8 Orang Dijel 127 Tahun Kerana Kecam Kerajaan Di FB
TEHERAN – Sebuah mahkamah revolusi Iran menjatuhkan hukuman penjara
keseluruhan selama 127 tahun ke atas lapan orang kerana menyiarkan
kenyataan antikerajaan di Facebook, lapor media negara itu semalam.
Semua tertuduh yang identiti mereka tidak didedahkan dipenjara selepas
didapati bersalah mengancam keselamatan negara, menyiarkan propaganda
antikerajaan dan menghina nilai agama serta pemimpin Iran.
Mereka yang berasal dari sini, Yazd, Shiraz dan Kerman itu masing-masing menerima hukuman penjara antara 11 hingga 21 tahun.
Semua tertuduh bagaimanapun boleh mengemukakan rayuan terhadap hukuman tersebut.
Akses rangkaian sosial termasuk Twitter dan Facebook ditapis secara
berkala oleh pihak berkuasa Iran, begitu juga laman web lain yang
dianggap bercanggah dengan Islam atau menentang pemerintah.
Pada Mei lalu, lapan orang masing-masing dihukum penjara antara tujuh
hingga 20 tahun kerana pelbagai kesalahan melibatkan Facebook termasuk
menyebarkan propaganda antikerajaan. – AFP
No comments:
Post a Comment