Thursday, August 6, 2015

kepentingan bahasa inggeris

Malaysia perlu jadikan Bahasa Inggeris keutamaan

Penguasaan berbahasa Inggeris perlu menjadi keutamaan kerana kedudukannya sebagai medium komunikasi global, kata Datuk Seri Nazir Razak.

"Inggeris adalah bahasa global dan negara ini sepatutnya mengisytiharkan kemahiran berbahasa Inggeris sebagai keutamaan," kata Pengerusi Kumpulan CIMB itu menerusi akaun Instagramnya pada Selasa.

Komen itu disusuli bersama imej daripada artikel yang dimuatnaik Nazir.

"Ia merupakan kelebihan tradisi yang semakin pantas hilang di kalangan tenaga kerja kita; kita mesti terbalikkan kemerosotan ini sekarang. (Dan tidak, ia tidak bermakna kita perlu abaikan Bahasa!)," kata Nazir yang juga adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut artikel yang disertakan, pengeluar kereta Honda merancang untuk menukarkan bahasa korporat asli syarikat itu daripada Jepun kepada Inggeris menjelang 2020.

Langkah ini bagi memperbaiki komunikasi dengan pasaran antarabangsa Honda.

Dipetik daripada Mstar Online.

Artikel ini banyak dikongsikan oleh warga maya pada 2 minggu lepas dan telah mencetuskan perbalahan. Rata2 ramai warga Melayu yang mengkondem artikel tersebut dengan memberi komen2 tipikal seperti berikut:
  • Negara jepon korea sana x ckp sgt bhs inggeris pon lebih maju je dari negara omputeh. Rilek je.
  • Maju negara bukn sbb bahasa tapi pemimpin.bagus pemimpin bagusla negara..
    Malaysia??????
    PHUIIIIII......
  • Sebab tu Malaysia dok maju..asyik agung benda asing drp ibu pertiwi..bab kata org kelate, sorok bau budu..malu dgn diri sendiri..
  • Mane boleh..martabatkan bahasa ibunda baru btoi
  • Over nak mampos,Duduk malaysia ckap malaysia laa,Skrang nie ramai dah anak2 dara ikut cara mat saleh,Bukan stakat bahasa,Semuanya dah di turuti,Pergaulan,Pakaian semua dh ikut mat saleh.
  • Dlu masa keja hotel beria la aq speaking inglish kat guest jepun,ceh hampeh rupe ye deme xfhm ckp omputeh taw ckp jepun je,yg malaysia beria nak kan inglish jadi bahase ibunda apada..lama2 sok cucu2 aq pun xreti ngan sambal tempoyak asyik ngan benda barat..
  • Bukan jadikan bhasa inggeris keutamaan tp jdkan bhasa malaysia keutamaan, bhasa melambngkan bngsa, dn andainya bhasa malaysia diutamakan bukan bermakna bngsa itu tidak bleh maju...'ambik cntoh jepun, mcmana bngsa ini maju dgn bhasanya sahaja, tnpa bhasa inggeris...
    Org cerdikpandai cme bngga dgn bhasa inggeris pdhal mereka adalah melayu...
    Org mcmni bkan melayu sejati, dn mereka akan ketepikn bngsanya andai mereka yg lain tdk bleh berbhasa inggeris....
    Saya tak hormat melayu yg mcm ini....
  • Orang melayu malu gunakan bahasa sendiri, yang tak tahu bahasa english cakap dgn kawan I U ( saya, awak). Maju bukan fasal bahasa tapi berusaha dan kerja kuat. Negara French terletak dekat England tapi mereka gunakan bahasa french bukan english.
  • Bahasa Melayu Harus Diutamakan Bg Mewujudkan Imej Negara. Bahasa Inggeris tu dr dulu jd No.2 xde masalah pun org2 yg sblm2 ni nk guna Bahasa Inggeris dlm apa jua urusan. Ikut mcm Jepun, Korea, China, Perancis, German dll.. mereka bangga dgn bahasa Ibunda mereka dan jauh lbh maju walaupun Bahasa Inggeris bkn Bahasa Utama Mereka.
  • Contoh nya tgk negara japan mn ade agung kn bahasa luar selain bahasa japan di utama kn tu lah faktor negara japan lbih maju dulu

Ramai yang membandingkan kita dengan negara2 maju seperti Jepun dan Korea Selatan yang mana negara mereka masih boleh maju walaupun mengutamakan bahasa ibunda mereka dan tidak menekankan langsung bahasa Inggeris, malah ramai yang langsung tak tahu cakap bahasa Inggeris bila dewasa dan masih lagi boleh maju.


Ya, dulu aku juga berfikiran seperti ini. Aku fikir, orang Jepun yang tak pandai bahasa Inggeris pun boleh je maju. Tapi akhirnya aku silap. Ini adalah Malaysia, bukan Jepun, atau Korea Selatan.

Kita juga selama ini tiada pun negara kita mengutamakan bahasa Inggeris sangat pun macam orang2 Jepun juga, ramai je orang dewasa yang gagal berbahasa Inggeris, tapi kenapa kemajuan negara kita masih jauh ketinggalan berbanding negara Jepun? Kenapa kemajuan kita takde pun macam negara Jepun walhal mempraktikkan benda yang sama je?

Orang Jepun boleh berjaya bukan semata2 kerana bahasa ibunda mereka, tapi disebabkan budaya mereka.

Orang Malaysia tiada sikap rajin seperti orang Jepun.
Orang Malaysia tiada budaya kerja yang hebat seperti orang Jepun.
Orang Malaysia tiada keghairahan dalam mencari ilmu seperti orang Jepun.
Orang Malaysia tiada minat untuk mengembangkan ilmu sains dan teknologi seperti orang Jepun.

Namun adakah dengan mengutamakan bahasa Inggeris maka negara kita akan mencapai kemajuan seperti Jepun dan US?

Tidak juga. Jika kita tiada sikap positif mereka maka hasilnya sama sahaja.

Sebab tu bila ada pihak yang suruh memberi penekanan pada bahasa Inggeris seperti adik kepada PM Najib tu, bagi aku ia bukan untuk kemajuan negara sangat pun tapi lebih kepada untuk pembangunan dan kemajuan individu rakyat Malaysia itu sendiri. Ya, ia adalah demi survival dan perkembangan seseorang individu.

Seperti contoh:
  • Dalam sebuah temuduga kerja, antara 2 orang calon yang latarbelakang akademik dan pengalaman yang sama hebat, orang yang fasih berbahasa Inggeris pasti mempunyai kelebihan dan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk dipilih berbanding pesaingnya.
  • Jika ada 2 orang calon yang hendak dihantar keluar negara atas urusan rasmi, pasti yang lebih mahir berbahasa Inggeris akan dipilih untuk mewakili syarikat.
  • Jika ada pelanggan antarabangsa yang mahu meluaskan syarikatnya di Malaysia dan dia mempunyai beberapa calon rakyat tempatan yang mahu dijadikan sebagai pengurus syarikatnya di Malaysia, calon yang boleh berbahasa Inggeris dengan baik pasti peluangnya lebih cerah untuk dipilih berbanding yang lain.

So korang suka atau tidak, ia adalah realiti, ia adalah hakikat.

Orang Melayu belajar bahasa Inggeris bukan kerana kita agungkan bahasa penjajah dan meminggirkan bahasa ibunda sendiri, tapi kerana nak memajukan diri, mencari ilmu, menambahkan pengetahuan dan luaskan pemandangan.

Sebab tu jika kita tidak mahu ketinggalan ke belakang, belajarlah bahasa Inggeris, sekurang2nya tahu yang asas pun OK, jangan tidak tahu langsung. Jangan kerana korang tak minat atau tak pandai nak cakap bahasa Inggeris, korang hasut orang lain jangan belajar bahasa Inggeris dengan mengatakan bahasa tu bahasa penjajah, orang Jepun tak pandai bahasa Inggeris pun boleh maju dan sebagainya.

Malah orang2 kat Jepun pun ramai yang sudah mula belajar bahasa Inggeris dengan serius kerana dengan pandai berbahasa Inggeris boleh meningkatkan populariti mereka di sekolah/universiti serta meningkatkan peluang untuk bekerja di peringkat global dan antarabangsa.

Jika korang ambil ringan dan langsung tidak mahu belajar bahasa penjajah tu, maka janganlah marah jika negara kita dimalu dan ditertawakan oleh orang2 luar kerana kesalahan2 asas seperti ini:

Yang ni kelakar tapi bukan di Malaysia.
Yang ni di Malaysia, kelakar bukan?

No comments:

Post a Comment