Friday, October 24, 2014

tidak mungkin tun jadi pm kembali


Pegang pada realiti...Mahathir tidak akan jadi PM kembali?
‪#‎CeriteraMahathir‬
PEGANG PADA REALITI: MAHATHIR TIDAK AKAN JADI PERDANA MENTERI LAGI
Jika ditanya secara peribadi, saya akan cakap “Saya mahu menjadi Tun Dr Mahathir menjadi PM Malaysia kembali” . Malah, itu yang ada pada setiap komen-komen yang ada disini.
“Kami mahu Tun Mahathir jadi PM balik”
“Please, Tun, come back we want you”
Itu lah adat dalam politik, ketika kita berada di puncak kuasa, akan ada suara sumbang untuk mintak kita turun.
Tidak lupa juga kepada salah seorang dari Menteri kita sekarang, yang dulunya berteriak di luar negara “MAHATHIR, PLEASE STEP DOWN” . Harini menjadi hero.
Berpeganglah pada realiti. Tun Dr Mahathir tidak akan menjadi Perdana Menteri Malaysia lagi. Ia sesuatu yang sangat mustahil jika Tun M menjadi PM Malaysia.
Saya pernah bertanya pada Tun M, “Apa perasaan Tun jika dilantik menjadi PM semula dan apa Tun nak buat?”
Jawab Tun
“Nauzubillahiminzalik, jika saya dilantik menjadi PM, saya akan terus letak jawatan semula, saya dah tua. Itulah saya nak jadi Agung depa tak bagi, kalau tak jadi Sultan Mahathir Shah (dalam keadaan berseloroh)”
Itu kata Tun. Ada yang kata kalau tak nak jadi PM, kenapa nak menyibuk?
Sebagai seorang manusia, bukan sahaja Tun, malah semua orang akan buat perkara yang sama. Jika kita dah buat sesuatu , kita tak kan nak orang hancurkan apa yang kita dah buat? Itu konsep yang mudah.
Tun telah pun dah mencapai kejayaan dan tugas beliau mengekalkan kejayaan yang beliau telah capai.
Tun telah meletakkan satu benchmark di mana pemimpin pengganti beliau mestilah “at par” atau lebih baik daripada beliau. Ya, mungkin yang berkata setiap pemimpin cara berbeza tetapi kita kena ingat, Tun Mahathir meneruskan legasi kepimpinan terdahulu TIDAK membuang dasar sedia ada ketika beliau menjadi PM, beliau menambah baik dasar kepimpinan sebelum itu,
Kita tak boleh nak harap Tun Dr Mahathir jadi PM, tapi kita boleh harap pemimpin hari ini, mendengar sedikit nasihat Tun selagi beliau masih ada.

No comments:

Post a Comment