Friday, October 24, 2014

kecoh sentuh anjing la pulak

Melayu-Melayu Bodoh Yang Sertai Kempen Peluk Anjing Semalam Tolonglah BacaTulisan ini
I want to touch a dog adalah sebuah program yang dilaksanakan oleh mereka yang jahil agama. Jahil ilmu fiqh mazhab Syafie. Jahil ilmu ‘uruf. Jahil ilmu fitnah khilafatul ‘uruf. Jahil ilmu fiqh Aulawiyat. Dan segala kejahilan yang terkandung di dalamnya.
Program yang mampu mencipta fitnah (kekacauan dan kekeliruan) di kalangan orang awam yang kurang ilmufiqh. Contoh fitnahnya, akan wujud mereka yang ingin sesuka hati menyentuh dan membelai anjing tanpa sebab, akan wujud mereka yang berniat untuk membela anjing sebagai haiwan dalam rumah untuk bermanja (asalkan boleh sertu lepas pegang, kononnya), dan bermacam fitnah lagi.
Kita menghormati pendapat mazhab lain yang menyatakan tubuh anjing bukan najis jika tiada didapati najis mughallazah (air liur dan tahi) pada tubuhnya. Namun kita juga harus menghormati pegangan ‘uruf masyarakat setempat di mana Malaysia berpegang pada pendapat mazhab Syafie. Bila anda ada di rumah orang, anda tak boleh buat rumah dia macam rumah sendiri, tak gitu? Walaupun tuan rumah tu hormati perilaku dan perbuatan anda, namun tak bermakna dia redha anda melakukannya di dalam rumahnya.
Di sini saya menjelaskan kembali hukum mengenai anjing. Program bodoh itu telah melanggar dua point yang saya berikan di bawah, iaitu point pertama dan kedua:
Hukum menyentuh anjing
1. Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab-mazhab dalam bab tubuh anjing itu najis mughallazah atau tidak. Secara ringkasnya, dalam mazhab syafie menyatakan seluruh tubuh anjing adalah najis mughallazah (Imam nawawi, Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini), selain mazhab syafie (yakni mazhab hanbali, maliki, hanafi) menyatakan hanya air liurnya sahaja najis. Ini berdasarkan hadis:
“Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.” [Hadis Riwayat Muslim, AbuDaud dan Ahmad]
Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Yang pasti, haram SENGAJA menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis keatas tubuh kita. Jadi, menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu atau tubuh kita basah/lembap/berair, maka haramlah menurut mazhab syafie kerana najis boleh berpindah.
Kenapa seluruh tubuhnya dianggap najis berat menurut mazhab syafie? Kerana pastinya anjing membersihkan dirinya dengan menjilat. Maka kemungkinan besar air liurnya ada di tubuhnya.
**Dalam program tersebut, adakah peserta dan trainer yakin sepenuh jiwa anjing tersebut tidak menjilat tubuhnya? Dan adakah semua mereka yakin benar anjing atau tangan mereka dalam keadaan kering? Jika tak yakin, bodoh namanya. Jika pegang pada “alaaa.. lepas pegang boleh sertu (samak ikut sesetengah pemahaman orang)”, ikut hukum fiqh, sengaja meletakkan diri dalam keadaan menyusahkan juga dibenci agama.
Hukum membela anjing
2. Namun tiada khilaf dan telah ijmak (sepakat) antara semua ulama-ulama muktabar muttaqaddimin dan mutaakhirin bahawa, tidak dibenarkan seorang Islam untuk membela anjing menjadi haiwan belaan, sebagaimana kita bela kucing, yang kita peluk, cium, belai dan sebagainya, KECUALI membela atas 5 sebab yang dibenarkan, iaitu:
i. Untuk menjaga harta
ii. untuk menjaga tanaman
iii. untuk menjaga ternakan
iv. sebagai anjing untuk memburu v. menjaga keselamatan keluarga
“Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath.” [Hadis Muttafaq 'Alaih]
Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: “Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya.” [Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940]
Juga daripada Ibnu Umar berkata: “Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak.” [riwayat Muslim no. 1571]
“Barang siapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan (harta/keluarga/diri/ternakan/ternakan), maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qirath bagi setiap hari” [Hadis Muttafaq 'Alaih]
Daripada Aisyah r.a beliau berkata: “Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak datang. Di tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu sambil berkata: “Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji”. Kemudian Nabi melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat tidurnya. Maka baginda bertanya: “Bila masuknya anjing ini?” Siti Aisyah menjawab: “Saya tidak tahu”. Lalu disuruh usir keluar anjing itu. Setelah anjing itu keluar datanglah Jibril dan Nabi terus bertanya: “Engkau berjanji denganku akan datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang”. Jawab Jibril: “anjing yang berada di rumahmu yg menghalangi aku, kerana Kami (Malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar” [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
Syaratnya:
1) HARAM bela anjing di dalam rumah
2) WAJIB beri makan minumnya
3) HARAM mendera atau mencederakannya
4) HANYA atas 5 sebab di atas sahaja
**Peserta-peserta program tudah peluk, sentuh, belai anjing. Adakah ia dibenarkan? Tidak sama sekali.
3. Walaubagaimanapun, anjing tetap bukan haiwan yang wajar dicaci, dihina, dibelasah, dibunuh sewenangnya, dipukul, diseksa atau apa sahaja salah laku. Anjing tetap haiwan yang wajar diberi kasih sayang dan belas ihsan, kerana ia tetap makhluk Allah. Telah ada hadis panjang mengisahkan tentang seorang yang banyak dosa, yang memberi anjing minum, dimasukkan ke syurga kerana pahalanya memberi minum kepada anjing itu. Namun dalam hadis tu takde pun kata si pemberi minum tu peluk cium belai anjing tu. Cukup sekadar memberi keperluan kepada anjing kita dah dapat pahala.
Rujukan: Halal wa Haram fi al-Islam (Prof Dr Yusof al-Qaradhawi) Mughni Al-Muhtaj (Imam Nawawi) Haza Halal wa Haza Haram (Abdul Qadir Ahmad ‘Ata)

