ARKIB : 07/11/2012
Saya menerima surat peguam daripada Tetuan S.N. Nair & Partners - secara kebetulan juga adalah peguam tegar kepada Anwar Ibrahim. Dia juga ialah peguam kepada Teresa Kok, yang juga salah seorang ahli lembaga pengarah PKNS.
Saya juga tidak pasti adakah Tetuan S.N. Nair sudah menjadi peguam panel PKNS? Kalau betul, baguslah.
Sebenarnya, saya menulis tulisan itu atas dasar yang cukup jelas demi agama, bangsa dan negara. Saya sudah mengenali PKNS sejak sekian lama. Saya sebati dengan semangat, jiwa dan roh perbadanan itu.
PKNS adalah sinonim dengan Melayu Selangor dan sebaliknya. Kebanyakan rumah murah mampu milik PKNS di Lembah Klang inilah tempat menghuni orang Melayu. Saya juga pernah membeli rumah PKNS.
Oleh itu, jika walau sedetik pun kedengaran sesuatu yang mencurigakan" berlaku ke atas PKNS, maka kita akan bersuara, menjerit dan membuat bising. Ia adalah manifestasi kesayangan kita kepada PKNS, sebuah institusi yang diwujudkan berkat Dasar Ekonomi Baru, pasca 13 Mei 1969!
Dulu di zaman pentadbiran Dr. Khir Toyo, saya turut mengkritik hebat beliau akibat kemusnahan kawasan hutan simpanan Bukit Cahaya Seri Alam atau Bukit Cerakah. Walaupun beliau hampir hilang jawatan gara-gara pendedahan itu, Dr. Khir masih boleh menerima kesilapan dan membetulkan keadaan.
Tulisan saya mengenai PKNS ialah sebagai mengulas keresahan orang ramai, khususnya anak-anak Selangor - juga kakitangannya - yang sayangkan perbadanan itu. PKNS dianggap sebagai darah dan daging orang Melayu Selangor dan pendatang miskin ke Selangor.
Saya juga menulis di perenggan-perenggan terakhir yang cuba menasihatkan perbadanan itu supaya" ...PKNS jangan terlalu ghairah mengejar keuntungan (menjual aset) sehingga mengorbankan falsafah asalnya".
Saya juga berkata apa yang ditulis itu hanyalah pendapat umum (rakyat Selangor dan kakitangan PKNS) yang dikutip oleh pacal yang hina ini".
Saya ada ramai kawan, sahabat di semua peringkat dalam PKNS. Semuanya menjadi saksi apa yang sedang berlaku sekarang.
Mereka ini adalah pejuang kepada semangat, jiwa dan roh PKNS yang diasaskan oleh pejuang Melayu terdahulu, Allahyarham Tan Sri (Datuk) Harun Idris.
Apakah salah jika kita semua menasihati PKNS? Apakah salah Noh Omar mendedahkan transaksi itu? Apakah salah saya mengulasnya?
Konon cakap kerajaan Pakatan mengamalkan kebebasan bersuara, benarkah? Apakah kita semua ini kelak, jika Pakatan memerintah, akan mengikut stail sebuah negara jiran pujaan DAP, yang akan menyaman sehingga bankrap para pengkritiknya?
Ekoran tulisan itu saya diminta PKNS untuk: Menarik balik beberapa perenggan yang dikatakan berunsur fitnah dengan segera, memohon maaf, dan berjanji tidak mengulangi tuduhan dan komen yang disebutkan dalam tulisan itu.
Melalui surat peguam itu, PKNS atau pun MB Khalid Ibrahim selaku pengerusinya, sudah tentu tidak mahu mereka dikritik atau dipantau lagi oleh kita semua.
Akhir kata, saya serahkan kepada tuan-tuan sekalian selaku pembaca - rakyat Selangor, rakyat Melayu yang pernah berlindung di bawah dasar PKNS dan kakitangan PKNS untuk membuat penilaian terhadap tulisan saya.
Saya hanyalah umpama lilin. Membakar diri sendiri, demi agama, bangsa dan negara tercinta ini!
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121107/re_06/Terima-kasih-PKNS-di-atas-surat-peguam-anda#ixzz2BZe8cV3F
© Utusan Melayu (M) Bhd
Terima kasih PKNS di atas surat peguam anda...
