KUALA LUMPUR, 23 Mei – Malah pada Mei 2011, salah seorang ahli parlimen pembangkang menyifatkan IPP sebagai ‘kilang dadah yang besar’ yang memerlukan jumlah subsidi yang sangat besar dari kerajaan, dianggarkan berjumlah RM 19 bilion setahun.
Sambungan dari artikel : Mahathir Punca Perjanjian PPA Pengeluar Tenaga Bebas Berat Sebelah?
Pada pertengahan tahun 2011, saya dilantik sebagai perunding LNG untuk mengkaji kemungkinan untuk mengimport LNG melalui Terminal Regas Melaka di Sungei Udang. Terminal ini mempunyai pintu terbuka, serupa seperti sebuah terminal di United Kingdom yang pernah saya bekerja sebelum ini – Terminal Regas Dragon di Milford Haven, Wales.
Terminal Regas di Sungei Udang dimiliki sepenuhnya oleh PETRONAS dan LNG yang diimport itu akan diwapkan sebagai gas untuk disalurkan ke dalam saluran paip PGU.
Ini disebabkan oleh kekurangan bekalan gas domestic di Pantai Timur, iaitu sebanyak 950 mmscfd (million standard cubic feet per day). TNB memerlukan 1350 mmscfd. Kapasiti di Sungei Udang adalah sebanyak 500 mmscfd atau bersamaan dengan 40 kargo LNG import melalui kapal LNG Q Flex yang mempunyai kapasiti sebesar 210 000 m3 sebuah.
Sebenarnya, saya dengan rendah diri ingin memberitahu, konsep penyimpanan LNG terapung ini menggunakan 2 kapal LNG lama kita dengan sebuah jeti terapung, yang pertama seumpamanya di dunia, telah diutarakan oleh saya sendiri kepada CEO PETRONAS Gas, iaitu syarikat pemilik projek ini. Idea ini timbul ketika saya berbincang dengan beliau di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Narita dari Tokyo.
Dengan idea ini, Petronas akan dapat menjimatkan perbelanjaan yang akan digunakan untuk mengorek dan mebina kemudahan penyimpanan LNG darat yang pastinya akan menelan belanja yang besar.
Akibat ketidaksamaan harga LNG import dan gas tempatan, TNB yang memperolehi keuntungan yang sedikit dari IPP tidak dapat menyerap ketidaksamaan harga ini dan tidak dapat membeli secara terus gas LNG import ini. Akhirnya, PETRONAS terpaksa bertindak sebagai pengimport dan pemberi subsidi.
Di bawah (kepimpinan) Perdana Menteri, (Datuk Seri) Najib Tun Razak, sebuah syarikat iaitu MyPower telah ditubuhkan oleh Kerajaan untuk merunding kembali perjanjian yang masih berbaki dengan IPP.
Selepas itu, 1MDB telah membeli IPP dari Ananda Krishnan pada Mac 2012, diikuti dengan pembelian IPP Genting pada Ogos 2012.
Akhirnya, pada Oktober 2012, Suruhanjaya Tenaga telah mengumumkan keputusan perjanjian konsesi dengan IPP. Seperti yang telah digariskan di dalam perjanjian ini, tempoh konsesi perjanjian dengan IPP yang dimiliki oleh Ananda tidak akan dilanjutkan, begitu juga dengan perjanjian baru konsesi dengan 3 lagi IPP.
Konsesi baru hanya akan diberikan kepada 1MDB dan TNB. Perjanjian baru ini bertujuan untuk memastikan syarikat swasta tidak akan membuat keuntungan yang berlebihan melalui subsidi kerajaan.
Akibat dari kesilapan yang dilakukan semenjak tahun 1990an, semenjak 20 tahun yang lepas, PETRONAS dan TNB telah mengalami kerugian yang dianggakan berjumlah RM 100 bilion.
Sebenarnya, pujian harus diberikan kepada PM Najib, Suruhanjaya Tenaga dan 1MDB kerana telah menyelamatkan negara kita dari subsidi berlebihan yang telah diberikan kepada syarikat-syarikat ‘anak emas’ dari regim yang terdahulu. Pada saya, pujian harus diberikan kepada yang layak menerimanya.
Sebenarnya, kadar tarif untuk pengguna di Semenanjung Malaysia sudah sepatutnya dinaikkan pada Julai 2014 dan Januari 2015 di bawah Fuel Cost Pass Through (FCPT).
Tapi ianya tidak pernah dinaikkan kerana perjanjian yang baru disemak ini telah menguntungkan dan lebih seimbang untuk TNB, pembeli terakhir eletrik yang dijanakan IPP. Tarif eletrik telah diturunkan pada Mac 2015 akibat penurunan harga arang batu dan pengurangan tarif IPP ini.
BEBAN.. Daripada kos menjanakuasa sebanyak RM23bil oleh TNB, RM 14bil adalah untuk membeli kuasa daripada IPP. Jumlah ini membebankan TNB.
Di bawah perjanjian baru ini, TNB mula mencatatkan keuntungan yang lebih baik bermula dari tahun 2013, 2014 dan suku pertama 2015. Ia telah mencatatkan keuntungan berjumlah RM 2.3 bilion untuk 3 bulan pertama 2015. Oleh itu, pihak yang paling untung untuk perjanjian yang telah disemak semula ini ialah:
- TNB mencatatkan keuntungan yang lebih tinggi
- Pengguna Malaysia memperolehi manfaat melalui tarif yang lebih rendah akibat penurunan harga minyak
- PETRONAS tidak perlu mengeluarkan subsidi yang lebih tinggi yang pada masa lalu hanya menguntungkan syarikat-syarikat swasta ini
- Pengguna tenaga eletrik sebagai pemenang mutlak
Orang yang paling rugi adalah pemilik asal IPP. Dan mungkin inilah sebabnya mereka tidak gembira dengan 1MDB dan PM Najib, termasuklah ahli ahli senior UMNO.
Berita selanjutnya bakal menyusul
No comments:
Post a Comment