BR1M bukan gula-gula PRU13
January 16, 2012
Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail berkata, BR1M yang diberikan merupakan tanda keprihatinan kerajaan terhadap keperluan rakyat dan secara tidak langsung dapat meringankan beban ditanggung.
Menurutnya, agihan wang RM500 akan dijalankan dalam tempoh sebulan kepada penerima yang layak.
“Jangan percaya dengan kata-kata pihak tertentu yang menganggap pemberian ini adalah untuk menarik undi.
“Ini adalah janji Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib kepada rakyat selepas membentangkan Belanjawan 2012,” katanya pada Majlis Penyampaian Wang BR1M Dewan Undangan Negeri (Dun) Panching, Parlimen Paya Besar, di sini.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Panching, Mohd Zaili Besar dan Pegawai Daerah, Datuk Norhayad Ahmad.
Abdul Manan berkata, pemberian wang RM500 itu adalah fasa pertama yang dijalankan di bawah Parlimen Paya Besar melibatkan penerima dari Dun Panching iaitu seramai 764 orang membabitkan jumlah RM382,000.
“Saya berharap wang diberikan ini dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menyediakan keperluan harian dan anak-anak.
“Malah saya gembira melihat semua kaum dan golongan yang layak seperti warga emas, pesakit kronik dapat menikmati bantuan ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment