Monday, May 5, 2014

hudud

Hudud : Nama vs Inti
Menurut PENDAPAT saya (sekadar lontaran idea, boleh pro dan kontra dengan harmoni), apabila melihat kepada suasana keadaan masyarakat, kandungan hukuman hudud itu patut diperjuangkan 'substance' atau intinya TANPA SEMESTINYA menamakannya sebagai 'hudud' atau 'enakmen jenayah syariah'. Mungkin tidak pelru juga mengemukkan di parlimen dalam satu package berlabel 'hudud'.
Ia boleh diselitkan terus sebagai pindaan kepada Penal Code (hukuman civil) yang sedia ada dengan mengemukakan kertas PINDAAN undang-undang jenayah sedia ada di parlimen.
Tidak wajib juga diberikan 'perisa agama' lalu menamakannya sebagai 'hudud' (sehingga melenting non-muslim), cukup jadikan ia seperti memperkenalkan undang-undang jenayah yang baru untuk negara dan ia seragam terpakai ke atas semua pesalah jenayah tanpa mengira agama. Manakala beberapa hal teknikal seperti hakim, background hakim etc, boleh diharmonikan kemudian.
Seperti mati mandatori bila mengedar dadah melebihi berat tertentu, ia seragam tanpa sebarang nama undang2 Islam, kristian, buddha etc.
Jika kelihatan sukar untuk memperkenalkannya secara satu package lengkap, saya berpendapat harus untuk mulakan SATU jenis kesalahan terlebih dahulu dan diikuti yang selanjutnya. Ia berdasarkan konsep tadarruj. Dengan itu, beban kegagalan dan kelemahan dalam pelaksanaannya dapat diminimakan lantaran kurang pengalaman pelbagai pihak. wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment