memutuskan hubungan perniagaan dengan Indonesia akan rugi kerana negara ini memiliki sumber tenaga kerja dan pasaran yang besar.

"Malaysia jangan sombong, hanya negara bodoh yang akan memutuskan hubungan perniagaan dengan Indonesia," tegasnya. - Agensi

Wednesday, September 8, 2010

Biasalah Janji Pembangkang


Sentral: Mana RM600,000?
Oleh Badrul Kamal Zakaria
bhnews@bharian.com.my
2010/09/08


PENDUDUK Pangsapuri Permai Indah, Pandamaran Jaya mengadakan demonstrasi bagi menyelar kerajaan negeri yang gagal membantu dan membela nasib mereka.
Penduduk kecewa negeri gagal selesai masalah di Pangsapuri Permai Indah

KLANG: Kegagalan pentadbiran pakatan pembangkang menunaikan segala janji yang dibuat sebelum ini, mula mendapat rungutan pelbagai pihak termasuk yang terbaru daripada penduduk Pangsapuri Permai Indah, Pandamaran Jaya, dekat sini.

Mereka terlalu kecewa dengan kepimpinan kerajaan negeri yang didakwa hanya tahu berjanji tetapi gagal melaksanakannya.

Janji yang dibuat kerajaan negeri untuk memberi bantuan RM600,000 bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang berlaku di kawasan perumahan terbabit yang sudah berlarutan sejak tiga tahun lalu belum diterima penduduk.

Seorang penduduk, A Athy, 33, berkata mereka berhadapan pelbagai masalah seperti lif rosak, sampah sarap dan yang terbaru ialah bekalan air dipotong Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) kerana penduduk gagal melunaskan tunggakan masing-masing.

“Keadaan prasarana di sini juga sudah uzur terutama sistem pencegahan kebakaran yang boleh membahayakan keselamatan penduduk dan harta benda mereka,” katanya kepada Sentral.

Rahmah Mat Piah, 60, berkata masalah dihadapi itu sudah berlarutan sejak tiga tahun lalu, tetapi sehingga sekarang masih belum ada penyelesaian dilakukan kerajaan negeri.
"Mula-mula masalah lif rosak yang sehingga kini belum ditangani. Selepas itu masalah sampah yang tidak dipungut dan kini masalah terbaru ialah bekalan air penduduk dipotong,” katanya.

Beliau berkata, selepas bekalan air dipotong, penduduk terpaksa mengangkat air dari tingkat bawah menggunakan tangga kerana lif rosak.

“Saya sendiri terpaksa berbuat demikian, tetapi bernasib baik kerana rumah saya di tingkat satu,” katanya.

Mengenai lif rosak, Rahmah berkata, beliau pernah terperangkap dalam lif berkenaan hampir dua jam sebelum diselamatkan penduduk.

"Saya terlalu takut dan hanya mampu menangis kerana terlalu lama terperangkap dalam lif itu. Saya bernasib baik selepas ada orang yang lalu depan lif dan terdengar suara saya menangis,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi MCA Klang, Datuk Teh Kim Poo, berkata kerajaan Selangor seharusnya mengotakan janjinya kepada penduduk di pangsapuri itu kerana masalah berkenaan bukan saja sudah berlarutan sejak tiga tahun lalu, malah boleh membahayakan keselamatan penduduk terutama kanak-kanak.

"Dulu kerajaan negeri janji akan beri bantuan RM600,000 bagi menyelesaikan masalah ini, tetapi sehingga kini janji hanya tinggal janji,” katanya.

Beliau berkata, slogan 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' oleh kerajaan negeri hanya retorik kerana pentadbiran sekarang hanya menumpukan perhatian kepada kawasan perumahan mewah dan mengabaikan kebajikan golongan berpendapatan rendah seperti yang tinggal di pangsapuri ini.

"Cuba lihat bagaimana kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Klang (MPK) memasang kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa kawasan perumahan mewah seperti di Taman Palm Groove, Taman Selatan dan Taman Chi Liung di sini.

“Sepatutnya perbelanjaan untuk membeli CCTV itu didahulukan kepada rakyat yang lebih memerlukan, termasuk di Pangsapuri Permai Indah," katanya.

Lagi Luahan Anak Felda

Bersatulah warga Felda hadapi pembangkang rosakkan pemikiran peneroka

SERANGAN demi serangan diatur oleh parti politik daripada Pakatan Rakyat kepada Felda. Namun sebenarnya, gelaran yang paling sesuai untuk memanggil mereka ini ialah 'Pakatan Pembohong'. Satu demi satu telah dipersoalkan seolah-olah apa saja yang telah dilakukan oleh Felda semuanya tidak betul.

Sebagai anak seorang peneroka, saya mengikuti setiap perkembangan yang berlaku terhadap Felda. Semua peneroka dan generasi muda Felda patut berbangga dengan apa yang Felda telah laksana dan sumbangkan kepada peneroka semua. Namun kehadiran beberapa kerat 'orang luar' yang hanya ingin mengambil kesempatan untuk merosakkan pemikiran peneroka amatlah membimbangkan.

Pihak yang dikatakan pembela peneroka ini sebenarnya adalah pembelot. Percayalah, peneroka semua akan ditinggalkan selepas mereka memperoleh apa yang mereka inginkan. Kita lihat sahaja apa yang berlaku di negeri-negeri yang ditadbir oleh 'Pakatan Pembohong' ini. Realitinya, apa yang berlaku di negeri yang ditadbir oleh mereka amatlah teruk dan kelam kabut.

SELANGOR: Pentadbiran yang penuh dengan kontroversi.

* Menawarkan membuka kawasan baru serta membesarkan kilang arak.

* Perompakan pasir yang berleluasa

* Bersetuju dengan cadangan menghapuskan kuota bumiputera.

* Pentadbiran anak syarikat milik Kerajaan Negeri yang boleh dipersoalkan.

PULAU PINANG

* Penghapusan penempatan orang Melayu secara halus dan sistematik.

n Peningkatan pusat pelacuran dan aktiviti tidak sihat.

KELANTAN

* Sampai sekarang air kotor.

* Pembalakan yang tidak terkawal.

Apa yang saya nyatakan di atas hanyalah sebahagian sahaja, malah banyak lagi perkara-perkara yang boleh dipersoalkan. Kalaulah mereka betul-betul pejuang rakyat, mengapa mereka tidak membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka dulu? Bak kata pepatah semut seberang laut nampak, tapi gajah depan mata buat-buat tak tahu sahaja? Kalau kita nak cari kesalahan orang, macam-macam kita boleh cari.

Saya percaya dengan serangan yang berlaku terhadap Felda sejak kebelakangan ini, sedikit sebanyak menyentap perasaan warga Felda yang bertungkus lumus bekerja untuk membangun serta memperbaiki sistem yang sedia ada supaya lebih berjaya. Saya harap warga Felda semua akan tetap bersatu meneruskan perjuangan serta teruskan membantu peneroka dan kami, generasi muda Felda. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang benar. Amin.

ANAK JATI FELDA

Petaling Jaya, Selangor

Cakap Benar

Hargailah jasa besar Felda

SAYA ingin mengulas tulisan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, dalam sebuah akhbar harian keluaran 30 Ogos 2010 bertajuk ‘Merdeka Bukan Untuk Semua’.

Beliau telah menyentuh tentang golongan yang tidak dapat menikmati faedah sebenar kemerdekaan. Salah satu golongan yang disentuh adalah rakyat yang tidak dapat memilih pentadbir tempatan seperti yang berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Maaflah jika saya kurang cerdik dalam hal ini. Tetapi saya tidak pernah pula melalui pilihan raya bagi ‘Pemilihan Pentadbir Tempatan’ walau pun telah berpuluh tahun hidup di Kuala Lumpur.

Golongan kedua yang pada perkiraan anak Ketua Pembangkang ini yang telah dinafikan hak kemerdekaan mereka adalah peneroka Felda. Betapa peneroka hidup menderita sehingga ke akhir hayat mereka kerana beban hutang berterusan dan terpaksa pula ditanggung oleh generasi seterusnya.

Sebagai generasi kedua Felda, saya telah melihat bagaimana keluarga yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang sebelum berpindah ke Felda. Kini ibu bapa telah mempunyai kediaman selesa, mampu memiliki kenderaan sendiri dan cukup simpanan untuk mengerjakan haji dan umrah. Membesarkan sembilan anak bukanlah mudah. Alhamdulillah, kami semua telah dapat menjejaki menara gading di dalam dan luar negera.

Saya ingat lagi akan tuisyen untuk pelajar Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara percuma atau dengan bayaran minimum oleh pihak Felda, selain bantuan kewangan untuk ke universiti, kursus motivasi pelajar percuma dan banyak lagi.

Bagi peneroka yang berjimat dalam Koperasi Felda mereka mendapat pulangan melebihi 15 peratus setiap tahun. Itu tidak termasuk bonus dan duit raya yang diberikan setiap tahun. Duit raya itu bukan baru. Telah beberapa tahun peneroka menerima bonus dan duit raya.

Memang benar peneroka perlu membayar hutang tanah dan kos selenggaraan Felda. Apabila ia telah berbayar setelah berpuluh tahun dan peneroka telah mendapat geran tanah, kos lain pula timbul iaitu kos penanaman semula. Nurul Izzah telah membandingkan kos penanaman semula Felda sebanyak RM3,151/hektar manakala sektor swasta seperti IOI RM596/hektar dan Sime Darby RM936/hektar.

Saya ingin meminta penjelasan beliau mengenai:

* Ketika harga sawit jatuh di pasaran dunia, adakah peneroka menerima tempias maksimum? Tentulah tidak kerana Felda akan memberi subsidi.

* Adakah peneroka mampu atau mempunyai kemahiran dalam pengurusan tanam semula jika mereka memilih untuk berbuat demikian? Perlu diingat bahawa pihak Felda memberikan peneroka alternatif sama ada untuk pihak Felda menguruskan penanaman semula atau pihak lain yang dipilih oleh peneroka.

* Adakah gred sawit itu satu faktor yang tetap tanpa mengira kualiti buah sawit yang dituai? Gred sawit bergantung kepada kualiti pokok. Ada banyak kes di mana peneroka telah menjual baja yang diberi oleh Felda kerana ia berkualiti tinggi dan diganti dengan baja berkualiti rendah hanya untuk membuat ‘pendapatan sampingan’ yang akhirnya merugikan diri sendiri. Begitu juga ada yang tidak membaja atau menjaga kesuburan tanaman mereka.

* Adakah kos Felda ini telah mengambil kira akan elaun bulanan kepada peneroka ketika mata pencarian mereka belum mengeluarkan hasil? Atau mungkin kos-kos berkaitan lain yang perlu dihuraikan oleh pihak Felda secara terperinci.

* Mampukah seorang peneroka mengeluarkan wang puluhan ribu ringgit bagi proses tanaman semula dan pada yang sama tidak mempunyai sumber pendapatan langsung? Fikirlah sendiri!

Memang benar seorang yang berhutang itu bolehlah dikira seorang yang masih terjajah dari segi kewangan. Di zaman ini, hampir kesemua orang mempunyai hutang - hutang rumah, kereta, pendidikan, along dan sebagainya. Kita telah dijajah oleh institusi-institusi kewangan.

Bagaimana pula dengan mereka yang gemar membuat tuduhan melulu kerana ketaksuban membabi buta kepada pemimpin tertentu hingga tidak dapat membuat penilaian menggunakan logik akal? Mereka inilah yang paling menyedihkan kerana hati dan minda mereka masih terjajah dan tertutup. Nurul Izzah perlu keluar dari cengkerangnya sendiri.

ANAK FELDA ULU DENGAR,

Kluang, Johor

Monday, September 6, 2010

Pas


Bukan perkara baru - Zainuddin

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my

Zainuddin Maidin menunjukkan gambar beliau ketika menemubual Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tahun 1969 pada sidang akhbar di kediamannya di Presint 10, Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 5 Sept. - Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menegaskan, kenyataannya bahawa pemimpin Pas telah meminta Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman merampas harta orang Cina selepas berlakunya Peristiwa 13 Mei, 1969, bukan sesuatu yang baru.

Jelasnya, kenyataan Tunku itu telah pun tersiar dalam akhbar Utusan dan Di Sebalik Jendela Utusan Melayu yang diterbitkan bersempena Utusan Melayu 50 tahun pada Mei 1989 serta telah diulangi di dalam beberapa tulisannya sebelum ini.

Ketika itu, Zainuddin merupakan wartawan di akhbar berkenaan.

"Ini bukanlah suatu kenyataan baru tetapi telah diberitahu oleh Tunku dalam pertemuan eksklusif saya dan Timbalan Ketua Pengarang Utusan Melayu, Osman Abadi, dengannya lebih 40 tahun dahulu," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Presint 10 di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan polis Pas berhubung kenyataan itu yang dibuat oleh Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad di Balai Polis Chow Kit, Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Laporan sama turut dibuat oleh Pemuda Pas di Ipoh dan Johor.

Beliau membuat kenyataan itu dalam temuramah bertajuk 'Zam Dedah Hasutan Jahat Pas' dalam umno-online dan kemudiannya disiar di akhbar Utusan Malaysia pada Isnin lalu dengan tajuk 'Pas parti ekstrem'.

Zainuddin berkata, beliau masih mengingati kenyataan yang dikeluarkan oleh Tunku mengenai perkara itu.

"Apabila kami masuk menemui Tunku di pejabatnya di Jalan Dato Onn beberapa bulan selepas kejadian 13 Mei, Tunku memberitahu bahawa seorang pemimpin Pas baru sahaja keluar menemuinya dan dia telah menyatakan kepada Tunku inilah masanya untuk tentera merampas kuasa dan mengambil alih semua harta benda orang Cina.

"Saya telah bertanya kepada Tunku apa kata Tunku dan jawab Tunku, gilakah orang susah payah mencari harta tiba-tiba kita hendak rampas dan lagi pun orang Melayu bukan tahu berniaga," katanya.

Beliau menambah, disebabkan kewarasan Tunku itulah yang mengekalkan proses pembentukan sosial negara kini berasaskan 'Doktrin Hidup Bersama' Perikatan untuk memecahkan falsafah politik Pas.

Ekoran itu, beliau berkata, Pas sekarang menjadi lebih realistik, rasional dan beradab sehingga boleh berkawan dengan orang bukan Islam dan orang Cina.

"Pas telah berhenti mengkafirkan orang Islam dan menuduh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melihat gambar lucah bersama keluarga setelah kafir, gila, dan barua setelah mereka melihat sendiri perbuatan mereka itu didedahkan di kaca televisyen.

"Dalam hal ini Barisan Nasional (BN) boleh mendakwa ia telah memperbaiki akhlak orang Pas dan menukarkan sikap serta pendekatan politik Pas," katanya.

Beliau berkata, sama ada mahu diakui oleh parti itu atau tidak, ia tidak menjadi persoalan.

''Tetapi penting bagi masa depan negara, sosialisasi Pas dengan iklim dan tamadun negara yang merupakan suatu perkembangan sihat ke arah kematangan dan pendemokrasian negara,'' katanya.

Beliau memberitahu, apa yang dikecapi negara sekarang merupakan suara doktrin yang UMNO, MCA, dan MIC menjadi juruteranya sejak sebelum dan sesudah merdeka yang tidak disedari atau tidak mahu diakui Pas.

Dalam pada itu, katanya, Pas tidak sedar bahawa parti itu dilihat rakyat sebagai rusa masuk kampung dan pelampau kanan.

''Pas lupa akan kutukan mereka terhadap wanita Islam tidak menutup aurat tetapi merelakan wanita bukan Islam yang tidak menutup aurat masuk ke masjid dan surau,'' katanya.

Tambah beliau, Pas cepat melupakan prinsipnya pada masa lalu kerana berubah dari semasa ke semasa serta tidak berasaskan kepada inspirasi rakyat dan iklim negara.

Sebaliknya, kata Zainuddin, parti itu sering mengambil inspirasi politik dari luar bermula dengan semangat Nusantara Indonesia, Revolusi Iran dan sekarang Malaysian Malaysia.

Sunday, September 5, 2010

Indon2

III. Dalang, motif dan konspirasi

AWANG agak terkejut apabila ada NGO dan pihak di Malaysia mengaitkan portal berita pro-pembangkang, The Malaysian Insider dengan tiga pemimpin Benteng, NGO yang menggerakkan kempen ganyang Malaysia.

Ketiga-tiganya Mustar Bona Ventura, Adian Napitulupu dan Serdi Semaun adalah orang Batak Kristian. Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed dan Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah, trio itu mempunyai hubungan baik dengan Ketua Pegawai Eksekutif The Malaysian Insider, Jahabar Sadiq.

Ekoran pendedahan itu banyak pihak mahu pihak berkuasa menyiasat perkara tersebut. Tetapi Awang lebih teruja dengan maklumat yang diperolehi daripada diplomat Indonesia yang percaya kempen anti-Malaysia mendapat motivasi sejak ketua pembangkang, Anwar Ibrahim menanamkan kebencian ke atas kerajaan Malaysia.

Menurut mereka, Anwar selalu memburuk-burukkan imej Malaysia selepas beliau dipecat daripada kerajaan pada 1998. Anwar diketahui telah lama membina jaringan dengan ramai tokoh di republik itu. Beliau juga mempunyai hubungan baik dengan sebahagian syarikat media termasuk Kompas dan Jakarta Globe. Sebab itu, beliau selalu ke Jakarta dan menonjolkan imejnya sangat prihatin terhadap kepentingan Indonesia terutama kebajikan pekerja di Malaysia. Menurut seorang diplomat, dia mendengar cerita bahawa Anwar mendapat kemudahan dan layanan khas seperti kereta rasmi, penggunaan bilik kenamaan di lapangan terbang malah kawalan keselamatan badan inteligen nasional dan polis pengiring bermotosikal.

Perbuatan memburuk-burukkan Malaysia di luar negara terutama di Indonesia turut dilakukan oleh anaknya, Nurul Izzah. Sehari selepas insiden penangkapan tiga penguatkuasa Indonesia, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkunjung ke Indonesia dan menemui Kompas dan Jakarta Globe. Beliau membuat pelbagai dakwaan termasuk kononnya kapal selam Malaysia tidak boleh beroperasi sedangkan ia adalah fitnah. Dia bukan mahu meredakan keadaan sebaliknya mencurah minyak ke api.

Persoalannya apa motif Anwar dan Nurul Izzah? Apakah mereka mahu mendapatkan sokongan pihak asing bagi menyokong aspirasi politik PKR yang semakin ditolak oleh rakyat di tanah air sendiri? Apakah Anwar juga mahu mengalihkan perhatian daripada isu sebenar kepincangan PKR, kes liwat kali keduanya di mahkamah serta kemarahan orang Melayu atas pengkhianatannya? Awang sekadar lontarkan dan biarlah jawapan itu dicari bersama.

Indon1

II.Dalang, motif dan konspirasi

AWANG hairan mengapa Bendera yang dipimpin oleh tiga etnik Batak beragama Kristian agresif mahu ganyang Malaysia. Perkara pertama terlintas di benak Awang ialah apakah mereka ada agenda agama mahu melihat dua negara Islam bermusuhan?

Tindakan ahli Bendera yang bagaikan orang dirasuk termasuk menggunakan najis memperlihatkan, ia bukan sekadar berdemonstrasi kerana diupah sebagaimana lazim. Ia dipercayai ada kaitan dengan agenda tersirat.

Sesungguhnya banyak fakta tidak tepat dan dikelirukan oleh NGO berkenaan. ketiga-tiga pemimpin Bendera Batak Kristian ini juga dikatakan menjadi alat PDIP, parti pembangkang pimpinan bekas Presiden, Megawati. Kini semua orang tahu bahawa Megawati sedang berusaha menundukkan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) agar tidak bertanding semula bagi penggal ketiga dalam pilihan raya umum 2014 menerusi pindaan perlembagaan. Usaha PDIP mendapat dokongan daripada Parti Golkar yang dipimpin oleh Abu Rizal Bakrie, yang juga pemilik TV One. Seorang lagi tokoh berpengaruh Golkar ialah Surya Paloh yang memiliki MetroTV selain menguasai Kumpulan Media Indonesia. Maka kita boleh faham mengapa media berkenaan ghairah mengeksploitasi isu sensitif Malaysia-Indonesia seperti tarian Pendet, lagu Rasa Sayang, pembantu rumah dan pertikaian mengenai tuntutan Ambalat. Ramai melihatnya sebagai strategi Golkar untuk menjuarai kepentingan rakyat dan menyemarakkan nasionalisme bagi mencari pengaruh di samping mahu menggugat kepimpinan SBY.

Dalam pada itu, SBY dilihat ada kalanya cuba bermain tarik tali untuk menjaga kepentingan politiknya. Beliau dituduh tidak cukup berusaha untuk menghalang sentimen anti-Malaysia kerana dikatakan mahu mengalihkan perhatian daripada isu-isu dalaman seperti rasuah, toleransi agama dan peningkatan kos hidup rakyat. Banyak lagi yang menjadi tanda tanya apakah kempen anti-Malaysia turut melibatkan badan inteligen dan Tentera Nasional Indonesia (TNI). Mungkinkah juga ia ada kaitan dengan negara tertentu atas percaturan ekonomi dan faktor lain yang kita semua tidak tahu. Yang pasti Malaysia tidak sudah-sudah menjadi kambing hitam. Memualkan.

Indon

I.Dalang, motif dan konspirasi

KEMPEN anti Malaysia yang digerakkan oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di Indonesia nampaknya belum reda. Demonstrasi jalanan masih berterusan dan kenyataan pemimpin beberapa NGO seperti Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) dan Laskar Merah Putih (LMP) semakin keras. Selain kedutaan kita di Jakarta, kepentingan dan rakyat Malaysia sudah menjadi sasaran nyata.

Awal minggu ini, rumah seorang jurutera Malaysia dibaling objek. Beberapa rakyat Malaysia mengadu diganggu dengan kata-kata hinaan. Bahkan, dua cawangan bank milik Malaysia iaitu CIMB Niaga dan Bank Internasional Indonesia (Maybank) di Makassar dilaporkan diserbu penunjuk perasaan sehingga memaksa premis itu ditutup, Isnin lalu. Semalam, di sebatang jalan, ahli-ahli Bendera menghentikan kenderaan mencari rakyat Malaysia untuk diusir pulang (sweeping Malaysia). ‘Diplomasi No, Perang Yes’ adalah antara sepanduk yang direntang.

Lebih memburukkan keadaan, media tertentu di republik tersebut terutamanya TV One, Metro TV dan 8TV serta akhbar Media Indonesia dan Suara Pembaharuan mensensasikan isu-isu sensitif dengan laporan yang menyemarakkan kebencian ke atas Malaysia.

Selain dangkal, perspektif laporan begitu songsang. Seolah-olah apa yang berlaku antara Malaysia dan Indonesia lebih buruk daripada bencana tsunami dan bagaikan Indonesia sudah ditawan musuh.

Sebenarnya terlalu banyak persoalan yang berlegar di sebalik isu kempen anti-Malaysia. Siapa yang menjadi dalang, siapa yang bersubahat dan apa motif mereka? Inilah yang menarik perhatian Awang. Setelah berbual dengan beberapa diplomat Indonesia di Jakarta dan pemimpin NGO yang pro Malaysia, Awang mendapat gambaran lebih jelas. Isu tersebut semakin kompleks dan ia mempunyai kaitan dengan banyak pihak di negara itu.

Ada pihak seperti Bendera dan LMP yang terang-terang penglibatannya. Ada yang secara baling batu sembunyi tangan dan ada pula yang bermain wayang seolah-olah mahu mententeramkan keadaan tetapi sebenarnya menangguk di air keruh. Semuanya dilakukan atas pertimbangan dan percaturan politik masing-masing, menutup kelemahan pihak tertentu dan mengalih isu domestik. Penyakitnya bukan di Malaysia tetapi di Indonesia itu sendiri.

Sejarah

Mengambil iktibar dari sejarah lampau

Oleh MAZLAN NORDIN
ADA kalanya catatan masa lampau perlu diteliti kembali bagi menjelaskan hal-hal yang berlaku lama kemudiannya, apatah lagi, umpamanya, bila menyentuh sesuatu seperti yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein, iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Antaranya adalah buku berjudul No Cowardly Past mengenai James Puthucheary, seorang peguam yang ditahan bersama Allahyarham A. Samad Ismail oleh pemerintah British. Semasa tahanan itu Samad menyelamatkan nyawa beliau daripada ancaman pihak lain. Buku diedit oleh Dominic Putucheary dan Sarjana Jomo KS.

James begitu aktif dalam pelbagai pembicaraan mengenai syarikat-syarikat milik asing di Malaysia yang boleh disusun semula untuk memulihkan ekonomi dan membantu orang-orang Melayu. Antara lain disebut:

"Beliau berhujah bahawa semasa merdeka pada tahun 1957, 85 peratus pendapatan eksport Malaysia adalah getah dan kira-kira 70 peratus keuntungan pergi ke tangan pihak-pihak asing, terutama syarikat-syarikat British.

Syarikat-syarikat agensi Eropah memiliki 70 peratus dagangan asing, 75 peratus ladang-ladang, 1.6 juta akan tanah dan 60 peratus ekonomi negara.

Menjelang 1970, keadaan milik asing itu tidak berubah. Lalu beliau menganjurkan supaya disusun semula ekonomi dalam bidang tersebut untuk orang-orang Melayu."

Tindakan memperteguh ekonomi Melayu dianggap sebagai cara terpenting untuk menghapuskan perselisihan antara kaum dan keadaan politik yang tidak stabil.

Pada 25 Jun 1971, sepuluh bulan selepas menjadi Perdana Menteri dan hampir dua tahun selepas peristiwa 13 Mei, Tun Razak melancarkan DEB.

Juga wajar diteliti adalah perbincangan anjuran Universiti Malaya pada pertengahan Mei 2002 yang melibatkan cerdik - pandai daripada pelbagai jurusan pengajian.

Dalam salah satu sidang disebut: "Perubahan sosial paling besar di Malaysia berlaku selepas peristiwa 13 Mei 1969". Perubahan berlaku manakala kerajaan bertindak untuk mewujudkan integrasi nasional.

Dalam satu sesi lain dicatat: "Manakala kerajaan melancarkan DEB (1971- 1990), matlamat utama rancangan 20 tahun itu ialah untuk mencapai perpaduan nasional dengan menghapuskan kemiskinan tanpa mengira bangsa dan menyusun semula masyarakat untuk mewujudkan persamaan taraf ekonomi antara orang-orang Melayu dan kaum bukan bumiputera, terutama kaum Cina".

Mendapat perhatian ialah kenyataan mengenai kejayaan penyusunan semula masyarakat 1990-2000. Milik ekuiti dalam sektor korporat iaitu:

Dalam sesi mengenai masa depan dicatat: "Kesemua rakyat Malaysia, khususnya Bumiputera telah menikmati hasil-hasil pembangunan. Bilangan kemiskinan telah dikurangkan 7.5 peratus pada tahun 1999 dan 351,100 keluarga tidak bagi berada pada peringkat kemiskinan".

Dilaporkan pada 29 Oktober 2008 pula adalah kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang tidak setuju dengan cadangan pihak MCA supaya syarat ekuiti bumiputera berjumlah 30 peratus dihapuskan.

Matlamat

Ini bukan masanya berbuat demikian kerana matlamat ekuiti itu belum lagi dicapai, tegasnya. "Kalau kita telah mencapai ekuiti 30 peratus untuk bumiputera, 40 peratus untuk bukan bumiputera dan 30 peratus untuk pihak-pihak asing, maka bolehlah kita hapuskan syarat itu. Kita belum mencapai matlamat itu. Masih banyak yang perlu dilaksanakan."

Dalam membincangkan pelbagai aspek ekonomi pentingnya pendidikan dan pelajaran anak-anak Melayu ditegaskan, lalu dicatat nasihat Confucius, ahli falsafah Cina.

Pendapat James Puthucheary, antara yang mencetus transformasi ekonomi Melayu disebut dalam terbitan Off The Edge yang juga menyiarkan kenyataan seorang penulis bukan Melayu bahawa bilangan penduduk Cina di Malaysia telah menurun hingga 23 peratus.

Perbincangan berterusan mengenai DEB berikutan pilihan raya 2008 yang membawa perubahan sikap bagi sesetengah pihak hingga kontrak sosial menjadi isu. Malah menurut laporan lain ada pula pihak mahu mengadakan perlembagaan baru!

Namun, kita pun tahu apa jadi pada cita-cita pihak lain mula mengadakan negara republik sosialis di Malaya pada masa dahulu.

Keistimewaan Hak Melayu

Keistimewaan Melayu adalah hak

Oleh DR. SHAMRAHAYU ABD. AZIZ
Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf hak istimewa orang-orang Melayu. Ia hendaklah ditafsir menurut sejarah dan falsafah yang ada di sebalik kewujudannya. Ini kerana peruntukan itu wujud dengan nilai, sejarah dan falsafah yang tertentu. Mungkin ada pembaca yang tidak bersetuju dengan apa yang saya katakan ini. Mereka mungkin berkata, perubahan masa dan keadaan menuntut perubahan kepada budaya, keadaan sosial dan falsafah Perlembagaan negara. Walau apa pun, saya amat yakin bahawa majoriti masyarakat Melayu menganggap keistimewaan ini sebagai hak dan mereka inginkan nilai, sejarah dan falsafah kewujudan Perkara 153 diambil kira dalam membuat tafsirannya.

Amat menyedihkan apabila orang Melayu yang mendapat manfaat daripada Perkara 153 sendiri telah mentafsir peruntukan ini dengan menafikan "hak" orang Melayu. Atas apa alasan sekalipun ulasan atau tafsiran terhadap Perkara 153 dibuat, ia amat tidak adil kepada orang Melayu.

Hakikatnya, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, yang menjadi asas kepada kedudukan istimewa orang Melayu telah dikategorikan sebagai perkara sensitif. Mempersoalkan kedudukannya sehingga mencadangkan supaya ia dilupuskan daripada Perlembagaan secara perundangannya dikategorikan sebagai satu hasutan. Peristiwa berdarah 1969 juga mempunyai kaitan dengan Perkara 153. Atas alasan kestabilan negara, perkara berkaitan keistimewaan Melayu diberi perhatian serius dan diklasifikasi sebagai perkara sensitif. Walaupun pendakwaan jarang sekali dilakukan berkaitan perbuatan mempersoalkannya, peruntukan berkaitan amat jelas wujud di dalam Akta Hasutan.

Keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu bukan perkara baru. Ia adalah antara menu utama dalam pembentukan asal negara ini.

Istilah keistimewaan Melayu bermula sejak campurtangan British di Tanah Melayu. Ketika pemerintahan British, keistimewaan orang Melayu dijaga melalui polisi di dalam pentadbiran British. Polisi keistimewaan Melayu diiktiraf British kerana rungutan dan permintaan para raja Melayu.

Disebut di dalam laporan Suruhanjaya Reid bahawa keputusan untuk memasukkan peruntukan berkaitan keistimewaan Melayu ke dalam Perlembagaan Persekutuan tidak mendapat tentangan yang menyerlah walaupun tindakan untuk menambahkan lagi keistimewaan tersebut mendapat reaksi negatif banyak pihak. (lihat Perenggan 165)

Suruhanjaya Reid juga menyebut mengenai pertembungan antara kehendak prinsip kesamarataan antara rakyat yang berbilang bangsa. Walaupun begitu, Suruhanjaya berpendapat, peruntukan mengenai keistimewaan Melayu amatlah diperlukan bagi menjaga kedudukan bangsa Melayu. Selain daripada itu, keistimewaan Melayu juga diperlukan bagi menjamin kedudukan Melayu dalam proses integrasi antara kaum-kaum di negara ini setelah prinsip "common nationality" diperkenalkan oleh Perlembagaan Persekutuan 1957 (lihat Perenggan 165). Apa yang dapat dihujahkan daripada kenyataan Laporan Suruhanjaya Reid ini ialah proses integrasi antara pelbagai bangsa yang ada di Tanah Melayu akan mengambil masa yang agak panjang. Pada andaian Suruhanjaya Reid sekiranya proses integrasi antara pelbagai kaum di negara ini menjadi bertambah baik, ia akan seterusnya dapat mengurangkan atau menghapuskan keistimewaan Melayu. Apa yang dapat difahami daripada kenyataan Suruhanjaya Reid ini adalah, selagi mana integrasi antara pelbagai kaum belum mencapai tahap matang, kedudukan istimewa Melayu harus dikekalkan.

Sehingga 53 tahun merdeka integrasi antara pelbagai bangsa di negara ini masih menjadi agenda utama negara. Perkara berkaitan perpaduan atau integrasi antara kaum kekal menjadi isu sensitif. Ada yang berpandangan bahawa perpaduan di kalangan rakyat Malaysia agak rumit kerana negara kita tidak menjalankan proses asimilasi yang mahukan semua pihak melenyapkan identiti bangsa masing-masing dengan menerapkan satu identiti sahaja.

Semua kaum di Malaysia masih mengekalkan identiti kaum masing-masing. Seorang cendekiawan mengibaratkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa seperti beberapa batang besi yang diikat bersama. Batang-batang besi tersebut akan terlerai sekiranya tali pengikat yang menggabungkannya terputus. Batang-batang besi tersebut tidak dilebur dan dibekukan untuk menjadi satu batang besi yang lebih besar dan tegap. Batang-batang besi yang dilebur dan dikeraskan ini tidak akan terlerai sekiranya tali pengikatnya terputus.

Walaupun bersetuju dengan cadangan Parti Perikatan mengenai kedudukan istimewa Melayu, Suruhanjaya Reid mencadangkan supaya keistimewaan Melayu disemak semula selepas 15 tahun. Kenapa 15 tahun? Adakah jangkamasa 15 tahun ini satu jangkamasa yang substantial? Jawapan kepada persoalan ini tidak dijelaskan oleh Suruhanjaya Reid.

Jangkamasa 15 tahun adalah andaian Suruhanjaya Reid. Hakikatnya, hanya masyarakat Malaysia selepas merdeka yang menentukan. Secara prinsipnya, kenyataan Suruhanjaya Reid ini bukanlah sesuatu yang mengikat. Sejauh manakah Suruhanjaya Reid dapat menentukan integrasi kaum di Malaysia akan berjalan lancar dan boleh mencapai objektifnya hanya dalam masa 15 tahun. Hatta negara-negara yang tamadunnya beratus-ratus tahun masih lagi mempunyai masalah berkaitan perkauman dan ia kekal sampai ke hari ini. Pengajarannya ialah jangkamasa 15 tahun cuma jangkaan Suruhanjaya Reid. Ia tidak semestinya benar dalam realiti.

Walaupun mencadangkan jangka masa 15 tahun untuk disemak semula peruntukan ini, Laporan Suruhanjaya Reid juga menyebut bahawa, ia terpulanglah kepada keputusan kerajaan yang memerintah, sama ada untuk mengekal, atau mengurang atau melupus keistimewaan tersebut. Keputusan kerajaan tersebut tertakluk kepada keadaan masyarakat Melayu semasa semakan tersebut dilakukan (lihat Perenggan 167).

Hakikatnya keputusan sama ada keistimewaan Melayu perlu diteruskan ataupun tidak bergantung kepada keadaan dan status orang Melayu. Sekiranya integrasi antara pelbagai kaum tidak mencapai tahap matang seperti andaian Suruhanjaya Reid, kemungkinan untuk kerajaan meneruskan status quo Perkara 153 menjadi jelas. Selain daripada itu, sekiranya kedudukan ekonomi Melayu masih belum mencapai tahap yang boleh dianggap mampu bersaing dengan kaum bukan Melayu, Perkara 153 ini masih diperlukan. Atau, selagi orang Melayu fikir mereka masih memerlukan keistimewaan seperti yang termaktub, ia harus dikekalkan di dalam Perlembagaan.

Perlembagaan

Perkara 153 adalah di bawah tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong. Perlembagaan memberi kuasa kepada Raja-raja Melayu untuk menjaga kedudukan istimewa orang Melayu. Perlembagaan tidak memberikan Parlimen kuasa penuh untuk meminda Perkara 153. Peruntukan ini hanya boleh dipinda sekiranya mendapat perkenan Raja-Raja Melayu. Selain daripada itu, apa juga polisi yang diperkenalkan berdasarkan Perkara 153 tidak boleh diubah kecuali mendapat perkenan Raja-Raja Melayu.

Majoriti ahli Suruhanjaya Reid mencadangkan supaya Yang di-Pertuan Agong menjalankan tanggungjawab menjaga keistimewaan Melayu atas nasihat Jemaah Menteri. Justice Abdul Hamid, ahli Suruhanjaya Reid dari Pakistan, dalam nota kecualiannya menyatakan bahawa kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam hal ini adalah kuasa budi bicara. Baginda boleh menjalankan kuasa berkaitan keistimewaan Melayu di atas keputusan sendiri tanpa mendapatkan nasihat Jemaah Menteri.

Keadaan ini amat kukuh untuk dihujahkan bahawa keistimewaan Melayu di bawah Perkara 153 adalah satu "hak" dan bukanlah hanya keistimewaan dalam kata harfiahnya.

Saya perlu nyatakan bahawa Pekara. 153 adalah sebahagian daripada hak asasi. Pengiktirafan sebegini juga diamalkan di negara-negara lain. Hak asasi ini diiktiraf oleh kebanyakan negara untuk menjaga kestabilan sosial supaya sesuatu kaum tidak terpinggir dan keadilan dapat dicapai dengan memberi peluang kepada semua. Hak asasi ini boleh dikatakan sebagai pengecualian kepada dasar kesamarataan menggunakan prinsip diskriminasi positif atau juga dikenali sebagai affirmative action.

Di negara seperti Amerika Syarikat, dasar affirmative action ini tidak disebut di dalam Perlembagaan. Ia hanyalah polisi pentadbiran negara. Negara kita mengiktiraf keistimewaan Melayu di dalam Perlembagaannya. Ini menjadikan kedudukan istimewa ini lebih "istimewa" berbanding amalan di Amerika Syarikat.

Perkara 153 diperkenalkan bukan kerana sifat rendah diri atau inferiority complex orang Melayu sebagaimana anggapan sesetengah pihak. Ia bukan tongkat kepada Melayu. Ia merupakan pengiktirafan yang diberikan oleh Perlembagaan kepada orang Melayu kerana asal negara ini adalah "Tanah Melayu". Ia tiada kaitan dengan kedudukan kaum lain yang telah lama berada dan menyumbang kepada negara ini.

Objektif Perkara 153 bukan juga untuk mempersoalkan kehadiran kaum bukan Melayu di negara ini. Kaum bukan Melayu tidak harus merasa bimbang dengan kekalnya Perkara 153 di dalam Perlembagaan.

Apa yang ingin saya sampaikan adalah penghormatan harus diberikan kepada kaum Melayu dan penghormatan tersebut sebenarnya di iktiraf oleh Perlembagaan. Walauapa pun, saya tidak fikir keistimewaan Melayu ini satu diskriminasi, walau dikatakan sebagai diskriminasi positif. Ia adalah satu struktur sistem yang telah dicipta untuk kestabilan negara ini.

Oleh itu prinsip keluruhan Perlembagaan atau ketinggian Perlembagan harus sentiasa diberi perhatian sewajarnya. Keistimewaan yang diberikan kepada kaum Melayu di dalam Perkara 153 adalah satu hak yang diiktiraf oleh Perlembagaan dan tidak harus dipertikaikan.

Ingin saya tegaskan di sini bahawa Perkara 153 di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak menyekat kedudukan kaum bukan Melayu di negara ini. Walaupun peruntukan telah wujud sepanjang 53 tahun lepas, ia tidak menjadi penghalang yang besar kepada bangsa bukan Melayu untuk memakmurkan kedudukan sosial dan ekonomi mereka di negara ini. Perkara 153 tidak menafikan kedudukan kaum bukan Melayu. Sebenarnya tiada hujah yang konkrit untuk dikatakan kuota Melayu menerusi Perkara 153 ini telah menafikan kedudukan kaum bukan Melayu sehingga menjadikan kaum bukan Melayu merempat di negara ini. Malah, apa yang kita saksikan dengan nyata ialah, kaum Melayu, atas apa sebab sekalipun, masih lagi di belakang kaum bukan Melayu dalam aspek kedudukan ekonomi. Tiada kemudaratan yang dilahirkan oleh Perkara 153 walaupun ia seringkali dijadikan alasan amalan ketidaksamarataan antara rakyat pelbagai kaum di negara ini.