Sunday, January 1, 2012

demo di upsi oleh mahasiswa bangang

Demo Upsi: Peguam timbang tindakan undang-undang
Oleh : SH ONLINE/NURHAZLIN LYDIA MOHAMAD NAZRI
Tarikh : January 1, 2012
Adam Adli
SHAH ALAM - Peguam mewakili mahasiswa yang mendakwa berhadapan dengan kekerasan polis ketika mengadakan perhimpunan di pekarangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) awal pagi tadi bercadang mahu mengambil tindakan undang-undang.

"Saya akan ambil tindakan undang-undang, kita tak tahu, saya pun tengah ikuti perkembangan mahasiswa, ada yang ditahan, ada yang di hospital," kata peguam Fadiah Nadwa Fikri dari Lawyers for Liberty.

Ketika dihubungi Sinar Harian Online petang ini, Fadiah Nadwa berkata seramai 17 mahasiswa, kesemuanya lelaki, telah dibebaskan pukul 5 pagi tadi. Mereka ditahan polis sekitar 2.30 pagi.

Laporan terdahulu menyebut perhimpunan sekumpulan mahasiswa menuntut pembebasan Adam Adli Abdul Halim, yang dikaitkan dengan isu menurunkan 'bendera' Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi bertukar menjadi kekecohan.

Difahamkan lebih 100 pelajar menyertai perhimpunan telah ditahan dan dibawa ke balai polis berdekatan. Antara yang ditahan ialah Adam Adli, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional Mohd Syahid Mohd Zaini,

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Ahmad Shukri Razab. Kekecohan tercetus kira-kira pukul 2.25 pagi apabila amaran polis untuk bersurai tidak diendahkan dan  keadaan kembali tenang sekitar 5 pagi tadi.

Fadiah berkata, pihaknya amat kesal jika kekecohan yang berlaku awal pagi ini dicetuskan oleh pihak tertentu. Bagaimanapun menurut beliau, semuanya akan diputuskan setelah pihaknya berbincang serta mendengar serta
mendapatkan laporan sepenuhnya dari semua mangsa yang terlibat dalam demostrasi tersebut bagi memberi gambaran sejelasnya berhubung kejadian berkenaaan.

"Kita akan berbincang dengan pelbagai pihak  malah, akan mendengar cerita mahasiswa yang terlibat dalam insiden tersebut sehingga menyebabkan tercetusnya kekecohan tersebut.

"Setelah berbincang dan laporan lengkap diterima. pihak saya tidak teragak-agak mengambil tindakan kerana insiden ini telah menlibatkan imej mahasiswa yang memeperjuangkan hak mereka," kata beliau.

Menurutnya, pihaknya juga kini sedang mengikuti perkembangan mahasiswa yang dilaporkan telah ditahan dan juga telah memyebabkan Pengerusi Gerakan Penuntut Kebebasan Akademik (Bebas), Safwan Anang mengalami kecederaan serius dan kini sedang dirawat.

Fadiah Nadwa menambah, pihaknya akan mengumumkan tindakan susulan mereka dalam masa yang terdekat.

No comments:

Post a Comment