Apakah Hubungan Antara Kebangkitan Akhir Zaman,Al-Mahdi Dan Bangsa Melayu Nusantara Dari Timur ???
“Sebenarnya sebelum perlantikan Imam Mahdi,
pada tanggal 10 Ramadan, terdapat 2 gerhana ,
iaitu gerhana matahari dan gerhana bulan berlaku
serentak.
Kejadian tersebut tidak pernah berlaku
sebelum ini dan tidak akan berlaku lagi selepas
itu.
Jadi saudara-saudari boleh tunggu satu meteor
besar (atau planet) yang akan menutupi bumi
dan bulan nanti. Selepas itu baru ada satu suara
di Masjid Nabawi yang akan melantik Imam Mahdi.
Mungkin masanya sudah dekat. Yang penting
semua jemaah Islamiah dan umat Islam boleh
bersatu ketika perlantikan tersebut.
Nabi Muhammad saw kata Imam Mahdi berpakaian
seperti Bani Israel (yakni sama dengan pakaian Nabi
Isa as).
Apa yang saya maksudkan dengan pakaian Bani
Israel ialah pakaian orang Patan dan Pashtun.
Orang kita cakap “kurta”.
Orang Patan dan Pashtun adalah dari keturunan
Bani Israel (dari puak Nabi Yusuf a.s.). Selain kurta,
Nabi Muhammad s.a.w. juga pernah bersabda bahawa
Nabi Isa a.s. pakai serban yg mempunyai 2 ekor
(mafhum).
Jadi 2 ekor di belakang serban adalah pakaian
rasmi bagi Bani Israel.Mengikut kitab Yahudi tua
(Book of Mormon), sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah
dari keturunan Bani Israel , iaitu dari kumpulan
Lehi (iaitu terus dari Manasseh , iaitu anak kepada
Nabi Yusuf a.s. . Nabi Yusuf ada 2 orang anak
sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim).
Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki
Melayu oleh seorang Professor perempuan di
UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant
Mediterranean dalam darah DNA Melayu.
Dalam kamus sains, DNA Mediterranean
adalah dari bangsa Bani Israel.
Nak periksa betul atau tidak benda nie. Kita kena
periksa persamaan antara budaya Melayu dengan
budaya Bani Israel:
Pertama adalah gendang. Dalam hadis sahih, ketika
Nabi s.a.w. bermesyuarat bagaimana hendak
panggil orang sembahyang ketika masuk waktu,
salah satu cadangan daripada sahabat r.a. adalah
dengan menggunakan gendang.
Nabi s.a.w. sabda gendang adalah budaya
Bani
Israel.
Di dalam dunia ini, gendang hanya digunakan di
masjid-masjid di Afghanistan, Pakistan dan Malaysia.
Tempat lain tidak ada.
Jadi ini semua adalah tempat Bani Israel. Di Eropah
pun, synagogue Yahudi tidak pakai gendang. Jadi
yang benar-benar amal budaya Bani Israel adalah Afghanistan, Pakistan dan Malaysia.
Kedua adalah songkok. Songkok digunakan oleh
Yahudi secara meluas di Eropah. Begitu juga di
Russia, Azerbaijan dan Armenia. Ini semua adalah
tempat Yahudi. Di Afghanistan, Pakistan dan
Malaysia, umat Islam memakai songkok.
Sebenarnya, songkok hanya dipakai oleh
kumpulan Bani Israel sahaja.
Ketiga adalah serban 2 ekor. Cuba kita lihat
tengkolok dan dastar. Tengkolok adalah ringkasan
daripada serban Bani Israel yang mempunyai 2
ekor. Ini berdasarkan kepada serban Nabi Isa a.s.
[ lihat semutar orang melayu kelantan ]
Keempat adalah nama tempat. Di NS terdapat satu
kawasan bernama Juasseh. Yahudi memanggil Nabi
Yusuf a.s. sebagai Jusuf , manakala anaknya bernama Manasseh, yang diringkaskan sebagai Asseh. Jadilah Juasseh.
Jadi mungkin ini adalah keturunan sebahagian
Melayu Semenanjung. Selain dari itu, dalam kitab
Yahudi tua, terdapat perkataan Moron (Maran)
dan lain-lain bandar yg hampir serupa bunyinya.
Kelima adalah nama surau. Terdapat di setengah
tempat, surau 2 tingkat yg mempunyai madrasah
di bawah, dipanggil sebagai Menesah. Jadi Menesah
diambil daripada keturunan sebahagian Melayu
iaitu Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.).
Keenam. Sekiranya sebahagian Melayu adalah dari keturunan Nabi Yusuf a.s., jadi mesti ada Melayu
yang cantik dan tampan. Saya pernah pergi UK.
Orang sana cakap Melayu adalah manusia yg paling
cantik di dunia.
Begitu juga di Australia, 10 tahun dahulu expat
Australia cakap Melayu adalah wanita yg paling
cantik di dunia.
Saya sendiri sudah buat perbandingan, secara
peribadi wanita tercantik adalah dari negara
Venezuela, Italy , Palestin dan Jordan.
Namun setelah saya buat perbandingan, sesetengah
wanita Melayu jauh lebih cantik dpd mereka semua.
Jadi mungkin terdapat gene Nabi Yusuf a.s. dalam
darah sesetengah Melayu.
Kerana Nabi Yusuf a.s. adalah manusia yg paling
tampan dalam sejarah manusia. Kita boleh lihat
ramai wanita cantik di Pasir Mas, Taiping,
Seremban dan Kuantan.
Ketujuh adalah baju Melayu. Sekali tengok baju
Melayu adalah seakan-akan kurta yg telah
dipendekkan.
Namun begitu, tujuan saya tulis ini
adalah untuk menunjukkan bahawa yang dikatakan
sebagai tentera Imam Mahdi adalah dari kalangan
Bani Israel, iaitu seramai 70,000 orang.
Mungkin terdapat sedikit Melayu dalam barisan
tersebut. Sementara dalam kitab Yahudi tua pula,
golongan Manasseh bakal sembelih Yahudi jahat
di Palestin kelak.Wallahu’alam….
Sekarang saya ingin menghuraikan tentang cerita
api masyriq ketika munculnya Imam Mahdi.Kalau
Isyraq bermaksud, kedudukan matahari di atas
bumi setinggi 2 galah. Maka api masyriq mungkin bermaksud BOM NUKLEAR.
Jadi kalau berpandu kepada hadis, maka Iran dan
Iraq bakal di bom nuklear selama 3 hari. Ini
menyebabkan angin radio aktif berwarna hitam
akan bertiup dan bakal membunuh ramai umat
manusia.
Sungai Furat di Iraq akan naik mungkin disebabkan empangan hidroelektrik pecah ketika berlaku
peperangan.
Tentera Amerika mungkin menggunakan
Turki sebagai base. Setelah mereka mengebom
Iraq dan Iran, maka tentera Amerika terus mara
dan menakluki Arab Saudi pula.
Ketika itu, Arab Saudi sedang mengalami masalah
dalaman , iaitu putera-putera Raja sedang berebut
harta.
Setelah Iran dan Iraq dibom nuklear. Amerika
mengawal 2 negara , iaitu Turki dan Arab Saudi.
Ketika ini barulah Imam Mahdi muncul. Tentera
Imam Mahdi tidak bersenjata.
Tetapi sejumlah 3,000 atau 6,000 malaikat (kalau
tak silap) akan membantu tentera tersebut. Tentera
Amerika akan tewas di Arab Saudi dan Turki.
Israel juga akan lenyap.
Jumlah tentera Imam Mahdi adalah seramai
70,000 orang. Kebanyakannya adalah dari
Pakistan dan Malaysia.
Kenapa saya kata 2 negara tersebut. Ini berpandu
kepada hadis bahawa ramai di kalangan tentera
Imam Mahdi adalah dari keturunan Bani Ishaq.
Kalau dilihat kepada salasilah keturununan, maka Patan/Pashtun adalah dari keturunan Nabi Yusuf
a.s. Sebab itulah Russia dan Amerika menyerang Afghanistan.
Mengikut kitab Yahudi, satu lost tribe Bani Israel
(yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama
Islam) akan membunuh Yahudi jahat di Palestin.
Daripada 12 puak Bani Israel, keturunan Nabi
Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod
Yahudi. Di dalam kitab Yahudi tua pula, golongan
Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal
sembelih Yahudi jahat di Palestin.
Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat
banyak puak golongan Manasseh di sebelah
timur. Antaranya, Afghanistan , Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar,
sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina,
sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit
Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.
Namun begitu kesemua mereka tahu tentang
asal-usul mereka (bercanggahan dengan prinsip
lost tribe). Termasuk di Afghanistan dan Pakistan
Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara – sebab itu
mereka diserang oleh pemimpin Yahudi Amerika
dan Russia).
6 tahun lalu (kalau tak silap), seorang Professor
di USA bernama Ralph Olssen telah membuat
hypothesis baru.
Pada mulanya Yahudi sangka, Red Indian
Amerika adalah ibu bagi segala Manasseh.
Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif.
Kemudian Prof Ralph Olssen kaji secara
mendalam tentang Book of Mormon dan
membuat kajian DNA sekali. Keputusan
beliau adalah, ibu bagi segala keturunan
Manasseh adalah orang-orang Melayu di
Semenanjung Tanah Melayu.
Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang
Melayu pun yang tahu mengenai salasilah
keturunan Bani Israel mereka.
Jadi kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua
bahawa lost tribe dari kalangan Manasseh
(anak Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di
barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan
bakal sembelih orang-orang Yahudi di Palestin
dan bakal juga memadamkan Israel daripada
peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang
Melayu. Ini tidak bercanggahan dengan mana-
mana hadis mengenai Imam Mahdi.
Jadi, bagi pendapat saya, 70,000 tentera Imam
Mahdi adalah terdiri daripada orang-orang
Pakistan (termasuk Afghanistan) dan Malaysia
(termasuk Selatan Thai). Namun yang berada
di barisan hadapan adalah orang-orang Melayu.
Satu lagi cerita , setelah kewafatan Imam Mahdi,
Nabi Isa a.s. bakal melantik seorang lagi Khalifah
Islam.
Nama beliau adalah Muqat. Pada pendapat saya,
tidak ada orang Arab yang bernama Muqat. Yang
paling hampir adalah Megat. Jadi kalau Imam
Mahdi bakal memerintah dunia Islam selama 19
tahun, jadi Megat pula bakal memerintah dunia
Islam selama 70 tahun selepas itu.
Bahkan ada satu lagi puak Bani Israel yang
Jadi mereka ini dikenakan berkhatan sebagai
Ini kerana Book of Mormon adalah kitab tentang
Sesetengah orang-orang tua mengatakan bahawa
Namun begitu tiada ujian DNA pernah dilakukan
Mahdi bakal memerintah dunia Islam selama 19
tahun, jadi Megat pula bakal memerintah dunia
Islam selama 70 tahun selepas itu.
Saya nak tambah sikit. Di alam Melayu ini, bukan
puak Nabi Yusof a.s. (Ganu kite cakap Jusoh ,
mungkin pakai loghat Bani Israel) saje yang ada
di sini.
Bahkan ada satu lagi puak Bani Israel yang
wujud, iaitu Jawi. Mengikut cakap orang tua-tua,
semasa kerajaan Champa, telah wujud satu lagi
puak Nabi Ibrahim a.s. yang bernama Jawi (Levi).
Ketika itu mana-mana orang Melayu yang
menganut agama Nabi Ibrahim a.s. digelar
sebagai “masuk Jawi”.
Jadi mereka ini dikenakan berkhatan sebagai
tanda kemasukan ke agama Nabi Ibrahim a.s. .
Levi adalah salah seorang anak kepada Nabi
Yaakob a.s., sama macam Nabi Yusof a.s. .
Levi merupakan ketua kepada seluruh Ulama’
agama Nabi Ibrahim a.s. di kalangan Bani Israel
ketika itu.
Perlu diingat , puak Manasseh yang datang ke
Semenanjung Tanah Melayu pada 600 BC bukan
nya beragama Nabi Musa a.s. . Bahkan mereka
adalah beragama Nabi Ibrahim a.s. juga, sama
macam keturunan Jawi (Levi) yang berada di
Champa sebelum itu.
Ini kerana Book of Mormon adalah kitab tentang
agama Nabi Ibrahim a.s. dan bukannya agama
Nabi Musa a.s. .
Sesetengah orang-orang tua mengatakan bahawa
kaum Jawi adalah bangsa Jawa sekarang. Kalau
dilihat dari segi air muka, mungkin ada
kebenarannya.
Namun begitu tiada ujian DNA pernah dilakukan
bagi tujuan pengesahan. Namun, sekiranya
dakwaan ini benar, maka Jawa akan berada
di barisan tengah di dalam pasukan tentera
Imam Mahdi. Jadi ini tidak bersalahan dengan
hadis Nabi s.a.w. bahawa , tentera Imam Mahdi
adalah di kalangan Bani Ishak.
Sebenarnya , saya hendak tambah sedikit cerita
tentang Jawi. Pemahaman Arab tentang Bani
Jawi yang merujuk kepada Melayu adalah sedikit
tersasar. Di alam Melayu , Jawi merujuk kepada
agama Nabi Ibrahim a.s.. Bani Jawi yang menjadi
rujukan Arab sebenarnya bermaksud keturunan
Keturah.-bersambung.
No comments:
Post a Comment