Monday, January 5, 2015

kisah banjir dulu2 dan sekarang sama sahaja

Kisah banjir 1970an...
Bantuan Banjir....1970/1971:
Catatan ini bukan nak rendah atau hina sesiapa tetapi sekadar buat renungan bagi semua terutama mereka yg "berkuasa" dalam kerja-kerja mengagih bantuan (terutama bahan makanan) kepada mangsa-mangsa banjir.
Banjir 1970/1971, air naik dengan cepat, dengan kadar kira-kira 1 kaki sejam. Menjelang malam saya dan isteri bersama seorang adik mula meninggalkan rumah (sewa)...dan pergi ke pusat pemindahan bertempat di SMA P.Tawar.
Dalam kekalutan berpindah, saya telah keciciran dompet....yang ditemui tak lama kemudian...tetapi semua wang didalamnya sudah tiada.
Keesokan harinya kami berpindah lagi ke Bukit Rang. Orang kampung mendirikan pondok sementara disepanjang jalan. Saya buat keputusan pergi ke Sg. Salan. Dan pada mulanya menumpang dalam setor JKR yg tak digunakan lagi.Tapi malam itu seorang pekerja JKR Sg.Salan datang dan menjemput kami bermalam di rumahnya kerana katanya di kawasan itu sering kelihatan harimau berkeliaran...Semoga Allah membalas jasa baik pekerja JKR sekelamin ini.
Kemudian saya cuba menghampiri tempat agihan bantuan banjir di Bukit Rang...tapi sayang saya tidak diberi sebarang bantuan kerana saya dikatakan "orang kerajaan" (maksudnya penjawat awam). Saya sedikit pun tidak ambil hati, tetapi dalam hati saya berkata patutkah seorang tok penghulu(ketua kampung) bersikap seolah-seolah tidak ada budi-bicara kerana dalam masa darurat seperti itu kalau kita ada seguni wang pun, di manakah kita hendak mendapatkan beras misalnya?
Maka dalam banjir terbaru tahun 2014 ini pun rupanya ada lagi ketua kampung yang bersikap mementingkan diri....ada dakwaan dari penduduk ketua kampung menyimpan bantuan-bantuan banjir dan tidak mengagihkan bantuan tersebut...hingga perlukan campur tangan pihak yang lebih "atas"....dan peliknya perbuatan ketua kampung ini pernah berlaku waktu-waktu banjir sebelum ini. Yang lagi pelik mengapa orang macam ini masih hendak jadi "ketua kampung"...tak boleh tukar orang ke?
Apa yg kita dapat dari insiden-insiden seperti ini....yakni mereka yang mengambil "kesempatan dalam kesempitan": dalam kejadian-kejadian yg kita kata musibah ini maka terserlah sikap dan perbuatan yg tidak layak dilakukan; maka kita akan melihat dan mengenal beberapa ciri manusia:
~tidak amanah
~pilih bulu atau pilih kasih
~penting diri atau penting kerabat
~tunjuk kuasa tidak kena tempat...
‪#‎Kita‬ salut dan tabik kepada mereka yg bertungkus-lumus dalam usaha dan kerja-kerja mengagih bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara...Allah jua yang memberi ganjaran kepada semua yg terlibat.

No comments:

Post a Comment