Tuesday, January 24, 2012

keling kacau kawasan melayu




Kecoh malam tadi di Kg Jln Kebun Klang yang mana sekumpulan anak anak muda menyerang dewan MBSA dimana program HINDRAF berlangsung.


Jika dilihat dalam video yang ditayangkan memperlihatkan anak anak melayu Jln Kebun bertindak biadap keatas program yang dijayakan Pakatan DAP,PAS, PKR. Anak melayu dilihat menyerang mereka yang berada dalam dewan MBSA. Itu yang dipaparkan dalam video tersebut.


Tetapi apakah anda tahu bahawa Kg Jln Kebun merupakan kubu kuat orang Melayu yang mana 100% nya adalah orang Melayu dan tidak ada seorang pun bangsa India yang menetap di Kg Jln Kebun.


Mengapa Pakatan mengadakan program HINDRAF di Kg Jln Kebun sedangkan kawasan tersebut 100% orang Melayu? Dan mengapa program Hindraf diadakan pada waktu Maghrib? Apakah anda nampak motif utama mereka?


Pakatan tahu Kg Jln Kebun lubuk Melayu dan Pure Melayunya. Malah itulah kubu Kuat Melayu yang sememangnya tidak dapat ditembusi oleh pihak luar sama sekali sejak dulu dan sehingga sekarang ini. Jadi dengan membawa HINDRAF masuk ke dalam kawasan 100% Melayu dan mengadakan program waktu Maghrib adalah satu perbuataan yang sebenarnya dilihat untuk mencetuskan sentimen perkauman dan menyemarakkan semula HINDRAF di Malaysia agar menentang Kerajaan khususnya UMNO.


Sekarang ini Pakatan PAS, DAP, PKR melalui media upahan mereka memainkan video tersebut yang mana seolah olah UMNO dalang dalam pergaduhan tersebut. Hakikatnya mereka Pakatan lah yang mencetuskan pergaduhan tersebut kerana dilakukan didalam sebuah penempatan yang 100% Melayu.


Banyak lagi lokasi lain yang boleh pihak Pakatan mengadakan program HINDRAF. Malah didalam Parlimen Kota Raja ada banyak lagi dewan dan di dalam kawasan masyarakat India juga terdapat dewan kerajaan Negeri. Kenapa tidak diadakan program tersebut didalam kawasan penduduknya India dan mengapa perlu dikawasan yang 100% nya Melayu.


Suhaimi Shafie Adun Sri Muda dari PKR turut melahirkan rasa kecewa berhubung pekara tersebut dan meminta pihak penganjur iaitu Chegubard bertanggungjawap diatas apa yang telah berlaku. Beliau juga turut menyatakan tidak mengetahui program Hindraf yang dianjurkan oleh Chegubard. Chegubard juga tidak langsung meminta kebenaran dari beliau untuk mengadakan program malam tadi.


Bagaimana Chegubard seorang yang telah Kalah dalam pertandingan PKR dan berlokasi di Rembau negeri Sembilan boleh mengambil alih tugas wakil rakyat Dun Sri Muda?


Semoga rakyat perlu jelas dalam pekara ini, Pakatan Rakyat Haram mewujudkan sentimen HINDRAF sekali lagi dalam memastikan sentimen perkauman timbul kembali sepertimana sebelum ini. Rakyat akan terus diperbodohkan oleh Pakatan DAP,PKR, PAS dalam meraih simpati masyarakat.


Apa pun yang diulas mengenai video Kejadian tersebut hakikatnya Kg Jln Kebun penduduknya adalah 100% Orang Melayu. Apakejadahnya HINDRAF mengadakan program didalam Kg Jln Kebun? Fikir fikirkan lah....


Ops lupa, apakah anda masih ingat yang HINDRAF pernah menyerang Sambutan Hari Raya kita umat Islam pada tahun 2007? Apakah itu akan kita lupakan yang mana hari kebesaran umat Islam diserang oleh Hindraf?


Psssttt... Sapa suruh depa kacau tempat Melayu?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment