Sunday, December 28, 2014

cukai rakyat berapa sen sangat


  • Ismail Swj Cukai kepada rakyat tidak cukup membayar kaki-tangan2 Kerajaan.
    Tetapi Kerajaan yang merancang ekonomi mencari PASARAN dalam dan luar negara berbilion - bilion untuk tabung Kerajaan.


    Sebab itulah parti2 kafir harbi murtad dan munafik iaitu DAP , PKR dan PAS yang tidak berilmu , jahil dan tidak mampu melaksana ajaran dan amalan ibadah2 nafkah atau ekonomi rakyat hendak menyamun ekonomi yang dibangunkan oleh Kerajaan BN.

    Parti2 kafir harbi murtad dan munafik iaitu DAP , PKR dan PAS banyak melaku perbuatan2 terkutuk dilaknati Allah SWT , dilaknati para Malaikat dan dilaknati para penglaknat kerana menjadi Pemimpin2 yang tidak berilmu , jahil dan tidak mampu melaksana ajaran dan amalan ibadah2 nafkah atau ekonomi rakyat malah menjatuh dan menolak ajaran dan amalan ibadah2 nafkah atau ekonomi rakyat serta menokok tambah kemiskinan dan kekafiran serta memesong dan menyesat kaum Muslimin dan Muslimat dari Akidah dan Tauhid maka mudah MENGHASUT menentang dan menolak ajaran dan amalan ibadah2 Jama'ah Silaturahim Persaudaraan kasih - sayang sesama Ummah maka mudah memecah-belah dan memerintah serta menjajah dan memperhambakan kaum Muslimin dan Muslimat.

    Kaum Muslimin dan Muslimat diperingatkan, dinasihati dan dirayu menolak dan menjatuhkan Pemimpin2 parti2 kafir harbi murtad dan munafik iaitu DAP , PKR dan PAS yang sudah bersubahat , bersekongkol , bekerjasama , menyokong kehendak2 Kapitalis Rasis Cina Malaysia dan Singapura yang sudah bersepakat dengan Kapitalis Zionis Yahudi dan Kristian untuk menyerang dan menjatuh Pemimpin2 kaum Muslimin dan Muslimat Melayu yang berpotensi , berilmu tinggi , profesional dan bijaksana melaksana ajaran dan amalan ibadah2 nafkah atau ekonomi kaum Muslimin dan Muslimat serta rakyat jelata. Sekian. ASSALAMUALAIKUM .

berok bodow pr kata insuran tak cover banjir

Jika semalam isu yang sering dimainkan oleh “hero-hero” di media sosial ialah kerajaan ini lemah, lembab dan bodoh kerana tidak mengisytiharkan darurat, hari ini ada lagi isu baru yang penuh kejahilan.
Selepas diterangkan sebab tidak diiystiharkan Darurat dan Darurat Bencana yang antara lain bagi membolehkan mangsa banjir membuat tuntutan insurans, mereka mempertikaikan pula mengenai insurans.
Tanpa rasa malu dan bersalah mereka membuat gambaran seolah-olah kerajaan ini bodoh kerana mana ada insurans yang meliputi bencana alam seperti banjir ini.
“Kerajaan hendak tipu siapa? Mana ada insurans ‘cover’ bencana alam?”
Masalah dengan kumpulan ini ialah mereka malas membaca akhbar dan menonton berita. Kehidupan mereka hanyalah di Facebook , Twitter dan Instagram sehingga mereka tidak sedar hidup mereka penuh kejahilan.
1) Sudah banyak insurans sekarang yang mewujudkan polisi tambahan yang membolehkan pengguna mendapat perlindungan daripada bencana alam seperti banjir ini dengan bayaran tambahan. Ramai orang sudah mengambil insurans tambahan ini termasuk kerajaan Malaysia sendiri. Contoh:
http://malaysia.kurnia.com/House-Insurance/Default.aspx
2) Ratusan ribu kakitangan kerajaan yang membuat pinjaman perumahan melalui skim pinjaman perumahan kerajaan mempunyai insurans yang melindungi mereka daripada bencana alam.
Soalan :
Apakah jenis-jenis kerosakan yang boleh dituntut di bawah Polisi Kediaman?
Jawapan :
(a) Pada masa ini Syarikat Insurans membenarkan tuntutan dibuat atas kerosakan-kerosakan yang disebabkan oleh:-
Kebakaran, kilat, halilintar, kebakaran bawah tanah dan banjir;
Kejatuhan objek dari udara
Pelanggaran kenderaan bukan oleh Pemilik Polisi terhadap pagar dan pintu
Angin ribut, siklon, taufan dan hujan rebut
Pencerobohan secara kekerasan dan paksaan untuk tujuan mencuri dan atau seumpamanya;
http://bpp.treasury.gov.my/…/tuntutan-pampasan-kebakaran-be…
Jadi hanya kerana kita jahil dan malas membaca janganlah anggap orang lain atau kerajaan sebagai bodoh atau penipu.
Memang kita tidak berkompromi dengan isu keselamatan mangsa banjir. Jika isytihar darurat boleh menyelamatkan lebih ramai mangsa banjir dan menjadikan penyampaian lebih pantas dan cekap kerajaan pasti akan isytiharkan.
Tanpa pengisytiharan darurat pun kerajaan telah menggerakan seluruh kemampuan yang ada termasuk dari Angkatan Tentera Malaysia.
Sumber: http://www.mykmu.net
Like · ·

Wednesday, December 24, 2014

pretasi pnb




Dividen tidak memberansangkan.
Sudah berpuluh tahun PNB uruskan pun mcm tu jugak..
Sepatut nya maintain 10%.
Kita faham faktor luaran dlm pelaburan, tp hal dalaman boleh di betulkan.
Dividen ada lah satu harapan bagi bumiputera yg sudah pencen, yg tidak bekerja dan org org di kampung. Tiap hujung tahun mereka menunggu berapa bnyk dpt.
Mungkin jika perkara seperti di saran di bawah di laku kan pulangan wang kepada pencarum dan pelabur boleh lebih tinggi -

1) Ganjaran bonus kpd CEO/GMD di bataskan dan tidak berlebihan
2) Amalan membeli kereta mewah utk CEO/GMD di hentikan dan berikan mereka kereta sejajar pegawai atau menteri. Dan pula kereta mewah ini berakhir sebagai hadiah golden handshake di jual kpd pemakai dgn harga murah,. Sedangkan ia milik rakyat yg jd pencarum.
3) Jawatan CEO/GMD ada lah jawatan idaman dan di rebut ramai pihak , jd tidak perlu ganjaran atau kontrek imbuhan berlebihan, tetap ramai mahu memohon jawatan itu. Had kan tempoh kontrek jika boleh tidak melebihi 6 tahun.
4) Event atau acara tidak berfaedah tidak di perlu biayai kerana wang itu wang pencarum bagi mereka pulangan lebih penting dari melihat acara sebegitu
5) Had kan tempoh kontrek CEO/GMD bah kan penggendali PNB supaya idea baru dan berkesan boleh didapati.
6) Tak perlu ada imbuhan cuti ke luar negara kpd peneraju nya dan pelbagai lagi.
Dan banyak lagi yg boleh di lakukan seperti yg di hantar kepada in box kami oleh likers berkenaan PNB dan pengurusan nya.
Like ·  · Share
  • eWrite a comment...


sebab melayu lemah

  • 13 hrs · Like
  • Othman Hashim Melayu UMNO, PAS dan sebhgn PKR bersaing utk undi manakala DAP dah tak disaing hebat dari MCA dan Gerakan. MCA Gerakan tak dipilih oleh org China tapi pemimpin dia dipilih oleh PM. Jadi MCA/Gerakan tak perlu sebuk memancing undi china utk kekabinet pemerentah. Maknanya org China sedar diri dan punyai rancangan yg kemas. Org Melayu asyik memaki memfitnah mengkafir dan mengasingkan diri antara satu sama lain dan berdendam tanpa ada rancangan utk menjadi satu dan kuat berkuasa. Kerana mereka tak sedar diperbodohkan oleh bangsa asing serta bersaing / berpecah dan berada pd tahap yg lemah mereka tiada punca melainkan mencari undi bukan melayu utk menang. Zaman Tun Dr M UMNO kuat dan tiada PKR maka kebergantungan kpd bukan Melayu tidak seperti sekarang
    8 hrs · Like · 1

jawatan orang cina dan india semasa mula tiba ditanah melay

  • 21 hrs · Like · 1
  • Ari Ahs Cuba bayangkan, semasa saya kecil (akhir 50an) tinggal di Kampung Baharu, Kuala Lumpur sistem jamban ialah 'bucket system'. Setiap malam kira-kira pukul 3 atau 4 pagi adalah kumpulan "night-soil carriers" yang memakai lumpu suluh berikat di kepalanya mengangkut memikul tong taik manusia untuk dipunggah ke dalam lori tong taik dan seterusnya di buang. pekerja-pekerja ini di import oleh pentadbir Inggeris... menjadi suruhan orang Inggeris. Rakan-rakan semua tahu siapa pengangkat tong-tong najis itu?. tak lain yang di import dari China dan India. Orang melayu tidak kisah pun akan kedatangan mereka. sebab orang melayu bertimbang rasa dengan manusia mencari cara menjana kehidupan. Dan sekarang apa dah jadi... Mereka menjadi senang tetapi orang Melayu pulak nak diherdik dari segi kehidupan, ugama, bahasa, budaya dan raja.

Tuesday, December 23, 2014

penjelasan tun tolak hudud

 
 
 
Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah menolak hudud. Ustaz Mohd Kazim Elias sendiri telah mendapat kepastian mengenai tuduhan kononnya Tun M menolak hudud dengan bertanya sendiri dari empunya badan dalam pertemuan selama 3 jam di rumah beliau. Ternyata, Tun M tidak pernah tolak hudud dan ia diakui sendiri secara peribadi oleh beliau kepada Ustaz Kazim.
Dulu ada yang tuduh Tun M tolak hudud hanya dengan bersandarkan kepada kenyataan dari Youtube yang beliau sebut 'hudud tiada dalam Al-Quran'.
Memang benar istilah hudud (حدود) atau mufradnya, hadd (حد) dengan maksud hukuman atau seksaan (عقوبة) tiada dalam al-Quran.
Istilah hudud disebut dalam Al-Quran sebanyak 14 kali yang menyentuh perkara berikut :
a) berkenaan hubungan suami isteri di dalam bulan puasa (disebut 1 kali) - pada Surah Aali-'Imran ayat 187
b) berkenaan perceraian (disebut sebanyak 8 kali) - 4 kali pada Surah Aali-'Imran ayat 229, 2 kali pada Surah Aali-'Imran ayat 230 dan 2 kali pada Surah Ath-Tholaaq ayat 1.
c) berkenaan faraid (disebut sebanyak 1 kali) - pada Surah An-Nisa' ayat 13
d) berkenaan perkara umum (3 kali) - pada Surah An-Nisa' ayat 14, Surah At-Taubah ayat 97 dan Surah At-Taubah ayat 112.
e) berkenaan adat zihar (1 kali) - pada Surah Al-Mujadalah ayat 4.
Kesemuanya berjumlah 14 kali dan dalam kesemua sebutan istilah hudud tersebut, tiada satupun yang merujuk kepada kesalahan jenayah (hukuman atau seksaan).
Inilah yang dimaksudkan oleh Tun Dr. Mahathir bahawa dalam Al-Quran tidak disebut istilah hudud merujuk kepada hukuman kesalahan jenayah.
Admin teringat kepada kuliah syarah hadith yang diikuti admin iaitu menyentuh tentang tulisan ulama hadith terkenal, Imam Ibn Rajab Al-Hanbali RH yang menyebutkan istilah hudud dengan maksud hukuman jenayah seperti difahami hari ini hanya ada dalam hadith.
Admin harap sesiapa jangan mudah menuduh orang lain menolak hukum Allah, kerana menuduh sedemikian bermaksud mengkafirkan orang tersebut. Menolak hukum Allah adalah kafir. Menuduh orang menolak hukum Allah bermakna menuduh orang itu kafir!
Ingatlah sabda Nabi Muhammad SAW:
إذا كفر الرجل أخاه فقد باء بها أحدهما
Maksudnya: "Apabila seseorang mengkafirkan saudaranya (seIslam), maka sesungguhnya salah satu dari keduanya benar-benar akan kembali dengan kekafiran itu." [HR Muslim]
Bertaubatlah, jangan mudah menuduh orang kafir atau menolak hukum Allah, kelak jika tuduhan itu tidak benar, ia akan kembali kepada penuduhnya!
Like · ·

rungutan pemandu bas

Sya nk tegur lah penumpang bas. Sya pon pmandu bas. Mmg korang nk mudah trun tepi jalan tp yg mnggung nya sape??? pnh la terjadi trun kat tepi jlan,penumpang turun n tiba2 ada kereta dan moto langgar blkng bas sya tepi jln. Dalam bas dh ada kertas btmpal xbenarkn trun d tepi jln. Pnumpang tu merayu sgt2 diturunkn, lpas pada eksiden tu penumpang dh blik ayahnya jmput,abis bas yg sya bwak ni sape nk tanggung. 3bulan xde gaji byar gnti rugi kereta sbb xikut undang2. Bos marah betul smpai nk buang sya kerja tp sya merayu nk lagy kerja. Lpas pda tu sya dh mula jd bersifat kasar. so phm2 lh kitorg yg pndu bas ni. Semua nk senang.
Like ·  · 
Like ·  ·  · 42,2369252,608
Tu lah bila pemandu bas eksiden n mcm2 seme maki hamun xtentu pasal. Korang xbwak lgi boleh la ckp. Kitorg dh bg perkhidmatan terbaik dh spnjng pjlnan. Yang jahat nampak yg baik xnmpok. Seblom bwak tu ingt xberdoa ke agar baik2. Klu boleh nk pnumpng gmbira jmpa org tersayang. ape yg korang thu nak maki hamun je kje nyer. Tersentuh hati wehh ingt cabaran bwak bas ni ape?? suka2 erk??? pikir la.
Like ·  · 

Monday, December 22, 2014

jururawat


News Feed

News Feed

Syabil Shukri shared Sabahan.FM's photo to the group:Temerloh.
3 hrs · 
Dengar ny rodongs...kwn koi yg post
Copy from The Patriots JURURAWAT ? APA AKU KISAH !
(Khas bagi mereka yang menghina jururawat)
Bila sebut jururawat, kita mesti fikir, "Alahh, apa ada hal.. Dah memang kerja diorang merawat orang, nak kecoh apa..." Tapi pernahkah anda mengambil sedikit masa untuk menilai dan menghargai tanggungjawab seorang jururawat?
Baru-baru ini terdapat banyak tomahan buruk yang dilontarkan kepada jururawat, terutamanya jururawat yang bekerja didalam hospital kerajaan. Sebenarnya dari dulu lagi jururawat hanya dipandang rendah dan hina. Di media sosial sahaja, terdapat banyak kritikan dan tuduhan negatif diberikan keatas jururawat, contohnya layanan jururawat seolah-olah seperti layanan pelacur murahan.
Dua tiga hari yang lepas, tersebarnya video yang 'menunjukkan' jururawat Hospital Besar Melaka sedang tidur semasa syif malam. Sedangkan video tersebut hanya menunjukkan persekitaran dan keadaan wad yang kosong dan gelap gelita kerana ianya dirakam pada waktu malam. Video tersebut langsung tidak mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan bahawa jururawat yang didakwa tersebut sedang tidur. Hanya dakwaan mulut sahaja yang dikemukakan oleh orang yang merakam.
Serius saya katakan, bagi mereka yang mahu mengecam tugas dan kerjaya jururawat, sila penuhkan ilmu didada anda dahulu dengan ilmu-ilmu kejururawatan sebelum anda main redah sahaja. Jangan kerana terdesak populariti di Internet dan media sosial, anda menabur fitnah.
- - - - - - - - - -
NAK TAHU ?
Jururawat merupakan antara orang yang hadir disaat anda dilahirkan. Disaat anda sakit. Disaat keluarga anda tidak sihat. Jururawat ada untuk anda ketika anda mengalami kemalangan. Jururawat ada untuk anda ketika anda memperolehi cahaya mata. Jururawat yang membimbing anda membesarkan anak-anak anda. Jururawat yang setia hadir ke pintu rumah anda untuk memberikan perawatan. Jururawat juga yang menyediakan sistem pencegahan penyakit untuk anda dan keluarga. Jururawat yang mendidik anda tentang penjagaan kebersihan dan kesihatan diri. Cara menggosok gigi, cara menjaga kesihatan gigi, cara pemakanan sihat, cara pengamalan aktiviti harian dan gaya hidup yang sihat. Jururawat yang merawat ketika negara mengalami epidemik. Jururawat yang mencegah ketika negara diserang wabak. Jururawat yang menjaga kesihatan anda ketika menjelang usia emas. Yang menyuapkan anda. Yang membersihkan tubuh badan anda. Dan untuk pengetahuan anda, mungkin juga jururawat adalah antara orang yang terakhir yang anda akan lihat di dunia ini. Kerana jururawatlah yang akan membalut anda didalam kain putih untuk dihantar ke rumah, ke ahli keluarga anda disaat anda menghela nafas yang terakhir.
Jururawat juga kini terdiri daripada LELAKI DAN PEREMPUAN, dari pelbagai lapisan masyarakat. Jadi buangkanlah persepsi buruk anda tentang jururawat.
TUGAS SEORANG JURURAWAT
Tugas kami adalah untuk menjaga kesihatan dan keselamatan, memenuhi keperluan, mempertingkatkan kualiti hidup klien dan pesakit kami sebaik mungkin. KAMI BUKANLAH KULI ATAU HAMBA. Tugas dan tanggungjawab kami bermain dengan nyawa. Bukan seperti kerjaya yang lain. Kami berurusan dengan nyawa seseorang dan apa jua yang kami lakukan boleh menentukan keselamatan seseorang pesakit.
"Jururawat pun pemalas, tidur pada waktu bekerja."
Untuk pengetahuan anda, jururawat juga manusia. Dan manusia tidak lari dari kesilapan. Kami juga mempunyai kehidupan sosial diluar hospital. Kami juga seperti anda. Kami ada keluarga untuk dijaga. Anak-anak kecil untuk diberi makan. Ahli keluarga yang perlu diberi perhatian. Keperluan diri kami juga perlu dipenuhi. Kami juga kenal erti penat. Kami juga perlukan rehat dan tidur. Ya, kadang-kala kami tidur, tetapi hanya kerana KEADAAN WAD YANG STABIL. Kami tidak tidur seperti anda, hanya mengambil masa 5 - 10 minit untuk rehatkan diri. Kerana kami tidak mempunyai masa yang banyak untuk menyiapkan laporan pesakit. Bolehkah anda menyiapkan laporan di tengah-tengah malam, dalam keadaan gelap gelita dan tanpa rehat? Bukan itu sahaja, kami mengambil masa rehat secara bergilir-gilir. Tidak pernah lagi berlaku dimana semua staf berehat dan tidur sekaligus. Ada diantara kami yang 'alert' untuk beri masa kepada rakan untuk berehat.
Mana-mana kerja pun perlukan rehat. Mana-mana kerjaya pun perlukan rehat, untuk memastikan kerja yang dilakukan adalah dalam keadaan yang optimum. Begitu juga jururawat.
"Tapi kalau dah wad gelap-gelita, sunyi sepi, sudah tentu jururawat pun sedang tidur, bukan?"
Sudah tentulah wad berada dalam keadaan gelap gelita dan sunyi sepi pada waktu malam. Ini adalah antara terapi yang digelar sebagai persekitaran TERAPEUTIK. Terapi ini menggalakkan pesakit berehat, dan menggalakkan penyembuhan. Takkan lah anda mahu jururawat mengganggu pesakit sepanjang masa tidak kira malam atau siang? Ambil darah setiap jam? Lakukan pemerhatian tanda vital setiap minit? Sehingga pesakit tidak boleh rehat dan tidur?
Keadaan wad yang sebegitu tidak menunjukkan jururawat sedang tidur. Ada jururawat sedang menulis laporan pesakit untuk diberikan kepada syif seterusnya. Ada yang sedang mengira stok barangan dan ubatan untuk memastikan bekalan mencukupi. Ada yang sedang memeriksa barangan CSSD (set steril) bagi digunakan pada syif berikutnya. Dan kaunter jururawat bukanlah satu-satunya tempat untuk jururawat melakukan tugasnya. Kami ada bilik prosedur, bilik alatan bersih, bilik sluice, dan lain-lain lagi. Tiada jururawat di kaunter tidak bermaksud jururawat mencuri tulang.
- - - - - - - - - -
KERJA KOTOR DAN HINA
Untuk pengetahuan anda, mencuci BO (air besar), PU (kencing), vomit (muntahan) bukanlah tugas seorang jururawat. Kami tak belajar pun semua tu. Tapi kerana kami mementingkan kebersihan, keselamatan, dan kesihatan pesakit, kami rela melakukan tugas-tugas ini. Bila saya katakan 'kami tak belajar pun semua tu', saya menekankan bahawa SEMUA ORANG BOLEH MELAKUKAN TUGAS INI, TIDAK KIRA JURURAWAT ATAUPUN ORANG AWAM. Tetapi setiap kali pesakit PU dan BO, ahli keluarga terkial-kial mencari jururawat. Apabila diajak melakukan tugas ini bersama untuk pendidikan kesihatan (health ed), ahli keluarga tidak mahu. Atas alasan kotor, jijik, tidak biasa, tidak tahu, tidak mempunyai pengalaman, takut berjangkit dan bermacam jenis alasan. Sedangkan itu adalah ahli keluarganya sendiri. Darah dagingnya sendiri. Ibu dan bapanya dianggap hina, kotor, jijik. Kami jururawatlah yang sudi membersihkan diri ahli keluarga anda walaupun tiada ikatan persaudaraan. Bukan seorang pesakit sahaja, malah berpuluh-puluh orang pesakit. Anda mahu hina jururawat yang menjaga ibu bapa anda, sedangkan anda sendiri jijik dengan ahli keluarga anda. Siapa yang lebih hina?
"Tuan, puan. Kami nak membersihkan najis ibu anda. Boleh anda bantu kami? Sekurang-kurangnya anda boleh berlatih membersihkan ibu anda ketika berada di rumah kelak."
"Apa? Ahh, taknak lah. Busuk. Kotor. Misi buat lah ya. Saya tak reti. Lagi pun saya tak lama disini. Sekejap lagi saya mahu pulang ke rumah. Misi cucilah ya."
Apa perasaan anda jika anak-anak anda mengabaikan anda sebegini ketika anda sedang sakit?
Akan tetapi, Alhamdulillah, ada juga pesakit yang menghargai kami lebih daripada ahli keluarga mereka.
"Nak, minta maaf lah ya. Pakcik buang air di atas katil. Pakcik nak pergi tandas, tapi pakcik tak larat nak bangun, nak."
"Takpe pakcik, dah memang kerja kami. Lagipun memang kami tak benarkan pakcik bangun. Takut nanti pakcik terjatuh. Lagi bahaya, pakcik. Takpa, kita cuci di katil pun boleh."
"Terima kasih lah, nak. Anak pakcik pun tak layan pakcik macam ni. Anak pakcik semua dah besar, tapi pandang pakcik pun tak mahu dah. Dah tua-tua ni, anak pulak yang cuci berak pakcik. Terima kasih, nak." Bercucuran air mata pakcik tu. Menangis beliau dihadapan kami. Sedangkan anaknya berada diluar skrin sahaja, pura-pura pekakkan telinga.
Nilai diri anda dahulu sebelum anda menilai orang lain.
- - - - - - - - - -
RISIKO TINGGI
Kami jururawat adalah merupakan barisan pertama dalam pencegahan dan perawatan penyakit. Kami berhadapan dengan risiko penyakit berjangkit, penyakit-penyakit berbahaya yang boleh mengancam nyawa. RVD (retrovirus disease), HIV (AIDS), TB (tuberculosis), hepatitis, MRSA, dan macam-macam lagi. Semuanya boleh membawa maut. Tapi kami tetap hadapinya hanya demi menjaga kesihatan pesakit. Risiko kami lebih besar.
Askar, polis, bomba dan semua anggota beruniform yang lain mempunyai musuh luaran. Musuh yang boleh dilihat. Musuh yang boleh ditentang. Tetapi kami tidak. Kami berhadapan dengan 'musuh' dalaman. Tak nampak dengan mata kasar. Bukan saya maksudkan bahawa anggota beruniform lain tidak bagus. Mereka sangat bagus. Kami masing-masing mempunyai musuh yang perlu dihadapi. Namun mengapa jururawat perlu dipandang remeh?
Anda sendiri mahu menyentuh ahli keluarga sendiri pun takut diri dijangkiti. Sedangkan penyakit yang dialami adalah jenis tidak berjangkit. Nak pegang tangan ibu bapa pun sibuk minta sarung tangan. Nak jumpa relatif denggi pun sibuk pakai mask N95.
Anda sakit, kami peduli. Kami sakit, siapa peduli ?
- - - - - - - - - -
SALAH FAHAM
Biar saya berikan beberapa contoh. Dalam laman media sosial seseorang, saya terbaca komen dari individu tersebut - "Masa saya sedang menemani ibu saya di hospital, seorang pesakit dikatil sebelah meminta makanan pada waktu malam dari jururawat, jururawat buat endah tak endah. Jururawat itu hanya memasang air gantung (IVD) melalui jarum di tangan sahaja. Akhirnya saya sendiri yang sediakan roti dan air masak untuk pesakit itu. Orang awam jadi jururawat, jururawat pula makan gaji buta."
Adakah anda tahu pesakit itu BOLEH MAKAN ATAU TIDAK ?
Sesetengah pesakit mempunyai kontraindikasi untuk diberi makanan melalui mulut. Ini kami gelarkan sebagai NBM. Atau Nil By Mouth (puasa).
Ini kerana pesakit itu mungkin perlu dipuasakan beberapa jam sebelum pembedahan. Selalunya pesakit dipuasakan pada tengah malam. Nutrisi dan air akan diberikan melalui intravena (IVD atau air gantung) bagi mengelakkan pesakit dehidrasi.
Ada juga pesakit yang mempunyai masalah trek pernafasan atau trek penghadaman, dimana jika makanan atau minuman ditelan, akan menyebabkan makanan dan minuman itu masuk kedalam paru-paru. Akhirnya pesakit mengalami gangguan pernafasan, cyanosis dan shortness of breath. Pesakit seperti ini akan diberikan nutrisi melalui TPN, gastrotube, Ryle's tube dan lain-lain lagi.
Ada juga pesakit yang mempunyai masalah hati (hepar), mengalami demam. Ahli keluarga pesakit mendesak jururawat untuk memberikan Panadol (Paracetamol atau PCM) kepada pesakit untuk mengurangkan demamnya.
Tetapi tahukah anda pesakit yang mempunyai masalah hepar TIDAK BOLEH diberikan Panadol ?
Jika anda benar-benar tahu tugas seorang jururawat, anda pasti tahu perkara asas seperti ini.
- - - - - - - - - -
GAJI TINGGI, CUTI DAPAT
"Jururawat gaji tinggi belaka. Tapi makan duit haram."
Siapa anda untuk menentukan gaji kami sebagai HARAM ? Kalau diikutkan, gaji kami mungkin nampak tinggi, namun gaji kami tidak berbaloi dengan tugasan kami.
Anda selsema sikit pun dah minta MC, nak cuti berhari-hari. Anda fikir jururawat mudah nak dapat cuti ? Walau tengah sakit sekalipun, kena datang kerja. Cuti susah nak dapat. Kerana tak cukup staf. Sedangkan nak dapat rehat dalam syif pun sangat susah, inikan pula cuti sakit ! Cuti umum pula ? Hari Raya ? Kerja. Krismas ? Kerja. Deepavali ? Tahun Baru Cina ? Kerja. Hari Kemerdekaan ? Tak merdeka, tetap kena kerja. Dalam seminggu, berkali-kali kerja double shift. Tapi cuti selalu tak dapat.
- - - - - - - - - -
ANDA KATA ANDA BOLEH BUAT ?
Pernah sekali, pengalaman saya sendiri, membantu doktor melakukan dressing untuk mengeluarkan maggots (ulat macam ulat sampah tu) dari kaki pesakit yang dah dipotong. Pesakit tidak membuat cucian luka berkala di klinik kerana anak-anaknya tidak ada masa untuk menghantarnya ke klinik berdekatan. Selepas 2 minggu, akhirnya kaki beliau dimasuki maggots, sehingga bengkak sebesar bola ragbi dan dipenuhi nanah dan maggots. Semasa mengeluarkan maggots dari luka luaran sahaja, maggots yang dikira mencecah 250 ekor. Pesakit terpaksa dibawa ke dewan bedah untuk dibedah kakinya sekali lagi.
Maaf saya katakan, anda kata anda mampu melakukan tugas seperti kami? Sedangkan ahli keluarga sendiri tidak terjaga, inikan pula ahli keluarga orang lain. Cermin diri dahulu.
- - - - - - - - - -
APA ADMIN NAK SEKARANG?
"Kira Admin tulis semua ni supaya Admin nak kami puji dan sanjung jururawat la ye?"
Kami tak minta pun anda puji kami, sanjung kami atau bayar kami sekalipun. Cukup sekadar hargai dan hormati kami.
Kami menjaga berpuluh-puluh orang pesakit secara serentak. Walaupun begitu, kami cuba melakukan tugas dengan prinsip sifar kecuaian. Ya, benar, kadang kala kami juga melakukan kecuaian. Namun jika terdapat sebarang kecuaian, sila lakukan laporan ke saluran yang betul. Bukan dengan menghina jururawat di media sosial. Anda tidak tahu kerja kami, anda tidak faham tugas kami. Anda tiada hak menghina kami. Apatah lagi menyebarkan kata-kata fitnah di media sosial. Jika benar kami salah, laporkan pada pihak atasan. Bukan dengan menagkap gambar, menyebarkan video, menghebohkan perkara fitnah di laman media sosial hanya kerana ketagih 'like'.
Kami ikhlas bekerja untuk pesakit. Namun kadang kala keikhlasan itu hilang apabila dimaki, dicaci serta dihina oleh ahli keluarga pesakit yang tiada toleransi. Akan tetapi, Alhamdulillah, walaupun kami hilang keikhlasan, namun masih redha. Redha melakukan tugas. Kerana kami tidak boleh bersuara. Anda hina kami, kami telan. Kami bersuara, kami diherdik semula. Bolehkah anda ikhlas melakukan sesuatu untuk mereka yang tidak menghargainya?
Bak kata pepatah, berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat. Anda respon baik dengan kami, servis yang baik akan anda terima. Anda hina kami, Wallahualam, hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu akibatnya.
- - - - - - - - - -
TETAP TIDAK SETUJU DENGAN ADMIN
Jika anda masih tidak bersetuju dengan apa yang saya telah kemukakan, jika anda benar-benar menganggap kerjaya kami ini hina, leceh, kerjaya yang mudah, sila tawarkan diri untuk menjadi sukarela di mana-mana hospital atau klinik kerajaan. Sila ambil tanggungjawab sebagai seorang jururawat sukarela. Mudah sahaja, anda perlu melakukan nursing care sahaja. Tidak perlu melakukan injeksi, pemberian ubat, cucian luka, atau prosedur-prosedur besar. Hanya lakukan mandian pesakit, cuci najis dan kencing pesakit, mengangkat pesakit dan pemeriksaan fizikal sahaja. Tak susah pun. Sekejap je, dari jam 7 pagi hingga 2 petang sahaja, untuk seminggu.
TAWARKAN DIRI MENJADI JURURAWAT SUKARELA DI HOSPITAL KERAJAAN.
BOLEH ANDA SAHUT CABARAN KAMI ?
-AC-
Respect Nurses.
And Nurses Will Respect You.
Like ·  ·