TERIMA KASIH Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kerana menghantar surat peguam di atas tulisan saya dalam kolum ini minggu lalu bertajuk: Jual aset PKNS: Sultan Selangor murka?Saya menerima surat peguam daripada Tetuan S.N. Nair & Partners - secara kebetulan juga adalah peguam tegar kepada Anwar Ibrahim. Dia juga ialah peguam kepada Teresa Kok, yang juga salah seorang ahli lembaga pengarah PKNS.
Saya juga tidak pasti adakah Tetuan S.N. Nair sudah menjadi peguam panel PKNS? Kalau betul, baguslah.
Sebenarnya, saya menulis tulisan itu atas dasar yang cukup jelas demi agama, bangsa dan negara. Saya sudah mengenali PKNS sejak sekian lama. Saya sebati dengan semangat, jiwa dan roh perbadanan itu.
PKNS adalah sinonim dengan Melayu Selangor dan sebaliknya. Kebanyakan rumah murah mampu milik PKNS di Lembah Klang inilah tempat menghuni orang Melayu. Saya juga pernah membeli rumah PKNS.
Oleh itu, jika walau sedetik pun kedengaran sesuatu yang mencurigakan" berlaku ke atas PKNS, maka kita akan bersuara, menjerit dan membuat bising. Ia adalah manifestasi kesayangan kita kepada PKNS, sebuah institusi yang diwujudkan berkat Dasar Ekonomi Baru, pasca 13 Mei 1969!
Dulu di zaman pentadbiran Dr. Khir Toyo, saya turut mengkritik hebat beliau akibat kemusnahan kawasan hutan simpanan Bukit Cahaya Seri Alam atau Bukit Cerakah. Walaupun beliau hampir hilang jawatan gara-gara pendedahan itu, Dr. Khir masih boleh menerima kesilapan dan membetulkan keadaan.
Tulisan saya mengenai PKNS ialah sebagai mengulas keresahan orang ramai, khususnya anak-anak Selangor - juga kakitangannya - yang sayangkan perbadanan itu. PKNS dianggap sebagai darah dan daging orang Melayu Selangor dan pendatang miskin ke Selangor.
Saya juga menulis di perenggan-perenggan terakhir yang cuba menasihatkan perbadanan itu supaya" ...PKNS jangan terlalu ghairah mengejar keuntungan (menjual aset) sehingga mengorbankan falsafah asalnya".
Saya juga berkata apa yang ditulis itu hanyalah pendapat umum (rakyat Selangor dan kakitangan PKNS) yang dikutip oleh pacal yang hina ini".
Saya ada ramai kawan, sahabat di semua peringkat dalam PKNS. Semuanya menjadi saksi apa yang sedang berlaku sekarang.
Mereka ini adalah pejuang kepada semangat, jiwa dan roh PKNS yang diasaskan oleh pejuang Melayu terdahulu, Allahyarham Tan Sri (Datuk) Harun Idris.
Apakah salah jika kita semua menasihati PKNS? Apakah salah Noh Omar mendedahkan transaksi itu? Apakah salah saya mengulasnya?
Konon cakap kerajaan Pakatan mengamalkan kebebasan bersuara, benarkah? Apakah kita semua ini kelak, jika Pakatan memerintah, akan mengikut stail sebuah negara jiran pujaan DAP, yang akan menyaman sehingga bankrap para pengkritiknya?
Ekoran tulisan itu saya diminta PKNS untuk: Menarik balik beberapa perenggan yang dikatakan berunsur fitnah dengan segera, memohon maaf, dan berjanji tidak mengulangi tuduhan dan komen yang disebutkan dalam tulisan itu.
Melalui surat peguam itu, PKNS atau pun MB Khalid Ibrahim selaku pengerusinya, sudah tentu tidak mahu mereka dikritik atau dipantau lagi oleh kita semua.
Akhir kata, saya serahkan kepada tuan-tuan sekalian selaku pembaca - rakyat Selangor, rakyat Melayu yang pernah berlindung di bawah dasar PKNS dan kakitangan PKNS untuk membuat penilaian terhadap tulisan saya.
Saya hanyalah umpama lilin. Membakar diri sendiri, demi agama, bangsa dan negara tercinta ini!
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121107/re_06/Terima-kasih-PKNS-di-atas-surat-peguam-anda#ixzz2BZe8cV3F
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment