JAWAPAN SURAT SAIFUDIN NASUTION KEPADA TUN DR MAHATHIR
Oleh kerana belum ada sesiapa yang mahu membela Negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad di atas tuduhan Saifudin Nasution ini, saya tampil membela Tun Dr. Mahathir. Saya fikir Saifudin melatah dan 'kekwat' dengan syarahan terbaharu Tun Dr. Mahathir di Jakarta. Izinkan saya menceritakan kepada Saifudin yang mudah lupa, siapakah yang mengambil Anwar pada tahun 1981 dan diangkat ke pelbagai jawatan kanan dalam kerajaan dan parti UMNO sehingga tahun 1998? Tahukah Saifudin bahawa Dr Ismail Faruqi pada tahun 1981, terbang ke Malaysia bertemu Tun Dr Mahathir untuk memujuk Tun Dr. Mahathir supaya menerima Anwar memasuki UMNO dan kerajaan?
Saifudin berbangga kononnya Anwar rapat lebih lama dengan Dr Ismail Faruqi? Kita harus dedahkan perkara sebenar bahawa Dr. Ismail Faruqi diragui pemikirannya oleh tokoh-tokoh agama seperti Syeikh Hassan Al-Banna malah bekas Mufti Selangor turut tidak bersetuju dengan Dr Ismail Faruqi seperti dalam kes kalimah Allah apabila Dr. Ismail Faruqi menyamakan kalimah Allah dengan "Dewa Air". Adakah pembunuhan Dr. Ismail Faruqi di Amerika sama kes dan modus dengan pembunuhan Rafik Hariri (Lubnan), Benazir Bhutto(Pakistan) dan Osama Laden (Arab Saudi)? Begitu juga Dr Sheikh Taha Jabir Al-Awani, Sheikh Hassan Turabi, Dr Rashid Ghanoushi, Sheik Mehdi Aqif dan ramai lagi yang dibangga-banggakan Saifudin itu? Kalau begitulah hebatnya Anwar dalam dunia Islam sudah tentu kita sangat terkejut kenapa Anwar membela Israel musuh utama umat Islam. Apakah ilmuwan-ilmuwan tersebut gagal mendidik Anwar? Bagi kita yang cetek ilmu ini, tidak akan ada ulama Islam hatta tidak akan ada mana-mana tok-tok guru akan menyokong musuh utama Islam dengan kata-kata yang cilaka dan mengguris hati umat Islam ini, "I support all efforts to protect the security of the state of Israel" (WSJA)
Tun Dr. Mahathir walaupun tidak berlatarbelakangkan pendidikan Islam, tetapi Tun Dr Mahahthirlah satu-satunya pemimpin Islam dalam dunia yang berani mengutuk dan menegur kekejaman Israel dan Yahudi ke atas umat Islam di Palestin? Kepada Saifudin Nasution, apakah Anwar ada keberanian mengutuk dan menegur kekejaman Israel dan Yahudi ke atas penduduk Islam di Palestin? Malah Tun Dr Mahathirlah satu-satunya pemimpin yang berani mengisytiharkan negara Malaysia sebagai negara Islam fundamental (2003). Sebaliknya, apakah Anwar ada keberanian untuk berkata dia akan mengisytiharkan Malaysia sebuah negara Islam dan melaksanakan Syariah Islam (Maqasid Syariah) jika dia menjadi Perdana Menteri Malaysia? Kalau Anwar berani, saya akan tutup blog ini!
Saifudin tidak patut menuduh Tun Dr Mahathir memfitnah Anwar mengenai masalah moralnya! Jika begitu, apakah Saifudin bermaksud Saiful bekas pekerja Anwar itu dipaksa oleh Tun Dr Mahathir? Apakah Saifudin juga bermaksud Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan dipaksa oleh Tun Dr Mahahtir untuk menjatuhkan keputusan dalam kes Anwar baru-baru ini?
Siapa fitnah Siapa
Adalah sangat murah politik Saifudin kerana menyandarkan hubungan Anwar dengan nama-nama besar dalam dunia Islam untuk membela masalah Anwar di Malaysia! Saya rasa Saufudin buta aspek kenegaraan dan tidak memahami struktur pentadbiran negara kita. Bagaimana Saifudin boleh menuduh Tun Dr. Mahathir mempengaruhi Hakim-Hakim untuk memenjarakan Anwar sedangkan Perdana Menteri tidak ada kuasa untuk mempengaruhi Kehakiman negara. Anwar dibela oleh pakar-pakar peguam termaha hebat dalam dan luar negara, mereka pakar melengah-lengahkan dan menangguh-nangguh. Perdana Menteri hanya berkuasa di dalam pentadbiran kerajaan sahaja, sedangkan hal-hal Kehakiman dan Mahkamah di bidang kuasa yang berasingan. Kerajaan tidak ada masalah jika universiti di seluruh dunia mengundang Anwar, bagaimana Saifudin boleh menuduh kerajaan menyekat pergerakan Anwar sedangkan Anwar bebas memegang pasportnya dan Anwar bebas ke mana sahaja?
Saifudin dengan bangga berkata pernah berpergian bersama Anwar ketika Anwar menyampaikan syarahan di Mesir, Turki, Singapura, Indonesia dan negara-negara lain. Saifudin bertanya, siapa yang hadir mengikuti syarahan Anwar? Saifudin dengan bangga berkata, mereka ialah menteri-menteri, tokoh-tokoh pemikir dan sarjana Islam, golongan korporat, pimpinan media, professor universiti, tokoh-tokoh ekonomi dan teknokrat. Kalau begitu sepatutnya Anwar patut mempunyai keberanian untuk membela umat Islam yang terok ditindas di Palestin! Dan sepatutnya Anwar mempunyai keberanian mengutuk kekejaman Israel bukan membelanya! Sebaliknya lain pula yang berlaku bukan, Anwar kelihatan sangat takut kepada Israel dan kumpulan Yahudi di Washington.
Saifudin juga memetik nama Dr Rashid Ghanoushi menjemput Anwar menyampaikan pandangannya kepada ahli-ahli parlimen dan anggota jemaah menteri Tunisia. Saya tidaklah hairan, umat Islam yang tahu siapa dia Dr. Rashid Ghanoushi juga tidak akan teruja. Mari kita tunjukkan secara ringkas siapa dia Dr Rashid Ghanoushi:-
Charles Kurzman dalam bukunya ‘Liberal Islam‘ menyenaraikan nama Rashid Ghanoushi sebagai salah seorang tokoh Islam Liberal yang termasuk dalam katogeri memperjuangkan demokrasi. Laman angryarab menyebut Ghanoushi adalah pelindung kepentingan Israel dan tidak akan memasukkan frasa mengutuk zionisme dalam perlembagaan Tunisia. “Oleh itu, adalah tidak menghairankan bahawa dia (Ghanoushi) berani menyatakan kepada akhbar British bahawa jika memegang jawatan presiden di Tunisia, dia boleh bertolak ansur untuk membenarkan penjualan arak, dan membiarkan wanita memakai pakaian renang.
“Kenyataan ini adalah sukar untuk dipercayai; bagaimana dia boleh menerima seorang wanita yang menanggalkan sebahagian besar pakaian ditubuhnya di khalayak ramai, manakala pada masa yang sama menegaskan bahawa wanita harus menutup rambut mereka?, soal Abdul Rahman Al Rashed dalam alarabiya.net. Tentang syariah Islam, egyptindependent.com melaporkan Ghanoushi berkata “Mempraktikkan Syariah Islam bukan keutamaan lagi sekarang,” katanya. “Kami mahu memastikan akan tiada lagi pemerintahan diktator.” Maka, adakah kita hendak berbangga dengan Ghanoushi ini?
Kupas topik Islam
Saifudin bercakap tentang Turki dan Anwar, tetapi jika kita berjalan-jalan di negara Iraq, Jordan, Palestin, Arab Saudi, Mesir dan di mana-mana sahaja dunia Islam dan bukan Islam, apabila kita memperkenalkan diri dari Malaysia, mereka akan berkata, "Oh Malaysia, Mahathir Mohamad, Malaysia Boleh, Malaysia Bagus"! Tun Dr. Mahathir adalah negarawan yang tidak perlu menjaja dirinya atau melantik concultant untuk mempromosikan dirinya di seluruh dunia. Tun Dr. Mahathir tidak ada Dr. Mahathir Mohamad Consultant tetapi semua orang tahu Anwar menubuhkan Anwar Ibrahim Consultant (AIC) yang berpusat di Amerika untuk menjaja dirinya di seluruh dunia.
Bagi saya, Anwar dan Indonesia adalah mitos sahaja, saya tahu hanya beberapa kerat sahaja pemimpin di sana bersama Anwar, tetapi persahabatan Tun Dr Mahathir dengan keluarga Presiden Sukarno dan Presiden Suharto adalah sangat-sangat akrab! Jika Jokowi yang bernaung di bawah PDI-P (Megawati Sukarno-Putri) menang, bagaimana agaknya kondisi anda?
Kalau Saifudin berkata Anwar boleh berbicara karangan Shakespeare, Confucius, Mohamad Iqbal, Rabindranth Tagore, Jose Rizal atau mendeklamasi puisi Rendra, bolehkah saya tahu apakah karya-karya Anwar yang boleh dibanggakan? Setahu saya, Anwar tidak pernah menulis buku. Sudah tentu tidak perlu saya senaraikan buku-buku Tun Dr. Mahathir. Mungkin tidak ramai rakyat Malaysia tahu bahawa Anwar hanya membaca buku-buku Shakespeare semasa di dalam penjara tahun 1999-2004 dahulu.
Saifudin juga berkata Anwar giat mempelopori maqasid syariah, tetapi saya yakin jika ahli-ahli PAS mendengar syarahan Anwar di Australia tidak lama dahulu, mereka pasti akan marah kepada Anwar!
Saifudin juga berkata, "Tidaklah menghairankan sebaik keluar dari penjara Anwar dilantik sebagai fellow di Universiti Oxford dan menjadi professor di Universiti New Hopkins Amerika Syarikat".Saya rasa ramai orang akan ketawa membaca kenyataan ini kerana Saifudin membayangkan seluruh umat Islam di Malaysia boleh diperbodoh dengan mudah. Anwar hanya menjadi pensyarah pelawat di St. Anthony College, University Oxford saya fikir tidak sampai setahun. Anwar tidak memiliki PhD, perlantikannya hanya kerana dia berkawan dengan orang-orang Liberalistik seperti AlGore, Chris Patten, Mary Robinson dan penyagak matawang George Soros yang kebetulan mempunyai rangkaian penajaan dengan universiti tersebut. Tidak perlu saya senaraikan NGO-NGO mereka yang berkaitan kerana ianya sudah diketahui umum. Apabila baru-baru ini Al-Gore mencadangkan supaya Anwar berhijrah dan menetap di United Kingdom bukanlah satu perkara yang pelik. Mereka semuanya berkampung di sana.
Saifudin mempromosikan Anwar dilantik penasihat ekonomi Qatar suatu masa dahulu. Berkenaan hal ini, biar saya menulis sedikit tentang Yayasan Masa Hadapan (Foundation For The Futuree, FFF):-
Foundation For the Future diumumkan oleh Condoleeza Rice (United States Secretary of State) semasa merasmikan Forum For The Future pada 12 November 2005, di Bahrain. FFF di Bahrain adalah projek usahasama antara Middle Eastern North African Nations dan The Group of Eight (G -8) yang Penaja utama forum ini adalah IMF, World Bank, ADB dan The International Finance Corporation. Menurut kenyataan US State Government, penaja utama The G8 Broader Middle East and North African Initiative (BMENA) adalah The United State Agency for International Development (USAID) dan The US Middle East Partnership Initiative (MEPI). MEPI adalah projek US Department of State dikendalikan oleh Elizabeth Cheney (anak Dick Cheney-Naib Presiden US) yang berjawatan sebagai Principal Deputy Assistant Secretary of State Near Eastern Affair dan Coordinator for Broader Middle East and North Africa Initiatives (BREMA). Ini bermakna Foundation for the Future bukannya projek negara-negara Islam Tetapi projek yang dikawal sepenuhnya oleh US Department of State. Penyelenggaranya adalah Elizabeth Cheney atau Liz Cheney dengan bantuan kewangan daripada USAID, MEPI, Bank Dunia, IMF dan NED. Saya percaya Saifudin tidak jelas hal di atas, Saifudin patut memperbanyakkan bacaan dan kajian lagi. Janganlah hanya jadi pengikut sahaja! Jadilah pemikir!
Bunuh karekter: Senaraikan Musang Berbulu Ayam Dalam Kerajaan & UMNO
Elok juga saya mengingatkan Saifudin yang membela Anwar, dengan menulis surat itu Saifudin masih tetap gagal memenangi Timbalan Presiden PKR, sebaliknya Saifudin tetap terperosok di bawah. Saifudin juga sudah ditolak rakyat dalam PRU13, Saifudin juga ditolak ahli PKR di dalam pemilihan yang penuh tragik cacamerba baru-baru ini. Menulis surat menghentam Tun Dr Mahathir bukan cara yang menguntungkan untuk menang dalam pemilihan PKR atau bukan satu cara yang baik untuk mengambil hati Anwar.
Saifudin menuduh penjawat-penjawat kerajaan dengan kenyataan"Ramai kenalan saya di dalam Umno yang kini menduduki jawatan-jawatan utama dalam parti dan kerajaan mengakui hakikat ini. Cuma yang tiada pada mereka ialah keberanian untuk berkata benar di hadapan pemimpin pencipta fitnah". Siapa mereka, sebutkan nama mereka, bukankah Anwar berkata , "Berani Kerana Benar, Kalau Takut Dilambung Ombak Jangan Berumah Di Tepi Pantai, Kalau Takut Berkata Benar Usah Bicara Soal Perjuangan? Kepada Saifudin Nasution "Kalau Kamu Berkata Benar, Senaraikan nama mereka di dalam kerajaan dan UMNO yang kononnya menyokong Anwar?" Kita cabar Saifudin, kalau Saifudin tidak senaraikan, bermakna Saifudin telah memfitnah mereka, merosakkan imej mereka, merosakkan periuk nasi mereka dan meletakkan mereka dalam situasi 'ketakutan'.
Kita juga mahu mengulangi pertanyaan Saifudin, bagaimana sebenarnya Anwar mahu diingati? Mahu diingati dengan sejarah banyaknya menagguh-nangguh kesnya di mahkamah, atau mahu diingati dengan tuduhan-tuduhan tidak berasasnya kepada kerajaan? Menuduh pengundi hantu dalam PRU13, sedangkan pemilihan PKR sendiri terdapat laporan pengundi berlebihan daripada senarai asal, menuduh blackout sedangkan laporan bergambar jelas menunjukkan kertas undi PKR dikira dalam bilik hotel, dan banyak lagi cacamerbanya sebagaimana berlaku sekarang.
Ketika Anwar masih terus bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir terus gagah menulis dan berbicara menyedarkan rakyat tentang bahayanya anasir liberalistik, tentang bahayanya musuh luar yang bertopengkan NGO itu NGO ini. Bagi Tun Dr. Mahathir, selagi kudrat masih ada dia perlu berusaha menyelamatkan negara ini daripada dihancurkan oleh tangan-tangan asing yang bermaharajalela atas nama human right, kebebasan dan kesamarataan yang palsu.
Dalam usia Anwar mencecah 70 tahun menjelang PRU14, saya ingin berpesan kepada Saifudin, nasehatilah Anwar supaya menunaikan janjinya untuk bersara kerana dia sudahpun tewas dalam PRU13. Nasehatilah Anwar supaya menulis kisah hidupnya sendiri selepas bersara nanti.
Seburuk-buruk Mohd Saiful Nyahsemaranidin menghina Tun Dr. Mahathir Mohamad, sekurang-kurangnya Tun Dr. Mahathir Mohamad telah diizinkan oleh Allah SWT untuk memasuki Ka'abah yang suci itu. Sehebat-hebat Saifudin mengagungkan Anwar Ibrahim konon rangkaiannya termaha hebat dengan pemimpin-pemimpin Arab dan ilmuwan Arab, adakah Anwar sudah pernah memasuki Ka'abah? Saya berdoa semoga Anwar Ibrahim mendapat hidayah dari Allah SWT.
Dipetik daripada jentayu

- 31 people like this.
No comments:
Post a Comment