Sunday, May 27, 2012

tak payah muzakarah

ARKIB : 23/05/2012

Lupakan sahaja muzakarah

GELI hati saya apabila membaca polemik muzakarah UMNO-Pas. Pada pandangan saya eloklah UMNO lupakan saja jemputan muzakarah ini kerana Pas sememangnya tidak ikhlas untuk bermuzakarah.
Cuba renungkan cerita lagenda Puteri Gunung Ledang (PGL) di mana tuan puteri meletakkan syarat-syarat yang pelik kepada Sultan Melaka, Sultan Mahmud, untuk meminang beliau.
Pendek kata dan senang cerita, Puteri Gunung Ledang sememangnya tidak mahu bersuamikan Sultan Melaka. Maknanya tuan puteri menolak pinangan secara berhemah dan beradab.
Macam juga Pas yang meletakkan pelbagai syarat yang tidak logik seperti UMNO mestilah menerima PKR dan DAP sedangkan kita tahu adalah mustahil untuk DAP bekerjasama dengan UMNO. Ini kerana masing-masing punya agenda politik berbeza.
Memang Pas tidak ada keikhlasan untuk bermuzakarah dengan UMNO. Nik Aziz sudah dapat persetujuan Karpal Singh atau Lim Kit Siang atau Guan Eng tentang syarat ini? Nanti kena tengking oleh Karpal Singh!
Adakah Nik Aziz sudah dapat persetujuan DAP andai kata kerjasama UMNO-Pas-PKR dan DAP menjadi kenyataan di mana UMNO tolak kebangsaan dan terima Islam sebagai wadah perjuangan perikatan BN dan Pakatan Rakyat?
Saya tidak faham apa yang Nik Aziz maksudkan UMNO mesti tolak kebangsaan dan terima Islam. Beranikah Nik Aziz cakap pada Karpal Singh, DAP mesti tolak sifat cauvinis mereka dan terima Islam? Kita tahu, Pas baru nak buka mulut bercakap fasal Islam bila kena tengking dek Karpal Singh terus menikus.
Beranikah Nik Aziz secara terus terang mengatakan orang Islam yang menyokong UMNO adalah kafir? Siapalah Nik Aziz untuk mengkafirkan orang Islam yang lain? Siapalah Nik Aziz jika dibandingkan dengan para ulama yang menganggotai Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan?
Adakah ilmu agama Nik Aziz mengatasi semua bidang agama yang dimiliki oleh ahli Majlis Fatwa Kebangsaan? Harap Nik Aziz berbicaralah secara berhemah, bijaksana dan berperibadi sebagai seorang Tok Guru yang berilmu dan disegani. Renung-renungkanlah.

Saturday, May 26, 2012

melayu lari...unspinner

Lebih 18,000 Melayu tinggalkan Penang


Lebih 18,000 orang Melayu Pulau Pinang terpaksa berhijrah ke negeri lain di antara 2009 hingga 2010 kerana tidak mampu menampung kos sara hidup yang terlalu tinggi di negeri kelahiran mereka.

Mengikut satu kajian dikeluarkan Oktober tahun lalu, jumlah penduduk Melayu berkurangan daripada 654,300 orang pada 2009, kepada 636,146 orang pada 2010, iaitu penyusutan 18,154 orang dalam tempoh setahun.

Tidak ada satu pun projek perumahan untuk bela nasib rakyat miskin. Malah, di Balik Pulau (kawasan majoriti Melayu) dibangunkan projek mewah yang harga rumahnya bermula RM500,000 ke atas. Apa erti semua ini? Bukankah ini agenda tersusun, terancang dan halus untuk meminggirkan serta mengusir Melayu dari negeri strategik seperti Pulau Pinang.

Dr Mohammad Fairus Khairuddin, Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang pernah bersama menyusun agenda ini turut menyesal.

Berikutan itu, jumlah penduduk Cina yang berjumlah 670,400 orang pada 2010 menjadi kumpulan etnik terbesar iaitu 42.9 peratus, manakala Melayu 40.7 peratus. Ini berbanding pada 2009, orang Melayu menjadi kumpulan terbesar iaitu 42.4 peratus, manakala kaum Cina (40.9 peratus).

Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Mohammad Fairus Khairuddin yang membuat pendedahan berkenaan mendakwa hasil kajian itu membuktikan Bumiputera Pulau Pinang dipinggirkan secara halus oleh kerajaan negeri pimpinan cina DAP.

Mohammad Fairus yang pernah berkhidmat selama dua tahun di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng juga mendakwa tahu rancangan dan strategi disusun kerajaan negeri itu dalam melaksanakan dasar peminggiran Melayu di Pulau Pinang.

“Nasib Melayu Islam di Pulau Pinang semakin kritikal. Statistik terbaru mendedahkan ramai orang Melayu membawa diri ke negeri lain kerana tidak mampu menampung kos kehidupan yang semakin tinggi.

“Rakan-rakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) sering bertanya kepada Guan Eng, selepas empat tahun memerintah Pulau Pinang, mana projek perumahan rakyat miskin dan golongan marhaen?

“Tidak ada satu pun projek perumahan untuk bela nasib rakyat miskin. Malah, di Balik Pulau (kawasan majoriti Melayu) dibangunkan projek mewah yang harga rumahnya bermula RM500,000 ke atas. Apa erti semua ini?

“Bukankah ini agenda tersusun, terancang dan halus untuk meminggirkan serta mengusir Melayu dari negeri strategik seperti Pulau Pinang,” katanya berucap merasmikan Himpunan Perguruan Silat Batu Pahat di Dataran Sungai Suloh, Senggarang dekat sini, semalam.

Beliau juga mendakwa Guan Eng dan pemimpin DAP apabila berdepan orang Melayu cakap manis tetapi di belakang memburukkan Melayu, tanpa mengetahui beliau memahami bahasa Mandarin yang mereka tuturkan.

“Saya tahu rahsia dan rancangan mereka,” katanya.

Kajian Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi Pulau Pinang (PReCISE) yang dikeluarkan Oktober lalu juga menunjukkan purata harga rumah melebihi RM500,000 seunit di negeri itu dikenal pasti antara faktor ramai orang Melayu berhijrah ke kawasan luar bandar dan negeri jiran sejak 2010.

Kajian itu mendapati purata harga rumah di Pulau Pinang pada 2011 melonjak kepada RM540,000 seunit, iaitu lapan kali lebih tinggi daripada purata pendapatan tahunan isi rumah, iaitu RM67,500.

Malah, purata harga rumah itu adalah kira-kira 27 peratus lebih tinggi berbanding Kuala Lumpur, iaitu RM390,000 seunit.

Mohammad Fairus yang juga berkata, episod yang melanda bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim turut mendedahkan wajah sebenar Guan Eng dan DAP.

SG Rapat online

ambiga mau musnahkan melayu...jawaber6

Saturday, May 26, 2012


MATLAMAT SEBENAR AMBIGA ANJUR BERSIH UNTUK HANCURKAN MELAYU!!!


Keengganan Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Ambiga Sreenevasen untuk meminta maaf kepada rakyat Malaysia terhadap rusuhan yang berlaku semasa himpunan pada 28 April lalu, menunjukkan belang sebenarnya.
Rusuhan yang sepatutnya telah gagal menggerakkan hati kecilnya untuk menyedari dan mengaku kesilapan yang telah beliau dilakukan terhadap rakyat negara ini.
Sebaliknya Ambiga dengan angkuh dan bongkak berkata beliau hanya mahu meminta maaf kepada generasi muda kerana tidak berjuang dengan lebih gigih untuk prinsip-prinsip Bersih 3.0.
Dalam erti kata yang lebih mudah difahami, Ambiga bermaksud bahawa biarpun negara Malaysia yang dicintai terbakar atau punah sekali namun ini tidak penting.
Yang lebih penting Ambiga dan kuncu-kuncunya dari parti pembangkang berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional melalui demonstrasi jalanan dan keganasan.
Ambiga yang sudah menjadi sebati dengan jiwa pembangkang bercakap mengenai nilai-nilai murni seperti keadilan, ketelusan dan proses pilihan raya ang bersih tetapi hakikatnya apa yang mereka rancang dan laksanakan dalam tiga perhimpunan Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 adalah menyimpang dan jauh sekali nilai-nilai yang mereka perjuangkan.
Sebenarnya, penyokong-penyokong PAS dan PKR gagal memahami bahawa tujuan sebenar Ambiga ialah untuk memecah belahkan orang Melayu.
Perlu ditanya mengapa dalam dua himpunan yang telah diadakan sebelum ini amat sedikit sekali penyokong Cina yang hadir malah daripda kaum India boleh dibilang dengan jari.
Hanya pada Bersih 3.0, peserta Cina meningkat secara mendadak dan seolah-olah berani menunjukkan kekuatan mereka.
Ini semuanya adalah perancangan parti rasis DAP yang kini beryakinan mereka boleh mengalahkan BN dengan memperkudakan pemimpin serta penyokong dari kalangan orang Melayu daripada PAS dan PKR.
Ambiga bersama-sama DAP secara licik berpakat untuk memecah belahkan lagi orang Melau kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil kerana ini akan memudahkan mereka melaksanakan dasar pecah dan perintah.
Melayu yang bersatu tidak mungkin dapat dipatah kekuatan perpaduan yang ada tetapi Melayu yang lemah dan rapuh perpaduan mereka akan menjadi amat senang bagi pihak musuh untuk meratah mereka.
Anwar serta pemimpin PAS seperti Abdul Hadi dan Nik Aziz samada menyedari atau jahil terhadap senario yang membahayakan umat Melayu di negara ini telah menghulurkan leher mereka untuk disembelih oleh Ambiga dan DAP.
Tangan Anwar, Abdu Hadi dan Nik Aziz berlumuran dosa perpecahan Melayu disebabkan tindakan mereka bersekongkol dengan DAP.
Mereka patut bertanya kepada diri mereka sendiri, mengapa tidak seorang peserta Bersih 3.0 daripada kalangan kaum Cina pun yang didakwa berkaitan keganasan yang berlaku? 
Mengapa gambar lebih 100 individu yang dikehendaki polis hanya terdiri daripada pemuda-pemuda berbangsa Melayu?
Jika benar orang Cina dan India ikhlas menegakkan keadilan, ketelusan dan proses pilihan raya yang bersih, mengapa orang Melayu sahaja yang sanggup berjuang berdepan dengan tindakan polis dan FRU?
Di manakah komitmen orang Cina dan India atau adakah mereka hanya merupakan golongan opportunis yang tidak sanggup berjuang tetapi menunggu untuk meraih hasil perjuangan orang Melayu sahaja? 
Pemimpin Melayu seperti Anwar sanggup melacurkan maruah bangsa sendiri kerana cita-cita peribadi untuk menjadi Perdana Menteri, sekalipun negara tergadai.
Pemimpin PAS pula sanggup menjual islam sebagai komoditi murahan kepada DAP dan PKR hanya kerana gilakan kuasa dan pangkat. 
Ambiga dan DAP pula mengeksplotasi sifat tamak dan gila kuasa yang bermaharajalela dan sanubari Anwar, Abdul Hadi dan Nik Aziz untuk memastikan orang Melayu akan terus bertelagah dan berpecah sehinggalah Tanah Melayu ini menjadai milik mereka suatu hari nanti.
Pada ketika itu objektif sebenar ketiga-tiga himpunan Bersih akan menjadi realiti kerana sememangnya pada masa itu ia akan menyapu bersih semua hak Melayu dan menjadikan bangsa ini sebagai pengemis di bumi mereka sendiri.

bersih vs bersih padan muka..ambiga..dri anti pkr

AKHIRNYA AMBIGA MENGAKU SALAH..!



mengikut laporan mynewshub..KLIK SINI.


 Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga hari ini mengejutkan ramai pihak apabila mengambil keputusan untuk memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat negara ini berhubung penganjuran demonstrasi yang telah diadakan di ibu negara baru-baru ini.
Dalam sidang akhbar di rumahnya petang ini, Ambiga berkata, permohonan maaf itu juga ditujukan jiran tetangganya berikutan tindakan para peniaga yang mahu ‘berniaga’ di kawasan perumahan mereka.
“Saya faham kenapa kumpulan-kumpulan ini, Bersih 4.0 memohon saya untuk meminta maaf…saya bersedia untuk meminta maaf.
“Saya berumur 55 tahun, dengan ini, saya memohon maaf secara terbuka kepada pelbagai pihak dan generasi seterusnya kerana tidak menjalankan tugas dengan sebaik mungkin untuk memastikan negara kita kekal aman.
“Juga kepada jiran-jiran, saya juga patut meminta maaf kerana telah meletakkan mereka dalam situasi atau ‘zon peperangan’,” kata Ambiga di sini hari ini.
Sebelum sidang akhbar tersebut dibuat, tiga gerakan iaitu Bersih 4.0, Halau 1.0 dan juga Gerakan Pemuda Semalaya telah datang ke rumahnya menuntut Ambiga memohon maaf secara terbuka.
Suasana ‘panas’ mula terasa di kediaman Ambiga menjelang jam 4.00 petang berikutan kehadiran gerakan berkenaan termasuk Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur.
Pihak berkuasa sudahpun menutup laluan menuju ke rumah Ambiga di Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara mulai jam 12.30 tengah hari tadi.
Selain sekatan polis, beberapa kun yang tertulis ‘trafik warden DBKL’ diletakkan hadapan simpang menghala ke rumah beliau bagi memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.
Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga KL bertekad mahu mengadakan aktiviti niaga hari ini dan esok sebagai tanda protes di hadapan rumah Ambiga walaupun tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa termasuk DBKL.
Bagaimanapun pengerusinya, Datuk Jamal Md Yunus akhirnya mengumumkan perancangan untuk mendirikan gerai berhampiran rumah Ambiga dibatalkan.

finland bagi percuma kerana...driblog rbf

Wednesday, May 23, 2012


Fakta Mengenai Finland Yang Disorok Oleh Rafizi

Seperti yang saya kata pagi tadi, Rafizi Lembu datang semalam bukannya dia nak berdebat pasal PTPTN pun dengan KJ. Dia nak ambil kesempatan diatas siaran langsung untuk berceramah menghentam BN dan menonjolkan dirinya.
Malah lebih teruk lagi dia sanggup berbohong sebagaimana dia kantoi dengan KJ semalam berhubung apa yang dia kata pendidikan percuma di Turki.
Dalam ceramahnya semalam Rafizi Lembu memuji negara Finland kerana memberi pendidikan percuma. Dia juga kata cukai di Finland lebih rendah dari Malaysia. Mengikut seorang pembaca yang hantar komen , apa yang dikatakan Rafizi Lembu itu tidak benar. Katanya cukai di Finland lebih tinggi dari di Malaysia. Saya tak berani nak komen lagi mengenai perkara tersebut kerana saya tak jumpa nas-nasnya lagi.
Apa yang saya nak kongsikan bersama anda adalah mengenai Finland yang tidak diceritakan sepenuhnya oleh Rafizi Lembu malam tadi.
Rafizi kata Finland bagi pendidikan percuma, manakala Malaysia pula penuntut perlu buat pinjaman PTPTN.
Sekarang mari kita lihat perbezaan antara Finland dan Malaysia dan kenapa mereka boleh beri pendidikan percuma...
Merdeka
Finland - 1917
Malaysia - 1957
Bilangan Rakyat

Finland - 5,375,276  (2010)
Malaysia - 27,565,821 (2010)
Pendapatan Negara Kasar
Finland - USD 253 bilion (2010)
Malaysia - USD 242 bilion (2010) 
* RM 727 bilion / 3.0 = USD 242b
Inilah yang KJ katakan Rafizi Lembu berceramah kemudian bandingkan apel dengan rambutan. 
Finland yang merdeka 40 tahun lebih awal dari Malaysia dan sebuah negara maju serta dikelilingi negara maju dan berada EU, maka sudah tentulah mereka mempunyai pendapatan yang baik dan mampu memberi pendidikan percuma.
Sebab apa dia mampu beri pendidikan percuma ?
Sebab rakyatnya hanya 5 juta....
Kita pula rakyat 27 juta.....
Cuba anda bayangkan dengan hanya rakyat 5 juta, berapa kerat sangat yang masuk universiti setahun ? Bolehlah mereka percuma.
Kalau Malaysia yang berada di tempat Finland dengan pendapatan dan rakyatnya seperti itu, jangan kata beri pendidikan tinggi percuma , kereta , rumah sampai ke bini atau laki pun kerajaan BN boleh bagi percuma.
Pendidikan yang tak percumanya di Malaysia hari ini adalah pendidikan tinggi. Pendidikan rendah dan menengah semuanya percuma. Pendidikan tinggi pun masih ada harapan untuk dapat percuma, dengan syarat pelajar lulus dengan baik. Segala pinjaman akan bertukar menjadi biasiswa. Kalau belajar setakat kelas Adam Adli dan Khalid Ismeth ataupun geng-geng semahasewelnya, jangan haraplah nak dapat percuma.
Kadangkala saya pun terfikir juga bahawa kerajaan BN yang perintah negara hari sebenarnya pelik. Apa tak peliknya, kalau dari lubang rahim ibu hingga ke lubang kubur semuanya boleh dapat bantuan kerajaan. Di Finland apakah anda ingat rakyatnya boleh lahir anak di hospital dengan bayaran belasan ringgit sahaja ? Jangan haraplah....
Di Malaysia beranak kena bayar belas-belas ringgit sahaja. Kalau ada duit bayar, tiada duit tak payah bayar. Kemudian bidan pula mari ke rumah periksa anak sihat atau tidak. Siap timbang lagi....
Anak nak membesar cucuk itu, cucuk ini, vitamin itu, vitamin ini, ubat kutu dan macam-macam lagi. Kemudian masuk sekolah pula, dapat duit untuk beli pakaian dan alatan persekolahan. Tak cukup boleh pergi jumpa wakil rakyat. Buku teks percuma, yuran percuma. Dah masuk sekolah, datang pula jururawat dan doktor gigi untuk periksa gigi agar tidak buruk dan siap ajar lagi cara gosok gigi. Sampailah ke sekolah menengah....
Habis sekolah nak masuk universiti, dapat pula pinjaman. Kalau lulus elok pinjaman bertukar jadi biasiswa. Kalau tak lulus kena bayar. Kalau tak boleh bayar datang bincang. Kemudian nak berniaga, berebut peluang-peluang perniagaan dari kerajaan atau swasta. Dapat projek kerajaan atau swasta , tiada duit nak buat modal, boleh pula pinjam dengan kerajaan. Dah habis projek dapat bayaran, duit yang dipinjam dipulang balik dengan jumlah yang dipinjam, kalau ada pun sedikit caj pentadbiran. Duit untung kau dapat semua, kerajaan tak minta pun. 
Ish...ish...ish....kalau nak cerita satu persatu tak habis beb.... Bila dah bertaubat nak pergi haji, bayar RM 10 ribu sahaja. RM 4 ribu subsidi pula.. Bila dah tua dapat pula bantuan JKM.  Mati pula, kalau tiada duit nak uruskan jenazah tidak menjadi masalah. Wakil rakyat atau wakil-wakil kerajaan berada dimana-mana sahaja untuk menolong. 
Itu belum lagi dikira subsidi beras, gula , minyak , susu dan barangan subsidi lain lagi.
Satu lagi tertinggal , duit BR1M pun boleh dapat....
Opsssss satu lagi, FELDA...FELDA....itu anda huraikan sendirilah apa benda yang peneroka dapat dari mula mereka masuk ke tanah rancangan sampai ke hari ini.
Pendek kata di Malaysia ini tiada orang mati tak makan, melainkan mati terlebih makan. Mewahnya kita hari ini kerana duit senang dapat sekarang ini.
Hari ini Tabung Haji Travel bawa orang pergi umrah bukan lagi guna penerbangan komersial. Tak cukup tempat duduk dalam penerbangan komersial . TH Travel kena sewa sebiji kapal terbang khusus untuk bawa orang Malaysia pergi umrah. Begitulah gambaran banyaknya duit orang Malaysia hari ini sampaikan berduyun-duyun orang boleh pergi umrah.
Tetapi masih ada segelintir rakyat Malaysia yang tidak reti bersyukur dengan kenikmatan yang kita kecapi. Cuba undurkan kebelakang balik dan renungkan kehidupan kita 10 , 20 , 30 ,40 atau 50 tahun yang lampau. Apa yang kita ada dan bagaimana kehidupan kita pada masa itu dan apa yang kita ada serta kehidupan kita masa kini. 
Adakah benar kerajaan yang memerintah negara hari ini zalim, kejam dan kuku besi sehingga mereka layak dipanggil regim ? 
Kalau ikut cerita Anwar ekonomi negara ini akan hancur sejak sehari selepas dia dipecat September 1998. Dah 14 tahun dia ulang cerita yang sama, ekonomi teruk, rasuah, penguasa zalim , kejam dan sebagainya. Tapi Alhamdullilah sehingga ke hari ini rakyat dan negara Malaysia semakin hari semakin maju dan hidup rakyat pun semakin bertambah baik dari tahun ke tahun.


mabong said...
dan fakta yang paling penting sekali ialah:
1)In Finland, homosexuality has been legal since 1971
2)Finland legalized registered partnerships in 2002
3)Homosexuality declassified as an illness since 1981
4)Homosexuals allowed to serve in the military since 1981
5)Anti-discrimination laws covering sexual orientation in all areas since 1995
6)Equal age of consent since 1999
7)Right to change legal gender since 2002
8)Anti-discrimination laws covering gender identity in all areas since 2005
9)Transvestism declassified as an illness since 2011

malaysia tak gitu.

Friday, May 25, 2012

muzakarah

ARKIB : 23/05/2012

Lupakan sahaja muzakarah

GELI hati saya apabila membaca polemik muzakarah UMNO-Pas. Pada pandangan saya eloklah UMNO lupakan saja jemputan muzakarah ini kerana Pas sememangnya tidak ikhlas untuk bermuzakarah.
Cuba renungkan cerita lagenda Puteri Gunung Ledang (PGL) di mana tuan puteri meletakkan syarat-syarat yang pelik kepada Sultan Melaka, Sultan Mahmud, untuk meminang beliau.
Pendek kata dan senang cerita, Puteri Gunung Ledang sememangnya tidak mahu bersuamikan Sultan Melaka. Maknanya tuan puteri menolak pinangan secara berhemah dan beradab.
Macam juga Pas yang meletakkan pelbagai syarat yang tidak logik seperti UMNO mestilah menerima PKR dan DAP sedangkan kita tahu adalah mustahil untuk DAP bekerjasama dengan UMNO. Ini kerana masing-masing punya agenda politik berbeza.
Memang Pas tidak ada keikhlasan untuk bermuzakarah dengan UMNO. Nik Aziz sudah dapat persetujuan Karpal Singh atau Lim Kit Siang atau Guan Eng tentang syarat ini? Nanti kena tengking oleh Karpal Singh!
Adakah Nik Aziz sudah dapat persetujuan DAP andai kata kerjasama UMNO-Pas-PKR dan DAP menjadi kenyataan di mana UMNO tolak kebangsaan dan terima Islam sebagai wadah perjuangan perikatan BN dan Pakatan Rakyat?
Saya tidak faham apa yang Nik Aziz maksudkan UMNO mesti tolak kebangsaan dan terima Islam. Beranikah Nik Aziz cakap pada Karpal Singh, DAP mesti tolak sifat cauvinis mereka dan terima Islam? Kita tahu, Pas baru nak buka mulut bercakap fasal Islam bila kena tengking dek Karpal Singh terus menikus.
Beranikah Nik Aziz secara terus terang mengatakan orang Islam yang menyokong UMNO adalah kafir? Siapalah Nik Aziz untuk mengkafirkan orang Islam yang lain? Siapalah Nik Aziz jika dibandingkan dengan para ulama yang menganggotai Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan?
Adakah ilmu agama Nik Aziz mengatasi semua bidang agama yang dimiliki oleh ahli Majlis Fatwa Kebangsaan? Harap Nik Aziz berbicaralah secara berhemah, bijaksana dan berperibadi sebagai seorang Tok Guru yang berilmu dan disegani. Renung-renungkanlah.

Thursday, May 24, 2012

debat

Debat Sinar: 'Kita sudah matang berpolitik'
Wartawan Sinar Harian
23 Mei 2012
Debat Sinar
Rafizi Ramli (kiri) dan Khairy Jamaluddin bertepuk tangan di akhir Debat
Sinar Harian mengenai PTPTN malam tadi. Debat dipengerusikan oleh
Dr Mazlee Malik.
SHAH ALAM - Walaupun terdapat banyak percanggahan pendapat seperti yang telah dijangka, apa yang menarik dalam debat antara Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin, semalam, adalah persetujuan secara terbuka berhubung dasar pendidikan negara kedua-dua pendebat.

Debat penuh bertenaga anjuran Sinar Harian itu berakhir dengan persetujuan bahawa apa yang perlu dinilai semula adalah kerangka pendidikan tinggi negara secara menyeluruh.

Rafizi menekankan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukan semata-mata untuk menghapuskan hutang tetapi lebih kepada keadaan ekonomi negara.

Namun, Khairy menegaskan walaupun penilaian semula model pendidikan tinggi negara sedang dibuat, ia perlu dilakukan secara realistik dan bukan hanya berdasarkan ‘idea yang dipetik dari awangan’.

Debat selama sejam setengah yang berjalan dalam keadaan panas tetapi terkawal itu membuktikan kematangan fikiran kedua pendebat muda terbabit serta penonton dalam membincangkan dasar pendidikan negara secara berilmiah.

Sepanjang debat, Rafizi banyak memberikan contoh keadaan negara lain, seperti Amerika Syarikat (AS) yang menghadapi masalah bebanan hutang pendidikan tinggi yang tidak mampu dibayar oleh pelajar sehingga menjejaskan ekonomi negara itu.

“Kita kena rujuk kepada pengalaman negara lain yang berdepan masalah hutang pelajar. Di AS, hutang pelajar mencecah AS$2.6 trilion sehingga menjejaskan ekonomi negara.”

Khairy pula dilihat banyak memberi angka-angka untuk mematahkan hujah Rafizi, termasuk memberikan jumlah besar sebanyak RM185 bilion setahun untuk pembiayaan semua janji pembangkang untuk menghapuskan hutang dan memberi pendidikan percuma secara adil kepada semua pihak.

Sebelum itu, debat dimulakan dengan Rafizi mengingatkan penonton bahawa Malaysia bermula sebagai negara yang memberikan pendidikan percuma kepada generasi lama.

“Dulu, masa zaman generasi lama, zaman bapa Khairy, pendidikan tinggi di negara ini diberikan secara percuma, dan mahasiswa inilah yang menjadi tulang belakang pembangunan pesat ekonomi negara. Jadi mengapa ia tidak boleh dilaksanakan sekarang?” soal Rafizi diiringi tepukan gemuruh penyokongnya.

Namun, Khairy menganggap perbandingan itu seperti epal dan rambutan.

“Dulu kita mampu bagi pendidikan percuma sebab kita hanya ada satu IPTA, tetapi sekarang kita ada 20 IPTA dan puluhan IPTS serta kolej, dengan ratusan ribu pelajar.”

Khairy turut memberi contoh negara yang memberi pendidikan tinggi percuma yang menghadapi masalah ekonomi kronik sehingga muflis, seperti Greece.

Tetapi hujah Khairy itu dipatahkan Rafizi yang kemudian memberi contoh Finland, negara dengan kualiti pendidikan kedua terbaik dunia dengan ekonomi mapan walaupun menyediakan pendidikan percuma daripada peringkat tadika hingga ijazah kedoktoran.

Apa pun pendirian Rafizi dan Khairy, namun apa yang dapat dilihat, kedua-dua pendebat yang kadang-kala menyelitkan unsur jenaka dan sinis dalam hujah mereka boleh dianggap sebagai perintis kepada budaya politik baru negara yang lebih segar dan bebas daripada unsur politik kotor.