Matkilau Penang Orang Melayu biasanya ceburi bidang menjaja atau berniaga kerana beberapa sebab. Antara sebabnya ialah bersara atau berhenti kerja dengan apa jua nama skim pemberhentian kerja. Satu lagi sebab terlalu lama menganggur. Jarang Melayu berniaga sebab betul-betul minat. Apatah lagi kalau nak kata niaga sudah menjadi darah dan daging dalam diri dan keluarga mereka. Kadang-kadang, malah jarang-jarang untuk orang Melayu saja-saja terjun ke bidang penuh ranjau dan duri ini.
Ini juga yang membezakan orang Melayu dengan orang Cina dan bangsa pendatang seperti rakyat Indonesia, Kemboja, Pakistan, Thailand, dan Bangladesh. Malaysia tanah tumpah orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak, sebab itu semangat niaga kurang kuat.
Bagaimanapun, bagi Melayu yang punya modal mencukupi bolehlah mereka buka syarikat enterprise atau sendirian berhad. Golongan yang modal setakat ribuan ringgit biasanya memulakan perniagaan sebagai penjaja. Tak kiralah berniaga di tepi jalan, tepi kedai atau menjaja di pasar-pasar malam atau pasar tani.
Banyak lagi orang Melayu fikir menjaja buah-buahan, air minuman dan nasi lemak serta pelbagai masakan sudah memadai. Jika barang jualan tidak habis, tak banyak yang rugi. Namun mereka tidak hitung kos dari segi tenaga, masa dan bahan yang terbuang begitu sahaja kalau tak laku.
Sejak berpuluh tahun, khasnya selepas 58 tahun merdeka – penjaja Melayu yang tidak berlesen masih dihambat oleh penguat kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Status penjaja atau peniaga haram ini telah meletakkan mereka seperti pesalah yang sentiasa diburu oleh penguat kuasa. Ringkasnya para peniaga kecil ini bagaikan musuh pihak berkuasa.
Apa pun, bila difikirkan kenapa orang Melayu yang mahu berniaga kecil-kecilan disusahkan dengan peraturan lesen, kebenaran itu dan ini. Baharu seminggu buka perniagaan, pihak berkuasa datang angkut semua barang niaga mereka.
Pihak penguat kuasa selalu guna alasan bertindak kerana mereka menerima aduan, atau mereka menjalankan tugas sahaja. Kita tak kisah jika penjaja kena saman jika mereka benar-benar buat kotor atau menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam. Bertindaklah biar kena pada tempatnya.
Perkara ini bukan isu baharu. Pihak berkuasa kenalah merancang menaik taraf perniagaan menjaja ini menjadi satu kerjaya yang boleh dibanggakan. Binalah gerai kekal di tempat penjaja berniaga supaya dapat dihalalkan operasi perniagaan mereka. Yang tidak ada lesen, dimudahkan pendaftarannya supaya diberi lesen.
Bantu anak bangsa
Jangan diguna pendekatan puluhan tahun dahulu. Gunalah budi bicara. Lagipun kata mahu bantu anak bangsa ceburi bidang perniagaan.
Usah padam api semangat niaga orang Melayu terutama anak muda. Biar mereka belajar menjual dan berniaga dengan saiz kecil-kecilan dahulu. Janganlah terlaku tegas kerana bila berjaya mereka akan pindah ke kedai besar. Mereka juga yang berpotensi untuk membayar cukai untuk pembangunan negara. Apa yang kita boleh harapkan kepada peniaga warga asing walaupun barangan jualannya lebih murah. Walhal, bila mereka kaya, semua keuntungan dibawa balik ke negara asal.
Apabila melihat peralatan dan barang-barang peniaga dirampas oleh penguat kuasa, timbul rasa kasihan dan simpati kepada mereka. Mereka adalah peniaga kecil-kecilan bermodal kecil dan sebahagian besar melakukan perniagaan secara sambilan. Mereka berniaga sendiri dan tidak guna pekerja tambahan. Peralatan mereka mungkin sekadar meja, payung, kereta sorong dan bekas-bekas makanan. Faktor mereka berniaga adalah untuk menampung pendapatan.
Tetapi ada juga penjaja yang dilihat bermaharajalela. Apabila tiada tindakan diambil, maka akan bertambahlah kerusi meja dan bertambah luas tapak perniagaan mereka. Mungkin ada yang iri hati bertanya, kenapa pula tindakan tidak diambil ke atas peniaga berkenaan?
Kenapa PBT tidak dapat mengawal gerai dan warung haram, rumah ibadat haram, kilang haram dan bangunan haram lain. Inilah punca masalah kedegilan golongan peniaga haram negara ini. Kalau begini, apa perlu peniaga dan pengilang mendapat lesen atau kebenaran PBT jika mereka boleh berfungsi? TNB dan syarikat bekalan air boleh membekalkan elektrik dan air kepada premis mereka walaupun tidak berlesen atau mendapat kelulusan PBT.
Pemimpin negara bercerita tentang kaedah untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Pada pandangan saya, selagi ada penjaja tanpa lesen, kita belum sampai tahap negara maju.
Jadi, semua PBT diharap dapat menjalankan program pemutihan penjaja dan peniaga yang tidak berlesen tetapi sudah lama berniaga. Lancarkankan sekali program pembersihan peniaga warga asing. Mereka memang tidak perlu dilayan kerana tidak layak berniaga di negara ini.
Sebenarnya PBT tahu siapa mereka dan tempat perniagaan mereka. Kalau tempat perniagaan Melayu tidak sesuai, carilah tempat lain yang lebih sesuai. Namun selepas pemutihan, dijangka ada aduan pusat perniagaan baharu dikatakan tidak strategik dan tiada pelanggan. Di samping, penjaja lain pula mengambil alih tapak lama yang dikosongkan. Jadi cerita ketidakadilan pihak berkuasa tidak akan selesai. Perkara ini boleh selesai jika PBT serius dalam penguatkuasaan.

No comments:
Post a Comment