Thursday, August 6, 2015

derma harus dalam akaun presiden

'Tun Mahathir Dulu Pernah Alami Masalah Semasa Dana Dipegang Proksi'!!!


Masalah pernah timbul ketika zaman
pentadbiran Tun M apabila wang yang
dimasukkan ke akaun proksi UMNO sukar
untuk parti mendapatkannya kembali.


PUTRAJAYA: Jika dana dan harta UMNO 
dipegang oleh proksi parti, ia mungkin 
akan menimbulkan masalah, sepertimana 
berlaku pada zaman pentadbiran Tun Dr 
Mahathir Mohamad dahulu.

Oleh itu, lebih baik ia dipegang oleh 
presiden parti sendiri daripada individu 
yang tidak berjawatan di dalam parti, 
kata Pengarah Komunikasi dan Strategi 
Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul 
Rahman Dahlan.

Beliau berkata derma dana politik yang 
diterima Perdana Menteri Datuk Seri 
Najib Razak adalah satu perkara biasa 
yang sememangnya telah diamalkan 
pemimpin terdahulu lagi.

"Dari zaman Dr Mahathir lagi, namun 
ketika itu dana dipegang oleh individu 
bukan ahli dan Dr Mahathir pernah 
menyuarakan kekecewaannya kerana 
sukar mendapatkan kembali harta dan 
wang UMNO kerana dipegang oleh 
individu lain.

"Sebagai ahli UMNO dan pemimpin UMNO, 
saya lebih yakin dan selesa kalau duit itu 
dipegang oleh Presiden parti daripada 
individu atau ahli perniagaan yang menjadi 
proksi kepada parti," katanya ketika ditemui 
selepas majlis sambutan Aidilfitri Jabatan 
Bomba di Putrajaya pada Selasa.

Abdul Rahman, yang juga Menteri 
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan 
Kerajaan Tempatan, berkata isu ini tidak 
akan membebankan jentera BN dalam 
persediaan untuk Pilihan Raya Umum 
ke-14 nanti kerana kemasukan sumbangan 
dana politik ke dalam akaun Najib bukan 
satu jenayah.

"Pendedahan (oleh Suruhanjaya Pencegahan 
Rasuah Malaysia) itu tidak menunjukkan ada 
apa-apa kesalahan dari segi undang-undang," 
tambahnya.

SPRM pada Isnin telah menafikan dana 
RM2.6 bilion yang dipindahkan ke 
akaun Najib adalah dari dana 1Malaysia 
Development Berhad.

Sebaliknya, siasatan SPRM mendapati ia 
disumbang penderma politik, kata institusi 
itu dalam satu kenyataan.

No comments:

Post a Comment