Sunday, December 20, 2015

pm+1mdb vs ipp+ap+mesin slot


MANSUH IPP, MANSUH AP, MANSUH PERNIAGAAN MESIN SLOT... PATUTLAH BERIA-IA DESAK NAJIB LETAK JAWATAN!!!

Semalam, Malaysia Today melaporkan, Francis Yeoh memperolehi pendapatan berjumlah RM15 sehingga 29 bilion sepanjang 21 tahun menerusi syarikatnya YTL Power Generation Sdn. Bhd dan bakal memperolehi RM25 sehingga 30 bilion lagi sekiranya kerajaan bersetuju untuk menyambung Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan Tenaga Nasional Bhd untuk selama 25 tahun lagi, sepertimana yang diminta oleh YTL.

Perdana Menteri Najib Abdul Razak, bagaimanapun, enggan melayan permintaan YTL untuk memanjangkan kontrak dan pada 1 Oktober 2015, YTL menyaksikan kilang duitnya telah 'ditarik balik'.

1MDB bukan sahaja membeli janakuasa IPP milik YTL tetapi juga pengeluar-pengeluar tenaga yang lain. Sekiranya mereka enggan menjual kepada 1MDB, pengeluar-pengeluar tenaga itu juga akan menerima nasib yang sama seperti YTL Power memandangkan kebanyakan PPA untuk IPP-IPP tersebut sudah hampir sampai ke tarikh luput.

Dilaporkan 1MDB telah membayar RM18 bilion untuk memperolehi baki IPP yang lain. Sekiranya IPP-IPP tersebut tidak diambilalih, kerajaan terpaksa membayar 10 atau 20 kali ganda nilai asal IPP tersebut kepada pengeluar-pengeluar tersebut untuk 25 tahun akan datang.

Malaysia Today turut mendedahkan bahawa 10% pendapatan YTL sahaja datangnya daripada IPP tersebut, manakala Ananda Krishnan, Genting dan Keluarga Diraja Negeri Sembilan turut memperolehi pendapatan berbilion-bilion ringgit daripada perniagaan IPP.

Jadi, tidak hairanlah mengapa kumpulan yang rapat dengan Tun Dr. Mahathir, yang menguasai kemewahan daripada penjualan tenaga IPP selama ini, secara tiba-tiba melihat dan memomok-momokkan 1MDB sebagai sebuah entiti berhantu sehinggakan kempen agar Najib diturunkan daripa jawatan Perdana Menteri, giat dijalankan.

PPA inilah juga yang menyebabkan Allahyarham Anie Arope meletakkan jawatan sebagai Pengerusi TNB kerana tidak bersetuju dengannya. Malah TNB dan Petronas juga, bukan suatu rahsia, juga tidak gembira dengan PPA yang menurut mereka terlalu banyak lompat dan tidak lebih daripad sekadar 'lesen mencetak duit' semata-mata.

Lebih 20 tahun kemudian, Najib berjaya mengakhiri kontroversi ini. Sekaligus mematikan 'angsa emas' kumpulan-kumpulan tertentu sehingga sakit hati tersebut memunculkan kempen menurunkan Najib daripada jawatan Perdana Menteri dan keburukan 1MDB kepada negara.

Kata Malaysia Today lagi, bukan hanya IPP sahaja yang 'dibunuh' oleh Najib, tetapi ada lagi 'angsa emas' yang turut menerima nasib yang sama iaitu AP untuk kenderaan-kenderaan import dan golongan penyedut darah rakyat Malaysia selama lebih 30 tahun.

Terdapat dua jenis AP yang dikeluarkan oleh MITI. Salah satunya adalah AP francis yang diberikan kepada pemegang francis jenama-jenama kereta yang didaftarkan dengan MITI dan satu lagi adalah AP terbuka (untuk Bumiputera sahaja) bagi mengimport sebarang jenama kereta untuk dijual di pasaran Malaysia.

Jumlah keseluruhan AP yang dikeluarkan setiap tahun, sepatutnya hanya 10% daripada jumlah keseluruhan kereta yang dipasang di dalam kereta bagi tahun sebelumnya dan 60% AP telah diberikan kepada pemegang AP terbuka Bumiputera manakala 40% lagi diberikan kepada pemegang franchise.

Pada tahun 2005, kontroversi 'Raja AP' telah muncul apabila didedahkan, hanya beberapa orang individu sahaja yang memonopoli perniagaan AP. Dilaporkan, antara mereka yang menjadi Raja AP termasuklah Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim dan Datuk Seri Mohd Haniff Abdul Aziz.

Mereka telah berjaya memperolehi 33,218 AP (lebih kurang 50.1% daripada jumlah keseluruhan 66,277) bagi tahun 2004 dan 28,283 AP (atau 41% daripada 68,330) untuk tahun 2005 sahaja, menurut senarai yang didedahkan oleh kerajaan. Berdasarkan kepada anggaran jualan kasar RM30,000 bagi setiap AP, perolehan daripada perniagaan ini adalah RM996 juta secara keuntungan bagi tahun 2004 dan RM848 juta bagi tahun 2005.

Jumlah keseluruhan perniagaan AP adalah lebih kurang RM2 b setahun atau lebih kurang RM65 sehingga 80 bilion semenjak kali pertama ia diperkenalkan kembali apabila Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri (dan apabila dia mengimplementasi sistem berkenaan). Menurut maklumat dari industri permotoran, AP telah menghasilkan kenaikan harga kereta sebanyak 20% berbanding harga sebenar memandangkan para pembeli kereta akan memberi subsidi kepada pemegang-pemegang AP secara tanpa sedar.

Perolehan berbilion ringgit dari perniagaan AP ini amat menjejaskan sekiranya Malaysia bersetuju menyertai TPPA yang dianjurkan oleh Amerika Syarikat. Berita tentang pengakhiran perundingan selama lima tahun antara Malaysia dengan Amerika Syarikat pada Isnin lepas, benar-benar mencemaskan golongan terbabit kerana mereka sedar, sebaik-baik sahaja Malaysia menyertai TPPA, mereka akan kehilangan hak AP, malahan AP sendiri sudah tidak wujud lagi.

Satu lagi mesin cetak duit yang amat menguntungkan dan bakal dihapuskan oleh Najib adalah mesin slot. Semenjak 1980-an, perniagaan ini telah menjana keuntungan dianggarkan lebih RM10 bilion setahun di mana 70% daripada perniagaan tersebutd dikuasai oleh keluarga Vincent Tan.

Maka tidak hairanlah mengapa Robin Tan, saudara lelaki Vincent yang mengendalikan perniagaan tersebut, menjadi pengkritik keras Najib Abdul Razak dan pentadbirannya.... 

Thursday, December 10, 2015

1MDB

1MDB tidak rugi..

 Kedudukan kewangan 1MDB yang sebenarnya mempunyai hutang tetapi asetnya melebihi hutang tersebut. Secara logik sebuah syarikat yang mempunyai aset melebihi hutang dianggap masih relevan. Tambahan pula projek yang dijalankan oleh 1MDB merupakan projek yang berdaya maju.

Berkenaan derma RM 2.6 bilion pula, pihak SPRM telah mengesahkan bahawa derma tersebut bukannya diterima daripada 1MDB. Malahan pihak SPRM telah menemui sendiri penderma tersebut. Dan yang paling penting Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melanggar sebarang undang-undang dan perlembagaan negara berkaitan dengan penerimaan derma tersebut.


Untuk makluman, 1MDB bukan lah sebuah syarikat yang rugi. Malahan aset syarikat tersebut melebihi hutang mereka. 

Oleh itu, jangan kita biarkan  pembangkang memperbodohkan kita dengan propaganda mereka yang mempunyai niat terselindung itu. Mereka cuba kelirukan kita dengan fakta kerugian dan hutang dengan auta yang tidak masuk akal langsung.
– 

Saturday, October 24, 2015

peniaga dan penjaja melayu pulau pinang

Matkilau Penang Orang Melayu biasanya ceburi bidang menjaja atau berniaga kerana beberapa sebab. Antara sebabnya ialah bersara atau berhenti kerja dengan apa jua na­ma skim pemberhentian kerja. Satu lagi sebab terlalu lama menganggur. Jarang Melayu berniaga sebab betul-be­tul minat. Apatah lagi kalau nak kata niaga sudah menjadi darah dan daging dalam diri dan keluarga mereka. Kadang-kadang, malah jarang-jarang untuk orang Melayu saja-saja terjun ke bidang penuh ranjau dan duri ini.
Ini juga yang membezakan orang Melayu dengan orang Cina dan bangsa pendatang seperti rakyat Indonesia, Kem­boja, Pakistan, Thailand, dan Bangladesh. Malaysia tanah tumpah orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak, sebab itu semangat niaga kurang kuat.
Bagaimanapun, bagi Melayu yang punya modal men­cu­­kupi bolehlah mereka buka syarikat enterprise atau sen­dirian berhad. Golongan yang modal setakat ribuan ring­git biasanya memulakan perniagaan sebagai penjaja. Tak ki­ralah berniaga di tepi jalan, tepi kedai atau menjaja di pasar-pasar malam atau pasar tani.
Banyak lagi orang Melayu fikir menjaja buah-buahan, air minuman dan nasi lemak serta pelbagai masakan sudah memadai. Jika barang jualan tidak habis, tak banyak yang rugi. Namun mereka tidak hitung kos dari segi tenaga, masa dan bahan yang terbuang begitu sahaja kalau tak laku.
Sejak berpuluh tahun, khasnya selepas 58 tahun mer­de­ka – penjaja Melayu yang tidak berlesen masih dihambat oleh penguat kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Status penjaja atau peniaga haram ini telah meletakkan mereka seperti pesalah yang sentiasa diburu oleh penguat kuasa. Ringkasnya para peniaga kecil ini bagaikan musuh pihak berkuasa.
Apa pun, bila difikirkan kenapa orang Melayu yang ma­hu berniaga kecil-kecilan disusahkan dengan peraturan lesen, kebenaran itu dan ini. Baharu seminggu buka per­nia­gaan, pihak berkuasa datang angkut semua barang nia­ga mereka.
Pihak penguat kuasa selalu guna alasan bertindak ke­ra­na mereka menerima adu­an, atau mereka menja­lan­kan tu­gas sahaja. Kita tak kisah jika penjaja kena sa­man jika mereka benar-be­nar buat kotor atau men­je­jaskan keselamatan dan ketenteraman awam. Ber­tindaklah biar kena pada tempatnya.
Perkara ini bukan isu ba­­haru. Pihak berkuasa kenalah me­rancang menaik taraf perniagaan menjaja ini menjadi satu kerjaya yang bo­leh dibanggakan. Binalah gerai kekal di tempat penjaja ber­niaga supaya dapat diha­lal­kan operasi perniagaan me­­reka. Yang tidak ada lesen, dimudahkan pendaftarannya supaya diberi lesen.
Bantu anak bangsa
Jangan diguna pendekatan puluhan tahun dahulu. Gu­na­lah budi bicara. Lagipun kata mahu bantu anak bangsa ceburi bidang perniagaan.
Usah padam api semangat niaga orang Melayu terutama anak muda. Biar mereka be­lajar menjual dan berniaga dengan saiz kecil-kecilan da­hulu. Janganlah terlaku tegas kerana bila berjaya mereka akan pindah ke kedai besar. Mereka juga yang berpotensi untuk membayar cukai untuk pembangunan negara. Apa yang kita boleh harapkan kepada peniaga warga asing walaupun barangan jua­lan­nya lebih murah. Wal­hal, bi­la mereka kaya, semua ke­un­tungan dibawa balik ke ne­gara asal.
Apabila melihat peralatan dan barang-barang peniaga dirampas oleh penguat kua­sa, timbul rasa kasihan dan simpati kepada mereka. Me­reka adalah peniaga kecil-kecilan bermodal kecil dan se­bahagian besar melakukan perniagaan secara sambilan. Mereka berniaga sendiri dan tidak guna pekerja tambahan. Peralatan mereka mungkin sekadar meja, payung, kereta sorong dan bekas-bekas makanan. Faktor mereka berniaga adalah untuk menampung pendapatan.
Tetapi ada juga penjaja yang dilihat bermaharajalela. Apabila tiada tindakan diambil, maka akan bertambahlah kerusi meja dan bertambah luas tapak perniagaan mereka. Mungkin ada yang iri hati bertanya, kenapa pula tindakan tidak diambil ke atas peniaga berkenaan?
Kenapa PBT tidak dapat mengawal gerai dan warung haram, rumah ibadat haram, kilang haram dan bangunan haram lain. Inilah punca masalah kedegilan golongan peniaga haram negara ini. Kalau begini, apa perlu peniaga dan pengilang mendapat lesen atau kebenaran PBT jika mereka boleh berfungsi? TNB dan syarikat bekalan air boleh membekalkan elektrik dan air kepada premis mereka walaupun tidak berlesen atau mendapat kelulusan PBT.
Pemimpin negara bercerita tentang kaedah untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Pada pandangan saya, selagi ada penjaja tanpa lesen, kita belum sampai tahap negara maju.
Jadi, semua PBT diharap dapat menjalankan program pemutihan penjaja dan peniaga yang tidak berlesen te­tapi sudah lama berniaga. Lancarkankan sekali program pembersihan peniaga warga asing. Mereka memang tidak perlu dilayan kerana tidak layak berniaga di negara ini.
Sebenarnya PBT tahu siapa mereka dan tempat per­nia­gaan mereka. Kalau tempat perniagaan Melayu tidak sesuai, carilah tempat lain yang lebih sesuai. Namun selepas pemutihan, dijangka ada aduan pusat perniagaan baharu dikatakan tidak strategik dan tiada pelanggan. Di samping, penjaja lain pula mengambil alih tapak lama yang dikosongkan. Jadi cerita ketidakadilan pihak berkuasa ti­dak akan selesai. Perkara ini boleh selesai jika PBT serius da­lam penguatkuasaan.

