Thursday, January 5, 2012

anwar sudah bersedia

Anwar bersedia untuk situasi terburuk

AKHBAR Sinchew Daily bertarikh 4 Januari 2012 melalui ruangan dalam negerinya memaparkan wawancara khas bersama Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengakui sudah bersedia untuk situasi terburuk.

Anwar berkata, beliau bersedia jika didapati bersalah di mahkamah dan pakatan pembangkang juga telah membuat persediaan, termasuk jika beliau dipenjarakan dengan pengumuman siapa penggantinya memimpin pakatan pembangkang.

“Kita telah bincangkan beberapa kemungkinan yang akan berlaku. Jika saya dipenjarakan, pemimpin pakatan pembangkang yang lain akan umumkan siapa pemimpin mereka,” katanya.

Beliau menegaskan, pakatan pembangkang bukan dipimpin oleh satu parti, ia dipimpin secara bergabung dan polisi pakatan juga bukan ditentukan oleh satu parti tetapi perlu mendapat persetujuan dari PKR, DAP dan Pas.

“Ada sesetengah orang kata Anwar memimpin pakatan pembangkang, sebenarnya tidak. Kita adalah satu pasukan yang bekerjasama, apa-apa keputusan yang kita buat perlu mendapat persetujuan dari Lim Kit Siang dari DAP dan Hadi Awang dari Pas,” jelasnya.

Beliau berkata, PKR tidak akan bermasalah kerana beliau dipenjarakan kerana Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah dan Naib Presiden, Azmin Ali akan terus memimpin dan memperjuangkan parti.

“Tidak kira apa yang akan berlaku, tugas-tugas sepatutnya diteruskan. Perjalanan demokrasi dan perubahan undang-undang perlu diteruskan dan dimajukan. Saya percaya perubahan itu akan berlaku,” ujarnya.

Beliau juga terharu dengan sokongan dan semangat ahli keluarga, terutama sekali sokongan secara senyap isterinya, Wan Azizah.

NEGARA KELAS KETIGA KERANA AHLI POLITIK

AKHBAR Sinchew Daily bertarikh 3 Januari 2012 melalui ruangan pendapatnya pula memaparkan tulisan timbalan editor akhbar, Lim Sui Guan mengenai tindakan polis terhadap penunjuk perasaaan.

Wakil rakyat dari pakatan pembangkang sebelum ini membantah secara besar-besaran projek pembinaan pencawang elektrik di Rawang ketika kerajaan negeri Selangor meluluskan pembinaan semula projek pencawang kabel talian elektrik di Cheras yang tertangguh sejak tahun 2009.

Pada bulan Januari ia diluluskan semula. Tidak kira sama ada cadangan laluan kabel itu dialihkan ke tempat lain ataupun berkaitan kerja-kerja teknikal, tindakan itu pasti dibantah kuat oleh orang ramai termasuk parti-parti politik di kawasan berkenaan.

Memang tepat jangkaan itu apabila MCA membantah kuat Menteri Besar Selangor berkaitan pemasangan kabel di Kampung Baru Rawang sebaliknya mereka membenarkan dan mengizinkan TNB mendirikan tiang kabel elektrik di kawasan Bandar Tun Razak.

Kedua-dua tempat mempunyai unsur-unsur politik double standard. Jika mereka berpegang kepada membantah, mereka akan membantah habis-habisan. Ini bukan bermakna mereka perjuangkan kepentingan untuk rakyat, ini hanya mementingkan politik mereka sendiri.

Dalam menangani isu rasuah juga mempunyai double standard yang sangat hebat apabila ahli BN menghentam bekas Exco Kerajaan Negeri Perak, Nga Kor Ming kerana semasa beliau memegang jawatan tersebut, isterinya yang juga pengarah dalam sebuah syarikat jahitan mendapat tender kontrak tempahan baju kot untuk pakaian Ahli Majlis Bandaraya Ipoh.

Isu rasuah di Iskandar Malaysia juga sangat serius, namun tidak nampak parti pemerintah menunjukkan reaksi dan membuat sebarang kenyataan.

Perkara yang sama jika isteri-isteri wakil rakyat dari kalangan pakatan pembangkang mendapat kontrak-kontrak kerajaan, pakatan juga sepatutnya elakkan rasuah dan salah guna kuasa.

Mereka sepatutnya beri hukuman yang sama dan setimpal kepada orang-orang sendiri. Jika tidak, apabila memerintah Kerajaan Pusat nanti, kita semua amat bernasib malang!

Perhimpunan secara aman 70 pelajar-pelajar di depan pintu gerbang di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) disuraikan oleh pihak polis dan ada membuat penangkapan. Timbalan Canselor UPSI berkata, pelajar-pelajar yang berhimpun itu mencabar dengan kata-kata kesat marahkan kerajaan.

Dalam perhimpunan di Komtar yang dipimpin oleh Mohamed Carney, beliau berkali-kali mengadakan perhimpunan tunjuk perasaan di Komtar, menyerahkan kek berbentuk tahi kepada Lim Guan Eng, marahkan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan kata-kata yang tidak kurang hebatnya.

Bukankah kesalahan itu amat serius? Adakah perbuatan pelajar-pelajar universiti itu lebih teruk daripada perbuatan mereka itu?

Double standard untuk ahli-ahli politik, menyebabkan ada undang-undang tetapi tidak dapat dilaksanakan dengan baik disebabkan akan wujud pelbagai masalah. Dengan itu, negara kita hanya mampu menjadi negara third class.

POLIS SENTIASA SALAH?

Akhbar China Press bertarikh 3 Januari 2012 melalui ruangan Kedai Kopi Orang Ramai memparkan tulisan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching berkenaan perhimpunan dan tindakan polis.

Pada 1998, satu drama yang menggegarkan negara kita apabila Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan dimasukkan ke dalam penjara.

Ketika soal siasat ke atas Anwar dijalankan, tiba-tiba biji matanya lebam dan apabila keluar di depan orang ramai, ia menggemparkan dunia antarabangsa. Pihak polis dengan tegas menafikan sekeras-kerasnya yang mereka telah mencederakan dan menyeksa Anwar.

Apakah itu sebenarnya yang berlaku? Apabila Anwar memberi keterangan, beliau dipukul oleh Ketua Polis Negara, Rahim Nor sehingga cedera teruk semasa beliau di dalam tahanan.

Pada perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011, pihak polis yang mahu suraikan orang ramai menyembur air dan gas pemedih mata ke perkarangan Hospital Tong Shin.

Walaupun bukti dan saksi lengkap, pihak polis menafikan tuduhan itu dengan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata klip video tidak cukup sebagai bukti kerana itu tidak menggambarkan sudut-sudut tertentu dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai juga bersuara membantu pihak polis.

Selepas penyiasatan selama tiga bulan, laporan siasatan dari Kementerian Kesihatan akhirnya membuktikan memang benar polis telah melakukan semburan air di Hospital Tong Shin.

Pada malam melangkah tahun baru, pihak polis menekan pelajar-pelajar yang duduk berdiam diri di UPSI Tanjung Malim, Perak untuk ‘menuntut kebebasan pelajar’. Pengerusinya, Safwan Anang cedera dan dimasukkan ke hospital menyebabkan masyarakat terperanjat besar.

Kali ini, anda boleh percaya cakap siapa?

No comments:

Post a Comment