Saturday, September 23, 2017

1mdb...penjelasan dari TS Khalid



TAN SRI KHALID IBRAHIM MENULIS MENGENAI 1MDB


1. Saya ingin berterima kasih kepada PAS kerana melibatkan saya di dalam perbincangan meja bulat bersama pengurusan utama 1MDB pada Selasa lalu. Saya juga merasa bersyukur kerana kedua-dua wakil dari PAS dan 1MDB sangat mesra dan professional sepanjang perbincangan berlangsung. Ia merupakan sebuah perbincangan secara telus dan terbuka.

2. Sebagai rakyat Malaysia, keprihatinan saya tertumpu kepada keupayaan 1MDB untuk beroperasi tanpa menanggung kerugian, kegagalan yang mana akan membebankan negara dan para pembayar cukai. Timbul dakwaan bahawa usaha rasionalisasi oleh kerajaan kepada 1MDB adalah sama seperti pelan penyelamat mega berjumlah US$42 bilion. 1MDB juga telah dituduh melakukan penyelewengan serta salah guna dan sekaligus menyebabkan ia gagal melaksanakan komitmen dan keperluan kewangan mereka.

3. Sejajar pertuduhan tersebut, saya memfokuskan perbincangan mengenai rancangan penstrukturan semula hutang 1MDB yang telah dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dan ahli lembaga yang baru dilantik.

4. Ketika perbicangan berlangsung, saya melihat bahawa 1MDB beroperasi dengan modal ekuiti yang kecil atau rendah, sementara ia bergantung kepada pengimbangan kewangan bagi menyokong pelaburan mereka dengan potensi pulangan modal dalam terma jangka sederhana – berlandaskan kepada sokongan sosial dan politik dari kerajaan bagi menambah nilai dan keuntungan ke atas projek yang dilaksanakan.

5. Cabaran utama yang dihadapi oleh syarikat ini adalah obligasi mereka bagi pembayaran faedah pada ketika projek dijalankan, iaitu ketika peringkat permulaan dan fasa pembangunan.

6. Ia merupakan sesuatu yang membanggakan apabila 1MDB telah membuat pembayaran faedah berjumlah lebih US$10 bilion berbanding modal ekuiti RM 10 juta dan sehingga ke hari ini, 1MDB masih berupaya membayar hutang serta membiayai komitmen kewangan.

7. Namun drama politik, ditambah pula dengan penyebaran fakta terpesong serta maklumat palsu terutamanya di rangkaian media sosial telah memberikan gambaran kononnya 1MDB berada dalam keadaan kucar-kacir dan dituduh dipergunakan untuk aktiviti politik.

8. Harus diperjelaskan pada ketika Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) telah berjaya membuat penilaian terhadap operasi 1MDB, ia masih tidak jelas sama ada syarikat ini mampu untuk bertahan. Pada perbincangan tersebut, Arul telah memberikan penerangan mengenai kedudukan kewangan terkini syarikat dan menunjukkan penyata kira-kira 1MDB, susulan dari pelan penstrukturan yang telah dilaksanakan oleh pihak pengurusan.

9. Kesimpulannya, nilai bersih terkini bagi aset yang dimiliki 1MDB mampu untuk menampung liabiliti terkini dan masa hadapan, malah ia turut menghasilkan lebihan. Bagi mengelak sebarang kesulitan dalam mengendalikan operasi aset 1MDB pada masa akan datang, aset terbabit akan dipindahkan kepada Perbadanan Kementerian Kewangan (MOF Inc) yang bertindak sebagai pemilik, sebagaimana dalam pelan penstrukturan. 1MDB akan membuat pembayaran bagi hutang seperti yang dikehendaki apabila transaksi aset disalurkan kepada MOF Inc daripada 1MDB.

10. Pengurusan penstrukturan 1MDB perlu memastikan nilai bersih terkini aset dikekalkan agar tiada gangguan terhadap pembayaran hutang dan komitmen kewangan. Tentu sekali, nilai aset 1MDB seharusnya lebih tinggi daripada nilai aset terkini memandangkan transaksi dilakukan di luar nilai sebenar, akibat dari serangan publisiti politik yang buruk diterima 1MDB.

11. Mengambil kira senario ini, penstrukturan ini dilihat berjalan lancar dan dakwaan ‘bailout’ ke atas 1MDB tersebut adalah tidak relevan.

12. Sebagaimana yang dijelaskan Arul, menjelang penghujung 2017, perlaksanaan transaksi aset dan kesinambungan pembayaran hutang serta unjuran komitmen 1MDB akan ditransformasikan kepada entiti baharu atau melalui pembubaran. Ini akan menjadi titik kepada entiti pelaburan yang dianggap mengelirukan.

13. Satu lagi isu yang dibincangkan adalah berkenaan hutang 1MDB kepada IPIC. Penyelesaian kepada IPIC tidak dilaksanakan kerana 1MDB telah membuat pembayaran kepada Aabar BVI, syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh IPIC. Bagaimanapun, pembayaran itu tidak disalurkan Aabar BVI kepada syarikat induk, IPIC. 1MDB bernasib baik kerana berjaya membuktikan perjanjian yang dibuat antara dua pihak dan urusan keduanya kini berada di landasan.

14. Bagi menjawab gembar-gembur terhadap usaha dilakukan Peguam Negara Amerika Syarikat untuk mendapatkan aset dikatakan milik Malaysia di mana 1MDB dikatakan terlibat dalam transaksi yang menyalahi undang-undang, Arul telah menjelaskan bahawa tiada wang atau aset milik syarikat atau anak syarikat 1MDB terlibat. Mereka turut dinasihatkan untuk tidak mengendahkan drama perundangan yang dibangkitkan di Amerika Syarikat.

15. Hakikatnya, cubaan Amerika Syarikat untuk ‘menyelamatkan’ aset Malaysia adalah sama dengan alasan yang diberikan Amerika Syarikat sebelum ini, yang kononnya negara itu mahu menyelamatkan dunia dengan cara mengebom Saddam Hussein dan rakyat Iraq. 

Apabila bercakap mengenai Amerika Syarikat, tiada apa yang diberikan percuma.

TAN SRI KHALID 

Saturday, July 1, 2017

tnb mula untung


TNB punya nilai pasaran skg adalah lebih RM80 bn, kedua terbesar di BSKL selepas Maybank.1998 TNB hampir bangkrup dengan kerugian terbesar dlm sejarah RM3.08bn.
Pembelian IPP oleh 1Mdb berjaya menyelamatkan TNB dari memberi subsidi lebih 1bn setahun.Pembelian ini juga menyelamatkan TNB dari kena ugut dimasa depan bila keperluan tenaga meningkat dan TNB tak mampu menyediakan stesen janakuasa diperlukan.

Tuesday, June 27, 2017

doj ke daajal


PAC, Swiss AG dan LCIA dah menyiasat. Semua dakwa MO1 dan 1MDB tak bersalah. Yg DOJ ni bilamasa depa siasat? Tupun nk percaya ka?

glc bergabung

Nilai pasaran 20 GLCs sebelumnya  adalah RM133.8bn dan meningkat ke RM431.1bn pada April 2015.Peningkatan 3.2 x.Jadi tak payah nak fitnah Najib nak menjahanam atau merompak sykt berkaitan kerajaan.
20 GLCs itu skg jadi 17 kerana gabungan.
1)Axiata
2)MAHB
3)TH Plantation
4)MBS
5)CIMB
6)UEM
7)UMW
8)Boustead Holdings
9)MAS
10)TNB
11)TM
12)MRCB
13)Affin Holdings
14)Chemical Company of Malaysia
15)Maybank
16)BIMB Holdings
17)Sime Darby

