Wednesday, February 19, 2014

bandar melayu vs cina


ARKIB : 17/02/2014

Cerita bandar Melayu dan bandar Cina


EPISOD 2
Membina rumah untuk rakyat yang dikategorikan kerajaan sebagai "golongan miskin" di bandar mahupun di desa adalah kewajipan kerajaan yang dipilih rakyat. Di kawasan bandar semakin kritikal kerana rumah untuk golongan miskin tak bertambah.
Kerajaan sedar dan prihatin, jadi pelbagai rancangan perumahan diumumkan. Tetapi tidak nampak lagi dibina rumah untuk rakyat miskin seperti 'rumah pangsa' di Cheras, Bangsar, Sentul dan Kampung Kerinchi. Walaupun rumah ini sangat kecil, sekurang-kurang dapatlah rakyat miskin dan bekas setinggan tumpang menetap di bandar. Tidak pasti apakah rancangan kerajaan membina 'kondo rakyat' dua atau tiga bilik, sudah bermula atau tidak.
Kawasan Flat Jalan Pekeliling yang berpuluh tahun dihuni rakyat miskin sudah lama dirobohkan dan akan mengalami keadaan yang sama. Penduduk asalnya, majoriti Melayu, hilang entah ke mana.
Di Pulau Pinang, orang Melayu semakin pupus. Yang tinggal, majoriti pegawai kerajaan. Di Bagan, Seberang Perai, pun setelah pesat membangun, jadi bandar Cina. Pembeli Cina dari Pulau Pinang sudah sampai ke Kulim dan Sungai Petani.
Saya teringat sebuah pantun lama orang Tanjung (Penang):
Pulau Pinang bandar baharu
Captain Light menjadi raja
Kalau dikenang masa dulu
Jatuh mengalir si air mata.
Pantun biasanya menceritakan hubungan kasih sayang dan percintaan teruna-dara. Ada lagi senikata lagu Melayu asli yang berbunyi:
Kain yang buruk berikan kami.
Buat menyapu si air mata."
Bagaimanapun sekarang, orang bercinta tidak lagi menggunakan pantun. Tetapi pantun seperti ini sesuai untuk menggambarkan rintihan pribumi yang tersingkir dari kawasan bandar di tanah air sendiri. Namun saya tidak menyarankan agar kita terus merintih dan berpantun.
Perangai suka sangat menganugerah tanah kepada pemaju swasta seperti di Kampung Kerinchi (yang sudah pun hilang namanya) perlulah diberhentikan segera.
Datuk Harun Idris dan Peneroka Bandar
Kampung Kerinchi ini asalnya, adalah antara tempat setinggan Melayu yang bertawakal mengadu nasib di ibu kota. Mereka datang dari daerah yang miskin. Jadi buruh kilang dan bekerja apa saja. Mereka adalah 'peneroka bandar' generasi kedua yang berani dan berdikari. (Bukan macam peneroka Felda yang sentiasa dapat durian runtuh.) Peneroka Kuala Lumpur generasi pertama tidak ada lagi dan tanah milik mereka pun sudah jadi milik orang.
Peneroka baru ini bergotong-royong mendirikan 'rumah kilat' di mana ada tanah kosong - siap dibina dalam tempoh satu malam dan disapu cat hitam-kelabu. Kalau rumah nampak baru, pasti akan dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Mereka cekal bersatu menghadapi penguat kuasa DBKL (Melayu). Maka untuk bertahan, mereka segera menubuhkan cawangan UMNO.
Penduduk 'rumah kilat dan rumah haram' dan keturunan mereka inilah yang menambah bilangan penduduk Melayu di KL dan di Lembah Klang.
Pada zaman Datuk Harun Idris jadi Menteri Besar Selangor dan Ketua Pemuda UMNO, ramailah orang dari luar Selangor diberi kemudahan , malah digalakkan berhijrah ke Lembah Klang. Salah satu tugas penting UMNO di KL waktu itu ialah mempertahankan "rumah kilat dan rumah haram".
Itulah sebabnya ramai orang kampung dari Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Perak di Selayang, Batu Cave, Kampung Abdullah Hukum, Kampung Kerinchi dan di Jalan Klang Lama (sekarang Taman Medan). Sekarang, ketika orang Melayu terhalau dari KL ( kota raya kebanggaan, world class city) di mana pemimpin dan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan?
Saya terkenangkan Cikgu Wahab Idris (yang menubuhkan UMNO Bahagian Batu), Zakaria Yahaya, Othman Mawan, Bakhtiar, Saidin Tambi, Hamzah Alang dan Rosden Yaakob dan ramai lagi yang sudah lupa namanya. Bagi yang sudah kembali, Al-Fatihah untuk mereka pembela "rumah kilat dan rumah haram".
Pada Hari Wilayah Persekutuan, kita lupa jasa besar Datuk Harun Idris. Generasi lama tak laku lagi. Meskipun semangat tak pernah mati.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140217/re_07/Cerita-bandar-Melayu-dan-bandar-Cina#ixzz2tk40IKIL
© Utusan Melayu (M) Bhd

Friday, February 7, 2014

pendekar melayu zaman komunis


Jumaat, 7 Februari 2014

pendekar melayu menawan bandar batu pahat pada era kekejaman komunis!!

artikel ini bukan untuk menanam kebencian, tetapi mengingatkan, kita di malaysia ini dah hidup aman damai dengan pelbagai bangsa dah lama.. peringatan buat rasis kiasu komunis..
pada pemerintahan komunis selama 2 minggu, mereka membuli orang melayu sehina yang boleh, banyak jadi mangsa, di aniaya, malah ketua kampung serta ustaz-ustaz di bunuh, wanita dirogol, ramai orang melayu dah tak boleh tahan dengan kekejaman mereka.

jadi orang batu pahat dan muar tahu sejarah itu, itulah permulaan kebangkitan orang biasa dan pendekar melayu melanyak komunis, sampai komunis minta nyawa kerana amukan orang melayu, mereka ingat orang melayu ni sampah... mereka lupa, keturunan kita adalah bangsawan dan pahlawan serta hulubalang yang simpan amarahnya...

gambar di atas adalah pendekar dan pejuang melayu yang menawan bandar batu pahat dari kekejaman komunis selama 14 hari bermaharajalela, mereka di gelar selimpang merah!! komunis takut dengan mereka..

tercetusnya tragedi 13 mei 1969 dulu pun adalah kerana kiasu komunis juga.. mereka dalang disegenap sudut dalam rusuhan itu di kuala lumpur, mereka lupa, mereka angkuh..

sekarang baka-baka mereka dah ada kuasa, dengan ada kuasa, dapat mengawal melayu 20% dalam pakatan mereka buat hal lagi, mereka menghina lagi, malah mereka mencaci lagi orang melayu... tetapi golongan melayu 20% lah yang puncanya sampai mereka naik kepala.. jadi buat dap.. jangan lah terlalu angkuh kerana anggap semua orang cina menyokong kamu, kamu kena ingat, semua rakyat malaysia ini cintakan keamanan dan perpaduan, haram jadah apa kamu buat ini semua untuk puaskan cara politik rasis dan chuvenis kamu.. bangkai..

ps: buat melayu-melayu 20% dalam pakatan, sampai satu masa nanti tak reti nak sedar, biarkan cucu dan cicit kamu kencing ke atas pusara kamu.. kerana kebodohan kamu menjadi pertualang bangsa dan agama.. memalukan.. puih.

2 ulasan:

  1. Kalo nak belasah petualang melayu aku vote anwar jd no 1...no 2 rapizi budak auww...
    Balas
  2. Aku org muo bro. Aku tahu sgnt cerita selempang merah. Tahu sangat cerita kiyai salleh. Dato onn tahan kiyai saleh di batu pahat. Dato onn kata jgn bunuh semua cina tinggalkan sikit utk anak bangsa kita paham sapa cina ni.
    Balas

soalan seks di sekolah

Soalan kaji selidik yang menjadi punca kontroversi - photo Sinar Harian Online.
SEREMBAN - Soalan berunsur seks dalam borang soal selidik yang diedarkan kepada murid sekolah rendah di Nilai mendorong dua wakil rakyat membuat aduan sekali gus menuntut tindakan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, semalam.
Adun Nilai, J Arul Kumar yang hadir bersama Adun Senawang, P Gunasekaran, mempersoalkan apa relevannya soalan berkaitan keguguran kandungan, kaedah mencegah kehamilan, penukaran jantina, masturbasi, bertukar-tukar pasangan dan hubungan seks luar tabii ditanya kepada murid sekolah rendah.
"Soalan seperti ini tidak sepatutnya ditanya kepada murid sekolah rendah," kata Arul Kumar.
Beliau turut menunjukkan borang soal selidik itu yang antara soalannya ialah 'Saya mempunyai keinginan seks terhadap (a) kaum (jantina) sejenis (b) keinginan untuk menjadi berlainan jantina'.
Satu lagi soalan, 'saya pernah melakukan perkara-perkara berikut (a) membaca/ menonton bahan-bahan lucah (b) melancap/ masturbasi (merangsang diri sendiri secara seksual).
Sinar Harian difahamkan, borang soal selidik itu diedarkan di sekolah-sekolah di negeri ini.
Menurutnya,  beliau dimaklumkan mengenai perkara itu Jumaat lalu oleh ibu bapa murid tahun empat yang bimbang persoalan yang dibangkitkan dalam soal selidik itu mencemarkan pemikiran anak mereka.
“Setelah diteliti, kita dapati soalan pada halaman tiga itu memang tidak sepatutnya diajukan kepada murid sekolah rendah. Kita pun hairan bagaimana pihak berkenaan boleh terfikir untuk menyoal selidik budak sekolah rendah dengan soalan seperti itu.
“Cuba bayangkan, apa yang kanak-kanak ini faham tentang keguguran kandungan, kaedah pencegahan kehamilan, penukaran jantina, masturbasi, bertukar-tukar pasangan dan hubungan seks luar tabii,” katanya.
Arul Kumar berkata,  tidak timbul masalah jika soalan itu diajukan kepada golongan remaja, khususnya pelajar sekolah menengah memandangkan topik dibangkitkan bersesuaian dengan mereka untuk tujuan kesedaran.
“Ibu bapa itu sendiri kata kepada saya, mereka serba salah apabila anak-anak yang masih kecil ini balik bertanya kepada mereka soalan-soalan yang mereka sendiri tak boleh nak jawab. Pada saya, perkara seperti ini boleh dedahkan anak-anak kepada perkara yang mereka tak sepatutnya tahu lagi pada peringkat usia itu," katanya.
Sehubungan itu, Arul Kumar minta Jabatan Pendidikan negeri mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan insiden sama tidak berulang.
“Kita harap Jabatan Pendidikan negeri memandang serius perkara ini kerana mengikut maklumat diterima, dipercayai kaji selidik berkenaan bukan saja diedarkan di sekolah terbabit, malah di semua jenis sekolah rendah di negeri ini sejak tahun lalu.
“Bagaimanapun, kita terpaksa menanti sehingga hari ini (semalam) untuk bertindak selepas mendapat bukti mencukupi,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Kalsom Khalid ketika dihubungi Sinar Harian berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kaji selidik berkenaan dibuat klinik kesihatan berdekatan tanpa pengetahuan dan kebenaran Jabatan Pendidikan negeri.
"Setakat ini, kita tak pasti berapa banyak yang sudah diedarkan dan sekolah mana terlibat.
"Buat permulaan kita minta pengurusan sekolah yang menerima borang kaji selidik ini supaya menghentikan pengedarannya," katanya.
Kalsom berkata, pihaknya akan membuat siasatan lebih lanjut sebelum sebarang tindakan diambil. - Sinar Harian Online

Wednesday, February 5, 2014

mohon bantuan


Wednesday, February 5, 2014

MOHON BANTUAN SEGERA UNTUK ADIK-ADIK KITA NI... @MukhrizMahathir @MukhrizOfficial @SabrinaAzizan @Suraya_Yaakob

5 dari 6 beradik yang memerlukan bantuan kita... apa salahnya kalau kita bantu depa?
Saya dapat info ni dari blog PAS Kedah. Walaupun cara blogger PAS tu nak mintak sumbangan untuk adik-adik kita ni agak kurang ajar, tidak sopan dan berbentuk sindiran, saya kira wajar saya sambungkan rayuan bantuan untuk adik-adik kita ni...

Adik-adik kita ni anak yatim. Ibu mereka baru meninggal dunia pada 21 Januari lepas. Ayah mereka pula walaupun masih hidup, langsung tak beri nafkah. Depa duduk dengan mak saudara depa kat Kg Paloh, Kuala Terengganu...Mak saudara depa bukan orang senang... kategori orang susah jugak tu...
Semuanya ada 4 adik beradik. Yang sulung berusia 21 tahun, adik Nurul Azieanty Abdul Wahab. Dia sedang menuntut tahun satu di UUM, Sintok. Manakala adiknya yang bongsu baru masuk darjah satu...
Menyedihkan, mungkin sebab tekanan hidup yang susah lepas ibu mereka meninggal, adik Nurul Azieanty pernah terfikir nak berhenti belajar di UUM untuk sara adik-adiknya...

Macam ni cara "Islam" blogger PAS mohon sumbangan untuk adik-adik kita ni? Sindir Pejabat Zakat & JKM? Macam tu cara akhlak Islam? Apa kata kalau blogger tu bawa details adik-adik kita tu ke Pejabat Zakat atau JKM dan minta bantuan sewajarnya...kan lebih mulia? Nak mintak bantuan, tapi dengan cara yang menyakitkan hati orang, macam tu? Patut la orang kafir pandang serong kat kita...
Jadi, saya harap pada semua yang terbaca cerita mengenai adik-adik kita ni dan ada rezeki lebih untuk bersedekah, apa kata berhenti sekejap kat mana-mana BSN. Lepas tu bank in sikit duit tu semampu yang kita ada untuk bantu adik-adik kita ni...
No akaun adik Nurul Azieanty tu ialah 111 022 900 000 7222 - BSN. Kalau nak bank in kat ibu saudara adik-adik kita tu pun boleh...ini no akaunnya...(MEK SHARIAH BINTI AWI) 111 004 100 017 4321 - BSN.

Ingatlah kawan-kawan semua. Nanti bila kita meninggal dunia, hanya tiga amalan kita yang akan kekal berikan pahala pada kita sampai hari kiamat dan salah satunya ialah SEDEKAH JARIAH. Semoga kita sama-sama bantu adik-adik kita ni... insyaAllah...

lelaki malas

Lelaki malas punca wanita maju di Kelantan


SAYA teruja membaca laporan akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini mengenai sikap suami yang dikatakan sama taraf dengan kedudukan 'ayam jantan' kerana hanya mengharap kepada kudrat isteri dalam urusan rumah tangga termasuklah dalam beban pencarian nafkah keluarga.
Kenyataan itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud semasa menyampaikan kuliah pagi Jumaat di Kota Bharu.
Beliau menganggap semakin ramai lelaki kebelakangan ini, khususnya di Kelantan pemalas dan tidak mengambil peduli keperluan isteri dan anak-anak, sangat perlu diambil perhatian.
Malah, beliau dilaporkan telah membandingkan golongan lelaki seperti ini seperti 'bapa ayam' yang punya banyak 'ibu ayam' tetapi tidak bertanggungjawab melindungi dan mencari makanan anak-anak ayam, sebaliknya tugas itu ditanggung sepenuhnya oleh 'ibu ayam'.
Sungguh tepat perbandingan yang diberi Exco Kerajaan Pas itu kerana inilah realiti yang berlaku sejak dahulu lagi sehingga kadang-kadang ia mungkin disalah tafsir oleh 'orang luar' sebagai satu budaya di Kelantan.
Sebagai seorang wanita, saya menghargai usaha Mohd. Nassurudin membela wanita melalui bidasan tajam kepada kaum lelaki dan ia sebenarnya satu kesinambungan kepada seorang lagi pemimpin 'feminis'.
Sebelum ini, bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, seringkali melempar kritikan nyilu kepada lelaki Kelantan yang tidak bertanggungjawab.
Malah Nik Abdul Aziz dalam satu ucapannya pernah melahirkan rasa malu apabila diberitahu bahawa ibu bapa dari luar negeri ini biasanya mengelak bermenantukan orang Kelantan kerana bimbang anak gadis mereka lunyai dibuli suami dan keluarga mertua.
Saya percaya, setiap daripada kita pasti mengenali secara dekat paling tidak pun seorang lelaki yang 'malas' mencari sumber pendapatan untuk keluarga, tanpa sebab yang kukuh jika mengetahui isterinya berkemampuan meskipun terpaksa berhempas pulas dengan kudrat wanita yang lemah.
Memetik kata Mohd. Nassuruddin; "Semasa musim hujan kita boleh lihat 'ibu ayam' bersusah payah melindungi anak daripada kesejukan dan banjir, tetapi mana pula si bapa ayam. Dia (suami) seronok main dam aji di kedai kopi".
Mungkin kerana faktor 'pemalas' ini jugalah menjadi sebab wanita Kelantan begitu gah dalam dunia perniagaan dan mendominasi pasar-pasar yang ada di negeri ini termasuk pasar ikon, Pasar Siti Khadijah dan melakukan pelbagai pekerjaan dalam satu masa kerana mereka tahu tidak boleh bergantung kepada suami.
Lebih malang, bukan sedikit golongan lelaki negeri ini yang sudah bergelar suami dan bapa terlibat dalam kegiatan jenayah dan menjadi penagih dadah malah kes terbaru baru-baru ini di mana seorang ibu muda yang baru habis tempoh pantang dikapak di kepala kerana enggan memberi duit RM100 kepada suaminya bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.
Justeru, keberanian pemimpin untuk mengakui bahawa 'kita ada masalah' adalah sesuatu yang patut dipuji supaya kita tidak alpa dan masing-masing sama ada kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemimpin masyarakat dan institusi keluarga wajib berusaha mencari jalan penyelesaian.
Benar fenomena ini wujud merata-rata tetapi janganlah kita cepat membuat alasan isu sama juga berlaku di negeri lain kerana itu seumpama seorang ibu atau bapa yang dimaklumkan tentang anaknya yang nakal oleh jiran dengan jawapan 'anak kau pun apa kurangnya'.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20140205/fo_02/Lelaki-malas-punca-wanita-maju-di-Kelantan#ixzz2sOaJb1Gd
© Utusan Melayu (M) Bhd