JAWAPAN SURAT SAIFUDIN NASUTION KEPADA TUN DR MAHATHIR
Oleh kerana belum ada sesiapa yang mahu membela Negarawan Tun Dr
Mahathir Mohamad di atas tuduhan Saifudin Nasution ini, saya tampil
membela Tun Dr. Mahathir. Saya fikir Saifudin melatah dan 'kekwat'
dengan syarahan terbaharu Tun Dr. Mahathir di Jakarta. Izinkan saya
menceritakan kepada Saifudin yang mudah lupa, siapakah yang mengambil
Anwar pada tahun 1981 dan diangkat ke pelbagai jawatan kanan dalam
kerajaan dan parti UMNO sehingga tahun 1998? Tahukah Saifudin bahawa Dr
Ismail Faruqi pada tahun 1981, terbang ke Malaysia bertemu Tun Dr
Mahathir untuk memujuk Tun Dr. Mahathir supaya menerima Anwar memasuki
UMNO dan kerajaan?
Saifudin berbangga kononnya Anwar rapat lebih
lama dengan Dr Ismail Faruqi? Kita harus dedahkan perkara sebenar
bahawa Dr. Ismail Faruqi diragui pemikirannya oleh tokoh-tokoh agama
seperti Syeikh Hassan Al-Banna malah bekas Mufti Selangor turut tidak
bersetuju dengan Dr Ismail Faruqi seperti dalam kes kalimah Allah
apabila Dr. Ismail Faruqi menyamakan kalimah Allah dengan "Dewa Air".
Adakah pembunuhan Dr. Ismail Faruqi di Amerika sama kes dan modus dengan
pembunuhan Rafik Hariri (Lubnan), Benazir Bhutto(Pakistan) dan Osama
Laden (Arab Saudi)? Begitu juga Dr Sheikh Taha Jabir Al-Awani, Sheikh
Hassan Turabi, Dr Rashid Ghanoushi, Sheik Mehdi Aqif dan ramai lagi yang
dibangga-banggakan Saifudin itu? Kalau begitulah hebatnya Anwar dalam
dunia Islam sudah tentu kita sangat terkejut kenapa Anwar membela Israel
musuh utama umat Islam. Apakah ilmuwan-ilmuwan tersebut gagal mendidik
Anwar? Bagi kita yang cetek ilmu ini, tidak akan ada ulama Islam hatta
tidak akan ada mana-mana tok-tok guru akan menyokong musuh utama Islam
dengan kata-kata yang cilaka dan mengguris hati umat Islam ini, "I
support all efforts to protect the security of the state of Israel"
(WSJA)
Tun Dr. Mahathir walaupun tidak berlatarbelakangkan
pendidikan Islam, tetapi Tun Dr Mahahthirlah satu-satunya pemimpin Islam
dalam dunia yang berani mengutuk dan menegur kekejaman Israel dan
Yahudi ke atas umat Islam di Palestin? Kepada Saifudin Nasution, apakah
Anwar ada keberanian mengutuk dan menegur kekejaman Israel dan Yahudi ke
atas penduduk Islam di Palestin? Malah Tun Dr Mahathirlah satu-satunya
pemimpin yang berani mengisytiharkan negara Malaysia sebagai negara
Islam fundamental (2003). Sebaliknya, apakah Anwar ada keberanian untuk
berkata dia akan mengisytiharkan Malaysia sebuah negara Islam dan
melaksanakan Syariah Islam (Maqasid Syariah) jika dia menjadi Perdana
Menteri Malaysia? Kalau Anwar berani, saya akan tutup blog ini!
Saifudin tidak patut menuduh Tun Dr Mahathir memfitnah Anwar mengenai
masalah moralnya! Jika begitu, apakah Saifudin bermaksud Saiful bekas
pekerja Anwar itu dipaksa oleh Tun Dr Mahathir? Apakah Saifudin juga
bermaksud Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan dipaksa oleh Tun Dr Mahahtir untuk
menjatuhkan keputusan dalam kes Anwar baru-baru ini?
Siapa fitnah Siapa
Adalah sangat murah politik Saifudin kerana menyandarkan hubungan Anwar
dengan nama-nama besar dalam dunia Islam untuk membela masalah Anwar di
Malaysia! Saya rasa Saufudin buta aspek kenegaraan dan tidak memahami
struktur pentadbiran negara kita. Bagaimana Saifudin boleh menuduh Tun
Dr. Mahathir mempengaruhi Hakim-Hakim untuk memenjarakan Anwar sedangkan
Perdana Menteri tidak ada kuasa untuk mempengaruhi Kehakiman negara.
Anwar dibela oleh pakar-pakar peguam termaha hebat dalam dan luar
negara, mereka pakar melengah-lengahkan dan menangguh-nangguh. Perdana
Menteri hanya berkuasa di dalam pentadbiran kerajaan sahaja, sedangkan
hal-hal Kehakiman dan Mahkamah di bidang kuasa yang berasingan.
Kerajaan tidak ada masalah jika universiti di seluruh dunia mengundang
Anwar, bagaimana Saifudin boleh menuduh kerajaan menyekat pergerakan
Anwar sedangkan Anwar bebas memegang pasportnya dan Anwar bebas ke mana
sahaja?
Saifudin dengan bangga berkata pernah berpergian bersama
Anwar ketika Anwar menyampaikan syarahan di Mesir, Turki, Singapura,
Indonesia dan negara-negara lain. Saifudin bertanya, siapa yang hadir
mengikuti syarahan Anwar? Saifudin dengan bangga berkata, mereka ialah
menteri-menteri, tokoh-tokoh pemikir dan sarjana Islam, golongan
korporat, pimpinan media, professor universiti, tokoh-tokoh ekonomi dan
teknokrat. Kalau begitu sepatutnya Anwar patut mempunyai keberanian
untuk membela umat Islam yang terok ditindas di Palestin! Dan sepatutnya
Anwar mempunyai keberanian mengutuk kekejaman Israel bukan membelanya!
Sebaliknya lain pula yang berlaku bukan, Anwar kelihatan sangat takut
kepada Israel dan kumpulan Yahudi di Washington.
Saifudin juga
memetik nama Dr Rashid Ghanoushi menjemput Anwar menyampaikan
pandangannya kepada ahli-ahli parlimen dan anggota jemaah menteri
Tunisia. Saya tidaklah hairan, umat Islam yang tahu siapa dia Dr. Rashid
Ghanoushi juga tidak akan teruja. Mari kita tunjukkan secara ringkas
siapa dia Dr Rashid Ghanoushi:-
Charles Kurzman dalam bukunya
‘Liberal Islam‘ menyenaraikan nama Rashid Ghanoushi sebagai salah
seorang tokoh Islam Liberal yang termasuk dalam katogeri memperjuangkan
demokrasi. Laman angryarab menyebut Ghanoushi adalah pelindung
kepentingan Israel dan tidak akan memasukkan frasa mengutuk zionisme
dalam perlembagaan Tunisia. “Oleh itu, adalah tidak menghairankan bahawa
dia (Ghanoushi) berani menyatakan kepada akhbar British bahawa jika
memegang jawatan presiden di Tunisia, dia boleh bertolak ansur untuk
membenarkan penjualan arak, dan membiarkan wanita memakai pakaian
renang.
“Kenyataan ini adalah sukar untuk dipercayai; bagaimana
dia boleh menerima seorang wanita yang menanggalkan sebahagian besar
pakaian ditubuhnya di khalayak ramai, manakala pada masa yang sama
menegaskan bahawa wanita harus menutup rambut mereka?, soal Abdul Rahman
Al Rashed dalam alarabiya.net. Tentang syariah Islam,
egyptindependent.com melaporkan Ghanoushi berkata “Mempraktikkan Syariah
Islam bukan keutamaan lagi sekarang,” katanya. “Kami mahu memastikan
akan tiada lagi pemerintahan diktator.” Maka, adakah kita hendak
berbangga dengan Ghanoushi ini?
Kupas topik Islam
Saifudin
bercakap tentang Turki dan Anwar, tetapi jika kita berjalan-jalan di
negara Iraq, Jordan, Palestin, Arab Saudi, Mesir dan di mana-mana sahaja
dunia Islam dan bukan Islam, apabila kita memperkenalkan diri dari
Malaysia, mereka akan berkata, "Oh Malaysia, Mahathir Mohamad, Malaysia
Boleh, Malaysia Bagus"! Tun Dr. Mahathir adalah negarawan yang tidak
perlu menjaja dirinya atau melantik concultant untuk mempromosikan
dirinya di seluruh dunia. Tun Dr. Mahathir tidak ada Dr. Mahathir
Mohamad Consultant tetapi semua orang tahu Anwar menubuhkan Anwar
Ibrahim Consultant (AIC) yang berpusat di Amerika untuk menjaja dirinya
di seluruh dunia.
Bagi saya, Anwar dan Indonesia adalah mitos
sahaja, saya tahu hanya beberapa kerat sahaja pemimpin di sana bersama
Anwar, tetapi persahabatan Tun Dr Mahathir dengan keluarga Presiden
Sukarno dan Presiden Suharto adalah sangat-sangat akrab! Jika Jokowi
yang bernaung di bawah PDI-P (Megawati Sukarno-Putri) menang, bagaimana
agaknya kondisi anda?
Kalau Saifudin berkata Anwar boleh
berbicara karangan Shakespeare, Confucius, Mohamad Iqbal, Rabindranth
Tagore, Jose Rizal atau mendeklamasi puisi Rendra, bolehkah saya tahu
apakah karya-karya Anwar yang boleh dibanggakan? Setahu saya, Anwar
tidak pernah menulis buku. Sudah tentu tidak perlu saya senaraikan
buku-buku Tun Dr. Mahathir. Mungkin tidak ramai rakyat Malaysia tahu
bahawa Anwar hanya membaca buku-buku Shakespeare semasa di dalam penjara
tahun 1999-2004 dahulu.
Saifudin juga berkata Anwar giat
mempelopori maqasid syariah, tetapi saya yakin jika ahli-ahli PAS
mendengar syarahan Anwar di Australia tidak lama dahulu, mereka pasti
akan marah kepada Anwar!
Saifudin juga berkata, "Tidaklah
menghairankan sebaik keluar dari penjara Anwar dilantik sebagai fellow
di Universiti Oxford dan menjadi professor di Universiti New Hopkins
Amerika Syarikat".Saya rasa ramai orang akan ketawa membaca kenyataan
ini kerana Saifudin membayangkan seluruh umat Islam di Malaysia boleh
diperbodoh dengan mudah. Anwar hanya menjadi pensyarah pelawat di St.
Anthony College, University Oxford saya fikir tidak sampai setahun.
Anwar tidak memiliki PhD, perlantikannya hanya kerana dia berkawan
dengan orang-orang Liberalistik seperti AlGore, Chris Patten, Mary
Robinson dan penyagak matawang George Soros yang kebetulan mempunyai
rangkaian penajaan dengan universiti tersebut. Tidak perlu saya
senaraikan NGO-NGO mereka yang berkaitan kerana ianya sudah diketahui
umum. Apabila baru-baru ini Al-Gore mencadangkan supaya Anwar berhijrah
dan menetap di United Kingdom bukanlah satu perkara yang pelik. Mereka
semuanya berkampung di sana.
Saifudin mempromosikan Anwar
dilantik penasihat ekonomi Qatar suatu masa dahulu. Berkenaan hal ini,
biar saya menulis sedikit tentang Yayasan Masa Hadapan (Foundation For
The
Futuree, FFF):-
Foundation For the Future diumumkan oleh Condoleeza Rice (United
States Secretary of State) semasa merasmikan Forum For The Future pada
12 November 2005, di Bahrain. FFF di Bahrain adalah projek usahasama
antara Middle Eastern North African Nations dan The Group of Eight (G
-8) yang Penaja utama forum ini adalah IMF, World Bank, ADB dan The
International Finance Corporation. Menurut kenyataan US State
Government, penaja utama The G8 Broader Middle East and North African
Initiative (BMENA) adalah The United State Agency for International
Development (USAID) dan The US Middle East Partnership Initiative
(MEPI). MEPI adalah projek US Department of State dikendalikan oleh
Elizabeth Cheney (anak Dick Cheney-Naib Presiden US) yang berjawatan
sebagai Principal Deputy Assistant Secretary of State Near Eastern
Affair dan Coordinator for Broader Middle East and North Africa
Initiatives (BREMA). Ini bermakna Foundation for the Future bukannya
projek negara-negara Islam Tetapi projek yang dikawal sepenuhnya oleh US
Department of State. Penyelenggaranya adalah Elizabeth Cheney atau Liz
Cheney dengan bantuan kewangan daripada USAID, MEPI, Bank Dunia, IMF dan
NED. Saya percaya Saifudin tidak jelas hal di atas, Saifudin patut
memperbanyakkan bacaan dan kajian lagi. Janganlah hanya jadi pengikut
sahaja! Jadilah pemikir!
Bunuh karekter: Senaraikan Musang Berbulu Ayam Dalam Kerajaan & UMNO
Elok juga saya mengingatkan Saifudin yang membela Anwar, dengan menulis
surat itu Saifudin masih tetap gagal memenangi Timbalan Presiden PKR,
sebaliknya Saifudin tetap terperosok di bawah. Saifudin juga sudah
ditolak rakyat dalam PRU13, Saifudin juga ditolak ahli PKR di dalam
pemilihan yang penuh tragik cacamerba baru-baru ini. Menulis surat
menghentam Tun Dr Mahathir bukan cara yang menguntungkan untuk menang
dalam pemilihan PKR atau bukan satu cara yang baik untuk mengambil hati
Anwar.
Saifudin menuduh penjawat-penjawat kerajaan dengan
kenyataan"Ramai kenalan saya di dalam Umno yang kini menduduki
jawatan-jawatan utama dalam parti dan kerajaan mengakui hakikat ini.
Cuma yang tiada pada mereka ialah keberanian untuk berkata benar di
hadapan pemimpin pencipta fitnah". Siapa mereka, sebutkan nama mereka,
bukankah Anwar berkata , "Berani Kerana Benar, Kalau Takut Dilambung
Ombak Jangan Berumah Di Tepi Pantai, Kalau Takut Berkata Benar Usah
Bicara Soal Perjuangan? Kepada Saifudin Nasution "Kalau Kamu Berkata
Benar, Senaraikan nama mereka di dalam kerajaan dan UMNO yang kononnya
menyokong Anwar?" Kita cabar Saifudin, kalau Saifudin tidak senaraikan,
bermakna Saifudin telah memfitnah mereka, merosakkan imej mereka,
merosakkan periuk nasi mereka dan meletakkan mereka dalam situasi
'ketakutan'.
Kita juga mahu mengulangi pertanyaan Saifudin,
bagaimana sebenarnya Anwar mahu diingati? Mahu diingati dengan sejarah
banyaknya menagguh-nangguh kesnya di mahkamah, atau mahu diingati dengan
tuduhan-tuduhan tidak berasasnya kepada kerajaan? Menuduh pengundi
hantu dalam PRU13, sedangkan pemilihan PKR sendiri terdapat laporan
pengundi berlebihan daripada senarai asal, menuduh blackout sedangkan
laporan bergambar jelas menunjukkan kertas undi PKR dikira dalam bilik
hotel, dan banyak lagi cacamerbanya sebagaimana berlaku sekarang.
Ketika Anwar masih terus bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri, Tun
Dr. Mahathir terus gagah menulis dan berbicara menyedarkan rakyat
tentang bahayanya anasir liberalistik, tentang bahayanya musuh luar yang
bertopengkan NGO itu NGO ini. Bagi Tun Dr. Mahathir, selagi kudrat
masih ada dia perlu berusaha menyelamatkan negara ini daripada
dihancurkan oleh tangan-tangan asing yang bermaharajalela atas nama
human right, kebebasan dan kesamarataan yang palsu.
Dalam usia
Anwar mencecah 70 tahun menjelang PRU14, saya ingin berpesan kepada
Saifudin, nasehatilah Anwar supaya menunaikan janjinya untuk bersara
kerana dia sudahpun tewas dalam PRU13. Nasehatilah Anwar supaya menulis
kisah hidupnya sendiri selepas bersara nanti.
Seburuk-buruk
Mohd Saiful Nyahsemaranidin
menghina Tun Dr. Mahathir Mohamad, sekurang-kurangnya Tun Dr. Mahathir
Mohamad telah diizinkan oleh Allah SWT untuk memasuki Ka'abah yang suci
itu. Sehebat-hebat Saifudin mengagungkan Anwar Ibrahim konon
rangkaiannya termaha hebat dengan pemimpin-pemimpin Arab dan ilmuwan
Arab, adakah Anwar sudah pernah memasuki Ka'abah? Saya berdoa semoga
Anwar Ibrahim mendapat hidayah dari Allah SWT.
Dipetik daripada jentayu