Friday, January 27, 2012

krisis eropah

Krisis Eropah sukar pulih


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
DR MAHATHIR...elak terjerumus krisis 1997
DR MAHATHIR...elak terjerumus krisis 1997
MALAYSIA mengambil pendekatan bijak apabila menjalinkan kerjasama dengan China dan meneroka pasaran baru, sekali gus mengelak daripada berdepan krisis ekonomi yang melanda rantau Eropah berikutan bebanan hutang yang terpaksa ditanggung benua berkenaan.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, krisis ekonomi Eropah sukar untuk pulih dalam tempoh beberapa tahun akan datang kerana difahamkan negara terbabit mempunyai beban hutang amat tinggi sedangkan produktiviti menurun.

“Kita perlu bijak berdepan dengan situasi ini termasuk mencari pasaran baru yang lebih stabil bagi mengelakkan negara terjerumus dalam krisis ekonomi yang pernah melanda sekitar 1997.
“Rakan niaga Eropah ketika ini menyumbang sebanyak 20 peratus pasaran berbanding keseluruhan eksport negara dan jika mereka menghadapi krisis ekonomi seperti diramalkan sesetengah pihak, maka sudah pasti tidak mampu untuk berdagang, sekali gus mengheret kita ke kancah krisis ekonomi,” katanya selepas menghadiri Majlis Bicara Tokoh di Alor Setar, Kedah, semalam.

No comments:

Post a Comment