Friday, January 23, 2015

kisah minyak

Cerita petang tadi. Benar-benar terkesan di hati saya.
Sejak petrol turun harga saya tak pandai nak anggar harga petrol nak isi dalam cik bibah. Tadi tank masih ada dua bar. So saya agak ada la kat dlm 10-15 rggt je. So saya bayar di kaunter untuk isi RM50. Rupanya bila rm42 dah penuh.. saya pump juga sampai rm45. Takut nak isi lagi.. sebab pernah terjadi melimpah2 keluar petrol.
Saya malas nak gi masuk dalam minta refund lagi rm5. Nak burn je sayang pulak. Saya pegang nozzle sambil perhati kot2 ada motor masuk.. takde pon. Saya hampir nak letak balik sebab nak tutup lubang tempat isi minyak kat kereta, tapi saya cuba pegang nozzle sebelah tangan kiri, tu sambil tu tangan kanan menutup lubang minyak tu.. buat lambat2 sikit. Niat nak tunggu kot2 ada motor masuk.
Selesai je, hampir saya nak letakkan nozzle, ada satu motor datang ke pump sebelah. Budak muda, awal 20an saya kira. Saya panggil dia suruh tolak motor ke pump ni, saya cakap ada rm5 lagi, ambillah. Dia tolak motor ke tempat saya, dia seluk poket nak bayar, saya cakap tak payah, saya pass nozzle ke dia.
Saya cakap
"ambillah akak malas nak refund ke dalam.."
Dia cakap terima kasih. Dia tunduk, nampak sedih. Dia tunduk betul2 macam tak sanggup pandang kita, atau tunduk syukur pada Allah gitu. Cam speechlesss gitu..
Saya tanya dia, "eh apesal?"
Dia jawab dalam menahan sebak.
"Saya doa akak murah rezeki, tak tau nak cakap macam mana. sebenarnya saya belum gaji, duit sy ada 10 ringgit je ni, dok fikir isi minyak 3rggt, tinggal 7 rggt. Dok atas motor tadi saya dok fikir pasal duit je.. saya serah pada Allah je. Rupanya Allah nak bagi rezeki saya dapat minyak motor free,"
Saya pula sedih.. saya senyum.je cakap. "Dah tertulis rezeki awak,"
Saya masuk kereta, terus jalan. Dari jauh nampak dia lambai tangan tanda terima kasih. Saya yang cenggeng dah banjir dlm kereta. YA Allah.. bila hambaMu tawakal padaMu. Ada rezeki yang dah KAU janjikan.
Dan rencana Allah tu pasti. Saya sepatutnya nak drive terus balik Putrajaya, dan isi minyak di Petronas, sebaliknya Allah gerakkan hati saya belok ke Petron di Besraya. Jarang saya berhenti di situ isi minyak, hari ni tergerak hati nak isi kat situ.. Semua Allah susun sebaiknya.
Sepatutnya tadi saya guna debit kad seperti biasa, isi penuh ja.. (saya tak suka pi masuk bayar di dalam stesen minyak) Tetapi Allah 'arahkan' saya pi masuk bayar rm50 kat dalam, teragak nak isi rm45 sahaja, tapi hati kata rm50 baru penuh.. rupanya betul cuma rm45 sahaja.. rm5 tu bukan hak saya, hak orang lain. Allah palingkan hati saya dari membayar RM45, sebaliknya bayar RM50. Allah dah susun dan atur cantik2.
Itulah yang dikatakan dalam rezeki kita ada hak orang lain, yang kita kena kembalikan semula. Tercatur hari ini dalam bahagian saya ada bahagian adik itu, dan itu hak dia sebenarnya, saya cuma perantara. Semuanya dari Allah. Niat kita juga penting.. saya benar niatkan nak kasi je baki petrol dah bayar tu pada sesiapa pun, dan dalam hati terdetik, biarlah dapat pada orang benar-benar layak. Maka Allah temukan kami.
Saya menangis sambil drive sebab saya semakin kuat dan yakin konsep tawakal pada Allah. Benar2 serahkan segala-galanya padaNya. Menulis ini pun saya sebak...

Thursday, January 22, 2015

bila perempuan bercakap

utk warga wanita....
..Saya bekerja 24 jam sehari..
.. Sayalah ibu...
.. Sayalah isteri...
.. Sayalah anak perempuan..
.. Sayalah menantu...
.. Sayalah jam loceng..
.. Sayalah tukang masak...
.. Sayalah pembantu rumah...
.. Sayalah guru...
.. Sayalah pelayan..
.. Sayalah nenek...
.. Sayalah jururawat..
..sayalah jurukamera..
.. Sayalah pengawal keselamatan..
.. Sayalah kaunselor..
.. Sayalah selimut...
saya x ada percutian
saya x ada cuti sakit
saya x ada cuti harian
saya bekerja siang malam
saya sentiasa 'on call'
ada masa saya terima bayaran dengan ayat...
"Apa yg awak buat sepanjang hari haa??".... frown emoticon
Dedikasi untuk semua wanita
wanita adalah karakter yg paling unik umpama garam
Adanya dia tidak diingati
Tiadanya dia menyebabkan segalanya menjadi tawar!!
Like ·  · 

Wednesday, January 21, 2015

ingatan pada pengusaha kantin

Bca smpi hbisjgn mls
1. Pagi tadi dibincangkan di dalam tv, betapa kotornya sesetengah pengusaha kantin di sekolah menganiaya kanak-kanak naif.-
2. Bayangkan anak-anak darjah 1, berwajah kesian, suci, alami perkara-perkara di bawah:
3. Murid yang dah bayar dengan duit besar, tapi tidak kembalikan duit baki. Murid berlalu pergi tanpa diberitahu. Dua-dua pihak rasa tidak bersalah.
4. Apabila murid bertanya harga, pelayan memberitahu, "Dua, seringgit," sedangkan boleh diberitahu harga seunit "Satu, lima puluh sen."
5. Yang kasihannya, anak ini beli saja dua unit, sedangkan dia cuma perlukan satu.
6. Harga secawan (saiz kanak-kanak) air minuman sirap penuh adalah RM1, hampir menyamai harga segelas di luar untuk dewasa.
7. Ini lagi sedih, anak ini cuma ada 50 sen di tangan. Maka, dapatlah dia separuh cawan.
8. Tidak boleh saya bayangkan betapa tergamaknya anak-anak tidak berdosa diperdayakan.
9. Walaupun diketahui syarat sah pihak jualbeli haruslah mumayz/baligh, namun situasi begini amat menyedihkan.
10. Satu lagi kes, bila ramai murid beratur ambil makanan, sampai di hujung barisan, ada makanan yang habis.
11. Ada kes lain, bila dah bunyi loceng, anak ini tak jadi makan. Ditinggalkan begitu saja, terus masuk kelas kelaparan. Sedih lagi T_T
12. Wahai ibu bapa, kita sajalah penyelamatnya. Mari kita budayakan semula amalan bekal makanan.
13. Jika satu Malaysia ibu bapa sediakan bekal, alamat pengusaha kantin pun kena fikir cara lain untuk cari makan.
14. Ada sesetengah pengusaha yang melarang anak yang bawa bekal makan di kantin. Abaikan saja undang-undang ini. Bawah pokok pun tak mengapa. Kenangan terindah.
15. Anak-anak yatim lagi macam mana? Hai sayunya hati.
16. Cerita pasal makan ni, semua orang boleh sentap. Kita mak-mak ayah-ayah ni makan sedap waktu tengahari, anak kita makan apa di sana?

Tuesday, January 20, 2015

hantu raya

'HANTU RAYA' yang sudah tak mampu diKAWAL oleh TUANnya yang LEMAH dah mula MENYERANG orang lain?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Ada juruBLOG memanggil mereka ini sebagai 'HANTU RAYA'.. Walau apa pun NAMA mereka ini, memang SIFAT mereka menyamai MAKHLUK sepertinya yang diBELA oleh TUAN mereka untuk meLINDUNGi kePENTINGannya.. Oleh itu, tatkala anda para juruBLOG sibuk menJAMPI atau pun memBACAkan AYAT-AYAT SUCI bagi mengHALAU MAKHLUK sebegini, TUANnya kenalah diperINGATkan..
Kita meneliti beBERAPA LAPORan juruBLOG tentang bagaimana WUJUDnya PIHAK yang diKATAkan sebagai orang di sekeliling DS Najib menyerang pulak TUN DR. Mahathir dan TUN Daim yang diKATAkan LANTANG mengKRITIK dia.. SeBENARnya, ini bukan perkara BARU pun.. Malah, ianya sudah WUJUD sejak ZAMAN PM ke-5 lagi.. Mereka yang diLABELkan sebagai 'HANTU RAYA' ini hanya WUJUD jika PEMIMPIN yang memimpin NEGARA itu ialah seorang yang LEMAH..
Jika anda INGAT balik di ZAMAN PM ke-5 di mana dia ini diKATAkan diTUNJUK AJAR oleh PIHAK di luar kerajaan untuk menTADBIR NEGARA.. Lebih MALANG lagi, mereka yang menunjuk AJARnya itu pulak berSEKONGKOL dengan NEGARA ASING terUTAMAnya NEGARA 'KECIK' di selatan Johor itu.. Lagi memBURUKkan keadaan apabila AHLI KELUARGAnya sendiri diKUASAi oleh PIHAK ASING yang diMAKSUDkan.. Sebab itulah BANYAK sekali KEPUTUSAN kerajaan pada MASA itu berPIHAK kepada NEGARA tadi hinggakan NEGARA kita diKETAWAkan pulak!
HARI ini, CENGKAMan yang SAMA masih diWUJUDkan terhadap kePIMPINan NEGARA pada MASA ini.. DiTAMBAH pulak dengan keLEMAHan DS Najib dalam menerajui kerajaan sedia ada.. Tak TAHUlah sudah BANYAK mana DANA yang diSALURkan menerusi NEGARA 'KECIK' tadi kepada para 'HANTU RAYA' yang berJAYA menempatkan diri di sekeliling DS Najib sendiri.. Ibarat orang yang HILANG PEDOMAN selepas PRU-13 lalu, DS Najib masih meRASAkan dia perlu kepada 'HANTU RAYA' ini untuk memPUBLISITIkan dirinya sendiri walaupun Kerajaan UMNO/BN sendiri NYARIS diTUMBANGkan AKIBAT peranan BURUK oleh mereka ini..
Seorang PAWANG yang memBELA 'HANTU RAYA' atau SAKA ini selalunya ada keKUATan BATIN yang KUAT agar 'SETAN' yang diBELAnya ini TIDAK MAKAN dirinya.. MALANGnya, DS Najib bukanlah PAWANG yang KUAT.. Lebih MALANG, 'HANTU RAYA' yang diBELAnya ini boleh pulak diCURI oleh LAWANnya untuk mengANIAYA dirinya pulak.. Selepas PRU-13, RAMAI mereka yang berSIMPATI dengan DS Najib meNASIHATkan dia supaya memBUANG segala 'HANTU RAYA' ini.. MALANG sekali NASIHAT terSEBUT diperSETANkan oleh DS Najib sendiri..
Semasa MUSIBAH BANJIR pada Disember lalu, AKHBAR Washington Post telah menyebarkan GAMBAR DS Najib dan PRESIDEN Obama ini ke seluruh DUNIA..
TAHUkah anda bahawa HAMPIR keSEMUA MEDIA di seluruh DUNIA berTARIKH 26 ~ 28 Disember mengGUNAkan perKATAan 'UNDER FIRE' untuk mengGAMBARkan DS Najib yang TIDAK PULANG ketika NEGARA dilanda MUSIBAH? Jika anda TIDAK PERCAYA, anda boleh GUNAkan 'GOOGLE' untuk memBUKTIkan apa yang kita KATAkan ini dalam setiap MEDIA pada TARIKH terSEBUT.. Lebih menJIJIKkan lagi, DS Najib langsung tak SEDAR bahawa 'HANTU RAYA'nya itulah yang secara TIDAK langsung menyebarkan GAMBAR terSEBUT.. Sebab itulah mereka takde nak 'COVERLINE' pun DS Najib apabila diSERANAH oleh RAKYAT pada MASA itu!
Bagi mereka, mereka tak RUGI apa pun jika DS Najib diKUTUK oleh RAKYAT.. KeSETIAan mereka bukan padanya pun.. Kepada siapakah keSETIAan mereka ini? KeSETIAan mereka tentunya kepada PEMIMPIN yang diKAWAL oleh NEGARA 'KECIK' yang kita SEBUTkan tadi.. UMUM mengeTAHUi bahawa para PEMIMPIN di NEGARA 'KECIK' tadi antara yang MULA-MULA TAHU apabila ada PEMIMPIN PR diKAITkan dengan KES 'MenJUBOR'.. Bagaimana mereka TAHU? Sudah tentu mereka di sana TAHU kerana mereka sememangnya dah LETAK segala 'HANTU RAYA' bagi mengawal PEMIMPIN yang 'MenJUBOR' itu agar PATUH kepada keHENDAK mereka sahaja..
Kita SETUJU jika DS Najib ENGGAN 'MemBUNUH' atau 'MENGURUNG' keSEMUA 'HANTU RAYA' yang diBELAnya ini, maka DS Najib perlu menGANTIkan mereka.. NEGARA ini bukannya SARANG HANTU untuk seBUAH NEGARA 'KECIK' di selatan Johor meLEPASkan 'HANTU RAYA' mereka bagi mengGANGGU-GUGAT keSELAMATan RAKYAT.. Kita TAHU bahawa NAWAITU mereka agar NEGARA ini yang masih mengekalkan SISTEM KeSULTANan Melayu, AGAMA ISLAM dan menJAGA HAK-HAK Melayu/BUMIPUTRA ini diLIBERALkan.. Kalau TIDAK, NEGARA 'KECIK' tadi TIDAK mungkin mampu menampung RAKYAT KIASU mereka yang berTAMBAH..
Wallahualam..

Friday, January 16, 2015

bila diri tidak laku

Shahrul Azlee posted in 2 groups.
  • FITRAH NYA ALAM...SEMAKIN TUA SEMAKIN NYANYOK
    TERSUMPAH JADI SASAU DAN POYO BILA RASA DIRI TERLALU HEBAT KRITIK PM.
    Kedua-dua manusia ini apabila digabungkan akan melahirkan gen-gen intelektual Melayu yang berfikiran futuristik persis Mat Jenin atau Mr Loba-Loba.
    Mereka kadang-kala umpama berada di alam kayangan apabila mengimpikan kesempurnaan yang tiada tolok bandingan.
    Sama seperti seorang yang pernah ditabalkan dengan gelaran Anugerah Tuhan yang mereka puja dan teruja itu.
    Dahulu mereka disanjung kerana keintelektualnya, namun mungkin kerana terlalu banyak berfikir yang indah-indah menyebabkan mereka berubah menjadi sasau.
    Dan akibat kesasauan itu, seorang telah turun ke jalanan memekik-mekik sambil baca puisi.
    Manakala seorang lagi menjadi penulis blog yang hanya tahu mengkritik macam dia saja yang bagus, konon dia pandai segala-galanya mengkritik semua dasar negara selagi boleh.
    Apa matlamatnya???
    Menjatuhkan orang yang mereka tak suka kerana dendam dan rajuk serta berfantasi kononnya semuanya akan menjadi baik jika Najib letak jawatan dan Anwar menjadi Perdana Menteri yang baru.
    Apakah itu saja jasa mereka untuk pembangunan negara?
    Mungkin mereka sudah terlalu pandai maka tidak perlu mereka menjawab atau memberikan cadangan membina kerana kerja sebagai sasauan dan wartawan pencen hanya mengkritik saja.
    Kalau macam tu sama saja mereka seperti macai-pencacai upahan yang selalu berdemo di jalanan atau keyboard-keyboard warrior yang hanya tahu memaki hamun depan komputer sambil mengira-ngira berapa banyak like mereka dapat dalam posting facebook mereka..
    p/s :
    JADI NASIHAT AKU KEPADA MACAI MACAI PRONGOK SIMPAN SIMPANLAH KEBODOHAN KORANG UNTUK DI WARISI OLIH ANAK CUCU KORANG EKEKEKEH..

Wednesday, January 14, 2015

pasal mejer lagi

aseh and 2 others were tagged in Lina Ina's photo.
17 hrs · 
Perogolan agama
1.mejar zaidi yg disabitkan kesalahan melanggar peraturan tetap millitary dlm membuat penyataan media tanpa kebenaran majlis angkatan tentera telah menggambarkan beliau telah tdk diadili dgn adil dn berkata mahu berjumpa dimahkahmah allah kelak.
2..Mahkamah yg hukum mejar zaidi ialah mahkamah millitary dn bukannya mahkamah sivil dn mejar zaidi bukan pun dibicarakan atas kesalahan buat pendedahan isu dakwat ,kes mejar zaidi ialah kes langgar peraturan millitary.
3.mejar zaidi telah menggambarkan kpd awam.bahawa beliau dihukum kerana bercakap benar ttg isu dakwat kekal pilihanraya dn beliau berkata dlm nada keagamaan.
Mejar zaidi telah merogol agama islam kerana tdk berlaku jujur dn telah mengelirukan rakyat jelata bahawa beliau telah dianaya undg undg dn keadilan .
4.hakikatnya mejar zaidi didakwa dibwh akta millitary kerana melanggar undg undg millitary dlm soal membuat penyataan media tanpa kebenaran majlis angkatan tentera.
Mahkamah millitary tdk pun membicarakan isu kandungan prnyataan itu ,mahkamah millitary hnya mendakwa diatas kesalahan membuat penyataan tanpa kebenaran majlid atm shj.
5.maka itu , tindakan.balas mejar zaidi dilihat sbg telah merogol agama islam kerana beliau bercakap diatas nama islam kononnya brliau dihukum kerana bercakap benar.
6.rujuk undg undg millitary ini :
51. Tidak Patuh Kepada Perintah Tetap.
(1) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang melanggar atau tidak mematuhi apa-apa peruntukan perintah yang baginya dipakai seksyen ini, iaitu peruntukan yang diketahui atau yang menasabah dijangka diketahui olehnya boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.
(2) Seksyen ini adalah dipakai bagi perintah tetap atau perintah biasa lain yang berterusan keadaannya untuk mana-mana bahagian, atau unit atau kumpulan terup, atau untuk mana-mana perintah atau kawasan, pasukan, garisen atau tempat lain atau untuk mana-mana kapal. keretapi atau kapal udara.
(3) Perintah tetap atau perintah biasa yang diperihalkan dalam subseksyen (2) bolehlah:-
Pin. A974/96
(a) dibuat; dan
(b) disiarkan dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang boleh ditentukan oleh,
Ketua Perkhidmatan bagi setiap Perkhidmatan atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya.
50. Tidak Patuh Kepada Pegawai Atasan.
(1) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, dengan sesuatu cara yang menunjukkan bantahan yang sengaja terhadap kuasa, tidak mematuhi apa-apa perintah yang sah dari pegawai atasannya boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.
(2) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, sama ada dengan sengaja atau oleh sebab kecuaian, tidak mematuhi apa-apa perintah yang sah dari pegawai atasannya boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta:
Dengan syarat bahawa jika kesalahan itu tidak dilakukan dalam perkhidmatan giat ia tidak boleh dikenakan penjara selama tempoh lebih daripada dua tahun.
7.amat malang keji dn jijik apabila agama islam dirogol oleh manusia yg kononnya berpegang kpd kebenaran

pasal mejer

  • 1 hr · Like
  • Kamarudin Saman mejer maksum ni
    1 hr · Like
  • Malek Othman Ini bukan isu dakwat, tetapi lebih kepada melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera...iaitu membuat tindakan dan kenyataan terus diluar batasan melangkaui saluran "chain of command". Dakwat itu adalah punca kepada kejadian. Kejadian itu yang di ambil kira melanggar Undang-undang Tentera. Hancur mana2 organisasi angkatan tentera, jika tiada undang-undang ini iaitu tiada peraturan dan sekatan kepada mana2 anggota dan pegawai tentera yang membuat tindakan tidak mengikut saluran pemerintahan. Rosak rantaian pemerintahan, yang secara serius boleh merosakkan keutuhan organisasi mana2 angkatan tentera. Organisasi Tentera dan soal keselamatan negara bukan boleh dibuat main-main...tak boleh bagi muka sesuka hati macam parti politik. Ini angkatan tentera bukannya parti politik! Taktikal dan SOP mana boleh dimain2kan. Hukuman ke atas beliau adalah atas dasar kepentingan menjaga kestabilan kekuatan organisasi tentera dan juga kepentingan keselamatan negara. Ini semua sebagai pengajaran untuk semua agar tidak ada yang mengambil kesempatan. Organisasi tentera bukan parti politik yang boleh main cakap ikut sedap mulut. Dalam mana2 ketumbukan tentera mencabuli undang2 atau engkar perintah, dalam sesetengah kes boleh di cap sebagai pengkhianat negara. Kesimpulannya ianya tidak ada kena mengena dengan mana2 parti politik. Mana2 parti memerintahpun tetap dihadapkan ke Mahkamah Tentera dan dijatuhi hukuman sekiranya didapati bersalah. Siapa yang mengkhianati siapa yang sebenarnya? Berani buat berani tanggung. Kita rasa kita betul untuk diri sendiri...tetapi sedarkah kita telah mencabul kepentingan dan nyawa ramai manusia? Saya sokong tindakan beliau, sekiranya beliau orang awam diluar sana.
    6 mins · Like · 1

Tuesday, January 13, 2015

yang tinggal hanya malaysia

MANA SATU NEGARA ISLAM YANG PALING DITAKUTI OLEH MUSUH ISLAM?
Suka tak suka, mahu tak mahu, sekiranya kita lihat kembali pada sejarah, dari Timur Tengah hingga ke Asia, negara2 Islam yang dahulu kala hebat, kini hampir kesemuanya musnah dibaham oleh agenda2 zionis.
Objektif perang salib tidak pernah terkubur dari dahulu hingga kini. Mereka tetap mahu pastikan tiada negara Islam tinggal kukuh, kuat serta boleh berdiri diatas kaki sendiri. Pelbagai agenda dilakukan untuk memastikan tiada negara Islam dapat hidup kekal sebagai negara berdaulat, apalagi bertaut pada Islam. Di ruang ini, Admin hanya sempat memberi contoh beberapa buah negara.........antaranya:-
India - Dahulunya negara Islam kini bertukar menjadi negara Hindu selepas Raja Islam Moghul ditipu dan dikalahkan secara berperingkat oleh pihak British. India suatu ketika dahulu merupakan sebuah negara yang terkaya di dunia hinggakan menjadi cemburu kepada Raja2 Kristian Eropah.
Iraq – Selepas berjaya di republikkan dan Raja asalnya, Raja Faisal II dibunuh setelah diambilalih oleh Saddam, Iraq mula bertaut rapat kepada pihak Barat. Akan tetapi, apabila Saddam sudah tidak diperlukan lagi, dia kemudiannya dibunuh. Kini, diganti dengan boneka Syiah pula.
Indonesia – Negara yang paling ramai Sultan nya suatu ketika dahulu dari Borneo hinggakan ke Jawa. Kini, tiada satu pun Sultan yang tinggal berkuasa. Agenda utamanya, Indonesia yang merupakan negara Islam terbesar perlu di republikkan agar Islam tiada lagi kuat. Indonesia telah pun lama termasuk perangkap pihak Barat dan yang jelasnya, negaranya kini menjadi negara liberal dimana gadingan ulamak dan umarak tiada lagi wujud.
Arab Saudi – Adalah negara ciptaan Yahudi bersama British setelah Khalifah Ottoman dijatuhkan. Sejak itu, fahaman Wahabi pula berleluasa seolah2 setanding dengan mahzab yang 4. Hakikatnya, Arab Saudi senantiasa tunduk kepada pihak Barat dalam setiap hal dan keadaan. Terdapat banyak tanda Dajjal pada jata serta bangunan2 di Arab Saudi.
Brunei – Ramai tertipu dengan hakikat sebenarnya. Brunei hampir sama dengan Arab Saudi. Walaupun berhudud, mereka tetap menjadi penyokong kuat kepada pihak Barat. Dan hanya Brunei membenarkan hutannya digunapakai oleh komanda Singapura untuk latihan tentera gerila. Dan Brunei tidak percaya kepada rakyatnya untuk menjaga keselamatan negara. Mereka mengupah pihak Barat dan tentera Gurkha untuk menjaga keselamatan negara mereka.
Jika hendak diulas, hampir kesemua atau malahan semua negara Islam kini sudah duduk dibawah jajahan pihak Barat samada secara sedar atau didak disedari. Cara Barat amat mudah. Samada mereka menyerang secara ketenteraan atau mereka menyerang secara ekonomi!
Sekiranya mahu kita amati, yang tinggal kini, hanyalah sebuah negara Islam yang masih dapat berdiri kukuh walaupun menerima banyak ancaman dari dalam dan luar. Negara ini telah banyak berjasa pada Islam dan umatnya. Walaupun negaranya keci, akan tetapi hatinya besar. OIC pun tidak seberani negara ini.
Ayuh……………….mari kita tolong negara ini untuk memperkukuhkan agenda Islam serta bangsanya. Kenapa bangsa itu penting?. Kerana itulah uniknya negara ini. Iakatan bangsa dan Islam itu bagaikan isi dan kuku. Mati bangsanya, maka matilah Islam. Jadi, selagi bangsanya terjamin, selagi itulah Islam itu akan terus kukuh.
Akhir kata dimanakah negara ini? Tanyalah pada TUN MAHATHIR……………..kerana beliau pernah menjadi Perdana Menterinya selama 22 tahun.

