Thursday, December 9, 2010

Kenal 2 Hari dalam Emel Dah Kena Tipu

Pesara guru ditipu kenalan

Oleh IRMAN HASHIM
utusanterengganu@utusan.com.my
KUALA TERENGGANU 8 Dis. - Seorang pesara guru kerugian kira-kira RM2,500 setelah terpedaya dengan rayuan seorang wanita dari England yang baru dikenalinya selama dua hari melalui e-mel.

Kejadian bermula apabila pesara berusia 63 tahun itu menerima kiriman emel yang dihantar daripada seorang wanita yang dikenali sebagai 'Alice' yang ingin berkenalan dengannya pada 2 Disember lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supritendan Azmi Adam berkata, mangsa kemudian menerima satu lagi emel pada 4 Disember lalu yang meminta menjemputnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Pada 6 Disember lalu kira-kira pukul 5 pagi, pesara tersebut menerima khidmat pesanan ringkas yang memintanya menghubungi wanita tersebut.

"Apabila lelaki tersebut menghubungi Alice, wanita itu memaklumkan dia ditahan oleh Kastam di KLIA kerana membawa barang berlebihan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau menambah, lelaki itu kemudian menerima panggilan daripada seorang yang mengaku sebagai pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang memaklumkan wanita tersebut ditahan kerana membawa masuk mata wang melebihi had yang dibenarkan.

"Pegawai jabatan itu meminta pesara berkenaan memasukkan kira-kira RM7,000 untuk membantu wanita itu membayar denda dalam satu akaun bank namun lelaki tersebut menyatakan dia tidak mempunyai wang sebanyak itu dan hanya mampu membayar RM2,500 sahaja.

"Selepas pesara guru berkenaan memasukkan wang tersebut ke dalam akaun itu kira-kira 12.30 tengah hari pada hari yang sama, dia sekali menerima panggilan daripada pegawai tersebut untuk memasukkan lagi wang sebanyak RM3,800," ujarnya.

Bagaimanapun, tambahnya, kerana merasa curiga dengan tindakan itu, pesara tersebut kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Jerteh di sini semalam.

Katanya, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment