Jika
semalam isu yang sering dimainkan oleh “hero-hero” di media sosial
ialah kerajaan ini lemah, lembab dan bodoh kerana tidak mengisytiharkan
darurat, hari ini ada lagi isu baru yang penuh kejahilan.
Selepas diterangkan sebab tidak diiystiharkan Darurat dan Darurat
Bencana yang antara lain bagi membolehkan mangsa banjir membuat tuntutan
insurans, mereka mempertikaikan pula mengenai insurans.
Tanpa rasa malu dan bersalah mereka membuat gambaran seolah-olah kerajaan ini bodoh kerana mana ada insurans yang meliputi bencana alam seperti banjir ini.
“Kerajaan hendak tipu siapa? Mana ada insurans ‘cover’ bencana alam?”
Masalah dengan kumpulan ini ialah mereka malas membaca akhbar dan menonton berita. Kehidupan mereka hanyalah di Facebook , Twitter dan Instagram sehingga mereka tidak sedar hidup mereka penuh kejahilan.
1) Sudah banyak insurans sekarang yang mewujudkan polisi tambahan yang membolehkan pengguna mendapat perlindungan daripada bencana alam seperti banjir ini dengan bayaran tambahan. Ramai orang sudah mengambil insurans tambahan ini termasuk kerajaan Malaysia sendiri. Contoh:
http://malaysia.kurnia.com/House-Insurance/Default.aspx
2) Ratusan ribu kakitangan kerajaan yang membuat pinjaman perumahan melalui skim pinjaman perumahan kerajaan mempunyai insurans yang melindungi mereka daripada bencana alam.
Soalan :
Apakah jenis-jenis kerosakan yang boleh dituntut di bawah Polisi Kediaman?
Jawapan :
(a) Pada masa ini Syarikat Insurans membenarkan tuntutan dibuat atas kerosakan-kerosakan yang disebabkan oleh:-
Kebakaran, kilat, halilintar, kebakaran bawah tanah dan banjir;
Kejatuhan objek dari udara
Pelanggaran kenderaan bukan oleh Pemilik Polisi terhadap pagar dan pintu
Angin ribut, siklon, taufan dan hujan rebut
Pencerobohan secara kekerasan dan paksaan untuk tujuan mencuri dan atau seumpamanya;
http://bpp.treasury.gov.my/…/tuntutan-pampasan-kebakaran-be…
Jadi hanya kerana kita jahil dan malas membaca janganlah anggap orang lain atau kerajaan sebagai bodoh atau penipu.
Memang kita tidak berkompromi dengan isu keselamatan mangsa banjir. Jika isytihar darurat boleh menyelamatkan lebih ramai mangsa banjir dan menjadikan penyampaian lebih pantas dan cekap kerajaan pasti akan isytiharkan.
Tanpa pengisytiharan darurat pun kerajaan telah menggerakan seluruh kemampuan yang ada termasuk dari Angkatan Tentera Malaysia.
Sumber: http://www.mykmu.net

No comments:
Post a Comment