Wednesday, April 15, 2015

politik gst


Anonymous said...
susah hendak merubah pemikiran rakyat Malaysia, mudah terpengaruh, kurang membaca dan membuat penilian...berkali penerangan dibuat....yang didengar yang tidak baik sahaja...aku tak nafikan ada jugak keputusan yang dibuat tidak tepat...tapi berkaitan GST harus dilihat jangka masa panjang......orang goverment nak mintak naik gaji....orang susah mintak perhatian kerajaan..nelayan....petani semua perlu pembelaan kerajaan...semua itu perlukan duit.

Dulu nelayan tak ada elaun sara hidup...karang ni dah ada tiap2 bulan.. suatu hari ni mesti nak naik jugak...duit lagi.....

pergi sekolah yang susah dibantu dengan RMT lah, bantuan e kasih lah...semua duit ..

nak mintak jalan sampi ke rumah...jambatannya lagik....adui banyak jugak tu....

Sabah Sarawak lagilah dia orang mintak...sekolah banyak yang uzur duit lagi....50 tahun baru dengar perkataan lebuh raya...

pendek kata semua minta duit dari kerajaan....dari bina jambatan bengkok...baik minta buat jambatan kat kampung-kampung....

ni pasal GST....adui marah kat kerajaan ...lama2 ni kena tipu oleh peniaga tak pulak kau orang marah....ni nak tanya dulu beli barang berapa orang minta resit..tanya ni barang ada cukai kah....sekarang ni semua kena tanya...dulu orang tak kisah pun sekarang ni kena ambil kisah...

memang lah susah sekarang ni oiii...aku pun terasa....karang kfc, pizza hut, beli baju barang elektrik ada murah sikit...sayur ikan masih ok lagi..orang indon tengok orang malaysia..ketawa bangat..indonnya 10 percent gst...tukar pemerintah pun masih 10 percent lagi dinaikan lagi harga minyaknya....adui orang malaysia ....

mengeluh dari pagi sampai ke malam....lastnya prang pendatang asing yang kaya raya....sebab apa mengeluh sepanjang masa usahanya tiada,

politiknya begitu juga dari pagi sampai ke malam...bersambung ke esokan harinya..pusing-pusing kesitu jugak....

Pening-pening.....sampai bila orang malaysia ada minda kelas pertama....kalau buku rujukannya bernama facebook, blog dan seangkatan dengannya


MALAYSIA OH MALAYSIA
Anonymous said...

Tuesday, April 14, 2015

ikan menghina

Kdg2 Yah rasa nk marah je...
Kdg2 Yah rasa geram je...
Kdg2 Yah rasa cam sakit ati je...
Korang perasan X kt FB ni...
Iklan nye mcm2... smpai yg dlm kain pon nk di iklan kn nye...
Yah perasan 2 3 iklan ni duk kata busuk laa, bau hanyir laa... mcm laa teruk sgt jdi pompuan ni...
Kalo nk berniaga pon... jgn laa smpai nmpk cam menghina...
Kalo bgi Yah... mmg Yah Xkn beli brg2 yg iklan nye mcm ngok je tu... sorry laa, bkn ape... tapi lebih2 plk iklan nye...
Sbb da smpai tahap menghina kaum hawa...
Nk berniaga tu Xsalah, tapi iklan biar berpada2...
Kdg2 nmpk cam gile sex pon ade... cam terdesak pon ado... menyampah Yah tgk...
Berniaga lah secara ikhlas... jgn hina org...
Ok laa... sekian celoteh Yah
Kbaiii

Monday, April 13, 2015

taat pada pemimpin


MENENTANG PUN JANGAN SAMPAI MENGGADAIKAN AKIDAH!!!



Daripada ‘Auf bin Malik al-Asyja’ie r.a kata beliau: Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sebaik-baik kamu dan sebaik-baik pemerintah kamu adalah mereka yang kamu cintai dan mereka mencintai kamu, kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu, sedangkan seburuk-buruk kalangan kamu dan seburuk-buruk pemimpin kamu adalah orang yang kamu benci akannya dan dia benci pula akan kamu, kamu mengutuk mereka dan mereka juga mengutuk kamu”.

Ditanya kepada baginda: “Apakah tidak boleh sahaja kami mencabut mereka (menggulingkan mereka)?” Maka Jawab baginda: “Tidak boleh selama mana mereka mendirikan solat yang lima, barangsiapa yang dipimpin oleh seorang pemimpin kemudian dia melihat pemimpinnya itu melakukan maksiat kepada ALLAH maka hendaklah dia membenci maksiat kepada ALLAH yang dilakukan itu tetapi jangan pula dia mencabut tangan daripada ketaatan”. [Muslim, Ahmad, Ibn Hibban dll dan lafaz adalah untuk Ibn Hibban].

Daripada Ummu Salamah r.ha Isteri Rasulullah s.a.w bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan ada nanti para pemerintah yang mana ada tindakan mereka kamu setujui dan ada yang kamu ingkari, maka barangsiapa yang dapat mengenal pasti (antara yang baik dan buruk perbuatan mereka) maka dia akan terlepas (dari maksiat), barangsiapa yang mengingkarinya akan selamat, tetapi mereka yang reda dan mengikut (maka dia binasa)”. Kata Sahabat: Apakah tidak wajar kami memerangi mereka? Jawab baginda s.a.w: “Tidak boleh, selama mereka mendirikan solat”. [Muslim, Abu Daud, & al-Tarmizi].

Ketahui juga wahai para Hamba ALLAH, Rasulullah s.a.w telah meletakkan taat kepada pemerintah itu sebaris dengan taat kepadanya dan taat kepada baginda adalah Taat kepada ALLAH sebagaimana sabda baginda s.a.w:


“Barangsiapa yang mentaati aku maka dia telah mentaati ALLAH, dan barangsiapa yang menderhakai aku maka dia menderhakai ALLAH, barangsiapa yang mentaati pemerintah maka dia telah mentaati aku dan barangsiapa yang menderhaka kepada pemerintah maka dia telah menderhaka kepada aku” [Muslim].

Ini sudah jelas kepada kita bahawa memberontak kepada pemimpin yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w dengan apa cara sekalipun sama ada dengan perbuatan mahupun perkataan sebagaimana yang dijelaskan para Ulama, mencacatkan akidah dan Iman kita terhadap Rasulullah s.a.w dan Mutabaah kita terhadap Sunnah baginda.

cukai haram?




Pembetulan persepsi salah dan penyalahgunaan hukum serta fakta.







SUDUT AGAMA



1- KESALAHAN FAKTA YG PERTAMA : Mengatakan bahawa "Hukum asal muamalat adalah haram". Benarkah? 



Tahukah kita bahawa jumhur ulama’ termasuk Imam empat mazhab berpegang bahawa "hukum asal dalam mu’amalat adalah halal dan boleh kecuali kalau ada dalil yang mengharamkan atau melarang".



Ini adalah antara dalil-dalil yang menyokong pendapat Imam yang empat - 


a) “Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”. (QS. Al-Baqorah : 275). 




Allah halalkan hukum muamalat. 


b) "Apabila sholat telah ditunaikan, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah”. (QS. Al-Jumu’ah : 10)



c) "Padahal sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkan-Nya atasmu”. (QS. Al-An’am : 119)



Allah telah menggariskan dengan detail di dalam Al Quran apa yg di haramkan dan tidaklah boleh mengharamkan sesuatu kecuali kalau ada penjelasannya dari Allah & rasul.



d) "Katakanlah: “Tiadalah aku dapatkan dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi”. (QS. Al-An’am : 145)



 Allah hanya membatasi perkara-perkara yang diharamkan dalam ayat ini, maka apa saja yang tidak diketahui pengharamannya maka ia adalah halal.



2- KESALAHAN FAKTA YG KEDUA : Menjelaskan bahawa ketika zaman saidina umar cukai hanya dikenakan kepada orang bukan Islam.


Kita perlu kembali merujuk sirah, saidina umar juga mengenakan cukai sebanyak 2.5% kepada pedagang2 Islam. 



Utk pengetahuan, cukai pintu yang saban tahun di naikkan di Negeri paling Islamik di dunia ( Kelantan ), juga di kenakan pada semua golongan lapisan masyarakat.



3- KESALAHAN FAKTA KETIGA : Zakat


Zakat adalah ibadah yang wajib dan dijelaskan dengan terperinci di dalam Al - Quran. Zakat hanya boleh di berikan kepada 8 Asnaf sahaja. 



Sekolah, jalan raya, dewan, hospital tidak termasuk dlm 8 asnaf ini. Malah penggunaan wang zakat di kalangan non muslim juga ada di perdebatkan dengan detail. 



Maka, dari sumber mana untuk kerajaan perolehi membangunkan negara? Ketika zaman Rasullullah, baginda menggunakan hasil rampasan perang untuk membangun negara. Hingga tiba zaman saidina Umar, pendapatan negara tiada kerana sudah tidak ada lagi peperangan. Maka saidina umar memperkenalkan sistem cukai.



Jika ada yang  mengatakan pengutipan cukai itu satu kezaliman, maka saidina Umar adalah orang pertama lakukan kezaliman kepada rakyatnya.


SUDUT EKONOMI


-70% PERBELANJAAN NEGARA adalah dari cukai. 



- Dari tahun 1970 lagi SST di perkenalkan. Sumber pendapatan ini adalah telah di salurkan kembali kepada rakyat dengan mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan di samping memberi pendidikan kepada rakyat bersubsidi 95% dan juga memastikan rakyat sentiasa sihat dengan subsidi 98%. 



- Hasilnya, kadar kemiskinan negara dari 50% (tahun 1970) menurun kepada 1.7% (tahun 2014). Lebih menarik, pendapatan purata seisi rumah juga meningkat saban tahun. Bukankah ini adalah manfaat besar kepada rakyat hasil 70% cukai berkenaan?



- Sumber asli negara. Sampai bila kita nak mengharapkan sumber asli negara yang makin hari makin berkurangan sebaliknya kadar pertumbuhan populasi penduduk makin bertambah? Bila penduduk makin bertambah, keperluan mereka juga bertambah. Dengan sumber asli yang makin berkurangan, di mana kerajaan harus dapatkan sumber untuk rakyat?



- Ketirisan yang di nyatakan jabatan audit negara.Audit adalah bertujuan untuk memperbaiki perkhidmatan kerajaan dan bukan untuk mencari kesalahan. Setiap ketirisan akan di laporkan dan pihak jabatan berkenaan perlu membalas apakah langkah2 mereka untuk atasi ketirisan disamping cadangan dari pihak audit. Itulah kemanisan pemerintahan kerajaan yang senantiasa melihat segenap aspek. 



- SST adalah satu bentuk ketirisan yang menyebabkan kerajaan mengalami kerugian sebanyak RM 20 billion setahun (purata utk 10 tahun). GFI melaporkan bahawa Malaysia berada tempat ketiga dalam dunia mengalami pengaliran wang haram akibat ketirisan ini. Untuk atasi ketirisan ini, BNM mencadangkan perlaksanaan GST yg lebih telus dari SST. Agak2 kau oranglah, tidakkah ianya memberi manfaat kepada rakyat? 



- Adalah tidak benar mengatakan bahawa GST menzalimi rakyat terutama mereka yang susah. Menurut kajian pada tahun 2010 bahawasanya, index beban bagi penduduk berpendapatan rendah adalah 4.5% berbanding SST 11.2%. Hasil dari kutipan cukai, kerajaan pulang kepada rakyat dalam bentuk BR1M. Index beban rakyat berpendapatan rendah menurun dari 4.5% kepada 1.5%. Adakah ini menzalimi rakyat?



- Dengan SST kerajaan memperolehi pendapatan sebanyak RM 19 billion setahun. Tetapi dengan GST, kerajaan boleh memperolehi RM 22 billion setahun. Bukankah ini memberi manfaat kepada rakyat???



Kesimpulan:


1- “Taatilah Allah, taatilah Rasul dan pemimpin ulil amri (pemimpin) di antara kamu.” (Surah an-Nisaa, 4: 59)



2- “Akan ada sepeninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengambil petunjukku, dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul pula di tengah-tengah mereka orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan dalam bentuk manusia.” Aku (Hudzaifah) bertanya, “Apa yang perlu aku lakukan jika aku menemuinya?” Baginda menjawab, “(Hendaklah) kamu mendengar dan taat kepada amir (pemerintah), walaupun ia memukul punggungmu dan merampas hartamu, tetaplah mendengar dan taat.” (Hadis Riwayat Muslim, Shahih Muslim, 3/387, no. 3435)



3- "Sesungguhnya kamu akan menyaksikan selepas peninggalanku perbuatan mementingkan diri dan pelbagai perkara yang kamu ingkari (tidak suka).” Mereka (para sahabat) bertanya:



“Maka apakah yang engkau perintahkan kepada kami wahai Rasulullah?” Baginda bersabda:



“Tunaikanlah kepada para pemerintah hak-hak mereka (sebagai pemimpin) dan mintalah kepada Allah hak-hak kamu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab al-Fitan, 21/441, no. 6529)



Zakat itu hak Allah (ibadah), maka tunaikan hak Allah. Manakala cukai itu hak pemerintah, maka tunaikan lah hak2 pemerintah dan kemudian minta lah hak2 anda. 



- Dr Aznil Hisham

Sunday, April 12, 2015

pm tak jawab?


Datuk Seri Najib Tidak Menjawab Soalan.
Najib tidak menjawab soalan? Itu bermain di media sosial sebaik sahaja Datuk Seri Najib selesai dan menamatkan sesi temu bual di TV3 malam tadi. Malah ada yang membuat pelbagai huraian berhubung jawapan Najib, ada juga yang beranggapan semuanya telah diatur dan menapakkan jawapan membela Datuk Seri Najib.
Yang bermain di sekitar maya ialah soalan berhubung kes Altantuya dan isu 1MDB. Mereka mengatakan bahawa Tun Mahathir tidak menuduh Najib melakukan pembunuhan tersebut, tetapi Tun tidak berpuas hati dengan proses penghakiman dan siasatan mungkin, dan memohon ianya di siasat semula.
Satu kepelikan disini ialah Najib telah pun menjawab isu Altantuya ini dan pernah bersumpah bagi dirinya yang dia tidak telibat. Ok, kena paham, ini adalah jawapan jika ada tuduhan terhadap Najib dan perkara ini telah diselesaikan sejak dari awal kes lagi. Jadi jika Tun dan kuncu-kuncunya tidak puas hati dengan keputusan penghakiman dan hasil siasatan maka soalan perlu ditujukan kepada badan kehakiman dan juga Polis Diraja Malaysia bukan kepada Najib, sebab Najib bukan hakim yang mengendalikan perbicaran kes tersebut malah bukan anggota polis yang terbabit dengan siasatan kes Altantuya. Jadi di mana yang Najib tak jawab soalan?
Begitu juga di dalam isu 1MDB, dimana Tun mengatakan bahawa urusniaga 1MDB ini adalah satu urusniga yang bodoh dan kemungkinan wujudnya penyelewengan. Persoalannya pula adakah Najib Pengerusi atau CEO 1MDB atau Perdana Menteri Malaysia. Sudah pasti soalan Tun perlu ditujukan kepada Pengerusi atau CEO 1MDB bukan kepada Najib.
Tetapi jawapan Najib sebagai Perdana Menteri sudah memadai dengan mengumumkan bahawa beliau telah mengarahkan 1MDB disiasat oleh Jabatan Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau Public Accounts Committee (PAC) untuk melakukan pengauditan dan pemeriksaan. Jika ada berlakunya penyelewengan maka Datuk Seri Najib telah berjanji tidak akan melindungi sebarang rupa bentuk jenyah yang dilakukan. Jadi di mana Najib tidak menjawab soalan?
Adakah siasatan dan pengauditan terhadap 1MDB sudah selesai? Jika belum, bagaimana Najib mahu mengumumkan atau memaklumkan keputusan audit dan PAC?
Dengan janji tidak akan melindungi dan akan memaklumkan kepada umum akan hasil siasatan terhadap 1MDB juga rasanya sudah sepatutnya diterima dan tunggu sahaja hasil siasatan. Di zaman Tun dahulu adakah pernah Jabatan Audit Negara memaklumkan hasil kajian mereka terhadap perbelanjaan negara dan di war-warkan kepada umum?
Sudah adakah di zaman Tun diwujudkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau Public Accounts Committee (PAC) bagi mengatasi penyelewangan pentadbitan kerajaan pada masa itu yang tidak kurang juga menjadi bahan serangan oleh pihak pembangkang?
Apa lagi bentuk jawapan yang Tun mahu?