Wednesday, December 3, 2014

rtp..kerajaan buat utk rakyat


Sape kat sini anak peserta RANCANGAN TANAH PEMUDA (R.T.P)..
Melibatkan seramai 386 peserta dalam 8 buah rancangan tanah. Projek ini diambilalih daripada Jabatan Pertanian Negeri Pahang pada 1971. Setiap peserta dikurniakan lot ladang seluas 8 ekar, sebuah rumah di atas lot seluas 0.5 ekar serta dusun seluas 2 ekar. Kos keseluruhan projek ini adalah RM 4 juta.
Rancangan tanah terlibat ialah RTP Bukit Goh (Kuantan), RTP Pulau Manis (Pekan), RTP Sepayang (Rompin), RTP Kg Awah (Bera), RTP Klau (Raub), RTP Lebu (Bentong), RTP Bukit Dinding (Jerantut) dan RTP Sg Ular (Kuala Lipis).
Sumber: LKPP Negeri Pahang
LikeLike · 
  • 13 people like this.
  • Osman Jaafar Abg koi RTP Kg Awah.. selalu pegi umoh dia taing cuti sekoloh 70an...suatu kehidupan yg amat pyh ketika itu.
    3 hrs · Edited · Like · 1
  • Abdul Hamid Hussin Cer peratikan....DYMM duduk ataih kerusi keraih jer yak.....iyalah masa kita susoh lagi
    3 hrs · Like · 1
  • Hamidi Bin Abdul Rahim gambo ni x tau dr rancangan mana... tp ddk kat rtp dl memang ssh.. kemudahan awam agak berkurangan... asal mlm jer risau dgn gajoh tido dpn umoh... biasanya satu rancangan hanya ada 30 keluarga sahaja... tidak spt felda...
    3 hrs · Like
  • Osman Jaafar Yer bang.. satu paip kongsi ramai2..guna pelita. Kayuh besiko. Jln lecoh. Cm yg best sbb ada sungai.. boleh cr ikan dgn siput sedut.
    3 hrs · Like
  • Khairul Anuar wlaupn khidupan ssah msa nie ttpi mningalkn memori yg indh pbila d kenang..
    2 hrs · Like · 1

No comments:

Post a Comment