Wednesday, October 8, 2014

gaji rm 2500 tak cukup lagi..dah melampau budak melayu nih

· · 31
KUALA LUMPUR - Gaji permulaan RM2,500, yang
diterima oleh siswazah yang baru memasuki alam
pekerjaan, adalah mencukupi jika mengamalkan
pengurusan wang yang bijak selain tabiat 'mengukur
baju di badan sendiri'.
Pakar ekonomi dan pengurusan kewangan berkata
purata gaji permulaan itu adalah munasabah
memandangkan mereka tidak mempunyai kemahiran
dan pihak majikan 'mengambil risiko' dengan menggaji
mereka.
Ketua Jabatan Pendidikan Kewangan Agensi Kaunseling
dan Pengurusan Kredit (AKPK), Mohd Adnan Anan
Abdullah berkata, isu gaji bergantung kepada individu
dan mereka yang boros tidak akan merasakan cukup
meskipun angka yang diterima setiap bulan itu besar.
"Cukup atau tidak gaji bergantung kepada profil
individu. Di Kuala Lumpur, mungkin sukar jika sering
makan di luar kerana sehari pun, dalam tidak sedar
boleh mencecah RM30.00, belum lagi jika ada tabiat
seperti merokok", katanya semasa dihubungi Bernama
di sini.
Selain itu, beliau berkata, mereka yang baru memasuki
alam pekerjaan tidak seharusnya tergesa-gesa membeli
kereta sedangkan kewangan masih belum kukuh.
"Memiliki kereta sendiri pada usia muda memang 'cool'
tetapi perlu ingat bahawa kereta datang dengan pakej
minyak, tol dan parking selain bayaran penyelenggaraan
serta cukai dan insurans tahunan yang agak tinggi",
katanya.
Tinjauan ke atas pencari kerja atas talian "Jobstreet"
baru-baru ini mendapati mereka yang baru menerima
ijazah berpendapat purata RM2,500 adalah tidak
mencukupi dan 77 peratus daripada 2,062 responden
menyatakan tidak berpeluang menabung selepas
berbelanja untuk kepentingan asas.
Sementara 60 peratus responden menjangkakan gaji
pekerjaan pertama sebanyak RM3,500, sebanyak 30
peratus menjangkakan RM6,500 manakala 66 peratus
majikan memaklumkan kesediaan menawarkan gaji
antara RM2,500-RM2,800 bergantung kepada
kelayakan.
Mohd Adnan seterusnya menyanggah kenyataan gaji
RM2,500 tidak mencukupi untuk menabung
memandangkan petua kewangan menyatakan
'seseorang yang menyimpan 10 peratus daripada gaji
setiap bulan menuju ke laluan yang tepat'.
"Petua itu macam mudah, tetapi memerlukan disiplin
kuat dan disarankan disimpan secara terus, sama ada
dalam amanah saham atau bank berbeza, kerana
menjadi tabiat untuk kita mudah berbelanja, selagi ada
'balance' dalam bank",

No comments:

Post a Comment