Monday, January 9, 2012

mau jalan

Orang Asli terpaksa guna jambatan runtuh
Wartawan Sinar Harian
January 8, 2012
Orang_Asli_menunggang_motosikal_melalui_jambatan_runtuh_kelmarin
GUA MUSANG - Penduduk Orang Asli yang tinggal di beberapa kampung sekitar Pos Balar, dekat sini, terpaksa melalui jambatan runtuh untuk ke bandar bagi membeli barang keperluan harian.

Walaupun kedaaan itu membahayakan nyawa mereka namun, hanya itu laluan yang ada untuk mereka ke bandar. Jambatan kayu itu runtuh sejak petang Selasa lalu dekat Kampung Lambok akibat limpahan air sungai berikutan hujan lebat menyebabkan jambatan yang dibina pembalak sejak 10 tahun lalu runtuh kira-kira jam 4 petang.

Berikutan kejadian itu, terdapat kira-kira 2,000 penduduk­ Orang Asli dari 30 kampung terpencil terputus hubungan.

Penduduk Orang Asli dari Kampung Encheng, Along Alik, 36, berkata, jambatan kayu yang runtuh itu perlu dibaiki segera untuk memudahkan penduduk keluar membeli barang keperluan.

Dia juga mahu kerajaan membina jambatan konkrit bagi menggantikan jambatan kayu yang usang itu demi keselesaan dan keselamatan penduduk yang berulang-alik ke bandar.

Katanya, jambatan kayu itu tidak bertahan lama berikutan sering dilalui lori balak.

Malik Angah, 41, pula berkata, Pos Balar antara perkampungan Orang Asli yang jauh dari bandar berikutan itu dia minta pihak berkenaan segera membaiki jambatan itu.

 Menurutnya, sejak dahulu sampai sekarang, penduduk kampung terbabit tidak pernah menikmati kemudahan yang sempurna berikutan jalan itu berlumpur dan berselut setiap kali musim hujan.

 “Masalah itu juga sudah diajukan kepada pihak berkenaan melalui pemimpin tempatan, namun belum ada sebarang tindakan susulan diambil menyebabkan penduduk Orang Asli kerap terputus jalan perhubungan,” katanya.

No comments:

Post a Comment