Tuesday, September 22, 2015

duit br1m punya pasal


Ziee Rahman berasa bangang
22 hrsDisunting

Org yg ssah semua brsyukur ngan duit BR1M tu
Mmg lah ko nmpk jmlah nya sedikit, tp yg memerlukan amat2 brsyukur...
Rasenya ko sendri pon x leh nk derma duit gji ko tu yg (44 keturunan mkn x hbis) kpd org2 ssah.....
Klau org bg ko rm350 tu...rase2 ko amik gak kn....
Jd x yah lah nk tunjuk baik sngt....
Klau rase ko x perlukn duit tu...diam2 sudah.....semak sngt2.....
G tlong nasihat kn puak2 ko tu dlu...
Nyalak x hnti dr siang td sbb BR1M x masuk2 ag....
Nmpk sngt mmg hadap sngt kn duit tu...
Ko klau rase nk duit tahan sehingga 44 keturunan...
Ko g daftar OKU...
kategori CACAT AKAL....
insya allah dpt TANGGUNGAN TIAP2 BLN....
44 keturunan ko mkn x hbis tu
KAHKAHKAHKAHKAH
‪#‎sembangbikinorglainbimbang‬
‪#‎tlongbezakanTANGGUNGANDGNBANTUAN‬
‪#‎betulkatasahabatjumpa5senpondukkutiptpsembngmcmhartawan‬

Sunday, September 20, 2015

sebab najib dibenci


SANGGUP CEMARKAN IMEJ SENDIRI DEMI MENJAGA KEPENTINGAN KRONI !!!

 
KENAPA PERDANA MENTERI DIKECAM

IPP (Independent Power Plan) yang dibeli balik oleh Kerajaan melalui Syarikat Milik Kerajaan iaitu 1MDB adalah untuk mengawal “Tariff” letrik dari naik.
Ini adalah kerana apabila permintaan berlebihan dari pengeluaran, maka TNB tidak dapat tampung dan terpaksa membeli balik “kuasa” daripada pemilik-pemilik IPP seperti Berjaya Corp, Genting Berhad, YTL dan juga yang lain-lain.
Ini dengan secara tidak lansungnya akan mengakibatkan kenaikkan harga tariff letrik …
Justeru itu, Kerajaan terpaksa mengawalnya dengan membeli balik IPP tersebut dari individu-individu terbabit walaupun harganya agak mahal sedikit.
Kita tahu “khidmat” siapa digunakan oleh individu-individu tersebut bagi menunjukkan protes mereka kepada kerajaan oleh kerana tidak puas hati keatas pembelian balik IPP tersebut.
“Khidmat orang tertentu” telah digunakan bagi memburuk-buruk dan menjatuhkan imej Dato Seri Najib dan Kerajaan secara umumnya.
TANAH TRX
Tanah TRX, iaitu dari TUDM Sungai Besi (Lapangan Terbang lama) hinggalah ke Jalan Tun Razak Bangunan RHB.
Sebuah Syarikat “Konglomerat” telah cuba berkali-kali untuk membeli tanah-tanah tersebut dengan menggunakan “khidmat orang tertentu” ini sejak dari zaman pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi, tetapi telah “ditolak mentah-mentah” oleh Pak Lah dengan alasan itu sahaja lah tanah milik orang Melayu yang ada di Kuala Lumpur ini selain dari Tanah Kampung Baru.
Dengan "Plan Peniagaan Strategik” untuk menaikkan tanah TRX, IMDB telah menjualkan sebahagian dari tanah tersebut kepada Tabung Haji yang juga Syarikat Milek Kerajaan dan juga Bumiputera daripada dijual kepada syarikat bukan Bumiputera.
“Khidmat orang tertentu” juga digunakan bagi memburuk-buruk dan menjatuhkan imej Dato Seri Najib dan Kerajaan secara umumnya.
PETRONAS
Syarikat Minyak Negara yang pernah meminjamkan RM6 billion kepada Putrajaya Holding Berhad bagi membangunkan Putrajaya (Semasa pentadbiran Tun M).
KUPASAN
"Putrajaya Holding Berhad" - Syarikat yang ditubuhkan untuk merealisasikan "Visi Negara” semasa dibawah tadbir Tun M pada masa itu.
1MALAYSIA DEVELOPMENT BERHAD (1MDB) - Syarikat yang ditubuhkan untuk merealisasikan "Visi Negara” dibawah tadbir Dato Seri Najib sekarang.
Umumnya, rakyat perlu tahu, semua syarikat-syarikat milik Kerajaan dan juga projek Kerajaan mestilah mendapat “kebenaran dan kelulusan” dari Menteri Kewangan terlebih dahulu didalam apa-apa cadangan mahu pun projek yang hendak dilaksanakan iaitu Dato Seri Najib Tun Razak yang juga selaku Perdana Menteri.
Menteri Kewangan akan dipertanggung-jawabkan diatas segala apa tindakan yang diambil.
Disinilah Menteri Kewangan yang juga iaitu Dato Seri Najib Tun Razak telah mengambil tindakan dengan tidak menjual tanah TRX tersebut kepada bukan Bumiputera.
Begitu juga dengan pembelian IPP oleh 1MDB yang tidak di sukai oleh orang-orang tertentu yang ada kepentingan bagi tujuan mengawal kenaikkan tariff letrik.
Dan yang terakhir ….. “Petronas” iaitu syarikat milik Kerajaan yang paling berdaya saing juga terpaksa mendapat kelulusan dari Menteri Kewangan didalam apa juga cadangan dan juga projek yang hendak dijalankan.
Justeru itu … Dato Seri Najib telah dikecam oleh "pihak-pihak tertentu" oleh kerana “agenda-agenda” mereka tidak kesampaian …… Wallahualam …..

Thursday, September 17, 2015

komplot guling najib



Komplot Guling Najib Didedahkan

Oleh: EDITOR | 7 September 2015 BERITAUtamaAdd Comment »

clare-catur-383x500
Kuala Lumpur: Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, yang bersubahat dengan beberapa pihak menentang Malaysia, dengan angkuh pernah memberitahu Xavier Andre Justo bahawa beliau sedang “mengubah masa depan sebuah negara” dan akan meraikannya dengan segelas Champagne sebaik “Najib tumbang”.


Susulan hukuman penjara ke atas Justo pada 17 Ogos lalu, pendedahan terbaru menampakkan belang sebenar Rewcastle-Brown dan kesediaannya melanggar undang-undang dengan membantu Justo mengumpul AS$2 juta (RM8.62 juta) sebelum didakwa melakukan pengubahan wang haram sebagai bayaran e-mel yang dicuri daripada bekas majikannya, PetroSaudi International (PetroSaudi). Justo, warga Switzerland, kini menjalani hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan memeras ugut bekas majikannya.

Bagaimanapun, pasukan penyiasat Thailand bagi kes itu merungkai tahap kesungguhan Rewcastle-Brown bersama rakan subahatnya bagi menggulingkan kerajaan Datuk Seri Najib Razak.

Menurut sumber yang rapat dengan pihak berkuasa Thailand, pendedahan itu antara lain merangkumi perbualan menerusi WhatsApp selama tiga bulan membabitkan Rewcastle-Brown, pengurusan kanan Kumpulan Media The Edge iaitu Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat serta Justo, yang menawar untuk menjual data dicurinya kepada pembida tertinggi.

Pada 15 Julai lalu, akhbar New Straits Times (NST) melaporkan kenyataan bekas editor Sarawak Report yang mendakwa Rewcastle-Brown memalsukan beberapa dokumen untuk memfitnah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Najib, menerusi beberapa pendedahan portal berita itu.

Editor terbabit, Lester Melanyi, dikatakan turut menamakan beberapa individu termasuk ahli politik terkemuka pembangkang sebagai antara yang terbabit dalam konspirasi menggulingkan kerajaan.

Perbualan di WhatsApp itu, kata sumber, turut mendedahkan keakraban hubungan Rewcastle-Brown dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjalani hukuman penjara; Ahli Parlimen DAP, Tony Pua dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mahu jatuhkan PM

Dalam satu perbualan WhatsApp dengan Rewcastle-Brown pada 19 Mac 2015 lalu, Kay Tat didakwa menulis (terjemahan): “Artikel anda seolah-olah menggambarkan anda ingin menjatuhkan Perdana Menteri. Kami dituduh bekerjasama dengan anda dengan tujuan menggulingkan PM (Perdana Menteri).” Rewcastle-Brown didakwa menjawab: “Saya yang menulis berita ini, bukan anda. Penuhi komitmen anda dan saya akan pergi tanpa memberitahu sesiapa.”

Beliau kemudian menyebut “mungkin kita telah mengubah hala tuju sebuah negara”. Mesejnya pada Jun lalu berbunyi: “Kami merancang satu lagi pendedahan sebelum pilihan raya negeri (Sarawak). Saya akan meraikannya apabila Najib tumbang.

Saya sudah mendapat beritanya menerusi orang Anwar. Saya menggunakan Dr Mahathir untuk mendapatkan sumber maklumat lain.” Justo mendakwa dijanjikan AS$2 juta sebagai pertukaran data yang dicuri daripada bekas majikannya.

Dalam temu bual di penjara bersama akhbar Straits Times Singapura baru-baru ini, Justo mendakwa tidak menerima bayaran yang dijanjikan oleh seorang ahli perniagaan terkemuka dari Malaysia.

Sumber Thailand kemudian mengesahkan Kooi Ong sebagai ahli perniagaan terbabit. Menerusi satu lagi temu bual, Justo mendakwa persetujuan berhubung urusan jual beli dokumen berkenaan dicapai di Singapura pada Februari tahun ini, disusuli perbincangan panjang lebar mengenai kaedah pembayaran terhadapnya.

Kumpulan individu yang ditemui Justo di Singapura bagi berunding soal penjualan data terbabit, dinamakan dalam pengakuan 22 muka suratnya kepada polis Thailand.

Justo turut mengulangi apa yang dikatakan polis Thailand baru-baru ini, iaitu pengakuannya disokong dengan dokumen termasuk rekod perbualan WhatsApp dengan pembeli berkenaan.

“Apa yang ditulis dalam pengakuan saya itu, sebahagian besarnya dibuktikan menerusi perbualan e-mel, mesej WhatsApp saya dengan mereka,” katanya. Beliau mendakwa, Rewcastle-Brown bersetuju menerima AS$2 juta daripada pembeli dan memberinya AS$250,000 (RM1.07 juta) sebulan sebagai bayaran perkhidmatan rundingan.

“Saya tidak tahu sama ada dia menerima duit itu atau tidak, (kerana) saya ditangkap. Saya tidak tahu,” katanya. Sumber Thailand berkata, dalam perbualan panjang lebar menerusi WhatsApp, Rewcastle-Brown turut menjelaskan bagaimana beliau akan membantu Justo mendapatkan AS$2 juta sebelum melakukan pengubahan wang haram.

Awalnya, beliau cuba menggunakan SJS Limited di Singapura bagi menyalurkan dana berkenaan bersama abangnya yang juga Pengarah SJS, Patrick Rewcastle. Pada 19 Mac, Rewcastle-Brown mengesahkan komisyen bagi pemindahan haram itu dan berkata: “Lelaki itu mahu mengenakan bayaran 67,000 Euro (RM321,929).

Saya yakin dia tidak akan menipu.” Rewcastle-Brown kemudian menawarkan Dana Bruno Manser yang juga warga Switzerland, sebagai saluran bayaran AS$2 juta itu dan pada 22 April menulis: “Dia boleh membuat bayaran ke Dana Bruno Manser jika dia mahu.” Beliau akhirnya bersetuju menjual Sarawak Report untuk membayar Justo.

Berikut adalah sebahagian daripada terjemahan perbualannya dengan Justo:

19 Mei (4:32 petang): Dia ingin membayar menerusi syarikat BVI (British Virgin Island)!! Ia akan kelihatan teruk dalam akaun rasmi saya! Saya akan berbincang secara bersemuka. Itu lebih baik daripada berunding dengan KT yang teruk itu.

19 Mei (4:37 petang): Mereka akan kata saya mengkritik syarikat BVI tapi saya sendiri menggunakannya. Aduh.

19 Mei (5:11 petang): Saya akan berkempen bagi mengelak tempat berlindung cukai ini. Mereka akan menggelarkan saya hipokrit. Saya tidak akan membuat bising sehingga saya berjumpa mereka dan mencari penyelesaian dengan Tong.

Sebelum ini, Rewcastle-Brown menyifatkan dakwaan terhadapnya sebagai mengarut. “Apa yang saya siarkan mengenai 1MDB dan diperjelaskan oleh The Edge serta disokong beberapa sumber rasmi adalah penjelasan yang konsisten, berbanding cerita 1MDB yang kerap dilihat mengelak serta berubah,” katanya. Mengaku perdaya Justo?

Pada 24 Julai lalu, Kooi Ong dan Kay Tat mengeluarkan kenyataan sebagai menjawab temu bual Justo yang disiarkan Straits Times.

Kedua-duanya mengaku memperdayakan Justo dan menganggap ia adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan bukti. Mereka turut menegaskan tidak membayar sesiapa untuk mendapatkan berita berkenaan. “Kami tidak melakukan apa-apa kesalahan,” kata mereka.

Polis Thailand menahan Justo, 48, pada 22 Jun lalu di kediaman mewahnya di pulau peranginan Koh Samui. Bekas Ketua Teknologi Maklumat PetroSaudi di pejabat London itu, mengaku mencuri data syarikat – bersaiz kira-kira 90 gigabait – ketika meninggalkan PetroSaudi pada tahun 2011.

Beliau meminta lebih banyak bayaran daripada PetroSaudi pada 2013 tetapi tidak diendahkan. Susulan itu, Justo diperkenalkan dengan Rewcastle-Brown menerusi kenalan di Geneva yang mempunyai rangkaian di Malaysia.

Justo kemudian menemui Rewcastle-Brown di Plaza Athenee di Bangkok dan Fullerton Hotel di Singapura. Di Singapura, Rewcastle-Brown ditemani oleh mereka yang dinamakan dalam pengakuan Justo.

Ketika dihubungi, Rewcastle-Brown, Kooi Ong dan Kay Tat tidak menjawab panggilan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/80114

Saturday, September 12, 2015

pelaburan asing zaman najib

Selama lima tahun DS Najib memacu 
pertumbuhan ekonomi negara dengan begitu 
cemerlang. 


Sudah lupakah rakyat Malaysia bahawa sejak 
pentadbiran DS Najib, jumlah pelaburan asing 
langsung meningkat dari RM 5.1 Bilion pada 
2009 (tahun beliau mengangkat sumpah) 
meningkat kepada :


RM 29.183 B (2010),

RM 37, 325 B (2011), 

RM 31,118 B (2012), 

RM 38.8 B (2013) 

RM 39.6B pada 2014.

Dalam tahun 2015 mungkin akan 
mencecah 40 B agaknya. 

1mdb vs ipp


KUALA LUMPUR, 23 Mei – Malah pada Mei 2011, salah seorang ahli parlimen pembangkang menyifatkan IPP sebagai ‘kilang dadah yang besar’ yang memerlukan jumlah subsidi yang sangat besar dari kerajaan, dianggarkan berjumlah RM 19 bilion setahun.
Pada pertengahan tahun 2011, saya dilantik sebagai perunding LNG untuk mengkaji kemungkinan untuk mengimport LNG melalui Terminal Regas Melaka di Sungei Udang. Terminal ini mempunyai pintu terbuka, serupa seperti sebuah terminal di United Kingdom yang pernah saya bekerja sebelum ini – Terminal Regas Dragon di Milford Haven, Wales.
Terminal Regas di Sungei Udang dimiliki sepenuhnya oleh PETRONAS dan LNG yang diimport itu akan diwapkan sebagai gas untuk disalurkan ke dalam saluran paip PGU.
Ini disebabkan oleh kekurangan bekalan gas domestic di Pantai Timur, iaitu sebanyak 950 mmscfd (million standard cubic feet per day). TNB memerlukan 1350 mmscfd. Kapasiti di Sungei Udang adalah sebanyak 500 mmscfd atau bersamaan dengan 40 kargo LNG import melalui kapal LNG Q Flex yang mempunyai kapasiti sebesar 210 000 m3 sebuah.
Sebenarnya, saya dengan rendah diri ingin memberitahu, konsep penyimpanan LNG terapung ini menggunakan 2 kapal LNG lama kita dengan sebuah jeti terapung, yang pertama seumpamanya di dunia, telah diutarakan oleh saya sendiri kepada CEO PETRONAS Gas, iaitu syarikat pemilik projek ini. Idea ini timbul ketika saya berbincang dengan beliau di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Narita dari Tokyo.
Dengan idea ini, Petronas akan dapat menjimatkan perbelanjaan yang akan digunakan untuk mengorek dan mebina kemudahan penyimpanan LNG darat yang pastinya akan menelan belanja yang besar.
Akibat ketidaksamaan harga LNG import dan gas tempatan, TNB yang memperolehi keuntungan yang sedikit dari IPP tidak dapat menyerap ketidaksamaan harga ini dan tidak dapat membeli secara terus gas LNG import ini. Akhirnya, PETRONAS terpaksa bertindak sebagai pengimport dan pemberi subsidi.
Di bawah (kepimpinan) Perdana Menteri, (Datuk Seri) Najib Tun Razak, sebuah syarikat iaitu MyPower telah ditubuhkan oleh Kerajaan untuk merunding kembali perjanjian yang masih berbaki dengan IPP.
Selepas itu, 1MDB telah membeli IPP dari Ananda Krishnan pada Mac 2012, diikuti dengan pembelian IPP Genting pada Ogos 2012.
 Akhirnya, pada Oktober 2012, Suruhanjaya Tenaga telah mengumumkan keputusan perjanjian konsesi dengan IPP. Seperti yang telah digariskan di dalam perjanjian ini, tempoh konsesi perjanjian dengan IPP yang dimiliki oleh Ananda tidak akan dilanjutkan, begitu juga dengan perjanjian baru konsesi dengan 3 lagi IPP.
Konsesi baru hanya akan diberikan kepada 1MDB dan TNB. Perjanjian baru ini bertujuan untuk memastikan syarikat swasta tidak akan membuat keuntungan yang berlebihan melalui subsidi kerajaan.
Akibat dari kesilapan yang dilakukan semenjak tahun 1990an, semenjak 20 tahun yang lepas, PETRONAS dan TNB telah mengalami kerugian yang dianggakan berjumlah RM 100 bilion.
Sebenarnya, pujian harus diberikan kepada PM Najib, Suruhanjaya Tenaga dan 1MDB kerana telah menyelamatkan negara kita dari subsidi berlebihan yang telah diberikan kepada syarikat-syarikat ‘anak emas’ dari regim yang terdahulu. Pada saya, pujian harus diberikan kepada yang layak menerimanya.
Sebenarnya, kadar tarif untuk pengguna di Semenanjung Malaysia sudah sepatutnya dinaikkan pada Julai 2014 dan Januari 2015 di bawah Fuel Cost Pass Through (FCPT).
Tapi ianya tidak pernah dinaikkan kerana perjanjian yang baru disemak ini telah menguntungkan dan lebih seimbang untuk TNB, pembeli terakhir eletrik yang dijanakan IPP. Tarif eletrik telah diturunkan pada Mac 2015 akibat penurunan harga arang batu dan pengurangan tarif IPP ini.
OPEX TNB
BEBAN.. Daripada kos menjanakuasa sebanyak RM23bil oleh TNB, RM 14bil adalah untuk membeli kuasa daripada IPP. Jumlah ini membebankan TNB.
Di bawah perjanjian baru ini, TNB mula mencatatkan keuntungan yang lebih baik bermula dari tahun 2013, 2014 dan suku pertama 2015. Ia telah mencatatkan keuntungan berjumlah RM 2.3 bilion untuk 3 bulan pertama 2015. Oleh itu, pihak yang paling untung untuk perjanjian yang telah disemak semula ini ialah:
  1. TNB mencatatkan keuntungan yang lebih tinggi
  2. Pengguna Malaysia memperolehi manfaat melalui tarif yang lebih rendah akibat penurunan harga minyak
  3. PETRONAS tidak perlu mengeluarkan subsidi yang lebih tinggi yang pada masa lalu hanya menguntungkan syarikat-syarikat swasta ini
  4. Pengguna tenaga eletrik sebagai pemenang mutlak
Orang yang paling rugi adalah pemilik asal IPP. Dan mungkin inilah sebabnya mereka tidak gembira dengan 1MDB dan PM Najib, termasuklah ahli ahli senior UMNO.
Berita selanjutnya bakal menyusul

Tuesday, September 8, 2015

SUDAH BANTU TAPI TAK PERASAN

Sebelum cakap kaji dulu!!!



Bak kata Seorang Sahabat..!!!

Cina marah Dato Seri Najib buat kedai 
1 Malaysia seluruh negara sebab ganggu 
peruncitan yang dimonopoli Cina..Cina 
paling marah bila PM Najib buat GST. 


Dengan GST tak boleh tipu-tipu lagi.
Memang semua peringkat rasa penangan 
GST tapi yang paling terkesan adalah 
tokan-tokan besar. Itu pasal cina tak puas 
hati betul dengan Najib.


Najib naikkan gaji guru.Siapa guru? Majoriti 
Melayu. Kalau askar tak payah cakap lah. Dulu 
prebet berapa ratus jer? Sekarang prebet je 
dah ribu-ribuan. 


Siapa yang jadi mat perang?Mostly Melayu.
Orang-orang Masjid semua termasuk penggali 
kubur dapat buat haji free.Siapa orang masjid 
ni? Melayu lahhh.


Rumah mesra rakyat Melayu jugak banyak 
dapat sebab Melayu yang ada tanah.Sekolah 
pondok yang dipandang sepi kini terbela 
dengan bantuan daripada kerajaan melaui 
yayasan sekolah pondok.


Anak-anak siapa belajar sekolah pondok 
sekolah Tahfiiz ni.?Anak-anak melayulaaah.
Brimm(orang cakap gula-gula pilihanraya) 
penerima pun banyak orang Melayu. 


Orang Cina banyak yang kaya-raya beb.
Pencen pesara naik.Siapa pesara ni?? 
Banyak Melayu lah kan..Dulu-dulu orang 
tak mahu kerja gomen sebab gaji kecik.


Nak kerja swasta gaji besar.Tapi disebab
kan swasta banyak Cina, well dia orang 
pegang ekonomi, dia orang akan bantu 
orang-orang dia je. Kalau Melayu ni gaji 
ciput jer. 


Kalau orang-orang dia.Cakap BI berterabur 
cakap melayu hampeh tapi gaji besar.Lagi 
kurang ajar bila letak iklan kerja ada prefered 
Chinese atau able to speak in Mandarin is a 
must.. 


Tapi Najib naikkan gaji penjawat awamm.
Siapa penjawat awam?Mostly MELAYU!!! 
Sekarang berebut orang nak masuk gomen. 
Tak pandang dah job street.


Kau orang ingat Cina suka ke pembaharuan 
yang Najib buat secara terang-terang 
menyebelahi Melayu. 


Ini pun macam orang Melayu tuduh Najib. 
Sedangkan Najib tu macam-macam dah buat 
untuk bantu melayu. Senang cakap islam lah.
Biasa lah manusia ada buat silap.. Tun dulu 
pun tolong Melayu tolong Islam tapi senyap-
senyap. 


Cina kalau tau Tun bagi Allahyarham Nik Aziz 
berjuta-juta untuk Kelantan dah lama Cina-cina 
tu bergolek atas jalan cakap Tun, Tun rasuah ,
Tun tak jujur. Tapi masa tu tak de fb. Orang tak 
banyak tau. Senang lah kerja-kerja membantu 
Melayu ni.Cina pun tak banyak bunyi. 


Tapi Najib ni,terpaksa lah tempuh zaman 
teknologi dunia tanpa sempadan, informasi 
di hujung jari ni.SABAR AJELAH 

Sunday, September 6, 2015

kajian dari orang yg berakal


TUJUH KESILAPAN PENYERANG DS NAJIB !!!

BY ABU SYIFA.



1. Kesilapan paling besar penyerang-penyerang DS Najib adalah menggunakan dan mengharapkan sangat dengan portal-portal asing seperti Sarawak Report, Wall Street Journal dan sebagainya. Kedua-dua portal asing itu tidak mempunyai kredebeliti yang tinggi. 

Anda boleh search sejarah Wall Street Journal, banyak negara telah menjadi mangsa berita palsu mereka. Malahan, semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, kita dididik supaya berhati-hati dengan anasir dan subversif asing untuk menghancurkan negara kita.

Sarawak Report sendiri dalam beberapa kes, anda boleh search di dalam portal itu, terdapat artikel yang telah dibuang dan terdapat janji yang tidak ditepati seperti menyimpan beribu-ribu emel. Rakyat bertanya mana emel beribu-ribu itu? Rakyat akan kaitkan pula adakah ianya berkaitan dengan deal dengan Justo? Rakyat pun bijak juga menilai berita dan keadaan.

2. UMNO dan Kerajaan berdiri kuat di belakang DS Najib. Sebagai orang politik, semua orang akan faham bahawa ada banyak cara untuk menjatuhkan seseorang Perdana Menteri. Ada yang menggunakan alasan fitnah rasuah, salah guna kuasa, moral dan sebagainya. 

UMNO mempunyai 192 bahagian di seluruh negara, jika hanya 10 atau 20 bahagian sahaja yang tidak bersetuju dengan DS Najib, ianya hanyalah gigitan semut yang nakal. 

Jika hanya satu dua menteri sahaja yang bersuara nakal, ianya hanya kicau burung yang akan berhenti sendiri.

Maka, penyerang-penyerang DS Najib tidak mempunyai kekuatan luar dan dalam untuk menjatuhkannya.

UMNO dan Kerajaan telah melalui pengalaman-pengalaman serupa pada tahun 1969, 1978, 1988 dan 1998. Pengalaman-pengalaman itu telah menjadikan UMNO dan Perdana Menteri mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran sedemikian.

3. Sekarang ini ada orang-orang yang telah kecewa dan kalah di mahkamah telah mengelilingi dunia untuk menyemarakkan lagi fitnah ke atas DS Najib. Rakyat pun bijak juga, mereka bertanya adakah orang itu mempunyai kredebiliti? Akhirnya, usaha itu hanya pembaziran tenaga, wang dan masa.

4. Dalam menghadapi serangan-serangan ini, Najib kelihatan tenang dapat mengemudi kerajaan berjalan dengan sukses. Terdapat isu penurunan nilai matawang Ringgit, mereka tuduh disebabkan oleh Najib, tetapi rakyat pun bijak juga. 

Rakyat pun bertanya jika semuanya kerana Najib, bagaimana pula kemerosotan matawang Dollar Kanada, Dollar Australia, Rubel Rusia, Turkey, Mesir dan lebih 10 buah negara? Adakah kerana Najib juga?

Maka sekali lagi, usaha mengaitkan Najib dengan penurunan nilai matawang negara gagal.

5. Langkah paling drastik ialah menggunakan demonstrasi BERSIH 4.0. Malangnya himpunan BERSIH 4.0 mendedahkan lebih banyak kemuyskilan dan kesan buruk. Penganjur mendedahkan mereka menerima sumbangan RM1.5juta. 

Namun, mereka juga enggan mendedahkannya. Adakah wang itu telah diaudit masuk dan keluar? Adakah anda ada melihat penyata wang itu dibentangkan? Tetapi itu hak mereka untuk tidak mendedahkan senarai nama penyumbang. Begitu juga, hak mana-mana parti dan NGO untuk merahsiakan nama penyumbang. 

Sebagaimana didedahkan oleh akhbar-akhbar Cina, bahawa perhimpunan BERSIH 4.0 telah menjarakkan lagi perpaduan rakyat Malaysia. Masyarakat Cina dengan majoriti 80-90% peserta menenggelamkan jumlah kecil peserta Melayu. Perkara ini memberi petanda buruk dalam pembinaan nation building di Malaysia. Pandangan berkaitan di sini.

6. Paling busuk tindakan menyerang Najib ialah menggunakan persidangan antarabangsa rasuah (IACC) di Putrajaya untuk memburuk-burukkan Perdana Menteri Malaysia di hadapan peserta antrabangsa. 

Majoriti rakyat Malaysia tidak akan menerima orang asing untuk menunjuk ajar mengenai pencegahan rasuah di negara kita, sedangkan negara Peru berpuluh tahun gagal menaikkan markah indeks rasuahnya. 

Peru hanya mampu mendapat markah di antara 30-38 sejak tahun 1998 hingga 2014, malah menduduki tangga ke 80 hingga 85 sahaja. Sedangkan negara kita Malaysia bertambah baik setiap tahun dengan ranking 2014 menduduki tangga ke 50 berbanding Peru di tangga 85 ! Patutkah kita medengar orang Peru mengajar kita sedangkan kes rasuah Alberto Fujimori bernilai $40M pun terhegeh-hegeh menyelesaikannya.

Lagipun, serangan berbentuk peribadi Jose Aguz itu sangat luar biasa daripada kebiasaan. Adakah ucapan itu ada di dalam agenda asal? Adakah Jose Aguz membuat bacaan? Adakah Jose Aguz mendengar penjelasan di pihak kerajaan? 

Jawapannya, tidak kerana jelas Jose Aguz kelihatan mempunyai agenda buruk. Tetapi, tindakan Jose Aguz itu tidak juga akan menjatuhkan Najib kerana budaya negara ini ialah orang asing tidak boleh menentukan hala tuju negara kita, apatah lagi campurtangan di dalam urusan pentadbiran negara kita. 

7. Akhir sekali, dalam semua serangan tersebut, Allah SWT bersama Najib. Terima kasih kepada Tuan Guru Hj Hadi Awang, Tuan Guru Datuk Dr. Harun Din dan kepimpinan Ulama PAS kerana berpengalaman membezakan antara kaca dan intan
-al azharrisiddiq.

Selamat Membaca.
University City, PA. USA.