Friday, June 23, 2017

najib 8 tahun

5 fun fact 8 Tahun pemerintahan DS Najib.
1. Beliau terus perkenalkan Slogan 1 Malaysia kerana beliau memahami ketika zaman Pak Lah ada sedikit masalah perkauman dan penyebaran fitnah dan ketidak adilan sesama bangsa.
2. Perkenalkan BRIM, PRIMA, Kad Pelajar Satu Malaysia, Kad Pelajar pengangkutan Satu Malaysia, kedai Satu Malaysia, Menu Satu Malaysia dan macam-macam program untuk membantu rakyat.
3. Menyambungkan stesen-stesen pengangkutan di KL untuk kemudahan Rakyat dan juga memantapkan sistem pengangkutan lembah klang dan negeri-negeri lain.
4. Melabur syarikat China yang ketika ini menjadi port pelaburan terbesar dunia untuk memajukan syarikat di Malaysia dan menarik pelabur seluruh dunia untuk melabur si Malaysia.
5. Memajukan Sabah dan Sarawak dengan memperkenalkan Lebuhraya pan Borneo tanpa TOL dan juga memantapkan sistem jalan di Sabah Dan sarawak secara beransur. (Hang ingat nak bina jalan dan penempatan kat Sabah Sarawak senang macam kat Semenanjung? Dia lebih rumit kerana ia bukit bukau dan bentuk muka bumi yang berbeza dari Semenanjung)
 Zaman DS Najib? Kemajuan demi kemajuan dilakukan walaupun melalui kekangan orang manja Malaysia.

Monday, June 19, 2017

sst dan gst

 Masa kita ada SST  10000 barangan dikenakan AP.Maknanya kita dicukai oleh kroni lagi banyak.
Zaman skg kita ada GST dan lebih 5000 AP dihapuskan.Cukai skg masuk terus ke Perbendaharaan.

Sunday, June 18, 2017

suri rumah lebih faham tentang gst

Fokus saya adalah berkaitan kenyataannya dalam satu ceramah beliau yang mengatakan bahawa org miskin "gaji rm800, bayar GST rm100 #sebulan"
Baiklah, saya mulakan dengan math sangat mudah dan tidak boleh di nafikan kebenaran faktanya..
(Rm800(gaji) - 6%(GST) = rm48 sahaja) dapatan ini terhasil jika semua barangan yg di beli itu di kenakan GST. Tapi hakikatnya banyak keperluan asas di negara kita adalah sifar GST(sila rujuk senarai barangan sifar GST)
Sementara keluarga saya membelanjakan rm750.50 (rekod dalam resit) bulan lalu dengan hanya membayar GST sebanyak rm21.74 sahaja. Untuk pengetahuan,rekod perbelanjaan ini tidak termasuk pembelian untuk barangan di pasar basah sprt sayur,ikan,ayam dll
Sebaiknya dalam membuat kira-kira GST di pentas ceramah dan di kongsikan dalam media sosial, Ustaz tidak seharusnya berhujah tanpa sebarang fakta yang menyokong. Sebaiknya sebelum membuat sebarang kenyataan Ustaz mungkin boleh membuat pembelian keperluan harian sendiri di pasaraya dengan modal rm800 di mana-mana kedai yang mengenakan GST dalam urusniaga mereka. Atau Ustaz boleh rujuk beberapa perkongsian dalam wall fb saya berkenaan perbelanjaan GST/bulan.
Jika Ustaz seorang yang amanah dalam menyampaikan kebenaran dan menyedari akan kesilapan Ustaz..
Saya sangat berharap agar Ustaz membetulkan kesilapan yang telah Ustaz lakukan dengan sengaja dan secara terbuka.
Sekian..
Dari seorang suri rumah yang pernah beranggapan GST adakah beban kepada golongan marhaen..
#GSTBukanBebanPadaRakyatGolonganSasar..

angkara doj ke dajal


Mohd Nizam Exploitasi Politik

pelbagai pendedahan melibatkan 1 mdb dan aliran transaksi kewangannya telah memperlihatkan kelemahan keselamatan sistem kewangan global dan undg undg kewangan antarabangsa ,


tdk ada mana mana bank yg disebut didlm semua kes kes itu yg mengesahkan aliran transaksi tersebut ,

pihak berkuasa america dn sarawak report telaj mengeksploitasikan undg undg privavy dgn niat jahat , pelbagai tuduhan yg dibuat dilihat seolah tulen ,

anehnya ,

doj tdk mampu laksanakan prosiding jenayah keatas semua dakwaan mereka , doj hanya mampu sekadar lakukan prosoding sivil shj ,

ianya agak meragukan...

apakah mereka membalas dendam kerana perhubungan strategik ekonomi malaysia china ?

tmx

Friday, May 19, 2017

serangan pembangkang gagal

Muzaffar Shah
3 hrsIpoh
Serangan Pembangkang Terhadap Ekonomi Gagal, Ringgit Jadi Mata Wang Terbaik Asia
Serangan pihak pembangkang untuk melemahkan ekonomi negara gagal sama sekali. Dalam masa 7 bulan sejak November 2016, pelaburan masuk ke Malaysia bernilai RM366 billion.
Data pekerjaan terkini menunjukkan, Malaysia menambah 221,000 pekerjaan baru sejak Mac tahun lepas. Gaji mereka yang bekerja di sektor swasta naik 46.4% berbanding tahun 2010.
Hari ini, kajian Standard Chartered Bank, mengiktiraf matawang Ringgit sebagai mata wang terbaik di Asia.
Menurut laporan akhbar Utusan Malaysia, 19 Mei 2017, mata wang Ringgit muncul terbaik pada suku kedua tahun ini selepas mengukuh 2.5 peratus berbanding Dolar Amerika Syarikat (AS).
Pada 22 Disember 2017, dalam Roketkini, Tony Pua menyatakan nilai ringgit jatuh kononnya kerana skandal 1MDB. Pada 5 Januari 2017, dalam Malaysiakini, Tony Pua terus menyerang menyatakan ringgit akan terus lemah pada tahun 2017.
Mahathir lebih kerap lagi menyerang Ringgit dalam blognya dan Youtube. Malah Mahathir pernah meramalkan Ringgit akan naik sampai RM5 = $1USD semasa himpunan demo haram Bersih 5.
Penasihat pakatan pembangkang itu memang mahu angka RM5 = $1USD itu tercapai kerana mahu mendesak Najib turun.
Pada tahun lepas juga, ada mesej Whatsapp disebarkan secara tidak bertanggungjawab yang mengatakan kononnya negara akan bankrap.
Tuduhan itu kata, negara ini akan bankrap menjelang September tahun ini (2017). Namun belum pun sampai September mata wang negara sudah mencatatkan prestasi terbaik pada hari ini.
Mesej berkenaan yang dikatakan dibuat oleh pihak pembangkang, menyatakan Ringgit Malaysia dijangka jatuh lebih rendah kepada RM4.50 pada akhir September tahun ini. Selepas itu ringgit kononnya tidak akan laku lagi di pasaran.
Semua tuduhan ini ternyata tidak benar. Malah Ustaz Daud Che Ngah pun difitnah oleh pembangkang kononnya nilai ringgit sudah tidak bernilai lagi di Mekah. Ini pun cerita karut juga.
Akhirnya, usaha usaha mensabotaj ringgit oleh Tony Pua dan Mahathir ini gagal, ianya tidak diizinkan oleh Allah SWT.
Ketika ini, Ringgit diniagakan dengan nilai RM4.33 berbanding $1USD di pasaran, jauh lebih baik daripada jangkaan mesej jahat berkenaan.
Kata Standard Chartered lagi, unit mata wang tempatan disokong oleh penilaian yang menarik, sentimen yang semakin bertambah baik dan kurangnya pegangan kedudukan pelabur asing.
Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun lepas terus memantau perbuatan spekulasi penetapan kadar Ringgit selepas dua bank di Australia membuat pengakuan berkenaan cubaan menipu kadar penanda aras dalam pasaran tukaran wang asing di Malaysia.
Gabenor, Datuk Muhammad Ibrahim berkata bank pusat Malaysia itu memantau dan mengambil tindakan terhadap spekulator yang cuba menyerang nilai ringgit.
Perbuatan ini dikesan dilakukan oleh ANZ Bank dan Macquarie Group di Australia
Kenapa aktiviti spekulasi ringgit ini terjadi di Australia? Siapa yang kerap ke Australia? Siapa yang memberikan kenyataan mahu campur tangan asing di Malaysia semasa berada di Australia?
Semua serangan ekonomi pembangkang sudah menemui kegagalan. Ringgit makin mengukuh, pelaburan masuk ratusan billion, pertumbuhan ekonomi terus positif. Ini tanda tanda negara ini sedang gagal?
Tidak benar sama sekali, yang gagal adalah pembangkang bukannya kerajaan Barisan Nasional.
Tulisan :
Beruang Biru
BB434, Jumaat
19 Mei 2017