Monday, January 5, 2015

kisah banjir dulu2 dan sekarang sama sahaja

Kisah banjir 1970an...
Bantuan Banjir....1970/1971:
Catatan ini bukan nak rendah atau hina sesiapa tetapi sekadar buat renungan bagi semua terutama mereka yg "berkuasa" dalam kerja-kerja mengagih bantuan (terutama bahan makanan) kepada mangsa-mangsa banjir.
Banjir 1970/1971, air naik dengan cepat, dengan kadar kira-kira 1 kaki sejam. Menjelang malam saya dan isteri bersama seorang adik mula meninggalkan rumah (sewa)...dan pergi ke pusat pemindahan bertempat di SMA P.Tawar.
Dalam kekalutan berpindah, saya telah keciciran dompet....yang ditemui tak lama kemudian...tetapi semua wang didalamnya sudah tiada.
Keesokan harinya kami berpindah lagi ke Bukit Rang. Orang kampung mendirikan pondok sementara disepanjang jalan. Saya buat keputusan pergi ke Sg. Salan. Dan pada mulanya menumpang dalam setor JKR yg tak digunakan lagi.Tapi malam itu seorang pekerja JKR Sg.Salan datang dan menjemput kami bermalam di rumahnya kerana katanya di kawasan itu sering kelihatan harimau berkeliaran...Semoga Allah membalas jasa baik pekerja JKR sekelamin ini.
Kemudian saya cuba menghampiri tempat agihan bantuan banjir di Bukit Rang...tapi sayang saya tidak diberi sebarang bantuan kerana saya dikatakan "orang kerajaan" (maksudnya penjawat awam). Saya sedikit pun tidak ambil hati, tetapi dalam hati saya berkata patutkah seorang tok penghulu(ketua kampung) bersikap seolah-seolah tidak ada budi-bicara kerana dalam masa darurat seperti itu kalau kita ada seguni wang pun, di manakah kita hendak mendapatkan beras misalnya?
Maka dalam banjir terbaru tahun 2014 ini pun rupanya ada lagi ketua kampung yang bersikap mementingkan diri....ada dakwaan dari penduduk ketua kampung menyimpan bantuan-bantuan banjir dan tidak mengagihkan bantuan tersebut...hingga perlukan campur tangan pihak yang lebih "atas"....dan peliknya perbuatan ketua kampung ini pernah berlaku waktu-waktu banjir sebelum ini. Yang lagi pelik mengapa orang macam ini masih hendak jadi "ketua kampung"...tak boleh tukar orang ke?
Apa yg kita dapat dari insiden-insiden seperti ini....yakni mereka yang mengambil "kesempatan dalam kesempitan": dalam kejadian-kejadian yg kita kata musibah ini maka terserlah sikap dan perbuatan yg tidak layak dilakukan; maka kita akan melihat dan mengenal beberapa ciri manusia:
~tidak amanah
~pilih bulu atau pilih kasih
~penting diri atau penting kerabat
~tunjuk kuasa tidak kena tempat...
‪#‎Kita‬ salut dan tabik kepada mereka yg bertungkus-lumus dalam usaha dan kerja-kerja mengagih bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara...Allah jua yang memberi ganjaran kepada semua yg terlibat.