Sunday, June 18, 2017

suri rumah lebih faham tentang gst

Fokus saya adalah berkaitan kenyataannya dalam satu ceramah beliau yang mengatakan bahawa org miskin "gaji rm800, bayar GST rm100 #sebulan"
Baiklah, saya mulakan dengan math sangat mudah dan tidak boleh di nafikan kebenaran faktanya..
(Rm800(gaji) - 6%(GST) = rm48 sahaja) dapatan ini terhasil jika semua barangan yg di beli itu di kenakan GST. Tapi hakikatnya banyak keperluan asas di negara kita adalah sifar GST(sila rujuk senarai barangan sifar GST)
Sementara keluarga saya membelanjakan rm750.50 (rekod dalam resit) bulan lalu dengan hanya membayar GST sebanyak rm21.74 sahaja. Untuk pengetahuan,rekod perbelanjaan ini tidak termasuk pembelian untuk barangan di pasar basah sprt sayur,ikan,ayam dll
Sebaiknya dalam membuat kira-kira GST di pentas ceramah dan di kongsikan dalam media sosial, Ustaz tidak seharusnya berhujah tanpa sebarang fakta yang menyokong. Sebaiknya sebelum membuat sebarang kenyataan Ustaz mungkin boleh membuat pembelian keperluan harian sendiri di pasaraya dengan modal rm800 di mana-mana kedai yang mengenakan GST dalam urusniaga mereka. Atau Ustaz boleh rujuk beberapa perkongsian dalam wall fb saya berkenaan perbelanjaan GST/bulan.
Jika Ustaz seorang yang amanah dalam menyampaikan kebenaran dan menyedari akan kesilapan Ustaz..
Saya sangat berharap agar Ustaz membetulkan kesilapan yang telah Ustaz lakukan dengan sengaja dan secara terbuka.
Sekian..
Dari seorang suri rumah yang pernah beranggapan GST adakah beban kepada golongan marhaen..
#GSTBukanBebanPadaRakyatGolonganSasar..

No comments:

Post a Comment