susah pada tanggapan mudamudi


6 hrs
Retrospektif Pemikiran Didi Miya dan Anak Muda Melayu
Saya terbaca satu komentar seorang gadis Melayu menggunakan akaun Facebook Didi Maya mengagung-agungkan perbuatan biadap David Teoh dalam majlis bersama Perdana Menteri.
Karangan beliau yang huru-hara tatabahasa tersebut antara lain membawa maksud "padan muka Najib Razak yang menyusahkan rakyat."
Saya berasa kasihan kerana anak muda Melayu seawal usia 20-an sudah mendapat gambaran yang salah terhadap cabaran kehidupan dalam dunia. Saya fikir pemikiran beliau ini mewakili sebahagian besar anak muda Melayu yang benci Perdana Menteri Najib Razak dan Kerajaan.
Beliau marah dan benci Najib Razak kerana percaya Perdana Menteri merupakan punca kesengsaraan hidup beliau hari ini.
Saya meneliti garis masa FB beliau, melihat gaya hidup beliau, saya sangat terharu bahawa makna kesengsaraan di Malaysia sudah ditafsirkan dalam keadaan sangat berbeza dan bertentangan dengan makna sebenar.
Jika di Afrika kesengsaraan bermaksud tidak dapat makan berhari-hari, terpaksa mengemis, pakaian tidak bertukar, mandi pun mungkin sebulan sekali. Di Amerika Syarikat kesengsaraan sering kali dikaitkan dengan tinggal di dalam kotak, di bawah jambatan, malah di dalam terowong tikus tinggalan bangunan lama.
Namun, di Malaysia, kesengsaraan bagi anak muda Melayu ialah apabila mereka punya masa berjam-jam bermain facebook, makan di restoran, bertukar pakaian setiap hari, tetapi kekurangan wang untuk hidup seperti dalam drama Melayu.
Hasil indoktrinasi pembangkang, sebahagian anak muda Melayu percaya kesengsaraan hidup mereka kerana Perdana Menteri, Mohd Najib Razak.
Pesanan saya buat Diya Miya dan adik-adik lain:
"Anda tukarlah Mohd Najib Razak dengan siapa pun, jika anda malas, tidak merebut peluang dan lebih banyak merengek di Facebook; berbanding membanting tulang empat kerat dan memerah akal anda, lupa ajaran sebenar agama Islam; selagi itulah anda akan menjadi manusia yang gagal dan sengsara fizikal atau mental."
Sedarlah adik-adik,
"Tiada kerajaan di dunia boleh memuaskan hawa nafsu duniawi anda kecuali anda sendiri berusaha keras untuk menjadi kaya raya."
Perdana Menteri hanya gagal jika negara ini tiada peluang pekerjaan dan perniagaan untuk direbut. Tiada peluang pendidikan tinggi untuk rakyat biasa. Tiada bantuan kesihatan apabila anda sakit dan memerlukan rawatan.
Tapi semua itu ada di negara ini dan jauh lebih baik dari kebanyakan negara dan pentadbiran lalu. Justeru jika anda sengsara, ia adalah pilihan anda untuk menjadi sengsara, bukan salah Perdana Menteri mahu pun ibu bapa anda.
Belajar menjadi manusia yang bertanggungjawab ke atas diri sendiri, bukan menyalahkan orang lain atas kemalasan anda.

Saturday, May 13, 2017

macai bunga

Macai bunga ada nak tunjuk bijak.Kenapa tak 13 juta ahli Umno, kenapa 3 juta je kiraan terakhir 1999. Mengikut Ku Nan, ahli Umno skg 3.6 juta.
68% penduduk Malaysia adalah bumiputra.Jadi dari 30 juta itu 21 juta ada lah bumiputra.50% golongan bawah umur maka tinggal 10 juta je.10 juta kita tolak 1 juta di Sarawak yg tak ada Umno maka tinggal 9 juta.Maka 3.6 juta dari 9 juta ialah 40% bumiputra adalah ahli Umno.Itu dah cukup tinggi.

Thursday, March 9, 2017

sebab tak lulus br1m

Hazwan Razak Sy baru keluar dr LHDN cawangan.. info yg sy peroleh walaupun sy bkn penerima BRIM :

1. Yg tidak layak, x kirelah ape sebab boleh kemuka rayuan bermula 3 April - 31 Mei 2017

2. Knp pemohon yg memiliki SSM perlu kemuka dokument perniagaan? Kerana tujuan kerajaan beri BRIM adalah utk golongan pendapatan rendah, ade peniaga yg kaya raya dpt BRIM hanya kerana mereka tidak membuat potongan kwsp dan tidak membayar cukai, kerajaan tidak dpt kesan pendapatan mereka dan mereka masih terima BRIM. Pemilik SSM yg berniaga kecil2 boleh buat rayuan dgn kemukan dokumen berkaitan bermula tarikh spt diatas.

3. Mslh2 lain :
Cth 1 : perlu kemuka sijil pengesahan perkahwinan : ade kes pasangan sdh bercerai tp suami masih dpt BRIM RM1050, sepatutnye dpt RM450 shj, ini mengakibatkan bekas isteri gagal dpt BRIM kerana x update dlm sistem ( ini pembelaan kpd hak wanita ) dan kpd yg ade mslh ini boleh kemuka rayuan dan bukti di LHDN sprt tarikh di atas.

Cth 2 : tiada pengesahan berhenti belajar
Mahasiswa yg dpt baucer buku RM250 perlu kemuka dokument tamat belajar utk layak dpt Brim org bujang RM450 ( untung RM200 ), pergi ke LHDN bermula tarikh spt diatas.

Cth 3 : nama anda tersenarai dlm tanggungan pemohon lain
Yang ni semak sendiri, kalau ayh kite dpt, make sure dlm permohonan ayah kite, kite tiada dlm tanggungan jika kite bekerja sendiri.

Dokument2 yg berkaitan akan dimaklumkan oleh LHDN selepas mendapat taklimat dari MOF, dan bile dh jelas nnt LHDN akan maklum utk kemudahan pemohon.

Stakat ni dlu sy taip, lenguh pnjg2 dan sy rase korg x bace sgt pon. Hahaha.. yg pntg ingat fakta! Rayuan bermula 3 April - 31 Mei 2017 dan bawa dokument berkaitan!.. Bersabarlah semua, rezki rahsia Allah..

# Boleh Share Jika Perlu..

ssm punya hal br1m tak dapat

SSM mendaftarkan 2 jenis pertubuhan perniagaan...

1. Perniagaan Tunggal / Perkongsian di bawah Business Registration Act 1956

2. Perniagaan SDN BHD atau BHD di bawah Companies Act 1965

Maklumat mengenai semua perniagaan yg didaftarkan oleh SSM itu dihantar kepada LHDN. Jadi LHDN dgn key-in no. Mykad saja boleh tahu sama ada seseorang itu selain menerima penggajian, dia juga rakan perniagaan suaminya sebagai 'sleeping partner'. 

Kebanyakan mereka yg terlibat dlm perniagaan didaftar di bawah Business Registration Act tidak tahu mereka juga bertanggungjawab mengemukakan Akaun Untung Rugi (P&L) mereka bersama Retan setiap tahun (lodgement of yearly Return) kepada LHDN di bawah undang2 Income Tax Act 1967

Untung dari perniagaan yg dilaraskan itu adalah satu pendapatan (tahunan) kepada pemunya perniagaan itu.

Bagi mereka yg tidak mengemukakan Retan bersama Akaun (tak perlu diaudit oleh certified auditor) bagaimana mereka nak buktikan pendapatan dari perniagaan mereka itu kurang dari RM4K sebulan (RM48K setahun) yg melayakkan kpd BR1M???

Memperolehi kereta mahal atau superbike juga tidak melayakkan seseorang itu kepada BR1M. Ada seorang itu datang komplen dia tak dapat BR1M. Dari semakan dari pangkalan data LHDN didapati sebuah kenderaan VW Beatle bernilai lebih RM100K didaftarkan atas namanya tahun lepas. Dia balik loi termalu kerana dia tipu dalam borang permohonan BR1M nya itu. 

Satu lagi perkara yg kita perlu tahu pemberian BR1M adalah juga tertakluk kepada auditan Ketua Audit Negara bagi memastikan semua bayaran wang Kerajaan adalah dibuat dengan betul dan tepat di sisi undang2 dan peraturan bagi mencapai matlamat pembayaran BR1M itu. Seperti kes JKM di mana penerima2 yg telah meninggal dunia, wang bantuan bulanan terus dikreditkan kepada akaun bank mereka. Apa lagi raya sakan mereka yg mempunyai akses kpd bank card si mati. Jadi pemeriksaan secara berjadual dan kerap dilakukan. Sama jugak utk BR1M.

Hanya maklumat.

Monday, March 6, 2017

apa org kg dapat


Pantat depa tanya bawah Najib orang kampung dapat apa.
Yang nak buat Keretapi Pantai Timur itu untuk siapa?
Yang buat Pan Borneo Hiway itu untuk siapa?
Yang pasang janakuasa solar di kawasan2 pendalaman itu untuk siapa?
Yang bagi elaun musim tengkujuh untuk penoreh getah itu untuk siapa?
Yang bagi subsidi untuk nelayan tu siapa?
Yang buat 4,000 km jalan baru sejak 2010 serata negara tu untuk siapa?
Yang bagi bantuan melalui Amanah Ikhtiar dan TEKUN tu untuk siapa?
Yang hapuskan income tax untuk mereka berpendapatan RM4,000
kebawah tu untuk siapa?
Yang bagi beras kepada setiap keluarga berpendapatan rendah tu untuk siapa?
Yang bagi pergi Haji dan Umrah tu untuk siapa?
Yang hapuskan kesemua bayaran fi untuk sekolah2 untuk siapa?
Yang bagi BRIM RM1,200 setahun tu untuk siapa?
Yang bagi lampu jalanraya untuk kesemua kampung2 yang di umumkan dalam bajet 2017 tu untuk siapa?
Banyak lagi, malas nak taip dah.
Semua mereka ni macam PANTAT
AYAM.
Geram pasalkan MRT, pusing cerita tanya apa buat kat orang kampung.
Meh saya tanya,
Berapa orang kampung shopping kat KLCC?
Berapa pergi Grand Prix F1 yang harga tiketnya beratus dan beribu ringgit?
Berapa merasa pakai KLIA?
Berapa pergi Dewan Filharmonik dengar lagu Mozart dan Beethoven?
Yang menyusahkan rakyat ada dua sistem LRT tu siapa?
Yang batal hiway masuk Kelantan siapa?
Dan saya tanya lagi...
Berapa pulak orang kampung yang bayar tol?
Berapa pulak yang kena bayar bil eletrik yang naik setiap kali janakuasa milik kroni naikkan harganya?