Najib Ligat Perangkap Musuh Politik!!!
1. Apabila, rancaknya isu 1MDB dan wang RM2.67bilion, ramai bertanya-tanya, mengapa DS Najib Razak tidak menjawab, walaupun bertubi-tubinya pertanyaan dan kritikan.
2. Kini terjawab, rupanya Perdana Menteri sedang memasang perangkap, untuk menangkap musuh-musuh politik. Musuh-musuh politik bukannya daripada pembangkang, akan tetapi daripada Parti Umno sendiri.
3. Dua pemimpin kanan Umno tidak melihat, bagaimana gerak geri dan tindakan DS Najib, sehingga mereka terperangkap dengan permainan itu.
4. Isu 1MDB adalah isu pembangkang. Najib memang tahu apa yang didakwa pembangkang memang tiada asas. Atas sebab itu, beliau membiarkan mereka menembak berbagai peluru dan menunggu sehingga peluru habis.
5. Oleh kerana peluru yang ada pada musuh-musuh politik telah habis, maka beliau bertindak. Tindakan pertama adalah melalui pemecatan. Alasan pemecatan adalah jelas, mereka itu bukan sepasukan dengan beliau.
6. Kini, wang RM2.67bilion sudah disahkan bukan wang 1MDB, yang mengesahkan adalah SPRM sendiri. SPRM adalah pihak ketiga dalam perkara ini. Jika Najib mengikut nasihat orang lain, agar beliau sendiri menafikan dakwaan tersebut, maka beliau bakal dituduh hanya menafi dan penafian itu bakal diputar belit.
7. Seperti pengakuan Najib, beliau terlibat dalam politik sejak tahun 1976, terlalu banyak sepak terajang ranjau dan duri beliau alami. Di sinilah kelemahan musuh-musuh politik beliau kerana gagal melihat dan menapis tindakan PM ke-6 itu, yang nampak lemah dalam aksi, akan tetapi apabila menikam, tikamannya bagai tikaman Hang Tuah.
8. Antara orang yang melihat perancangan Najib yang nampak terdesak dan goyah, namun tenang menghadapinya kerana percaya beliau mempunyai senjata ampuh dalam simpanan beliau adalah Ketua Menteri Sabah- Datuk Musa Aman. Atas sebab itu, selama kemelut 1MDB dan wang RM2.67bilion, Ketua Menteri Sabah tersebut tidak pernah mengulasnya, malah senantiasa meminta rakyat Sabah agar tidak berbelah bahagi menyokong kepimpinan Perdana Menteri.
9. Demi tatapan pembaca dan rakyat, dan memberi penerangan berkaitan 1MDB, tugas tersebut diambil oleh Timbalan Pengerusi Umno Sabah Datuk Salleh Tun Said dan juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional- Dato Rahman Dahlan yang juga pemimpin Sabah.
10. Sedikit masa lagi, kemelut 1MDB akan terungkai apabila semua siasatan bakal diketahui. Masa itulah para pengkritik akan ternganga, bahawa tiada salah guna kuasa atau tiada wang yang lesap.
Bagi aku, isu penderma beri dana USD700 terus ke akaun PM adalah tujuannya memudahkan kemasukan duit berkenaan ke Malaysia tanpa banyak soal dari pihak Bank Negara. Malah dalam firasat aku juga, Najib dah isytiharkan kemasukan duit itu kepada pihak Bank Negara, jadi buat apa nak isytihar kepada rakyat pulak. Mana ada peruntukkan undang-undang yang meWAJIBkan si penerima dan penderma mengisytiharkan dana-dana dari penderma untuk parti politik diberitahu kepada rakyat???
Kalau ada pun hanya usul yang pernah dibawa ke Parlimen tetapi ditentang oleh DAP....
Jadi, tanya balik pada DAP la... nak tau sumber dana yang PM terima, pergilah sokong usul yang akan dibentangkan itu semula. Kalau tak sokong, lebih baik duduk diam tak payah menyalak macam anjing kelaparan....!!!!!!!!!!!!!!!!
Buat rakyat yang suka memekak nak tau juga sumber dana tu pun, desak la DAP supaya terima usul berkenaan. Salah BN nampak, salah DAP korang diamkan... ke korang sama-sama spesis macam DAP tu ?????!!!!!!!!!!!!
Najib ada penasihat disekeliling dia, takkan perkara seperti derma yang berbilion-bilion ringgit ni penasihat dia tak nasihatkan supaya declare perkara itu ke BNM, lagipun perlu ke dia beritahu rakyat tentang semua perkara yang dibuatnya dari perkara kecil sehingga sebesar-besarnya, lebih-lebih apa peruntukan undang-undang yang patut diambil hanya jika orang lain memberi derma kepada parti politik ni??
Keduanya, dalam peruntukan mana pulak yang memerlukan wang derma dikenakan cukai ni? Tolong beri pencerahan.
Jangan jadi bodohlah, tetiba aje ada pulak yang nak kaitkan wang tersebut dengan akta penggubahan wang haram. Sprm tak cakap apa-apa dia pulak terlebih pikir macam penyiasat handalan!!! dari blog kutukan dewata
No comments:
Post a Comment