ARKIB : 15/11/2012
Sedia termaklum pada tahun ini jemaah hanya membayar RM9,980 sahaja walaupun kos sebenar adalah RM15,150. Subsidi yang banyak ini hanya diberikan kepada jemaah muasasah, tidak kepada jemaah yang mengambil pakej TH Travel walaupun mereka juga adalah pendeposit Tabung Haji. Perkara ini tidak pernah dipersoalkan.
Pada pandangan saya, kedudukan Tabung Haji boleh menyerap apa juga kenaikan kos menunaikan haji hanya boleh berlaku sekiranya ia mendapat keuntungan yang banyak sepanjang masa. Bahkan cerita Tabung Haji untung banyak hanya berlaku sejak kebelakangan ini dengan adanya aktiviti perladangan terutamanya sawit di mana kebanyakan ladangnya sudah mencapai peringkat matang dan berhasil.
Namun keadaan untung yang banyak ini tidak akan berkekalan untuk sepanjang masa. Faktor hasil dan harga sentiasa berubah. Hasil dan harga sentiasa turun naik, tetapi dalam apa keadaan pun kosnya sentiasa meningkat. Inilah lumrah perladangan.
Cerita keuntungan daripada ladang sawit tahun ini sudah tentu jauh berbeza berbanding keuntungan tahun lepas kerana harga minyak sawit mentah (MSM) telah jatuh dengan banyaknya sejak Julai 2012. Logiknya keuntungan ladang Tabung Haji juga sudah pasti jauh kurang berbanding tahun sebelumnya.
Mungkin Dr. Ahmad Zaki akan terus berpendapat Tabung Haji masih mampu kerana keuntungan terkumpulnya masih banyak. Soalnya sampai bila untung yang ada mampu bertahan? Sedangkan kos menunaikan haji di masa hadapan sudah pasti melonjak disebabkan kemudahan yang lebih baik akan disediakan terutamanya penginapan.
Sepatutnya kita patut berbalik kepada hukum menunaikan haji yang hanya jatuh wajib hukumnya jika kita mampu. Jika kos naik dan kita tidak mampu, tidak diwajibkan pergi. Mereka boleh teruskan menabung sehingga mampu.
Bagaimana pula dengan orang yang sudah mampu tetapi tidak dapat pergi kerana halangan kuota yang dipenuhkan oleh kumpulan bersubsidi yang besar jumlahnya dan sepatutnya tidak wajib pergi? Jika mereka ini (yang mampu) mati sebelum sempat menunaikan rukun yang sudah jatuh wajib hukumnya ke atas mereka, siapa pula yang bakal menjawab?
Konsep main kutu yang disebut oleh Dr. Ahmad Zaki hanya boleh berjalan jika jumlah sumbangan peserta sama banyaknya supaya setiap peserta menerima jumlah wang atau barangan yang serupa.
Ini tidak berlaku bagi kes Tabung Haji. Saya ulang tulisan Dr. Ahmad Zaki: "TH ini ditubuhkan untuk membantu golongan orang yang tidak mampu menyediakan kos untuk mengerjakan haji sekali gus." Ini saya setuju seratus peratus kerana Tabung Haji tidak pernah menghalang bahkan menggalakkan kita untuk menyimpan secara beransur-ansur hingga cukup dan mampu.
Apabila sudah mampu barulah wajib hukumnya menunaikan haji. Tidak patut timbul soal pengasas Tabung Haji berkecil hati kerana Tabung Haji memang pun tidak pernah lari daripada tanggungjawab menerima simpanan dan menguruskan jemaah. Bahkan kerja Tabung Haji memberikan subsidi yang besar kepada jemaah saya kira adalah di luar bayangan pengasasnya semasa pembentukan Tabung Haji. Bahkan, ia sama sekali tidak selari dengan usaha negara untuk mendidik rakyatnya mengurangkan kebergantungan kepada subsidi melampau.
Dr. Ahmad Zaki sebagai Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia sepatutnya lebih memahami tanggungjawab Ketua Eksekutif Tabung Haji, yang bukan sahaja bertanggungjawab menjaga kebajikan jemaah tetapi juga seluruh ahlinya yang lain. Sebaliknya pula saya amat berharap beliau dapat mendidik pengguna Islam di negara ini supaya lebih berhemah, menerima realiti pasaran dan tidak terlalu bergantung kepada subsidi.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20121115/fo_01/Mampukah-Tabung-Haji-bertahan#ixzz2EPNdq9hB
© Utusan Melayu (M) Bhd
Mampukah Tabung Haji bertahan?
Saya tertarik dengan tulisan Penasihat Persatuan Pengguna Islam, Dr. Ahmad Zaki Ismail dalam Utusan Malaysia keluaran 12 November 2012 atas kemungkinan kenaikan tambang menunaikan haji pada masa hadapan. Beliau menekankan supaya Tabung Haji (TH) menyerap segala kenaikan kos yang pada logiknya memang tidak akan dapat dielakkan.Sedia termaklum pada tahun ini jemaah hanya membayar RM9,980 sahaja walaupun kos sebenar adalah RM15,150. Subsidi yang banyak ini hanya diberikan kepada jemaah muasasah, tidak kepada jemaah yang mengambil pakej TH Travel walaupun mereka juga adalah pendeposit Tabung Haji. Perkara ini tidak pernah dipersoalkan.
Pada pandangan saya, kedudukan Tabung Haji boleh menyerap apa juga kenaikan kos menunaikan haji hanya boleh berlaku sekiranya ia mendapat keuntungan yang banyak sepanjang masa. Bahkan cerita Tabung Haji untung banyak hanya berlaku sejak kebelakangan ini dengan adanya aktiviti perladangan terutamanya sawit di mana kebanyakan ladangnya sudah mencapai peringkat matang dan berhasil.
Namun keadaan untung yang banyak ini tidak akan berkekalan untuk sepanjang masa. Faktor hasil dan harga sentiasa berubah. Hasil dan harga sentiasa turun naik, tetapi dalam apa keadaan pun kosnya sentiasa meningkat. Inilah lumrah perladangan.
Cerita keuntungan daripada ladang sawit tahun ini sudah tentu jauh berbeza berbanding keuntungan tahun lepas kerana harga minyak sawit mentah (MSM) telah jatuh dengan banyaknya sejak Julai 2012. Logiknya keuntungan ladang Tabung Haji juga sudah pasti jauh kurang berbanding tahun sebelumnya.
Mungkin Dr. Ahmad Zaki akan terus berpendapat Tabung Haji masih mampu kerana keuntungan terkumpulnya masih banyak. Soalnya sampai bila untung yang ada mampu bertahan? Sedangkan kos menunaikan haji di masa hadapan sudah pasti melonjak disebabkan kemudahan yang lebih baik akan disediakan terutamanya penginapan.
Sepatutnya kita patut berbalik kepada hukum menunaikan haji yang hanya jatuh wajib hukumnya jika kita mampu. Jika kos naik dan kita tidak mampu, tidak diwajibkan pergi. Mereka boleh teruskan menabung sehingga mampu.
Bagaimana pula dengan orang yang sudah mampu tetapi tidak dapat pergi kerana halangan kuota yang dipenuhkan oleh kumpulan bersubsidi yang besar jumlahnya dan sepatutnya tidak wajib pergi? Jika mereka ini (yang mampu) mati sebelum sempat menunaikan rukun yang sudah jatuh wajib hukumnya ke atas mereka, siapa pula yang bakal menjawab?
Konsep main kutu yang disebut oleh Dr. Ahmad Zaki hanya boleh berjalan jika jumlah sumbangan peserta sama banyaknya supaya setiap peserta menerima jumlah wang atau barangan yang serupa.
Ini tidak berlaku bagi kes Tabung Haji. Saya ulang tulisan Dr. Ahmad Zaki: "TH ini ditubuhkan untuk membantu golongan orang yang tidak mampu menyediakan kos untuk mengerjakan haji sekali gus." Ini saya setuju seratus peratus kerana Tabung Haji tidak pernah menghalang bahkan menggalakkan kita untuk menyimpan secara beransur-ansur hingga cukup dan mampu.
Apabila sudah mampu barulah wajib hukumnya menunaikan haji. Tidak patut timbul soal pengasas Tabung Haji berkecil hati kerana Tabung Haji memang pun tidak pernah lari daripada tanggungjawab menerima simpanan dan menguruskan jemaah. Bahkan kerja Tabung Haji memberikan subsidi yang besar kepada jemaah saya kira adalah di luar bayangan pengasasnya semasa pembentukan Tabung Haji. Bahkan, ia sama sekali tidak selari dengan usaha negara untuk mendidik rakyatnya mengurangkan kebergantungan kepada subsidi melampau.
Dr. Ahmad Zaki sebagai Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia sepatutnya lebih memahami tanggungjawab Ketua Eksekutif Tabung Haji, yang bukan sahaja bertanggungjawab menjaga kebajikan jemaah tetapi juga seluruh ahlinya yang lain. Sebaliknya pula saya amat berharap beliau dapat mendidik pengguna Islam di negara ini supaya lebih berhemah, menerima realiti pasaran dan tidak terlalu bergantung kepada subsidi.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20121115/fo_01/Mampukah-Tabung-Haji-bertahan#ixzz2EPNdq9hB
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment