Friday, May 19, 2017

serangan pembangkang gagal

Muzaffar Shah
3 hrsIpoh
Serangan Pembangkang Terhadap Ekonomi Gagal, Ringgit Jadi Mata Wang Terbaik Asia
Serangan pihak pembangkang untuk melemahkan ekonomi negara gagal sama sekali. Dalam masa 7 bulan sejak November 2016, pelaburan masuk ke Malaysia bernilai RM366 billion.
Data pekerjaan terkini menunjukkan, Malaysia menambah 221,000 pekerjaan baru sejak Mac tahun lepas. Gaji mereka yang bekerja di sektor swasta naik 46.4% berbanding tahun 2010.
Hari ini, kajian Standard Chartered Bank, mengiktiraf matawang Ringgit sebagai mata wang terbaik di Asia.
Menurut laporan akhbar Utusan Malaysia, 19 Mei 2017, mata wang Ringgit muncul terbaik pada suku kedua tahun ini selepas mengukuh 2.5 peratus berbanding Dolar Amerika Syarikat (AS).
Pada 22 Disember 2017, dalam Roketkini, Tony Pua menyatakan nilai ringgit jatuh kononnya kerana skandal 1MDB. Pada 5 Januari 2017, dalam Malaysiakini, Tony Pua terus menyerang menyatakan ringgit akan terus lemah pada tahun 2017.
Mahathir lebih kerap lagi menyerang Ringgit dalam blognya dan Youtube. Malah Mahathir pernah meramalkan Ringgit akan naik sampai RM5 = $1USD semasa himpunan demo haram Bersih 5.
Penasihat pakatan pembangkang itu memang mahu angka RM5 = $1USD itu tercapai kerana mahu mendesak Najib turun.
Pada tahun lepas juga, ada mesej Whatsapp disebarkan secara tidak bertanggungjawab yang mengatakan kononnya negara akan bankrap.
Tuduhan itu kata, negara ini akan bankrap menjelang September tahun ini (2017). Namun belum pun sampai September mata wang negara sudah mencatatkan prestasi terbaik pada hari ini.
Mesej berkenaan yang dikatakan dibuat oleh pihak pembangkang, menyatakan Ringgit Malaysia dijangka jatuh lebih rendah kepada RM4.50 pada akhir September tahun ini. Selepas itu ringgit kononnya tidak akan laku lagi di pasaran.
Semua tuduhan ini ternyata tidak benar. Malah Ustaz Daud Che Ngah pun difitnah oleh pembangkang kononnya nilai ringgit sudah tidak bernilai lagi di Mekah. Ini pun cerita karut juga.
Akhirnya, usaha usaha mensabotaj ringgit oleh Tony Pua dan Mahathir ini gagal, ianya tidak diizinkan oleh Allah SWT.
Ketika ini, Ringgit diniagakan dengan nilai RM4.33 berbanding $1USD di pasaran, jauh lebih baik daripada jangkaan mesej jahat berkenaan.
Kata Standard Chartered lagi, unit mata wang tempatan disokong oleh penilaian yang menarik, sentimen yang semakin bertambah baik dan kurangnya pegangan kedudukan pelabur asing.
Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun lepas terus memantau perbuatan spekulasi penetapan kadar Ringgit selepas dua bank di Australia membuat pengakuan berkenaan cubaan menipu kadar penanda aras dalam pasaran tukaran wang asing di Malaysia.
Gabenor, Datuk Muhammad Ibrahim berkata bank pusat Malaysia itu memantau dan mengambil tindakan terhadap spekulator yang cuba menyerang nilai ringgit.
Perbuatan ini dikesan dilakukan oleh ANZ Bank dan Macquarie Group di Australia
Kenapa aktiviti spekulasi ringgit ini terjadi di Australia? Siapa yang kerap ke Australia? Siapa yang memberikan kenyataan mahu campur tangan asing di Malaysia semasa berada di Australia?
Semua serangan ekonomi pembangkang sudah menemui kegagalan. Ringgit makin mengukuh, pelaburan masuk ratusan billion, pertumbuhan ekonomi terus positif. Ini tanda tanda negara ini sedang gagal?
Tidak benar sama sekali, yang gagal adalah pembangkang bukannya kerajaan Barisan Nasional.
Tulisan :
Beruang Biru
BB434, Jumaat
19 Mei 2017

No comments:

Post a Comment