Sunday, November 9, 2014

kalau melayu yahudi


BETULKAH MELAYU ADALAH YAHUDI YANG HILANG?

(Caption: Gambar yang dipaparkan adalah gambar seorang yahudi Bnei Menashe dari India yang tinggal di Mizoram dan Manipur, sebuah daerah bersempadan dengan Myanmar.  Chief Rabbi Shlomo Amar (Israel) telah mengiktiraf Bnei menashe sebagai yahudi dan mereka telah selamat pulang ke tanah Yahudi secara beramai-ramai.) 

1. "What if" orang Melayu di semenanjung Malaysia, Brunei, Indonesia dan selatan Thai adalah salah satu dari "The Lost Tribe" etnik Yahudi yang telah lari ke asia 2,000-3,000 tahun yang lalu?

2. "What if" orang Yahudi yang selama ini dibenci oleh orang Melayu adalah saudara segenetik mereka sendiri?.

3. "What if" orang Melayu adalah Yahudi yang telah di Islamkan? 

4. Ada khabar angin mengatakan bahawa genetik orang Melayu adalah dari keturunan yahudi Menasheh iaitu keturunan isteri Nabi Ibrahim, yakni kerabat diraja Sargon. "what if" perkara ini dibuktikan benar?

5. Ada khabar angin juga mengatakan bahawa orang Melayu dan Yahudi mempunyai persamaan genetik sebanyak 40%. "What if" khabar angin ini benar? Sanggupkah orang Melayu mengaku mereka Yahudi dan jika ya, mahukah mereka pulang ke tanah Israel iaitu "The Promised Land"?

6. Jika orang Melayu benar-benar mempunyai persamaan genetik sebanyak 40% seperti yang digembar-gemburkan, mahukah orang Melayu Islam hari ini mewujudkan hubungan diplomasi dengan negara Israel?

7. Mengapa dalam banyak-banyak negara bersimbol Islam diserang barat, tapi tidak Malaysia? Adakah kerana Amerika juga tahu orang Melayu keturunan Yahudi maka sebab itu negara Malaysia begitu aman?

8. Populasi etnik Melayu berjumlah 200 juta orang di Asia Tenggara ini dan "what if" 200 juta ini ada mempunyai persamaan genetik 30%-40% dengan bangsa Yahudi?

9. Antara kepakaran orang Yahudi adalah berdiplomasi, bijak berkata-kata,  berjenaka dan berseloroh, iaitu satu karakter sama dalam dunia Melayu yang juga suka berdiplomasi, berjenaka dan berseloroh.  

10. Dalam segi bahasa pula, Yahudi menyebut kulit sebagai "Geled" dan Melayu menyebut kulit sebagai "kulit". Persamaan bunyi Geled dan Kulit wujud cuma bezanya dalam nahu Melayu huruf "G" telah ditukar menjadi "K". 

11. "Mat" dalam bahasa Yahudi bermaksud mati, di dalam bahasa Melayu, bunyinya juga sama cuma tiada huruf "I" dihujungnya.

12. "Melech" dalam bahasa Yahudi adalah Raja. Persamaan di tanah Melayu kuno Melaka adalah nama sebuah empayar lama. Perhatian bunyi "Melech" dan "Melaka"? 

14. Begitulah sedikit sebanyak perbincangan kita mengenai Melayu dan Yahudi. Saya menulis artikel ini adalah kerana tajuk Melayu dan Yahudi sangat popular di laman web, pelbagai perbincangan telah wujud membincangkan kaitan Melayu dan Yahudi. Saya tidak tahu, tapi jika ditanya, saya akan mencadangkan supaya satu kajian genetik di jalankan bagi mencari jawapan yang sebenar supaya persoalan kaitan genetik orang Melayu dan Yahudi terungkai dengan jelas. 

15. Saya dapat tahu sebuah kajian Genome Melayu telah dijalankan. Apakah dapatan kajiannya? Adakah benar genetik Melayu mempunyai 40% persamaan dengan genetik orang Yahudi? Jika benar, MasyaAllah, orang Melayu adalah Yahudi yang telah di Islamkan.

16. Apapun bangsa sebenar orang Melayu, syukurlah kita telah menjadi orang Islam. Itulah nikmat sebenar dalam kehidupan. 

Editor ssusmber izhamnayan

No comments:

Post a Comment