tidak mungkin tun jadi pm kembali


Pegang pada realiti...Mahathir tidak akan jadi PM kembali?
‪#‎CeriteraMahathir‬
PEGANG PADA REALITI: MAHATHIR TIDAK AKAN JADI PERDANA MENTERI LAGI
Jika ditanya secara peribadi, saya akan cakap “Saya mahu menjadi Tun Dr Mahathir menjadi PM Malaysia kembali” . Malah, itu yang ada pada setiap komen-komen yang ada disini.
“Kami mahu Tun Mahathir jadi PM balik”
“Please, Tun, come back we want you”
Itu lah adat dalam politik, ketika kita berada di puncak kuasa, akan ada suara sumbang untuk mintak kita turun.
Tidak lupa juga kepada salah seorang dari Menteri kita sekarang, yang dulunya berteriak di luar negara “MAHATHIR, PLEASE STEP DOWN” . Harini menjadi hero.
Berpeganglah pada realiti. Tun Dr Mahathir tidak akan menjadi Perdana Menteri Malaysia lagi. Ia sesuatu yang sangat mustahil jika Tun M menjadi PM Malaysia.
Saya pernah bertanya pada Tun M, “Apa perasaan Tun jika dilantik menjadi PM semula dan apa Tun nak buat?”
Jawab Tun
“Nauzubillahiminzalik, jika saya dilantik menjadi PM, saya akan terus letak jawatan semula, saya dah tua. Itulah saya nak jadi Agung depa tak bagi, kalau tak jadi Sultan Mahathir Shah (dalam keadaan berseloroh)”
Itu kata Tun. Ada yang kata kalau tak nak jadi PM, kenapa nak menyibuk?
Sebagai seorang manusia, bukan sahaja Tun, malah semua orang akan buat perkara yang sama. Jika kita dah buat sesuatu , kita tak kan nak orang hancurkan apa yang kita dah buat? Itu konsep yang mudah.
Tun telah pun dah mencapai kejayaan dan tugas beliau mengekalkan kejayaan yang beliau telah capai.
Tun telah meletakkan satu benchmark di mana pemimpin pengganti beliau mestilah “at par” atau lebih baik daripada beliau. Ya, mungkin yang berkata setiap pemimpin cara berbeza tetapi kita kena ingat, Tun Mahathir meneruskan legasi kepimpinan terdahulu TIDAK membuang dasar sedia ada ketika beliau menjadi PM, beliau menambah baik dasar kepimpinan sebelum itu,
Kita tak boleh nak harap Tun Dr Mahathir jadi PM, tapi kita boleh harap pemimpin hari ini, mendengar sedikit nasihat Tun selagi beliau masih ada.

Thursday, October 23, 2014

bila pr terdesak



  • Dwan Junid Rmf Jika anda Peka: Ini lah kebiasaannya..
    Bila Pembangkang atau macainya telah terdesak dan diviralkan sehebatnya ..untuk menutup kesalahan dan simpati serta menyalahkan orang lain ini lah ayatnya.
    1. Saya akan saman

    2. Saya akan buat report polis
    3. Saya di ancam
    4. Ugutan bunuh
    5. Terima surat ugutan dan peluru
    6. Akaun kena Hack
    7. Saya diekori
    8. Keluarga saya terima ugutan - buat report polis
    9. Letak kepala lembu depan pintu
    10 Ini semua salah UMNO
    11 Itu bukan saya hanya mirip saya
    12 Kami ada bukti
    13 Awak Media mana? OooOo Media kerajaan
    14. U Ulang I saman
    15, U siapa ? U Siapa?
    16. Ini satu pembohongan terbesar dan fitnah terhadap saya
    17 UMNO telah meyuntik racun Arsenik dan virus HIV
    18. DNA? aqpa DNA ? U siapa
    19 Akhbar luar negara upahan UMNO
    4 hrs · Like · 1

jangan cepat menuduh

News Feed

News Feed

JANGAN CEPAT LABEL BURUK DAN TUDUHAN BERAT KEPADA SESEORANG
Masyarakat kita perlu dididik agar TIDAK CEPAT menuduh seseorang yang berbeza dengannya dengan tuduhan yang berat seperti Kafir, Liberal, Syirik, Bid'ah, Wahhabi, Ahbash, Khawarij, Sesat, Mujassim, Munafiq, Hina Islam, Persenda hukum, cabar Allah swt, Hina Nabi s.a.w dan yang sepertinya TANPA punyai bukti jelas.
Malah jika ada bukti pun, masih sangat perlu meneliti konteks percakapan, perbuatan dan tulisan itu.
Bukan itu sahaja, malah perlu juga meneliti faktor kesilapan tidak sengaja seperti salah cetak, tersalah tulis, tersalah catat, media tersalah quote dan mungkin hasil kurang ilmu & kefahaman dan bukan sengaja ingin berniat jahat.
Kebodohan itu tidak aib jika mereka sanggup belajar TETAPI si bijak yang mencerca si bodoh itulah sangat aib.
Masyarakat yang mudah melabel dan menuduh dengan tuduhan berat pasti akan sentiasa hidup dalam stress. Hari ini kita boleh menuduh seseorang dan bergembira dengan 'label buruk' itu, kelak nanti pasti 'label buruk' yang lain pula menimpa kita..tatkala itu akan dirasakan pedihnya.
Sukar dibayangkan bagaimana seorang yang mengaku ilmuwan atau pendakwah ke arah Islam, kebenaran dna kebaikan tetapi sangat mudah membuat gelaran membenci, mengutuk, menghina. bagiaman mereka nak menarik mad'u kepada mereka dengan sifat itu???
Banyak sungguh dalil dalam hal ini, cuma tidak mahu memanjangkan status ini. Lihatlah ayat Al-Hujurat ayat 11. dan juga hadis nabi
Sahabat-sahabat yang dikasihi, Rasulullah bersabda :
ادرؤوا الحدود عن المسلمين ما استطعتم فإن كان له مخرج فخلوا سبيله , فإن الإمام أن يخطئ في العفو خير من أن يخطئ في العقوبة
Ertinya : Tolaklah (wahai hakim) pensabitan hukum hudud dari muslimin selagi kamu mampu, sekiranya di sana terdapat jalan keluar maka bebaskanlah dia, kerana sesungguhnya seorang pemimpin yang tersilap dalam memberikan kemaafan (tidak jatuh hukuman), LEBIH BAIK dari yang tersilap (dalam mengenakan hukuman kepada yang tidak bersalah)” (Riwayat Ibn Majah, kitab al-Hudud, no 5004, At-Tirmizi, kitab al-Hudud, no 1424)
Bayangkan tindakan Umar al-Khattab :
أتي عمر رضي الله عنه بامرأة قد حملت فادّعت أنها أكرهت فخلى سبيلها
Ertinya : Pernah dibawakan kepada Umar Al-Khattab seorang wanita yang mengandung tanpa nikah, wanita tersebut mendakwa ia dipaksa (dirogol) maka Umar terus membebaskan wanita terbabit (dari hukuman hudud) ( Riwayat Al-Baihaqi, 8/235)
Imam Ibn Qudamah pula menjelaskan terdapat yang mentakwilkan wanita tersebut hamil bukan disebabkan zina dan persetubuhan tetapi adalah disebabkan dimasukkan mani lelaki tersebut ke dalam kemaluannya. (Al-Mughni, 1/193)
Semuanya ini sepatutnya memberikan kefahaman kepada para ustaz/ah, ilmuan dan ramai agar jangan tergesa-gesa melabel, men‘cop’ dan menganggap seseorang yang berbeza pendapat dengannya.
Dr Zaharuddin Abd Rahman
Presiden MURSHID

Wednesday, October 15, 2014

akta hasutan

AKTA HASUTAN DALAM ISLAM
Sabda Rasulallah saw, maksudnya; "Sejahat2 manusia ialah PENGHASUT, PENGADU-DUMBA dan PENGUMPAT (yang sentiasa mencari2 dan mendedahkan keburukan org lain)" (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Imam Tirmizi meriwayatkan bahawa Rasulallah saw bersaba, maksudnya; "Sesungguhnya Allah swt amat BENCI kpd org yg jahat lidahnya (yg suka mencaci, mengumpat, memfitnah dan mengadumba)."
Ke atas "orang Jahat" yg merosakkan koharmonian...wajib diambil tindakan dan dihukum menikut undang2...
Saidina Uthman pernah menghukum membuang daerah ke atas Abu Zar yg pernah mengkritik pemimpin, kerana ditakuti boleh menimbulkn perpecahan dlm masyarakat Islam...

kecam kerajaan dlm fb jel 100 tahun




TEHERAN – Sebuah mahkamah revolusi Iran menjatuhkan hukuman penjara keseluruhan selama 127 tahun ke atas lapan orang kerana menyiarkan kenyataan antikerajaan di Facebook, lapor media negara itu semalam.
Semua tertuduh yang identiti mereka tidak didedahkan dipenjara selepas didapati bersalah mengancam keselamatan negara, menyiarkan propaganda antikerajaan dan menghina nilai agama serta pemimpin Iran.
Mereka yang berasal dari sini, Yazd, Shiraz dan Kerman itu masing-masing menerima hukuman penjara antara 11 hingga 21 tahun.
Semua tertuduh bagaimanapun boleh mengemukakan rayuan terhadap hukuman tersebut.
Akses rangkaian sosial termasuk Twitter dan Facebook ditapis secara berkala oleh pihak berkuasa Iran, begitu juga laman web lain yang dianggap bercanggah dengan Islam atau menentang pemerintah.
Pada Mei lalu, lapan orang masing-masing dihukum penjara antara tujuh hingga 20 tahun kerana pelbagai kesalahan melibatkan Facebook termasuk menyebarkan propaganda antikerajaan. – AFP

pendapatan tak pernah cukup

Semua org merungut dgn kenaikkan harga minyak kononnya berpendaptan rendah akan mengalami kos sara hidup yg sengsara dan membebankan..soalan aku....
Adakah mereka mempunya kereta lebih dr 3biji..
Adakah mereka mempunyai motosikal berkuasa tinggi...
OK kalau yg duduk dikampung pasti Rumah sendiri atau menyewa Rumah...lain la kalau duduk dibandar...
Kita renungkan sejenak....duduk dikg tanpa membayar Sewa Rumah...untung lagi kalau duduk bersama keluarga...budget x la besar mana...
Selalunya yg aku tgk duk bising babi membuta nie kebykkannya semua Dr golongan penjawat awam..
Mengapa setiap bulan gaji anda tidak pernah rasa cukup????
Cer pikir...dpt gaji halal tapi memaki hamun pendapatan yg diperolehi...
Kelakar laaa Plak bila dipikirkan Kembali...
Guru..gaji besar jugak la nie...
Jururawat hospital gomen pun ble tahan gaji la nie...
Dan semua dalam pertahanan awam berlumba2 org Nak minta sbb gaji dah makin selesa...
Malas Nak taip lagi kakitangan awam yg lain..
Cer pikir blk..kenapa Masih x cukup walaupun halal????
Mengapa Dan kenapa?????

Wednesday, October 8, 2014

gaji rm 2500 tak cukup lagi..dah melampau budak melayu nih

· · 31
KUALA LUMPUR - Gaji permulaan RM2,500, yang
diterima oleh siswazah yang baru memasuki alam
pekerjaan, adalah mencukupi jika mengamalkan
pengurusan wang yang bijak selain tabiat 'mengukur
baju di badan sendiri'.
Pakar ekonomi dan pengurusan kewangan berkata
purata gaji permulaan itu adalah munasabah
memandangkan mereka tidak mempunyai kemahiran
dan pihak majikan 'mengambil risiko' dengan menggaji
mereka.
Ketua Jabatan Pendidikan Kewangan Agensi Kaunseling
dan Pengurusan Kredit (AKPK), Mohd Adnan Anan
Abdullah berkata, isu gaji bergantung kepada individu
dan mereka yang boros tidak akan merasakan cukup
meskipun angka yang diterima setiap bulan itu besar.
"Cukup atau tidak gaji bergantung kepada profil
individu. Di Kuala Lumpur, mungkin sukar jika sering
makan di luar kerana sehari pun, dalam tidak sedar
boleh mencecah RM30.00, belum lagi jika ada tabiat
seperti merokok", katanya semasa dihubungi Bernama
di sini.
Selain itu, beliau berkata, mereka yang baru memasuki
alam pekerjaan tidak seharusnya tergesa-gesa membeli
kereta sedangkan kewangan masih belum kukuh.
"Memiliki kereta sendiri pada usia muda memang 'cool'
tetapi perlu ingat bahawa kereta datang dengan pakej
minyak, tol dan parking selain bayaran penyelenggaraan
serta cukai dan insurans tahunan yang agak tinggi",
katanya.
Tinjauan ke atas pencari kerja atas talian "Jobstreet"
baru-baru ini mendapati mereka yang baru menerima
ijazah berpendapat purata RM2,500 adalah tidak
mencukupi dan 77 peratus daripada 2,062 responden
menyatakan tidak berpeluang menabung selepas
berbelanja untuk kepentingan asas.
Sementara 60 peratus responden menjangkakan gaji
pekerjaan pertama sebanyak RM3,500, sebanyak 30
peratus menjangkakan RM6,500 manakala 66 peratus
majikan memaklumkan kesediaan menawarkan gaji
antara RM2,500-RM2,800 bergantung kepada
kelayakan.
Mohd Adnan seterusnya menyanggah kenyataan gaji
RM2,500 tidak mencukupi untuk menabung
memandangkan petua kewangan menyatakan
'seseorang yang menyimpan 10 peratus daripada gaji
setiap bulan menuju ke laluan yang tepat'.
"Petua itu macam mudah, tetapi memerlukan disiplin
kuat dan disarankan disimpan secara terus, sama ada
dalam amanah saham atau bank berbeza, kerana
menjadi tabiat untuk kita mudah berbelanja, selagi ada
'balance' dalam bank",

Tuesday, October 7, 2014

cara pr dan umno bercakap

FAKTA -
1- PR banyak bertanya dari menjawab apabila pertanyaan diajukan kepada mereka.
2- Orang-orang UMNO lebih banyak menjawab segala isu yang diajukan oleh PR.
3- Jika orang-orang UMNO bertanya mengenai sesuatu isu kepada PR, mereka lebih banyak spin dari menjawab. Boleh dikatakan kebiasaannya mereka tidak menjawab.
HAKIKAT.....

Saturday, October 4, 2014

politik minyak yg blue

PANCUT DALAM2 JANGAN DI LUAR !!
Burung berdiri di atas dahan, Lihat si dara buka seluar; Lubang kehausan mau dilayan, Sebelum cucuk perlu dibayar.
Batangnya keras sebesar genggam, Setia berdiri biar pun malam; Lubang dicucuk biarlah dalam, Agar memancut masuk ke dalam.
Si batang keras hendak keluar, Cabut perlahan jangan dibiar; Jangan ada melimpah di luar, Sayang, harganya mahal rugi membayar.
Ingat tu pantun... hati-hati bila nak pam minyak. Jangan ada yang melimpah keluar. Harga minyak sekarang mahal, rugi bayar lau tumpah.
apa senyum'ii -,-" jangan fikir bukan'ii ...
Selamat menyambut hari raya aidiladha maaf zahir dan batin. Warga temerloh.

Thursday, October 2, 2014

minyak naik bising


  • Pailang Paklang Subsidi RON95 & Diesel:
    Sedikit penjelasan.


    1. Selama ini rakyat Msia samada yg kaya, sederhana & berpendapatan rendah mendapat subsidi RON95 & diesel tapi ramai yg kurang sedar kewujudan subsidi itu walau ada dimaklum di pam2 minyak.

    2. Jumlah subsidi Kjaan utk RON95 & diesel thn lepas sahaja ialah rm24.8 billion & tahun ini sekitar rm21-22 billion. Purata rm2b sebulan!! Ini kerana ketika minyak tinggi harganya, subsidi seliter adalah juga tinggi antara 50-80sen seliter.

    3. Bila ditarik subsidi 20 sen, maka RON95 berharga 2.30 seliter & diesel 2.20 seliter. Harga terkini sebenar di pasaran utk RON95 ialah 2.58 seliter, tapi harga Msia 2.30. Bermakna Kjaan masih beri 28 sen seliter subsidi. Utk diesel pula harga terkini sebenar 2.52. Harga Msia 2.20. Bermakna 32 sen masih lagi diberi subsidi oleh Kjaan.

    4. Hampir rm2 ribu juta sebulan dibelanja utk subsidi bahan bakar yg tentunya "hangus terbakar". Rm2 ribu juta boleh bina 2 ribu dewan org ramai di 2 ribu kpg dgn harga rm1 juta sebuah dewan. Boleh bina 4 universiti sebulan dgn harga rm500 juta sebuah. (48 universiti setahun!!) Boleh bina 2ribu kilometer jalan kpg utk Sabah & Sarawak. Tapi semuanya tak boleh dibuat sbb kita beri subsidi utk RON95 & diesel.

    5. Siapakah penerima terbesar subsidi rm2billion sebulan itu? Data yg ada mendapati 70% diguna oleh mereka yg berpendapatan tinggi & sederhana tinggi. Sbbnya mereka miliki lebih banyak kenderaan & kuasa / CC kereta lebih besar. Rakyat di kpg2 & pinggir2 bandar hanya guna motorsikal & kereta2 yg kecil.

    6. Subsidi sepatutnya diberi kpd mereka yg miskin bukan kpd yg kaya. Jadi subsidi diesel & petrol ini telah sekian lama tersasar. Ini adalah tidak adil & tidak rasional. Dulu ketika minyak murah & kenderaan tidak sebanyak kini, subsidi minyak cuma rm2 billion sebulan yg kini rm2billion sebulan. Semakin kecillah peruntukan kpd rakyat terbanyak yg boleh diberikan.

    7. Maka utk lebih adil, subsidi minyak itu perlu dikurangkan. Penjimatannya boleh diberi kpd rakyat yg lebih layak. Pengurangan subsidi 20 sen sebelum ini berjumlah rm4 billion & diberi dlm bentuk BR1M yg telah menafaatkan hampir 7 juta rakyat & keluarga di negara ini.

    8. Tentu rakyat sedang menunggu berita2 baik yg akan diumum oleh YAB PM dlm Bajet 2015 pada 10/10/14 ini. Semuanya itu perlu kpd peruntukan yg banyak. Sbhgnya tentu drpd subsidi minyak yg telah dijimatkan lagi sebanyak 20 sen seliter utk faedah kpd ramai rakyat yg lebih memerlukan.

    9. Msia mmg negara pengeluar minyak, lebih kurang 600 ribu tong sehari. Minyak kita berkualiti tinggi maka kita eksport & dapat hasil yg lebih kpd negara. Arab Saudi & USA lebih 1.7juta tong sehari. Kita negara pengeluar yg ke 27 di dunia. Jadi minyak yg ada di stesyen seluruh negara adalah diimport & harganya ikut pasaran dunia.

    10. Memang sukar utk membuat keputusan yg tidak popular. Tapi keputusan itu adalah utk membetulkan ketidakadilan yg berlaku. Subsidi minyak yg banyak itu boleh diagih kpd rakyat dgn lebih bersasar & tepat spt BRIM yg lebih tinggi jumlahnya & juga utk pembangunan luar bandar yg lebih baik.

    11. Rakyat terbanyak skrng ini masih menikmati subsidi tepong, gas memasak, beras ST15, minyak masak, diesel, RON95, kesihatan/perubatan, pendidikan, rm100 utk anak sekolah, rm250 voucher buku. Utk pesawah ada pelbagai subsidi padi, ada sara hidup nelayan rm200 sebulan, bantuan2 JKM, Kedai Rakyat 1Msia dll.

    12. Kebajikan yg banyak ini akan diteruskan malahan akan sentiasa diperbaiki. Namun, utk membetulkan ke arah yg lebih adil & rasional, khususnya ttg subsidi minyak secara pukal yg tersasar itu, ianya memerlukan kefahaman & kesabaran ramai & banyak pihak. Komitmen kpd kesejahteraan rakyat tetap jadi keutamaan Kjaan. Tkasih.

    (ABM/TMK1/1 Okt 14/ 10.45mlm)