ARKIB : 07/11/2012
Tambah sayu apabila yang menjualnya orang bukan Islam dan botol air berkenaan disusun di rak bawah kedai-kedai berkenaan. Pasar raya, farmasi dan kedai runcit menjadi tempat pengedaran secara besar-besaran.
Bagi saya yang bukan ahli agama, timbul bermacam-macam persoalan:
* Bolehkah ia dikomersialkan?
* Bolehkah orang bukan Islam menjualnya?
* Tujuan sebenar bukan untuk membantu menyembuh tapi untuk keuntungan.
* Tidak menjadi syirikkah kita yang bergantung kepada air sebagai pelindung diri dan kononnya menjadi penawar bermacam-macam penyakit?
* Apa jaminan tiada pihak yang akan mengeksploitasi air ini dan menggantikannya dengan apa-apa jenis air kerana mereka sedia maklum hanya orang Islam yang akan membeli dan menggunakan air ini?
Saya tidak mahu mengulas panjang lebar. Saya bukan pakar dalam hal ini, tetapi lebih kepada mencari jawapan agar akidah tidak tergelincir dan terpesong. Kita semua dianugerahkan akal fikiran. Sekiranya ada pihak yang arif tentang perkara ini, sama-samalah kita berkongsi ilmu.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20121107/fo_04/Bolehkah-air-dibacakan-surah-al-Quran-dijual-untuk-dapat-untung#ixzz2BZfg3alr
© Utusan Melayu (M) Bhd
Bolehkah air dibacakan surah al-Quran dijual untuk dapat untung?
PERASAAN yang sukar diterjemahkan timbul dalam diri apabila melihat deretan botol air yang didakwa telah dibacakan surah-surah suci al-Quran dijual dan dikomersialkan atas dasar perniagaan.Tambah sayu apabila yang menjualnya orang bukan Islam dan botol air berkenaan disusun di rak bawah kedai-kedai berkenaan. Pasar raya, farmasi dan kedai runcit menjadi tempat pengedaran secara besar-besaran.
Bagi saya yang bukan ahli agama, timbul bermacam-macam persoalan:
* Bolehkah ia dikomersialkan?
* Bolehkah orang bukan Islam menjualnya?
* Tujuan sebenar bukan untuk membantu menyembuh tapi untuk keuntungan.
* Tidak menjadi syirikkah kita yang bergantung kepada air sebagai pelindung diri dan kononnya menjadi penawar bermacam-macam penyakit?
* Apa jaminan tiada pihak yang akan mengeksploitasi air ini dan menggantikannya dengan apa-apa jenis air kerana mereka sedia maklum hanya orang Islam yang akan membeli dan menggunakan air ini?
Saya tidak mahu mengulas panjang lebar. Saya bukan pakar dalam hal ini, tetapi lebih kepada mencari jawapan agar akidah tidak tergelincir dan terpesong. Kita semua dianugerahkan akal fikiran. Sekiranya ada pihak yang arif tentang perkara ini, sama-samalah kita berkongsi ilmu.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20121107/fo_04/Bolehkah-air-dibacakan-surah-al-Quran-dijual-untuk-dapat-untung#ixzz2BZfg3alr
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment