PUTRAJAYA
- Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas kenyataan Datuk Seri Anwar
Ibrahim, yang mendakwa Perhimpunan Agung Umno 2012 minggu lalu hanya
memfokus strategi mempertahankan kuasa pemimpin parti teras Barisan
Nasional (BN) itu, dengan menegaskan bahawa kerajaan telah menyumbang
jasa kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk Ketua Pembangkang itu.
Menurut bekas Perdana Menteri, Anwar sebena

rnya berpeluang mengkritik seperti sekarang disebabkan kebajikan Umno yang turut dinikmati beliau sendiri sekian lama.
Beliau berkata, Anwar tidak akan mendapat kedudukan seperti sekarang dan berpendidikan tinggi sekiranya Umno tidak memberi peluang kepadanya untuk melanjutkan pelajaran di institusi berprestij, yang dahulu dikhaskan untuk golongan kerabat diraja.
Anwar pernah belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar.
Kata Dr Mahathir, Anwar sepatutnya perlu berterima kasih kepada kerajaan BN yang banyak membantunya untuk menjadi seorang pemimpin.
"Dia dapat bercakap seperti sebab kebajikan kita, kalau tidak, dia tak ada di situ," katanya.
"Dia (Anwar) sepatutnya berterima kasih, bersyukur sepanjang masa kerana kerajaan BN inilah, 'aku boleh bercakap banyak'," kata beliau pada sidang media selepas program santapan minda Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di bawah tajuk "Politik dan Perjuangan Ekonomi Melayu" anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu di sini hari ini.
Pada satu sidang media pagi tadi, Anwar mendakwa Perhimpunan Agung Umno yang berakhir kelmarin bertindak sebagai platform pemimpin Umno untuk mengekalkan kedudukan kuasanya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, bukannya menjaga kebajikan rakyat dengan membincangkan isu-isu rakyat.
Anwar juga berkata, pemimpin Umno yang takut kehilangan kuasa juga telah menggunakan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai isu untuk menjejaskan peluang PR.
Anwar dipecat dari kerajaan dan parti pada 1998. Ketika itu beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir yang juga bekas Presiden Umno berkata, sebelum ini Anwar tidak boleh bercakap dan mengkritik di hadapan rakyat sekiranya beliau tidak diberikan peluang pendidikan oleh kerajaan BN dengan memiliki jawatan seperti sekarang.
Dalam pada itu, Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri dari 1981 hingga 2003 memberitahu, kekayaan ekonomi adalah pencetus kepada kekuasaan politik.
Menurutnya, jika mempunyai kekayaan ekonomi seseorang individu boleh mengekalkan kuasanya termasuklah kuasa politik.
Bagaimanapun, beliau berkata, kuasa politik boleh dipisahkan dan tidak akan kekal seperti memiliki kekayaan ekonomi."Kuasa politik tidak akan kekal lama dan lebih mudah untuk dipisahkan berbanding kuasa ekonomi.
"Kekayaan ekonomi yang dimiliki oleh seseorang individu akan menjadikannya berkuasa selagi memiliki kekayaan tersebut," katanya.
Justeru kata beliau, orang Melayu boleh mencapai kejayaan dalam bidang ekonomi dengan mengamalkan prinsip disiplin.

No comments:
Post a Comment